Thursday, April 23, 2015

JAUNDIS YANG SADIS

Assalamualaikum,

Haa mari baca cerita basi hehe... Kena cerita jugak kat blog utk ingatan pada hari tua........

Yezaa yezaa.. Shafina kena jaundice 4 hari selepas lahir. Aku tengok macam tak. Tapi bila misi datang dia kata kuning. Dia dtg rumah pagi, tengahari dia suruh gi klinik amik darah. Result tinggi kemainnnn... 280 first reading. Terus misi suruh naik ambulans pegi hospital hohohoho... Ikutkan kena masuk wad di HRPZ tapi me & hubby request nak masuk wad di HUSM. Reasonnya ialah kerana Shafina lahir kat situ so senangla rekod dah ada dah. Plus, aku ada sorang cousin yg kerja sebagai doktor kat HUSM, bahagian kanak-kanak. So anything boleh mintak tolong dia.

Aku naik ambulans dengan Shafina while hubby balik rumah amik barang-barang. Actually masa tu tak tau nak expect apa sebab masa Shaheem dulu takde experience masuk wad ni. Shaheem dulu jaundice jugak tapi tak seteruk adik. Naik ambulans bagaikan naik kuda! Gile lajulah driver tu bawak pastu sepanjang jalan tu macam ada bonggol. Melompat-lompat aku dalam tu. Aku peluk Shafina kemas-kemas. Kesian dia huhu.. Mujur tak nangis sebab dia tido je sepanjang perjalanan. Jaundis kan memang buat baby tido je.

Lama jugak tunggu urusan nak masuk wad tu. Kitorang sampai hospital dalam pukul 5 petang, Maghrib, pukul 7.30 tu barulah masuk wad. Shafina masuk wad 1 Timur Belakang (1 TB). Masuk je dalam wad aku dah nampak dah babies yang dok bawah lampu tu. Sumenye tak berbaju, pakai pampers je. Mata kena tutup dengan spec kertas. 

Nurse suruh aku susukan Shafina, pastu dah siap menyusu kena salin pampers dia dan bukakan baju semua, letak dia dalam baby cot. Shafina kena duduk bawah 4 lampu. Shafina mula-mula letak tu dia ok, tidur, senyap je. Then aku pergi bilik menunggu. Hubby ada kat situ. Masa tu aku dah sedih sedih la. Sedih sebab malam tu terpaksa tinggalkan Shafina. Actually kat wad tu ada bilik untuk rooming in tapi malam tu dah penuh. Dan sebenarnya dorang tak berapa galakkan baby yg kena jaundis ni rooming in dengan ibu sebab nanti baby tak duduk bawah lampu sangat, so lambatla nak turun kuning tu.

Masa duduk bilik menunggu tu aku dengar macam suara Shafina je menangis. Kuat pulak tu. Aku cepat-cepat pergi tengok dan memang betul dia pun. Ya Allah, masa tengok dia nangis tu, hancur luluh hati aku. Air mata memang lajula turun. Sedih sangat. Nurse tak bagi amik sebab risau kuning dia terlalu tinggi. Aku hanya mampu tepuk-tepuk dia dan pujuk dia jangan nangis. Sedih sangat huhu.. Shafina baru 4 hari lahir, tak puas lagi dok dalam pelukan mama, masih takut lagi dengan dunia luar rahim, sekarang kena duduk sorang-sorang dalam baby cot, bawah lampu yang panas, menangis meraung takde sape yang peduli. Masa tu dah terbayang-bayang macamanala keadaan Shafina bila mama dah balik nanti. Nurse memang takkan angkat dia kecuali feeding time. Menangisla kat situ sampai serak suara. 

Aku balik semula ke bilik menunggu. Ajak hubby balik sebab waktu melawat dah tamat. Hubby nampak aku nangis terus dia tanya kenapa. Arghh masa tu tension jugak sebab husb macam tak paham kenapa aku nangis. Bila dia dok tanya bertubi-tubi kenapa nangis, laaagila laju air mata ni turun. Dah dia pun bengang dengan aku. Siap marah-marah, "sayang nak anak sihat ke tak nak?? Kalau nak anak sihat, biarla anak duduk dalam wad. Nak menangis kenapa??" Huh lelaki... Apa yang dia paham tentang perasaan seorang ibu?

Malam tu tidur sorang-sorang. Menangis sorang-sorang. Paling sedih bila bangun subuh breast bengkak sangat-sangat. Marmet sambil nangis.

Setiap hari aku pegi melawat Shafina. Pegi pukul 9 pagi, 9 malam baru balik. Aku jadi penunggu tetap kat bilik menunggu tu. Sebab aku tak nak lepaskan peluang menyusu Shafina. Mommies lain kebanyakannya just dtg sekejap pastu balik. Dorang pam dan tinggalkan susu. Aku pam jugak tapi masalah aku dari dulu lagi, bila pam susu tak keluar pun. So aku prefer direct feeding je.

