Monday, August 22, 2011

Pahit Mulut dan Muntah Tak Lepas

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, harini dah masuk minggu kesebelas aku mengandung ye. Moga-moga baby sihat kat dalam perut mama. Rabu nih mama scan kamu ye. Nak tengok apa kabar baby kat dalam ehehe..

Semalam alkisahnya aku berbuka kat luar dengan kawan-kawan opis. Makan buffet. Aku makan slow-slow je pon. Makan laju-laju karang termuntah balik. Tapi alhamdulillah ok je time makan. Then dah nak dekat kul 8, stop jap makan, pegi cari surau kat dalam IOI Mall Puchong tu. Kitorang makan kat Little Pantry. Erm suraunya terletak di tempat yang agak menyeramkan gakla. Yang sadisnya, surau tu macam tak terjaga langsung. Tempat amik wuduk, huh horror habis. Kotor. Geli tekak aku. Dan dan masa tu rasa nak muntah. Tapi aku tahan. Gile nak muntah kat tempat wuduk. Dahle lobang air dia kecik je. Kesian kat orang lain yang tengah amik wuduk tu. Kena tengok muntah aku kan. Eeeyuu aku pon tak sanggup nak pikir.

Siap solat, sambung makan balik. Aku degil amik ayam. Dah tau alergik amik jugak kan. Saje cari penyakit. Pastu bila dah rasa gatal-gatal baru stop huhu.. Suh kawan aku je yang abeskan. Tu la, amik banyak sangat. Tamak haloba! Then semalam aku silap order air la.. Aku order Peach milk team with bubble ape tah haha.. Lupa lak nama dia. Rasanya.. urghhhh tak sedap! Rasa macam sabun fruitale! Kawan-kawan aku sume gelak. Dorang cakap ok je air tu. Aku je kot yang tak suka. Tekak ibu mengandung katanya.. Ape-ape jela. Yang penting, rugi RM6.50 aku!

Balik rumah dah pukul 10 dah pon. Sampai rumah, gigihla pulak buat susu. Rasa bersalah sebab kelmarin aku tak minum susu. Lepas tu makan asid folik ngan prunes dua tiga bijik. Lepas minum susu, nak termuntahla pulak. Mungkin perut penuh sangat kot. Tapi yang sadisnye, nak muntah nak muntah, tapi tak terkeluar. Bluwekk bluwekk tu ada tapi isinya tarak. Boleh pulak time bluwek tu aku menguap sekali ahaha.. Ngantuk sangat dah kot. Dah tak jadi muntah tu, aku tido jele.....

Macam biasa, tengah-tengah tido sure terjaga sebab nak terkencing. 2 kali aku terjaga semalam. Haih...

Pukul 5 pagi sahur. Erm tak lalunya la aih nak makan. Tapi pikir anak dalam perut ni, aku gagahkan jugakla diri menyuap nasik dalam mulut. Aku makan nasik dengan daging goreng yang aku goreng kelmarin. Ada sikit lagi dalam peti ais takde sape makan. So aku makan jela yang tu. Air pulak, minum air masak je. Malas nak panaskan air buat susu. Dah tak lalu nak minum susu sebabnya malam dah minum.

Siap sahur, aku sidai baju jap. Then, sambung membongkang sebarang dua tiga belas minit. Tido-tido ayam je sebab dalam pukul 6.15pg aku dah nak kena bangun, mandi-mandi nak pegi keje. Masuk dalam bilir air nak mandi tu, sekali lagi rasa nak muntah. Penat uwekk uwekk tapi takde jugak hasilnye. Macam tersangkut kat tekak nih. Sampai keluar air mata ha. Tapi kenapa muntah takmo keluar???

Sekarang, mulut dah rasa pahit dan payau. Ada rasa daging goreng sahur tadi urghh.. Rasa macam nak makan asam. Tapi puasaaaa huhuhu.. Kepala pun dah weng weng ni. Agak-agaknye sebab muntah tak lepas tu la. Geram jugak nak jolok jari biar muntah je. Tapi nanti batal la puasa aku kan? Nehi nehi.. nak catat rekod puasa penuh ni..

Tu la.. padan muka aku. Dulu kalo nak muntah suka tahan-tahan. Sekarang bila nak muntah betul-betul tak boleh keluar pulak huhuhuh....

3 comments:

  1. hye mommy~
    waniey folo u eh,nk tmbh geng m2b ;)

    ReplyDelete
  2. urut dada tu...mai slalu gtu la wanie...kalo muntah time hubby takde, urut tgh2 dada tu...kalo da keluar, br rasa lega skit...

    good news is, da masuk minggu ke 14 ni, mai da tak muntah!!!...yeah...alhamdullillah...hikhik...tp mcm hubby plak batuk2 n muntah skang...huhhuu

    ReplyDelete
  3. waniey
    thank you!! :) jum2 share cite pregnant :D

    mai
    huhu tula.. kalo keluar leganya lahh..

    yaayy mai dah masuk trimester 2 eh? syok2 hehe..

    ReplyDelete