Thursday, August 27, 2015

'Dia' Dah Datang!

Assalamualaikum..

Yeeeeee... Si dia sudah datang setelah 9 bulan 12 hari hilang hehe.. Eh tu kalau ikut umur Shafina. Kalau ikut dari awal pregnant dah setahun lebihla dia hilang.. Aiyooo lamanya. Sampai lupa dah macamana rasanya haha.. Mujurla kat rumah ni masih ada bekalan pad dulu-dulu. Kalau takkk.. Tak taula macamana nak buat.

So bila dah period nih, mama and abah kena extra precautious haha.. Protection kena lebih. Sejujurnya aku takde amik ape2 pil, inject atau insert implant atau iud ke ape sume tu. Ikut kaedah alami saje huhu.. Masa Shaheem dulu pun sama. Harap-harapnya period ni teraturla setiap bulan.. Senang nak plan. Kitorang decide next baby lepas husband pencen nanti. Dalam 3 tahun lagi. Kira okla tu kan jaraknya. Apa-apapun, rezeki tu Allah yang bagi. Kalau ditakdirkan dapat cepat daripada yang dirancang, alhamdulillah. Kami terima dengan penuh rasa syukur, insyaallah.

Bila dah period ni jugak, aku risau tentang production susu. Orang kata bila period susu pun kurang. Huhu risau risau. Takpe, kita jangan stress. Kalau stress lagila susu tak nak keluar kan. Nanti kita shopping oat, Horlicks, kurma banyak-banyak. Moga-moga boleh jadi milkbooster. Semoga masih ada rezeki Shafina. Mudahan dapat breastfeed dia sampai setahun. Another 3 months! Chayok chayok. Dah berjaya sampai setahun kita tarik nafas lega pastu sambung sampai 2 tahun pulak. Aminnnn..

posted from Bloggeroid

Thursday, April 23, 2015

JAUNDIS YANG SADIS

Assalamualaikum,

Haa mari baca cerita basi hehe... Kena cerita jugak kat blog utk ingatan pada hari tua........

Yezaa yezaa.. Shafina kena jaundice 4 hari selepas lahir. Aku tengok macam tak. Tapi bila misi datang dia kata kuning. Dia dtg rumah pagi, tengahari dia suruh gi klinik amik darah. Result tinggi kemainnnn... 280 first reading. Terus misi suruh naik ambulans pegi hospital hohohoho... Ikutkan kena masuk wad di HRPZ tapi me & hubby request nak masuk wad di HUSM. Reasonnya ialah kerana Shafina lahir kat situ so senangla rekod dah ada dah. Plus, aku ada sorang cousin yg kerja sebagai doktor kat HUSM, bahagian kanak-kanak. So anything boleh mintak tolong dia.

Aku naik ambulans dengan Shafina while hubby balik rumah amik barang-barang. Actually masa tu tak tau nak expect apa sebab masa Shaheem dulu takde experience masuk wad ni. Shaheem dulu jaundice jugak tapi tak seteruk adik. Naik ambulans bagaikan naik kuda! Gile lajulah driver tu bawak pastu sepanjang jalan tu macam ada bonggol. Melompat-lompat aku dalam tu. Aku peluk Shafina kemas-kemas. Kesian dia huhu.. Mujur tak nangis sebab dia tido je sepanjang perjalanan. Jaundis kan memang buat baby tido je.

Lama jugak tunggu urusan nak masuk wad tu. Kitorang sampai hospital dalam pukul 5 petang, Maghrib, pukul 7.30 tu barulah masuk wad. Shafina masuk wad 1 Timur Belakang (1 TB). Masuk je dalam wad aku dah nampak dah babies yang dok bawah lampu tu. Sumenye tak berbaju, pakai pampers je. Mata kena tutup dengan spec kertas. 

