Thursday, November 6, 2014

Menghitung Hari

Assalamualaikum,

Ohoiii lamanye tak update blog. Ada yang rindu kat mak yong ni tak? ehe

Banyak betul kekangan nak update blog. Dan malas juga huhu. Tak taula kenapa tiba-tiba mood nak blogging kelaut. Blog yang satu lagi pun tak berupdate. Sekarang baru ada rasa rajin sikit-sikit.



Banyak benda dah aku tak cerita kat sini. BSP dah 3 kali buat since yang aku update last tu. So total dah 7 kali buat BSP. Dan alhamdulillah, at 37 weeks dah fully discharged daripada BSP. Doc cakap tak perlu buat lagi dah sebab result cun dan aku pun expected to give birth anytime soon. Insyaallah. But still kena jaga makan dan minumla. Sebab doc cakap sometimes dah hujung-hujung ni la gula boleh naik dengan mendadak. Jadi takleh makan sesuka hati. Aku sendiri pun risau nak makan banyak-banyak. Rasa macam adik baby dalam perut ni besar je huhu.. Even nurse pun cakap perut aku ketat sendat. Sampai dia pun tak boleh nak determine kepala baby kat atas ke bawah. Siap panggil sorang lagi nurse untuk rasa. Alhamdulillah, baby in cephalic position.



Masa week 34, time check perut dengan misi, bila test urine ada detect gula pulak. Aigooo.. Tak pernah pernah tauuu.. Selalu negatif je. Ni tiba-tiba ada tulisan merah +1 bawah petak urine-gula. Sadis betul. Aku down la kejap. Pastu cuba ingat-ingat balik apa aku makan. Rasanya sebab aku dok makan buah dokong. Banyak gile pulak tuh hahaha.. No wonder la kann.. Tobat takmo makan dah. Sekarang bila nampak buah dokong je cepat-cepat pejam mata hehe..

Minggu 35 mak yong dah basuh semua baju baby. Tak banyak pun. Tapi lenguh pinggang jugak sebab basuh tangan. Sayangla baju baru nak basuh dengan washing machine. Tengok baju comel-comel rasa tak sabar sangat nak beranak hehe.. Dah kemas siap-siap dalam drawer.

Beg baby dah siap packing sepenuhnya. Beg mama je belum complete lagi. Yang belum dimasukkan dalam beg tu benda-benda kecik macam toiletries. Yang tu by the time nak pegi hospital lah baru masukkan. Checklist barang yang perlu dibawa ke hospital boleh tengok kat sini

To be honest memang dah tak larat rasanya ni nak bawak perut. Abang Shaheem dulu lahir masa 39 minggu 3 hari. Adik baby ni macam lebih kurang je. Setakat ni belum ada rasa apa lagi. Dok tunggu-tunggu jugak signs macam bloody show ke ape. Tapi belum ada lagi. Braxton Hicks tu ada la jarang-jarang. Cuma sekarang kalau dia bergerak tu terasa sakit kat bahagian bawah sana. Takpela dik, mama tunggu je. Bila adik dah ready adik keluar la kan? Or adik tunggu abah cuti hehe? Hubs insyaallah akan cuti start 15hb ni. Aku due 22 Nov. Tapi sebab ada GDM ni tak boleh lebih dari edd. Makanya mungkin 21hb tu dah kena admit untuk induce. Huh seram sejuk memikirkan tentang induce ni. Orang kata sakitttt.. Masa Shaheem dulu induce jugak tapi drip kat tangan tu sebab jalan dah bukak cuma lambat je. Yang tu pun dah cukup buat badan aku menggeletar. Allahu, mohon yang baik-baik saja nanti.

Apa perasaan nak bersalin? Tak takut ke?? Of course perasaan takut, gentar tu sentiasa ada. Beranak ni ibarat kita serah nyawa dah.. Tapi walau apapun kena hadap jugakla kan. Yang penting kita selalu bermohon dan berdoa kepada Allah SWT semoga dipermudahkan semua urusan. Selamat mama dan baby. Semoga baby sihat sempurna lahir dan batin. Insyaallah.. Doakan aku ye! :)





Monday, September 29, 2014

Kesan Antibiotik Semasa Mengandung

Assalamualaikum,

Sharing daripada blog BIDADARI.MY

Klik gambar untuk baca dengan lebih jelas ye


Minggu lepas aku selsema. Aku ni kalau dah start selsema memang terukla. Berair mata, berair hidung. Bersin tak berhenti. Sangat-sangat tak selesa. Mula-mula memang tak nak pegi klinik. Nak biarkan macam tu je. Eh tapi tak bolehla. Aku nak tido pun tak selesa, duduk, bangun semua tak selesa. Lastly surrender jugak pegi klinik. 

Doctor prescribed ubat selsema, antibiotik untuk tonsil aku yang bengkak dan ubat sakit tekak.

Dalam banyak-banyak ubat kat atas aku makan ubat selesema je sebijik. Lupa dah haih nama ubatnye. Tapi sebelum makan tu aku ada google la.. Katanya safe untuk pregnant mother cuma kalau dah masuk 32 minggu ke atas seeloknya jangan makan. Ubat ni mengantuk dan doktor cakap ubat selsema yang selamat untuk ibu mengandung memang mengantuk. Yang tak mengantuk tu bahaya.

Alhamdulillah lepas makan ubat tu selesema pun hilang. Tapi next time kalau selesema lagi aku nak try natural remedies jela. Tak elok jugak kan dok makan ubat time mengandung ni.. 