First night duduk dalam wad, bacaan kuning Shafina 380. Cousin aku cakap kalau 400 kena masuk ICU. Fuhh.... Seram sejuk aku dengar. 



Shafina duduk dalam wad 4 hari. Last day yang dia boleh discaj tu bacaan 250. Still tinggi tapi boleh monitor kat rumah je.Dan masih kena pegi amik darah.

Part sadisnya jaundis ni ialah  apabila dah keluar wad, kuning dia naik semula! Kitorang padahal dah try macam-macam dah. Mandikan dengan ubat herba cina, suap serbuk apa entah, anggur hitam, mandikan dengan air kucai dan pokok dukung anak, mama minum susu kambing dan macam2 lagila! Tapi tetap sama. Tensionnnnn okey!

Shafina problem dia sebenarnya ialah dia tak berak. Doktor cakap sebab dia fully breastfeed. Bila tak berak kuning pun lambatla turun. Aku dah buat urutan LOVE, kayuh basikal, urut2 tempat berak tu (tak tau apa nama sainsnya) tapi tetap anak dara tu tak berak grrrrrr.... Last resort, doc suruh bagi susu formula. Sebab doc cakap mungkin susu aku sikit, jadi air pun sikit. Sebab tu baby tak berak. Sedih gila aku masa tu. Baruu je ingat nak fully breastfeed. Actually masa tu memang dah tak exclusive bf sebab masa dalam wad sbb kuning tu, nurse dah bagi Shafina minum susu formula. Cuma kat rumah je aku tak prepare. Jadi dalam berat hati, aku suruhla husband beli. Dia beli susu Dutch Baby Step 1. Alhamdulillah, bila dah bagi formula, Shafina berak dengan jayanya. Lepas 2 minggu jugakla baru aku bagi Shafina formula plus minum dalam botol. Alhamdulillah, Shafina takde masalah nipple confuse. Botol boleh, nenen mama pun boleh. Legaaaaaaa hehehe.... Hilang sikit rasa sedih.

Shafina betul-betul clear dari jaundis masa umur sebulan. Huhhh lama jugakla berperang. Memang stress la. Dengan pengalaman duduk wad, kena amik darah etc.. Penat penat.. Next baby mama memang kena usaha jugak untuk elak baby kena jaundis. Masa pregnant dah kena do something. Bila tanya kawan-kawan semua cakap minum susu kambing masa pregnant. Ok, nanti boleh try for next baby. Insyaallah, another 2 years or sooner? hahahaha... (Dok jauh-jauh ni ada can Shafina dapat adik cepat kahkahkah).

Ok dah habis cite jaundis yang sadis!

7 comments:

  1. Tinggi jugak bacaan kuning baby ye amal.. anak dilah warded 2mlm jugak aritu sbb kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan baby kena kuning ni huhu

      Delete
  2. Sama dengan Qaireen , dekat sebulan gak baru clear . Dan guna susu formula gak sebab susu tak banyak . Sedih memang sedih , tapi demi nak anak sihat , sian tgk duk cucuk amik darah . So , redha jer lah .

    ReplyDelete
  3. same dengan firas...my baby siap masuk wad 5 hari jaundis+protien lebih dalam darah..sedih sangat. dahlah first baby kene ag hal cmne, nak x nak kene kuat. syukur sangat saya boleh jaga bby sendiri sebb nursery dah penuh..so masuk wad biase je di mana ibu sendiri yang jaga..bby terpksa minum mix sebb susu x byak ag. time dekat wad tu mmg kene okus bagi bby minum susu stiap 2 jam sekali, mmg membantu jaundis turun cepat. bile balik rumah, macam2 try sebb xmo jaundis naik lagi kan, serik nak dok hospital dengan keadaan berpantang. so try anggur, minum susu kambing dan macam2 semua x ok, yang ok kat baby bil abagi mandi air rebusan kucai and minum susu 2 jam sekali.alhamdulillah bby bebas jaundis time die 14 hari. syukur sangat, but setiap baby lain2 ragam then lain2 rawatan...even my niece pun rawatan jaundis just minum susu kambing je dah ok..but my bby xde effect pun. saya time preggy mmg amal minum susu kambing maybe bby darah O+ ekot daddy die so, peratusan kene jaundis pun mmg besar..even dah protect time preggy.

    ReplyDelete
  4. ya allah sedih baca kisah wani ni. Tapi kelakar part abe wani tu, yes betul ore jate ni bukan nk paham sangat kan..hahhaaa,,,, Rupanya tinggi jugak kuning shafina. ALhamdulillah la wpun lama kena kuning, shafina sihat2 jah loni..

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. Hopefully my baby tak kena jaundice...aminnn

    ReplyDelete