Nurse suruh aku susukan Shafina, pastu dah siap menyusu kena salin pampers dia dan bukakan baju semua, letak dia dalam baby cot. Shafina kena duduk bawah 4 lampu. Shafina mula-mula letak tu dia ok, tidur, senyap je. Then aku pergi bilik menunggu. Hubby ada kat situ. Masa tu aku dah sedih sedih la. Sedih sebab malam tu terpaksa tinggalkan Shafina. Actually kat wad tu ada bilik untuk rooming in tapi malam tu dah penuh. Dan sebenarnya dorang tak berapa galakkan baby yg kena jaundis ni rooming in dengan ibu sebab nanti baby tak duduk bawah lampu sangat, so lambatla nak turun kuning tu.

Masa duduk bilik menunggu tu aku dengar macam suara Shafina je menangis. Kuat pulak tu. Aku cepat-cepat pergi tengok dan memang betul dia pun. Ya Allah, masa tengok dia nangis tu, hancur luluh hati aku. Air mata memang lajula turun. Sedih sangat. Nurse tak bagi amik sebab risau kuning dia terlalu tinggi. Aku hanya mampu tepuk-tepuk dia dan pujuk dia jangan nangis. Sedih sangat huhu.. Shafina baru 4 hari lahir, tak puas lagi dok dalam pelukan mama, masih takut lagi dengan dunia luar rahim, sekarang kena duduk sorang-sorang dalam baby cot, bawah lampu yang panas, menangis meraung takde sape yang peduli. Masa tu dah terbayang-bayang macamanala keadaan Shafina bila mama dah balik nanti. Nurse memang takkan angkat dia kecuali feeding time. Menangisla kat situ sampai serak suara. 

Aku balik semula ke bilik menunggu. Ajak hubby balik sebab waktu melawat dah tamat. Hubby nampak aku nangis terus dia tanya kenapa. Arghh masa tu tension jugak sebab husb macam tak paham kenapa aku nangis. Bila dia dok tanya bertubi-tubi kenapa nangis, laaagila laju air mata ni turun. Dah dia pun bengang dengan aku. Siap marah-marah, "sayang nak anak sihat ke tak nak?? Kalau nak anak sihat, biarla anak duduk dalam wad. Nak menangis kenapa??" Huh lelaki... Apa yang dia paham tentang perasaan seorang ibu?

Malam tu tidur sorang-sorang. Menangis sorang-sorang. Paling sedih bila bangun subuh breast bengkak sangat-sangat. Marmet sambil nangis.

Setiap hari aku pegi melawat Shafina. Pegi pukul 9 pagi, 9 malam baru balik. Aku jadi penunggu tetap kat bilik menunggu tu. Sebab aku tak nak lepaskan peluang menyusu Shafina. Mommies lain kebanyakannya just dtg sekejap pastu balik. Dorang pam dan tinggalkan susu. Aku pam jugak tapi masalah aku dari dulu lagi, bila pam susu tak keluar pun. So aku prefer direct feeding je.

First night duduk dalam wad, bacaan kuning Shafina 380. Cousin aku cakap kalau 400 kena masuk ICU. Fuhh.... Seram sejuk aku dengar. 



Shafina duduk dalam wad 4 hari. Last day yang dia boleh discaj tu bacaan 250. Still tinggi tapi boleh monitor kat rumah je.Dan masih kena pegi amik darah.

Part sadisnya jaundis ni ialah  apabila dah keluar wad, kuning dia naik semula! Kitorang padahal dah try macam-macam dah. Mandikan dengan ubat herba cina, suap serbuk apa entah, anggur hitam, mandikan dengan air kucai dan pokok dukung anak, mama minum susu kambing dan macam2 lagila! Tapi tetap sama. Tensionnnnn okey!