Antibiotik tu aku tak makan sebab aku memang ada rasa was-was. Antibiotik kan kalau dah makan kena habiskan. Tak boleh stop separuh jalan, tak boleh skip skip. Bila baca artikel dari blog Bidadari.my ni rasa lega sangat aku tak makan huhu.. 

Semoga artikel ni bermanfaat untuk semua. 

Cheers!

Thursday, September 25, 2014

REVIEW BSP ROUND 4 & CHECKUP WITH MO

Assalamualaikum,

Erm, lambat sikit update pasal BSP round keempat ni sebab..... aku down gile dengan result! Huwaa.. Sadis betul..



Aku baru tahu, bacaan normal untuk BSP ni ialah:

8am: 5
12pm: 6
5pm: 6
9pm: 7

Result aku tu normal tapi tak berapa comel. Especially yang pukul 8am 5.4. Sepatutnya tak boleh lebih 5. 9pm 6.4. Dah nak dekat dengan 7. So kena lebih berhati-hati.

Aku akui aku memang tak jaga makan. Last week balik umah parents in law. Uii makan macam-macam. Non stop. Umah PIL memang selalu hidang makanan. Pagi breakfast. Kul 10 kang hidang makanan lagi. Tengahari lunch. Petang minum petang. Malam dinner, lepas dinner ada hidang kopi lagi. Haa mana tak naik gula ni kan T__T Salah sendiri makanya tak bolehla sentap sentap kalau kena tegur.

BSP round 5, 7 Oktober ni. 8 Oktober review with MO. Doakanla result baik-baik saja. Aku dah start pantang gile-gile dah ni. No more air manis-manis. Makan 3 kali sehari saja. In between kalau lapar minum air masak je. Ataupun makan buah. Makan nasi sejemput je. Tak boleh tambah-tambah. Kesian kan. Dalam pikiran ni rasa nak makan macam-macam. Tapi apakan daya. Kita kena utamakan baby dulu..

Selain review BSP, doc review kandungan aku juga. Doc scan haritu. Alhamdulillah, dearest baby is doing well. Doc ukur-ukur dan dapatla estimated weight 2.1kg. Hohoho.. Here's another reason for me to diet kaw kaw. Besar tuuu 2.1kg! Remind you, I am only on my 31 weeks++. Kalau ikut due ada 9 minggu lagi. Baby bila dah 7 bulan lebih ni memang akan cepat membesar. Dengan aku yang ada GDM ni kalau tak control, baby boleh jadi sangat besar. Risau betul aku takut adik baby lebih besar daripada Shaheem. 

Err sori gambar blur..

Doc tak cakap ape-apepun. Tapi, tahla, aku risau sangat. Last aku scan 3D masa 27w++, doc estimate 1.1kg. Dalam masa sebulan naik 1kg. Aku ada lagi 2 bulan untuk sampai tarikh due. So, korang rasa??? Huii takmola cecah 4kg wey. Jenuhh nak meneran huhu.. Allah Allah, takleh bayang. Doakanla adik baby tak besar sangat huhu.. Aku mintak jugak aku bersalin awal i.e on 36/37w. Shaheem dulu 39w. So kira dah lewat jugakla. Itupun tak sangka berat dia masa lahir ialah 3.6kg. Sebab masa scan doc cakap estimated 3.4kg je. Huhu.. 

Doakan aku ye kawan-kawan!

Aku ada juga bagitau doc dua masalah yang aku hadapi sekarang. Satu, bleeding nose, dua, buasir.

Hidung berdarah tu doc cakap mungkin ada urat darah yang kembang. Jadi bila aku blow nose, urat darah tu pecah. Mungkinla. Dia suluh dalam hidung aku katanya takde ape yang luar biasa. Dia just advise supaya letakkan/press ais atas hidung kalau berdarah lagi. Nanti aku try google maklumat lanjut mengenai ni. 

Buasir tu pulak dia kata perkara biasa time hamil. Actually aku kena buasir ni lepas bersalinkan Shaheem. Kuat sangat meneran sampai terkeluar buasir tu haa.. Aku dah jolok masuk ke dalam. Tapi still tak selesa. Aku wat donno je lama-lama. Sampaila baru-baru ni aku cirit birit. Benda tu terkeluar balik. Sangatlah tak selesa. Doc bagi ubat untuk dimasukkan ke dalam anu. 1 biji bila perlu katanya. Aku baru buh sekali. Okla sikit banding biasa huhu.. Dugaan betul ngandung ni kan! Sabar jelaaa..

Other things sume ok, air ketuban ape sume mencukupi. Alhamdulillah.

Next appointment:

7 Oct - BSP
8 Oct - Review BSP with MO
12 Oct - Checkup with nurse

Sunday, September 21, 2014

Checkup Week 31

Assalamualaikum,

Harini pergi checkup untuk minggu ke 31. Checkup dengan nurse je. Review MO insyaallah esok sekali dengan review BSP round 4. 

Result semua alhamdulillah ok, cumanya berat aku naik 2kg. Hoho dah cecah 80kg beratku! Huarghhh.. Padanla rasa macam badan berat sangat sekarang. Nak jalan pun rasa tak larat. Dah rupa ikan paus celup tepung dah ni ahaha.. Perut pun macam besar je. Padahal baru 31 minggu. 

