Friday, August 26, 2011

Currently Craving For..




KETAM!!!!!!!!

Arghhh tertekan aku tengok gambar-gambar ketam nih. By the way, I googled all these pictures. Tuan punya gambar saya share kat sini ye. Terima kasih kerana anda telah buat saya terliur tahap maksima!

I know I know.. it's bulan puasa, tak baik pikir pasal makanan. Tapi aku tak boleh tahanla! Keinginan nak makan tu melampau-lampau. Mengidam kah?? Most probably huhu..

Last Wednesday bukak puasa kat Shangri La Putrajaya. Masa kitorang sampai tu dah nak dekat berbuka dah. Semua orang dah amik makanan siap-siap. Then I saw dalam pinggan someone ni ada ketam! Oh my, teruja dah aku time tu. Akhirnya dapat jugak makan ketam... Tapi silap aku ialah, aku tak amik awal-awal. Pegi amik kuih muih dulu. Sebab aku kan takleh makan banyak sekaligus. Then aku ingat nanti kalo abes, hotel top up la kan? Sekali... after solat... aku pegila cari ketam.... Tapi sayangnye... dah abes. Tinggal sepit kecik je satu. Huwaaa nak nangis je rasa :'(

Dua tiga kali aku pergi jenguk tempat ketam tu. Yela, kot kot dah top up kan. Tapi takde jugak.. Dia dah tak topup dah... Menci menci menci.. Kempunan ibu mengandung ni tau uhuk uhuk..

Tak kira... balik kampung ni, aku nak suruh mak aku masak ketam! Nanti aku pegi beli banyak-banyak kat pasar. Mahal ke..hape ke.. pedulik!!! huhuhu

No comments:

Post a Comment