Shafina problem dia sebenarnya ialah dia tak berak. Doktor cakap sebab dia fully breastfeed. Bila tak berak kuning pun lambatla turun. Aku dah buat urutan LOVE, kayuh basikal, urut2 tempat berak tu (tak tau apa nama sainsnya) tapi tetap anak dara tu tak berak grrrrrr.... Last resort, doc suruh bagi susu formula. Sebab doc cakap mungkin susu aku sikit, jadi air pun sikit. Sebab tu baby tak berak. Sedih gila aku masa tu. Baruu je ingat nak fully breastfeed. Actually masa tu memang dah tak exclusive bf sebab masa dalam wad sbb kuning tu, nurse dah bagi Shafina minum susu formula. Cuma kat rumah je aku tak prepare. Jadi dalam berat hati, aku suruhla husband beli. Dia beli susu Dutch Baby Step 1. Alhamdulillah, bila dah bagi formula, Shafina berak dengan jayanya. Lepas 2 minggu jugakla baru aku bagi Shafina formula plus minum dalam botol. Alhamdulillah, Shafina takde masalah nipple confuse. Botol boleh, nenen mama pun boleh. Legaaaaaaa hehehe.... Hilang sikit rasa sedih.

Shafina betul-betul clear dari jaundis masa umur sebulan. Huhhh lama jugakla berperang. Memang stress la. Dengan pengalaman duduk wad, kena amik darah etc.. Penat penat.. Next baby mama memang kena usaha jugak untuk elak baby kena jaundis. Masa pregnant dah kena do something. Bila tanya kawan-kawan semua cakap minum susu kambing masa pregnant. Ok, nanti boleh try for next baby. Insyaallah, another 2 years or sooner? hahahaha... (Dok jauh-jauh ni ada can Shafina dapat adik cepat kahkahkah).

Ok dah habis cite jaundis yang sadis!

Friday, April 10, 2015

Period Belum Kunjung Tiba!

Assalamualaikum,

Perghh lama tak update blog, tiba-tiba cerita pasal period pulak. Hohoho.. Takpela, janji berupdate hehe

Haa sebagaimana tajuk tu, begitulah kisahnya. Aku tak period lagi nih. Shafina next week cukup 5 bulan. Rasa macam pelik pulak sebab Shaheem dulu habis je nifas terus period datang. Tapi ni mungkin sebab aku breast feeding Shafina. Shaheem dulu sebulan susu dah kering.

Bila google rupanya memang normal je ibu yg menyusukan bayi tak datang haid. Sebab masa menyusu hormon prolaktin tinggi. Hormon inilah yang menyekat pengeluaran hormon estrogen. Bila takde hormon estrogen period pun takde lah! Gituu rupanya..

Nak tau lebih lanjut, baca kat link ni k :)

http://genkimomma.my/ibu-menyusu-tak-datang-haid-normal-kah/

So, tak perlu risau lahhh hehe.. Baru 5 bulan. Ada orang sampai setahun lebih kot period tak datang selepas bersalin.


Monday, January 12, 2015

Suri Shafina 2 bulan

Assalamualaikum,
Ehemm.. Testing update blog guna hand phone. Sambil sambil nyusu Shafina ni. Azam tahun ni nak rajin rajin update blog. We will see hangat hangat tahi ayam atau tak hehe
Harini bawak Shafina pegi klinik untuk checkup 2 bulan. Alhamdulillah dia sihat sihat je. Berat terkini 4.6kg. Sebulan haritu 4kg. Naik 0.6kg. Ok tak tu?
Kena cucuk kat peha kanan. Nangis kejap je. Nurse bagi ubat demam dan aku dah bagi dah petang tadi sebab badan dia panas sikit. Hopefully tak melarat.
Harini jugak Shafina kena sunat. Kesian dia dua kali sakit. Tapi takpelah. Mama nak settle cepat cepat. Kalau tak asyik tangguh je. Sekejap je prosedurnya. Mula-mula aku macam takut jugak nak tengok. Tapi cubala untuk beranikan diri. Sikit je dia kepit. Darah pun takla banyak sangat. Shafina pun nangis kejap je.
Shafina dah pandai senyum dah. Dah pandai nak bersembang dengan orang jugak. Time mood baik tu ternganga-nganga mulut nak bercakap.
Sangat kuat menyusu! Setakat ni aku masih breastfeeding dia. Alhamdulillah. Tapi tak fully. Dah campur dengan FM. Tapi aku bagi minum FM dua kali je sehari. Time dia mengamuk sebab tak cukup susu aku bagi la. Nantila aku cerita detail pasal susu ni kat entry lain.
Tu jela dulu cerita pasal shafina. Lenguh oi update ngan HP ni haha..


