Wednesday, December 14, 2011

Suntikan Anti-Tetanus (ATT) Ketika Hamil - Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum,

Bulan lepas aku kena suntik dos pertama ATT ni. Hari ni kena dos kedua. Sakit tak payah cakapla kan. Especially bila ubat dah masuk.. Kesengalan yang nyata ehehe... Nurse kat Tuaran ni bagus je. Masa nak cucuk tu dia dah cakap, "sakit sikit ni dik. Tahan ye.." Aku buat-buat relax je ehehe.. Sakit sekejap je masa cucuk tu. Tapi effect suntikan ATT ni, boleh buat tangan kita ni lenguh-lenguh. 2, 3 hari jugak nak hilang tu. Tadi aku tido, agaknya mengiring belah kiri lama sangat, tak sedar, bila bangun, huii lenguh tak terkata...

heh ada ke yang tersenyum camni bila kena cucuk?

Anyway, tadi aku google, keperluan suntikan anti tetanus ni. Sebabnya aku rasa kalo checkup kat hospital swasta, dorang tak inject pun. So aku macam pelik jugakla, kenapa hospital kerajaan suntik pulak. Ape effect pada baby?

I found one very reliable source - blog Dr Zubaidi.

Aku takleh nak copy paste so aku amik point point penting jela ek..

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

- Pendapat Dr Zubaidi:

Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
 Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.
Allahu a'lam

Kalau korang nak baca detail lagi, bolehla baca kat blog Dr. Zubaidi.


So, dah jelas la kan? Terpulangla pada anda nak cucuk ke tak :)

6 comments:

  1. kite baru kene inject sekali je takat ni..:)

    ReplyDelete
  2. akak baru 2 kali kelmarin..kali ke 2 tak baper sakit dah kebal...hehehehe....memang swasta tak buat ..tp pada akak...lebih mencegah dari merawat...sudah terlambat tak guna deknon

    ReplyDelete
  3. ciksuen
    good! nanti kena suntik dos kedua pulak :)

    mimy hamid
    heheh kalo set dalam kepala tak sakit, memang tak sakit pun sebenarnye. cuma lenguh tu jela nak kena tahan sket.. yup, sy setuju dgn akak, baik mencegah daripada merawat :)

    ReplyDelete
  4. enjit ni same ker ngan enjit kancing gigi..?? saye aritu mase 20 minggu dah enjit kancing gigi..lenguh2 jugak..tp tak pasti pulak same ker tak ngan enjit Att ni..

    ReplyDelete
  5. i dah kena u yols! dah 2 kali...first tarak sakit yg second humang aih rase nak penyepak jer nurse tuh..bapak sakit dia inject...aduhai...! nak nages...+___+ for me better pi cucuk. senangkan utk elakkan any probs in the future! lagipon pree diknon! hiks!

    ReplyDelete
  6. aty fared
    ATT ni untuk elak kancing gigi lah :) ada tak nurse tulis ATT dalam buku pink? hehe

    mommy cha
    heeee sakit sekejap je kan. yup, better cucuk je. kalo ape2 jadi in future takdela rasa menyesal ke ape huhu.. tapi mintak jauhla :)

    ReplyDelete