Takde ape pun nak cerita pasal checkup dengan nurse ni. Cuma tadi dia ada tanya, ada masalah ape-ape tak? Aku bagitaula aku sekarang ada 2 masalah. Satu, hidung kerap berdarah dan dua, buasir. Pastu boleh pulak dia tanya aku, "pastu awak nak jumpa doktor ke?" dengan muka serius yang amat. Dah aku confuse, nak jawab ape. Bukan ke patutnya dia yang refer kan aku pada doktor? Kalau ikutkan hati aku memangla aku nak jumpa doktor sebab aku yang tanggung masalah ni. Hmmm bila aku senyap je dia pun cakap, "awak bagitau kat doktor esokla ye.." Aku angguk jela. Feninnn hehe..

Alhamdulillah dah 31w gerakan baby pun makin kuat, makin jelas. Berombak-ombak perut mama kadang-kadang dibuatnya. Time aktif, sangatla aktif. Time dia slow, risau jugak mama. Selalu kena tepuk-tepuk perut. Sampai abang Shaheem tegur, "mama, jangan pok baby. Sian baby..." hehehe.. 

Aaa tu jela kot cerita week 31. Esok update lagi. Cerita pasal review dengan doc pulak. Plus review BSP. Sat lagi pukul 5.30 nak amik darah yang ke3. Moga-moga result cun seperti biasa hehe.. Daa~

Saturday, September 13, 2014

Shopping Barang Adik Baby

Assalamualaikum,

Aku dah start beli dah baju untuk adik. Hee semangat kan. Ala baru jugak membelinya. Masa dah masuk 7 bulan ni. Orang kata elok beli sekarang. Nanti dah 8, 9 bulan dah tak larat. 

Aku beli sikit-sikit je dulu. Buat masa sekarang baru beli baju dan beberapa pasang mittens dan bootees. Barang-barang lain belum.

Eh marila kutempek list barang baby yang perlu ada.


Baby


1 Baju- Lengan Pendek  - 8 ~ Total dah beli: 6
2 Baju- Lengan Panjang  - 6 ~ Total dah beli: 3
3 Romper - 2 ~ Romper Shaheem punye dulu ada banyak aku bawak balik. Guna pakai yang tu dulu lah.
4 Seluar- Pendek - 5
5 Seluar- Panjang - 8
6 Sarung Tangan -10 psg Total dah beli: 6
7 Sarung kaki -  10 psg  Total dah beli: 6
8 Baby Bip - 2 ~ Belum beli lagi. Shaheem dulu aku pakai time dia dah start makan je. Sebelum tu memang tak pakai pun. So tak perlu beli dalam masa terdekat ni lah kot.
9 Sapu Tangan - 3
10 Barut - 10 ~ Dah order 5 helai barut bertali dengan Shaz Bedung & Barut Baby.  

11 Topi - 2 


Diapering


1 Napkin - 1 pek 
2 Lampin Pakai Buang - 2 pek  
3 Diaper Wipes - 2 pek 
4 Safety Pin 
5 Changing Mat 
6 Nappy Liner 
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi  



Baby Care & Grooming


1 Bedak Bayi 
2 Losyen Bayi 
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu 
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper) ~ Done. Yang abang Shaheem dulu ada lagi.
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)  
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls 



Nursering


1 Selimut ~ Dah ada 2 warisan daripada abang Shaheem hehe 
2 Bedding set ~ Err tak tau dah kat mana mak ayah simpan. Nanti baru nak cari huhu 
3 Play Pen / Katil Bayi ~ Done. Preloved, my colleague bagi :)
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu  ~ Pinjam dengan abang aku hehe
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)



Feeding


1 Botol saiz S -  2 
2 Puting Botol Susu - 2 
3 Bottle Sterilizer 
4 Berus Pembersih Botol 
5 Penyepit Botol 
6 Sterilising Tablet 
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable - 2
9 Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10 Breast Pump 
11 Nursing Pillow 

12 Nursing Bra ~ Dah order 2 pasang bra Autumnz dengan Shaz Bedung & Barut Baby.

13 Termos


Travel


1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier ~ Dah ada Patapum ssc.



Bathing


1 Tuala 
2 Besen Mandi ~ Pinjam dengan abang
3 Syampu 
4 Sabun Mandi 
5 Span
6 Gayung



Extra


1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat 
4 Baby Gym ~ Dah ada preloved ex-colleague bagi dulu. Cuma nak kena tambah mainan gantung2 je.
5 Stroller / Jogger ~ Done. Preloved. My colleague bagi :)
6 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7 Car seat ~ Dah ada tapi tinggal kat rumah Sabah
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear


Ok, tu list barang-barang yang perlu ada. Since aku akan beranak kat kampung macam ada banyak jugakla barang yang nak kena beli baru. Kelambu, besen mandi, changing mat tu, Shaheem punya masih ada sebenarnya. Good condition lagi tu. Tapi semuanya aku tinggal kat rumah di Sabah. Macamanala nak angkut naik kapal terbang ye dak. Changing mat tu patutnya boleh tapi tah kenapa aku lupa nak amik. Yang mana abang aku ada, aku pinjamla dengan dia. Takde kalu, terpaksala beli baru.. 

Yang aku strike through tu barang yang aku rasa aku tak perlu beli. Macam feeding banyak aku strike botol-botol tu. Sebabnyeee, aku nak breastfeeding adik baby. Jadi tak boleh ada unsur-unsur botol tu awal-awal ni huhu.. Doakan aku ye. Aku nak sangat sangat berjaya bf adik ni. 