Saturday, January 10, 2015

SURI SHAFINA'S BIRTH STORY

Assalamualaikum readers! :)

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan anak kedua pada 14 November yang lepas. Dapat baby girl yang diberi nama Suri Shafina bt Shamsuddin :) Mehle iols story pengalaman melahirkan my darling daughter.

12 November 2014, 4.30am

Aku terjaga dari tidur. Bangun pegi kencing. Usap-usap perut tapi baby tak gerak pun. Biasanya time nak dekat subuh ni dia aktif. Actually siangnya lagi baby dah kurang gerak. Dekat pukul 8 malam baru cukup 10 kali gerakan. Aku risau sebenarnya sebab nurse kat KK selalu suruh aku alert dengan gerakan baby. Aku kan ada GDM. Salah satu perkara yang ditakuti bila ada GDM ni ialah baby meninggal secara tiba-tiba. Serius aku takut. Pukul 4.30 pagi tu aku usap perut, aku tepuk, aku minum air sejuk bergelas-gelas. Still, there was no movement. Berpeluh-peluh aku masa tu sebab takut. Macam-macam benda dok pikir. Terlintas nak kejutkan mak ayah, nak mintak bawa aku ke hospital. Tapi takut menyusahkan kalau sebenarnya takde pape pun, aku je yang lebih-lebih. Tapi, aku tetap tak sedap hati. So last last aku kejutkan jugak dorang. 

Dan dan tu jugakla ayah bawak aku pegi HUSM. Pergi kat labour room. Dia suruh masuk untuk check dulu. Ayah pulak pergi daftar. Macam-macamla doctor interview. Macamana aku kira gerakan, last sekali gerak pukul berapa etc etc. At the same time dorang pakaikan CTG kat perut untuk check jantung baby. Aku legaaa sangat bila dapat dengar bunyi heart beat baby tu. Macam nak nangis pun ada. Nurse pun cakap, "haa tu ada bunyi tu... jangan risau.." sambil senyum. Maybe dia pun tau betapa risaunya aku.. Sejam jugak dorang monitor dengan CTG tu. Keputusannya heartbeat baby normal. Tapi untuk make sure semuanya betul-betul ok, doktor scan pulak. 

Scan pun menunjukkan result yang positif. Doktor bagitau baby dah masuk laluan dan nak beranak dah ni haha.. Masa tu pun aku dah ada contraction 15 minit sekali cuma tak kuat je. Jalan baru bukak 1cm. Anggaran berat baby ialah 3.3kg. Aku lega sangat masa tu sebab aku risau baby terlalu besar. Selalu ingat baby 4kg sebab perut aku besar gila hehe.. Anyway, after dah scan tu walaupun result ok, aku kena admit ward jugak untuk monitor gerakan baby dalam masa 24 jam. Huu pasrah jela kena masuk wad.

Sambil menunggu turn masuk wad tu aku whatsapp husband. Terkejut dia bila aku cakap aku dah kat hospital. Terus dia apply cuti. Aku mulanya tak bagi dia cuti sebab masa tu aku tak rasa nak beranak lagi. Kang dia balik awal buat rugi je cuti. Tapi dia pulak yang konfiden aku akan beranak dalam masa terdekat. Aku malas nak cite panjang biar jela dia nak cuti. Ok jugak dia balik sebenarnya. At least boleh tengok-tengokkan Shaheem masa aku dalam wad. Oh cerita pasal Shaheem, aku sedih gile wehh.. Sedih sebab masa nak gi hospital tu aku tak cium dia pun. Sebab dia tengah sedap tido masa tu. Aku tak nak kacau dia. Risau dia terjaga nanti sibuk nak mengikut pulak. Bila doktor kata aku kena admit bertambah-tambah rasa sedih dan rindu pada Shaheem huhu...

