Monday, September 29, 2014

Kesan Antibiotik Semasa Mengandung

Assalamualaikum,

Sharing daripada blog BIDADARI.MY

Klik gambar untuk baca dengan lebih jelas ye


Minggu lepas aku selsema. Aku ni kalau dah start selsema memang terukla. Berair mata, berair hidung. Bersin tak berhenti. Sangat-sangat tak selesa. Mula-mula memang tak nak pegi klinik. Nak biarkan macam tu je. Eh tapi tak bolehla. Aku nak tido pun tak selesa, duduk, bangun semua tak selesa. Lastly surrender jugak pegi klinik. 

Doctor prescribed ubat selsema, antibiotik untuk tonsil aku yang bengkak dan ubat sakit tekak.

Dalam banyak-banyak ubat kat atas aku makan ubat selesema je sebijik. Lupa dah haih nama ubatnye. Tapi sebelum makan tu aku ada google la.. Katanya safe untuk pregnant mother cuma kalau dah masuk 32 minggu ke atas seeloknya jangan makan. Ubat ni mengantuk dan doktor cakap ubat selsema yang selamat untuk ibu mengandung memang mengantuk. Yang tak mengantuk tu bahaya.

Alhamdulillah lepas makan ubat tu selesema pun hilang. Tapi next time kalau selesema lagi aku nak try natural remedies jela. Tak elok jugak kan dok makan ubat time mengandung ni.. 

Antibiotik tu aku tak makan sebab aku memang ada rasa was-was. Antibiotik kan kalau dah makan kena habiskan. Tak boleh stop separuh jalan, tak boleh skip skip. Bila baca artikel dari blog Bidadari.my ni rasa lega sangat aku tak makan huhu.. 

Semoga artikel ni bermanfaat untuk semua. 

Cheers!

2 comments:

  1. bahaya...huhu...kena buat rawatan natural je wani..

    ReplyDelete
  2. amal, sebut antibiotik kan buat ciknaa sedih..lepas mkn terus drop susu giler2.. & rania terus reject df lepas tu..sedih sangat.. tp takde pilihan lain. demam teruk smpai tak boleh bangun.. rezeki dia sampai situ..eh terluah kat sini plak..sorry amal..

    ReplyDelete