Apa-apapun ada barang yang tak perlu rushing beli sekarang. Ada barang yang baby dah besar sikit baru pakai. So yang tu kita beli kemudianlah. Ikut kemampuan masing-masing :)

Mehla ku tunjuk baju yang aku dah beli. Excited uols, sume pink! kahkahkah.. Seronok tengok baju-baju untuk girls. Comel bangettt... Sabar jela. Kalau yang keluar sebaliknya, ermm redha jela. Mama pakaikan jugak pink pon haha.. Yang dress dress tu taklaa hehe.. Eh tapi dah kalo doc kata girl, insyaallah betulla tu :)


6 pasang baju lengan pendek

3 pasang baju lengan panjang

6 pasang mittens & bootees


Kalau tak silap total spend buat masa sekarang dah RM200++. Huhu tu baru sikit tu kan. Takpe dik, esok abah balik kita pow abah pulak hehehe...

Last but not least,

Abang Shaheem yang suka sinyumm depan kamera sekarang. 
:D


Wednesday, September 3, 2014

RESULT BSP ROUND 3

Assalamualaikum,

Semalam, 2/9 selesai buat BSP round ketiga. Phew ~

Resultnye...


Alhamdulillah, maintain cun hehe.. Setiap kali buat setiap kali tu la nervous nak tunggu result.. Kalaula sangkut salah satu memang sedih sangat-sangat. Tapi, alhamdulillah, keempat-empatnya ok. 

Dah review dengan MO. Next BSP 2 minggu lagi iaitu 21 Sept 2014. Sama tarikh dengan checkup. Masa tu minggu ke 30. 

Semalam tanya nurse, boleh tak nak buat BSP ni kat rumah je. Dia kata boleh kalau ada glucometer tu. Pastu datang untuk review dengan MO je. Yess yes sukee hehe.. Aku takde pun alat tu tapi mak willing nak belanja beli satu kikiki.. Mak aku kan ada kencing manis. Kalau ada alat tu dia pun boleh check sekali. Semalam survey kat 2 farmasi yang ada kat Wakaf Che Yeh. Kat Farmasi Rimadex RM99 sekotak. Pakej sekali dengan jarum dan pen dia tu. Cuma kena tambah alcohol swab. Satu lagi survey kat Farmasi Aiman. RM160. Brand lain daripada kat Rimadex tu. Sama jugak pakejnya dan kena tambah alcohol swab. Mak cakap alcohol swab tu takde pun takpe. Aku ingat nak survey lagi kat farmasi lain di Kota Bharu. Cari yang lebih murah. Nak murah sajoo.. Dasar kedes haha.. 

Contoh mesin glucometer beserta jarum dan test strips.



Sape ada mesin ni kat rumah? Boleh share brand, price and review? Thanks :)

Tuesday, September 2, 2014

2nd Baby: Checkup Week 28 - TRIMESTER 3!

Assalamualaikum,

Harini checkup untuk minggu ke 28. Alhamdulillah kandungan mama ni dah masuk 7 bulan. Dah masuk trimester terakhir. Fuh fuh fuh berdebar hehe..

Pukul 7.15 pagi dah turun dari rumah. Nak letak buku kat meja pendaftaran cepat-cepat sebab harini kena buat BSP juga. Malangnye aku sangkut dalam jem depan sekolah berdekatan dengan klinik tu. Huh.. Sudahnye sampai kat klinik dah dekat 7.30 pagi. Dah ramai orang dah time tu. Lama jugakla tunggu. Buat BSP pun dah pukul 8.30 pagi dah kalau tak silap. Resultnye, esokla ye aku cerita. Ada 2 bacaan lagi belum ambik :)

Anyway, ini hasil checkup hari ini,

Urine alb/sugar: Neg/neg
Hb: 11.2
Weight: 77.5kg (Naik 0.5kg daripada last checkup)
BP: 110/60
Pulse: 76
Edema: +/+ (Kaki bengkak)
Tinggi rahim: 29cm
Kedudukan janin: Cephalic (head down)
Jantung baby: 143
Gerak: +

Alhamdulillah semuanya ok kecuali edema pada kaki tu lah. Aku tak perasan pun kaki aku bengkak. Bila aku tengok macam normal je. Tapi nurse cakap tadi bila dia tekan kulit betis, kulit tu lambat nak timbul balik. Maknanya bengkak la tu. Pesan nurse, time duduk-duduk rehat dan tidur, kena tinggikan kaki. Contohnya macam ni


Boleh baca kat sini untuk info lebih lanjut mengenai kaki bengkak ketika hamil:

Tadi nurse ajar juga cara untuk mengira gerakan baby. Ye, masuk 7 bulan dah kena catit pergerakan baby dah. Aku bab ni memang blur hehe. Blur tak tau nak kira macamana. Baby kan selalu bergerak. Selalunya dalam masa 2,3 jam tu dah berpuluh-puluh gerakan dah dia buat. Tapi macam tak logik pulak nak tanda pukul 9 pagi start gerak,  pukul 10pagi dah cukup 10 gerakan. Macam tak accurate je kan? 