Tengahari tu Shaheem datang melawat dengan mak, ayah dan adik aku, Dila.

Shaheem blur yang amat masa ni. Asyikla dok suruh aku bukak tag kat tangan. 
Dia sampai sampai,nampak aku terus naik atas katil dan peluk aku. Nak nangis je tengok dia masa tu.
Alhamdulillah sepanjang aku dalam wad dia tak nangis pun. Dia faham sebab aku dah banyak kali bagitau dia, nanti bila mama masuk hospital, Shaheem duduk rumah dengan mak tok.. Alhamdulillah Allah permudahkan. Takdela episod dia mengamuk-ngamuk cari aku. Cuma adala bila datang rasa rindu dia bagitau mak tok dia, Shaheem rindu mama.. huhu..


Malamnya di wad aku tak boleh nak tidur. Macam-macam peristiwa la jadi depan mata aku. Orang sebelah tiba-tiba tak sedarkan diri, orang depan meraung-raung kesakitan nak bersalin, dan macam-macam lagila. Pukul 2 pagi kot aku baru boleh tidur dengan lena. Serius tak selesa. Aku nekad pagi esok aku nak mintak discharge memandangkan gerakan baby dah ok dan aku pun takde rasa sakit sangat..

13 November 2014, 9am

Doktor datang round. Dia check check rekod aku. Tanya pasal gerakan etc. Aku baru je buka mulut nak bagitau dia aku nak balik, dia pun cakap, "Puan ada GDM ye dan puan sekarang dah 38 minggu 5 hari. Kalau ikut polisi hospital kita, ibu yang ada GDM perlu bersalin tak lebih dari 38 minggu 6 hari. Jadi saya tahan puan di wad hingga bersalin ye. Sekejap lagi kita check jalan.." Naaaahhhhh.... malang sungguh buatku! Huhuhu.. Punah harapan nak balik dulu. Terus perasaan cuak datang serta merta. Nak bersalin dah ke? huhuhu

Doktor tengah round



Nasi hospital. Sedap wehhh haha


Check jalan doc cakap still dalam 1-2cm. Yang sadisnya dia cakap, "saya tolong bukakan jalan.." Warghhh... Sakit oo.. Dan dan jalan buka 3cm. Selepas tu jugakla ada bloody show - lendir darah warna coklat coklat tu. Contraction pun mula terasa sikit-sikit. Still consistent 15 minit sekali. Aku masih boleh bergelak ketawa, masih boleh berchatting ngan kawan-kawan dalam wechat, dalam group gojes. Maklumla tak sakit sangat. Tak macam masa nak lahirkan Shaheem dulu. Kalini macam lebih relax. 

Petang, family datang melawat. Masa tu contraction dah kuat sikit dah tapi aku masih mampu senyum, ketawa, bersembang macam biasa. Oh husband pun dah ada dah masa tu.

Solat maghrib aku solat lewat sikit sebab nak terus solat Isyak. Masa tu contraction dah makin kerap. Dah tak mampu nak solat berdiri so aku solat duduk. Sambil tunggu isyak aku baca Yasin. Huh baca pun kejap kejap berhenti menahan sakit. 

Lebih kurang pukul 9 malam, doktor datang round. Bila tengok rekod aku dia terus bagitau doktor sorang lagi untuk masukkan aku dalam labour room sebab LR dah kosong dah masa tu. Hohoho cuak cuak. Aku pun call la husband suruh datang sebab kat HUSM ni once aku dibawa masuk ke LR husband pun boleh masuk jugak. Kesian hubs, dia baru nak tido masa tu sebab dia ingat tengah malam baru nak ke hospital. 