Nurse cakap tadi, tanda gerakan yang kuat ialah gerakan baby menendang/menyiku yang terkena pada dinding perut, sampai kulit perut tu timbul. Yang kita betul-betul rasa. Kalau dia macam gerak sikit-sikit tu tak dikira. Kalau yang macam tu dikira sebagai satu pergerakan je. Ermm, tak kisahla macamana pun. Kira paham-paham sendiri la kan hehe. Yang penting kita alert baby bergerak. Kalau tak bergerak, kurang aktif, cepat-cepatla pergi hospital.

Oh ye, aku mula-mula rasa baby no 2 ni gerak masa week 21.. Alhamdulillah. Teruskan bergerak aktif ye sayang mama :)

Dah masuk 7 bulan ni juga aku kena suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT). Masa first pregnancy dulu kena cucuk dua kali. Untuk 2nd pregnancy ni dan insyaallah yang seterusnya hanya satu suntikan je diberikan. Aku kena kat bahu kiri. Nurse tanya, dulu kena cucuk kat bahu mana. Huu mana lah saya ingat. 2 tahun lepas punya cerita. Bila belek balik blog, rupanya cucuk belah kiri juga hehe (Read: http://amalini-pregnancyjournal.blogspot.com/2011/12/suntikan-anti-tetanus-att-ketika-hamil.html). Huh sekarang dah start lenguh-lenguh dah. Tak boleh angkat tangan tinggi-tinggi. Tak boleh angkat berat-berat. Mujurla Shaheem sekarang dah tak berdukung sangat.

So, itu jela hasil checkup harini. Memandangkan dah masuk 7 bulan ni, next checkup dalam masa 2 minggu lagi. 21hb Sept insyaallah. Cepatnye masa berlalu kan. Tak sabar nak jumpa kesayangan mama ni. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sayang. Membesar dengan sihat dan sempurna. Tiba masanya nanti kita akan jumpa. Mama akan belai, kasihi dan sayangi kamu sepenuh hati mama. Abang Shaheem pun dah pandai panggil adik dengan nama adik hehe.. Amboi dah ada nama dahhh hehe... 

Dear readers, doakan aku dan anak ini sihat-sihat selalu ye :)


Friday, August 29, 2014

Sakit-sakit Badan Semasa Mengandung

Assalamualaikum,




Pregnant kali kedua ni aku selalu sakit-sakit badan. Sakit pinggang, sakit punggung, lenguh-lenguh kaki, urat peha menegang, cramp kaki dan macam-macam lagi kesakitan pada badanlah. Aduii.. Tak tau kenapa. Masa Shaheem dulu tak seteruk ni rasanya. 

Yang selalu terjadi ialah cramp kaki. Shaheem dulu sekali dua je kot terjadi. Yang kedua ni kerap sangat! Selalunya betis belah kiri yang cramp. Dahla husband dok jauh ni. Terpaksala bersusah payah bangun tengah-tengah malam urut betis sendiri. Kadang-kadang tu sambil menangis haa aku urut. Sakit! Kadang-kadang tak larat sangat nak bangun, aku biar je sakit tu hilang sendiri. Tapi lagi seksala. Sampaila satu hari tu ayah aku bagi tips. Kalau kaki cramp, cepat-cepat pijak lantai. Mesti akan hilang dengan segera. And yes, it works. Alhamdulillah. Cumanya sakit kat belakang betis tu berlarutan 2,3 hari jugakla.

Sakit pinggang, sakit belakang tu memang setiap masa. Especially kalau duduk atau baring terlalu lama. Rasa macam nak patah pinggang ni. Sakit punggung pulak kalau duduk lama sangat. Haritu masa raya lama dalam kereta sebab jem. Haa lepas tu punyela sakit punggung aku. Turun ke pinggul, turun ke peha. Perghhh... urat ni bagai ditarik-tarik. Tulang macam nak tercabut. Nak sapu minyak panas risau pulak terkena kat perut, kesian baby dalam perut. Nak pergi berurut risau macam-macam benda tak elok boleh terjadi. Sudahnye aku biarkan macam tu je. Hadap je rasa sakit tu. Pengorbanan ibu mengandung sobsob.. Ni baru nak masuk dua anak. Ada hati nak anak ramai ni huahuahua..

Orang kata sakit-sakit ni biasanya terjadi sebab badan kita dah kekurangan kalsium. Baby dalam perut dah serap kalsium kita tu. Sebab tu lah ada jugak yang sakit gigi masa mengandung. Nak cegah kena la selalu minum susu ataupun amik pil kalsium. 

Aku so far dah nak masuk 7 bulan ni, susu jarang-jarang je minum. Ok, my bad! Aku kan selalu minum susu Dutch Lady low fat tu. Sekotak 2,3 hari habisla. Bila dah habis malas nak keluar beli. Sudahnye tak minum. Jadi padan mukala sakit-sakit badan ni kan hehe.. Pil kalsium ni pulak aku tak berani nak consume kalau bukan doktor yang prescribe. Jadi solutionnya, aku kena rajin-rajin minum susu la ye. Kena make sure stok susu tu tak putus. 

Mana lebih jimat eh? Beli yang sekotak 1 liter tu 2,3 kotak atau beli yang sekotak kecik sekali minum tu je? Kalau kotak kecik tu minum sekotak sehari. Ada 6 kotak jadi 6 hari dah minum. Kira okla kan? Kalau nak cukupkan sebulan kena beli 5. Nantila ku survey survey harga huhu.. Sekarang ni dahla susu sume dah naik harga. Sabarrr jela..