Tapi aku tak terus ke LR ponn.. Doktor pasang CTG dulu kat perut. Lama jugakla. Dari pukul 9 lebih sampai pukul 11 malam. Sampai habis kertas CTG tu. Aku rasa doktor sorang lagi tu tak nak aku masuk LR lagi sebab dia nak utamakan yang betul-betul dah nak beranak. Aku difahamkan (giteww difahamkan) LR kat HUSM ni ada 5 buah je. Jadi aku yang baru suam-suam panas sakit ni bolehla duduk di wad dulu. Kesian encik hubby. Datang awal ingat aku dah masuk LR, sekaliiiii... Hmm menunggu la dia kat luar. Dahla hujan lebat masa tu.

Aku pun redha jela terpaksa menahan sakit dalam wad sorang-sorang. Dalam tengah malam tu sakit aku kian memuncak. Orang lain sedap je tido. Aku kat atas katil mengerang sakit. Tapi aku mengerang slow slow jela. Sambil sambil tu dok berwhatsapp dengan husband. Husband sibuk suruh aku makan. Dia cakap tak nak jadi macam Shaheem dulu. Aku tak makan sampai muntah-muntah dalam LR. Kena makan untuk tenaga katanya. Aku gagahkan jugakla makan roti walaupun telan roti macam telan pasir. Dia suruh aku makan kurma banyak-banyak. Aku makan 4 biji katanya "tok ddebe 4 butir. Makan 10 butir baru ddebe!" Huwaaa seksa aku. Gagahkanla jugak makan 10 bijik kurma. Or lebih. Lupa dah. Ddebe tu maknanya ermm macam gangster la lebih kurang hehe..


14 November 2014, 2 pagi.

Aku dah sakit gile gile dah masa ni. Rasa macam tak boleh tahan dah. Aku gagahkan diri berjalan ke kaunter nurse. Bagitau dia aku nak masuk LR. Dah tak tahan. Dia suruh aku tunggu, dia nak call LR dulu. Tanya ada kosong tak. Dah call dia bagitau pukul 2.30 pagi LR suruh call balik sebab masa tu penuh. Haduiii aku pun balik semula ke katil aku. Whatsapp husband bagitau dah tak tahan. Dia pun takleh nak buat apa. 

2.30 pagi aku pegi semula ke kaunter, tanya dah boleh pegi ke. Dia cakap tunggu pukul 3 pagi pulak. Huwaaaaaa... Tension aku. Nak tunggu pukul 3 tu rasa macam laama gila. Masa tu aku dah macam pening pening pulak. Macam nak pitam pun ada. Gagah lagi makan kurma. Minum air banyak-banyak. Tepat pukul 3 pagi aku pegi lagi kat kaunter nurse tu. Agaknya dia tengok aku betul-betul dah tak tahan dia cepat-cepat amik wheel chair. Dia suruh aku amik baju baby dan kain batik aku sehelai. Aku dah prepare awal-awal dah. Kat HUSM ni dalam LR takleh bawak barang banyak-banyak. Cukup baju baby sehelai, pampers satu dan kain bedung. Untuk mak pulak kain batik je sehelai. HUSM takde uniform. Pakai baju sendiri je.

Masuk dalam LR aku dah start seram sejuk dah. Macam tak percaya jap lagi nak push push. Boleh dengar other mommy tengah mengerang kesakitan huhu.. Tak lama pastu husband datang. Fuh lega gila dapat pegang tangan dia. Katil dalam LR tu takde palang besi kat tepi. Memang tangan hubby la jadi mangsa aku genggam dan ramas kuat kuat sepanjang sakit dan masa push. Kat depan katil pulak ada cermin. Tapi nasib baik tak nampak tuttt hehe.. Aku tak rela wey nak tengok huhu.. 

Mula-mula doktor pasang line nak drip air tu. Yang pasang pulak doktor pelatih. Hadeii, sakit! Berdarah-darah dia buat. Tak reti lagi kot huhu.. Pastu sorang lagi doktor, yang ni dah terlatih hehe, check jalan. Baru 5cm katanya. Dia pecahkan ketuban. Ok yang ni pun dah cukup seram bagi aku. Sebab masa Shaheem dulu ketuban pecah sendiri. Dia amik satu kayu panjang dan jolok. Aku tak rasa apa pun. Tau tau sakit datang menggila. Huwargghhhh... 

Lepas je ketuban pecah tu jalan buka 6cm. Pastu doktor keluar gi mana tah. Nurse masuk. Dia pakaikan CTG dan suruh aku duduk mengiring belah kiri. Time tu memang sakit gila gila sampai satu tahap aku rasa macam nak meneran. Nurse suruh sedut gas tu. Aku try jugak sedut tapi macam lagi seksa je. Sekali je sedut pastu tak nak dah. Sampai gaduh-gaduh dengan nurse sebab aku dok ngadu sakit tapi tak nak sedut gas. Dah nak buat macamana memang aku tak nak. Tak selesa. Yang jadi mangsa husband la. Aku ramas-ramas tangan dia. Mulut ni tak henti-henti sebut Allah Allah. Nak baca ayat panjang panjang dah tak mampu dah.

Banyak kali jugak aku mintak nurse check jalan sebab banyak kali aku rasa macam nak 'berak.' Tiap kali check memang jalan buka 1cm 1cm. Kira cepat jugakla. Stress aku nak tunggu cukup 10cm huhu.. Nurse siap tanya aku ada minum air selusuh ke sebab jalan buka cepat. Aku manade minum air selusuh. Tak buat pun utk 2nd baby ni.. Dalam pukul 4 pagi doktor datang check jalan. 8cm kot masa tu. Dia kata dia akan kosongkan pundi kencing supaya jalan buka dengan lebih cepat. Lepas dah siap tu dia terus cakap, "ok puan boleh teran.." Aku terdiam kejap haha.. Masa tu takde contraction.. Selamba aku jawab, "jap jap tak sakit lagi ni." hehe..

Bila sakit datang aku terus push sepenuh hati. Start push dalam pukul 4.15 pagi kot. Push dalam 3,4 kali woooshhhh keluarla Suri Shafina. Alhamdulillah hilang semua rasa sakit. Magic! hehe.. Air ketuban banyak sangat keluar sampai ke belakang aku. Basah lencun baju. Mujur nurse baik hati bagi baju hospital sebab aku bawak kain batik je sehelai.

Lepas dah siap tu bermula la sesi tarik uri keluar dan sesijahit menjahit. Alhamdulillah sikit je tear, dalam 2 jahitan je. Mula-mula doktor kata intact tapi bila dia check check balik ada jugak sikit tear. Aku memang tak kena gunting ke ape, Shaheem dulu pun tak gunting, tapi koyak rabak haha.. Mujurlee yang ni sikit je. Tak sampai seminggu benang dah tetas. Yang keluarkan uri tu aku boleh rasa doktor tarik huhu.. Mengerikan je.. Doktor korek-korek keluar juga darah beku. 

Alhamdulillah Allah permudahkan proses melahirkan anak kedua ni. Our first daughter. More daughters to come haha.. Insyaallah.. Rasanya bersalinkan Shafina ni lagi sakit berbanding Shaheem dulu. Agaknya masa Shaheem dulu kurang sakit sebab aku amik pain killer yang inject kat punggung tu. Shafina ni memang natural habis, takde amik ape pain killer pun. 

Ni gambar fresh from oven. Berat masa lahir 3.57kg. Ringan 0.03kg je dari abang Shaheem hehe


Shafina dah nak masuk 2 bulan dah pun. Dah pandai mengagah, pandai senyum senyum dah. Nanti aku update cerita latest dia ya. Publish cerita basi ni dulu haha.. Sabor jela. Lama gile peram ni hehehe...