Lain-lain yang boleh kita buat untuk kurangkan rasa sakit ni ialah dengan memperbetulkan postur badan kitasemasa berdiri dan tidur (paling penting). Gambar ni aku google je. Credit to the owner. Thanks ya :)


Yang tidur ni macam susah sikit. Aku kalau tido mengiring mesti ada yang dengki. Siapa lagi kalau bukan adik baby dalam perut ni huhu.. Ditendang-tendangnya pinggang ni. Risau jugak aku nak biarkan je dia menendang tu. Entah-entah dia terhimpit ke ape dalam perut tu, sape tau kan. Maka aku pun tidola terlentang. Bahananya sakit pinggang dan sakit belakangla bila bangun huhuhu... Haih pasni kena pujukla adik baby, benarkan mama tido mengiring. 


Apa-apapun, ni lah pengorbanan seorang ibu kan. Sakit-sakit ni semua akan hilang bila baby dah lahir. Bila baby dah ada di pangkuan, dalam dakapan. Insyaallah. Untuk anak mama yang tersayang, I will endure this pain. No matter how hurt it is. Cos to have you growing inside me is a blessing from Allah. :')






Wednesday, August 27, 2014

3D/4D SCAN

Assalamualaikum,

Apakah imbasan 3D dan 4D?

Skan 3-D adalah gambar-gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, seperti foto-foto yang anda pernah lihat dalam surat khabar dan majalah. 
Skan 4-D (waktu merupakan dimensi keempat) adalah imej 3-D bayi yang bergerak. Jika anda bercadang untuk membuat skan 4-D, anda akan diberi rakaman CD atau DVDnya.
Dengan skan 3-D dan 4-D, anda akan lihat kulit bayi menutupi organ-organ dalamannya. Anda boleh lihat bentuk mulut dan hidung bayi anda, lihat dia menguap atau menjelir lidahnya, dan boleh menentukan secara kasar samada rupanya seakan mama atau abah. 
Masa paling baik untuk mendapatkan skan 3-D atau 4-D adalah antara 26 minggu hingga 30 minggu. Sebelum 26 minggu bayi anda mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulitnya, jadi tulang muka boleh ternampak melalui kulit. Selepas 30 minggu kepalanya mungkin telah masuk agak dalam di pelvis anda, jadi anda mungkin tak dapat lihat muka bayi anda. 
http://www.babycenter.com.my/a1044754/apakah-imbasan-3d-dan-4d#ixzz3BZDYo6WH


Semalam aku dah pegi buat 3D/4D scan ni. Buat kat Klinik Adilla di Kota Bharu. Aku dah usha lama dah kat Facebook klinik ni hehe.. Bayaran untuk buat scan 3D/4D ni RM100. Dapat gambar & cd. Aku tak survey tempat lain dah sebab entah, memang dah dari awal aim klinik ni. Lagipun doktor perempuan yang buat. Selesa sikit. 

Kenapa aku nak buat 3D/4D scan? Kenapa masa Shaheem dulu tak buat?

Aku buat sebab teringin kihkihkih. Eh suka la tengok kawan-kawan buat. Dapat tengok dengan jelas wajah baby dalam perut. At least kita juga boleh tau keadaan anak kita ok ke tak. Memang kalau scan 2D tu pun dah mencukupi, tapi kalau kita mampu buat scan 3D/4D ni apa salahnya kan kan kan hehe.. Untuk kenangan jugak. Dulu masa Shaheem tak buat sebab tak berkesempatan. Bila pindah Sabah tak tau kat mana nak buat. Hubby pun tak menyokong sangat. Membazir katanya. Untuk adik baby ni, mama guna duit mama jadi abah takleh cakap ape haha.. 



Suasana dalam Klinik Adilla. Saujana mata memandang ececece..

Ada indoor playground untuk kanak-kanak. Syok sangat sampai budak ni takmo balik T_T

Saya abang long Shaheem :D


Pagi semalam aku call dulu klinik ni untuk set appointment sebab aku baca kat FB dia kalau nak buat kena set appointment dulu. Lucky me, bila call staff klinik cakap petang pukul 4.30 ada slot kosong. Yeayy. Aku ingat kena tunggu 2,3 hari boleh buat. Aku sebenarnya dah tak sabar-sabar nak buat sebab nak tau jantina baby hehehe... Stress weh. Gi kedai tengok baju comel-comel tapi was-was nak beli sebab tak tau girl ke boy. Nak beli yang unisex rasa tak bersemangat. Hehe macam-macam alasannn..

Tepat pukul 4.30 ptg aku dah ada kat klinik dah. Aku bertuah jugak sebab tak menunggu lama. Baru duduk dalam 5 minit, patient yang dah ada keluar dari bilik doktor. Alhamdulillah doktor Adilla peramah sangat. Bila aku cakap aku tak tau lagi jantina baby, yang tu lah dia dok godek dulu hehe..

Malangnye, adik baby tak bagi kerjasama sangat. Alahaii.. Sebelum pegi klinik aku dah mintak tips dengan geng gojes. Kalau nak dapatkan gambar dan video yang cun baby takleh tido. Kena makan dan minum secukupnya sebelum buat tu. Aku memang dah makan dulu pun. Minum air pun ye. Tapiiii... adik baby tido jugak. Huwaaa... Pastu nak check yang celah kangkang tu, dia kepit pulak. Aduii... Terpaksala doktor tolak-tolak sikit supaya dia alihkan..

Part muka pun susah. Sebab kaki, tangan dia sume kat atas tutup muka. Saje je tau adik baby ni. Nak main cak cak dengan mama. Nasib baikla ada sekali tu dia bagi. Tu pun kejap je. Aigoooo... Baby ni memang aku perasan siang hari dia memang kurang aktif. Kalau malam kemainn.. Berombak-ombak perut mama. Kadang-kadang senak perut ni dia asyik menendang. Haih takpela sayang, yang penting mama dah tau jantina kamu dan dapat tengok jugak wajah comel kamu tu hehehehe...

Overall, doc Adilla cakap semuanya ok. Heartbeat baby, uri, air ketuban semua ok. Estimated weight dah 1.13kg. Hoho. Doc Adila cakap kalau ikut graf kemungkinan time lahir nanti dalam 3.5kg gitula. Memandangkan aku ada GDM dia suruh control BSP baik-baik. Kalau tak baby boleh mencecah 4kg. Wohooo.. baik doktor. Saya menurut perintah huhu.. 

Teka teka.. adik Shaheem girl ke boy? hihihihi


Untuk kawan-kawan yang berada di Kota Bharu dan nak buat 3D/4D scan ni bolehla ke Klinik Adilla. Ini alamatnya. Atau like je page Facebook dia k :)

KLINIK ADILLA
PT 1085, Tingkat Bawah, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan
No phone: 09-7489866

Thursday, August 21, 2014

RESULT BSP ROUND 2

Assalamualaikum,

Alhamdulillah 18hb lepas dah selesai buat BSP untuk kali kedua. Alhamdulillah resultnye tersangatlah cun walaupun yang petang tu tinggi sikit kuikuikui... Rasanya sebab lepas makan tengahari pukul 12, aku tido. Bila tido, tak keluarkan peluh, gula tak digunakan untuk bertukar menjadi tenaga, maka ada la sikit-sikit dalam darah. Teori bikin sendiri haha...

Result BSP setakat ini


19hb jumpa doktor. Doktor pun tak cakap banyakla sebab result ok. Yang dia cakap, "ok, 2 minggu lagi datang balik untuk buat BSP lagi.." Arghhhh.. Kan kata, kalau dah start buat BSP ni sampai beranakla kena buat. Tak kira la result ok tak ok. Bertabahlah ye. Sobsob. Letih sebenarnya nak ulang alik pegi klinik ni. Time Shaheem dulu 7 bulan baru kena. Adik ni terlebih advance pulak. 5 bulan dah kena. Aigooo memang letih. Ayah aku cakap mujurla aku tak keje. Kalau keje mesti dah kena sound dah haha...

Last entry ada yang tanya aku makan ape untuk dapatkan result yang cun.. Heeeee senyum je aku baca soalan tu. Sebabnya, to be honest, aku tak pantang sangat pun huhuhuhu... Hari-hari biasa aku makan je macam biasa. Cumanya mungkin dalam kuantiti yang sedikit. Nasi sebelum ni aku makan confirm tambah berpinggan-pinggan. Tapi lepas dah sangkut air gula, aku makan sepinggan jela. Redhoooo.. Banyakkan lauk je. Yang manis-manis macam kek, aiskrim, buah aku makan je. Tapi berpada-pada. Air manis minum jugak tapi jangan manis sangatla. Air gas, 3 in 1 sume tu dah lama aku tinggal. Sebab minuman ni kandungan gula sangat tinggi! Susu ngandung pun aku tak minum. Aku minum susu Dutch Lady Low Fat tu je. 

Sehari sebelum BSP aku pantang betul-betul. Minum air masak je banyak-banyak. Elak makanan yang mengandungi karbo tinggi. Roti putih tu pun dah lama aku tak makan. Start pukul 10 malam puasa. Kalau ikut mak aku pukul 8 malam dah kena start puasa.

Hari buat BSP, after amik darah pukul 8 tu, aku breakfast ringan-ringan. Makan nasi juga tapi sikitttt sangat-sangat. Pastu minum air masak atau susu low fat. Then stop. Puasala sampai next amik darah pukul 12 tengahari pula. In between minumlah air masak. After amik darah kedua pukul 12, aku makan nasi lagi. Tapi sikit jugakla. Lebihkan lauk. Kalau ada sayur lagi bagus. Makanlah banyak-banyak. Dan ikut teori aku, janganla tidur lepas makan ni. Kalau tidur ada can gula tinggi. Puasala pulak sampai pukul 5 petang. After 5 aku minum air teh ke ape tapi jangan manis ye. Kalau minum air masak lebih afdhal. Makanla biskut kering ke. Sekeping dua, jangan banyak-banyak. Kalau nak makan nasi pun boleh. Just make sure jangan banyakla ye. Aku haritu makan gak nasik sebab lamanyee nak tunggu pukul 9 malam pulak. After 9, kalau result ok, makanla sepuasnya haha... Macam haritu aku makan char kay tiaw sebungkus dengan satay tah berapa cucuk haha..

Err.. korang jangan ikut sangatla cara makan aku ni. Main bantai je. Cuma yang penting dan perlu ingat, makan sikit tapi kerap. Dan kurangkan atau kalau boleh stopla makanan manis-manis dan berkarbohidrat tinggi tu..

Follow cara makan yang ni ye!


Masa pregnant Shaheem dulu aku penah share menu-menu cadangan untuk ibu hamil yang ada kencing manis. Aku dapat menu tu daripada Pegawai Pemakanan. Sila klik link ni ya http://amalini-pregnancyjournal.blogspot.com/2012/02/cadangan-menu-untuk-ibu-yang-ada.html

Kalau dah detect kita ni ada kencing manis masa hamil memang kena berjaga-jaga sangat.Kalau rasa tak mampu kawal pemakanan better cucuk insulin terus. Risau baby besar je sebenarnya. Shaheem dulu 3.6kg. Adik baby memang ada chance besar jugak ni. Tapi berat aku buat masa sekarang maintain 77kg. Starting haritu 75kg. So macam baby tak besar sangat je. Tak taula kot masuk 7,8 bulan nanti adik baby akan membesar bagai johan. Bila baby besar macam-macamla masalah yang boleh timbul. Nauzubillahiminzalik. Semoga selamat semuanya.. 



Next BSP is on 2nd Sept 2014. Caiyok caiyokk! Semoga result fantastic kebaboom macam sebelum ni juga :)

Sunday, August 17, 2014

Sejarah Berulang Lagi

Assalamualaikum,

Lamanya tak update pasal pregnancy second baby ni. Dok kat kampung masa nak duduk depan laptop sangat terhad. Macam-macam kerja nak buat. Nak melayan abang long Shaheem tu lagi. Eh sibukla pendek kata hehe.. Apa-apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca blog pregnancy aku ni.. Walaupun raya dah nak habis, it's never too late to wish kan :)

Oklah, marila kita bercakap pasal mengandung pulak.

Alhamdulillah harini genap 26 minggu dah kandungan aku. Bersamaan dengan 6 bulan. Lagi 3 bulan baby nak lahir, insyaallah. Last aku update masa kandungan 19 minggu. Dalam masa 7 minggu tu macam-macam benda jadi hehe.. 

Yang paling penting, pada minggu ke 23, sejarah berulang lagi.... 

Alkisahnye, minggu ke 21 aku kena buat MGTT. Memang wajib buatla sebab pregnant Shaheem dulu aku kan ada GDM. Masa tu puasa jadi terpaksala korban satu hari. Aku cuak gak nak minum air gula ni sebab sepanjang seminggu aku dok kat kampung, aku dah makan macam-macam. Manis, masin, masam semua tibai lah hehe.. Macam biasa, malam sebelumnya, pukul 10 malam kena puasa. Minum air masak je banyak-banyak. Esoknye, tepat pukul 8 pagi aku dah ada kat Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh. Amik darah pertama pastu kena minum air gula segelas. Perghhhh punya pekat air gula tuh. Memang nak termuntahla aku. Tapi tahan je. Lama jugak nak habiskan segelas tu. Dah habis cepat-cepat minum air masak. Bilas rasa manis dalam tekak Pastu kena tunggu 2 jam barula boleh amik darah kali kedua. Aku tak balik rumah pun. Duduk je kat klinik tu. Lepas 2 jam, amik darah kali kedua. Result tak terus dapat haritu. Nurse bagitau dia akan call aku kalau result tak ok. Huu cuak cuak.. 

Minggu ke 23, raya ketiga. Jeng jeng jenggg.... Telefonku berbunyi. Husband yang jawab sebab aku kat dapur masa tu. Pastu dengar husband cakap, "Ooo nurse klinik wakaf che yeh ke? Alwani ada. Kejap ye.." Dia dah senyum-senyum simpul kat aku. Aaaaaa cuak. Kalau dah call ni confirm result tak ok kan? Huwarghhh... Dan memang tak ok pun. Nurse bagitau, darah yang pertama bacaan dalam 5 mmol je. Yang kedua tu, 13 mmol kauuuu... HAHAHAHA... Nak gelak ke nak nangis. Aku nak nangis sebenarnya tapi control je huhu.. Sedih gile rasa. Tapi apa boleh buat, memang padan muka aku la kan. Sape suruh tak control makan? Tapi eh benci laaa... nape orang lain makan banyak-banyak ok je. Huuuu, takpela, redha sajelah. Ujian untuk aku la tu... 

Dah gula tinggi ni jadinye kenala buat BSP - BLOOD SUGAR PROFILE. Dah biasa buat time Shaheem dulu. 4 kali kena pegi klinik amik darah. Pukul 8 pagi, 12 tengahari, 5 petang dan 9 malam. Mujurlaa klinik tak jauh dari rumah. Aku buat masa minggu ke 24 haritu. Alhamdulillah result ok je. Hasil pantang gile-gile haha.. Makan sikittttt, minum air banyak-banyak. Seksa sangat rasa, macam puasa huhu.. Malam after amik darah pukul 9 malam tu, aku bantai makan roti canai 2 keping haha.. Dasarrrrr.

Result 1st BSP

Next day lepas buat BSP tu jumpa doktor. Doktor cakap result ok. Kena repeat lagi 2 minggu, iaitu esok 18 Aug 2014. Alahai doc, ingat dah tak kena repeat dah. Huh mimpi la. Sekali dah buat BSP sampai beranak la ko kena buat. 

Esok aku update lah macamana result 2nd BSP ye. Doakan yang terbaik. Aku kalau boleh tak nakla sampai kena cucuk insulin. Gerunnnnn... Shaheem dulu kena masa pregnant 7 bulan. Adik baby kena masa 5 bulan. Kena awal-awal ni takut jugak kalau doktor suruh cucuk. Aiyokkk tak mau. Doakan aku ye.