Assalamualaikum,
Few days ago, aku dan husband ada perselisihan pendapat sket mengenai penggunaan buaian. Ianya bermula bila hubby nampak buai jiran sebelah yang dia dah nak buang kot. Hubby cakap kita pun nak kena beli buai nih. Aku membantah. Aku cakap tak nak la ajar baby tido dalam buai. Nanti nak pegi mana-mana kena angkut buai sebab takut baby susah nak tido kalau takde buai... Macam renyah la kan nak bawak buai pegi mana-mana. Dahla buai ni besar bagak...
Hubby memang betul-betul pertahankanla penggunaan buai nih... Dia siap cakap dengan baby, "baby baby.. mama takmo beli buai... Nanti baby nak tido kita biar mama dukung je ehh... Biar mama takleh buat keje. Mama takleh masak...." Dalam nada nak perli aku la. Cehh geram betul aku huhuhu.. Baby jangan dengar cakap abah tauuu huhu...
Aku bukan tak sokong penggunaan buai ni. Aku kecik-kecik dulu pun tido dalam buai. Tapi macam aku cakap kat atas tadi la.. Takut baby terlalu bergantung dengan buai..
Tak dinafikan kalau guna buai, baby boleh tidur lebih lama dan lena. Bila baby tido lena, mak nye pon bolehla buat keje rumah dengan senang hati.
Semalam sesaje la google baik buruk buai nih. Jumpa satu Q & A pasal buai. Lupa nak copy link.. Sorang mak tanya doktor ape keburukan buai ni and below is the answer:
Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.
Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.
Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.
Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.
Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.
Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding.
Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.
Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.
Aiyarrkkkk lagilaaa buat aku takut nak guna buai nih. Tapi hubby insisted. Hmmm maybe boleh guna buai tapi nanti hayun tu hayun slow-slow jela. And masa newborn of coursela tak masuk buai. Dah besar sikit bolehla.. We'll see.. we'll see..
akak nak guna buai la senang tido...hehehe tp kena ajar gak tido bawah...bukan apa anak hantar umah orang kan...so takleh demanding sgt ini tak itu takleh...payah anak kita nanti...experience sebab mak akak baby sitter 22 tahun :))
ReplyDeletekalau gaduh ngan asben pasal barang baby atau ape saje berkaitan baby memang selalu..makan hati gak ar..huhu...memang macam tu ar selalu..masing2 mempertahan kan hak..kite sebagai mak2 ni memang kekadang lebih terdedah dan mencarik info berbanding bapak2 yang hanyer pikir tau 'nak ade' jer..tak pikir kepentingan baik dan buruknyer kan..
ReplyDeletesaye sokong awak pasal penggunaan buai ni..mak saye sendiri pon cakap jangan ajar anak pakai buai..nanti leceh..asal nak jalan jer kene bawak buai..dah ar besar.. kalau tidor hotel macamane..tak kan kene hangkut jugak kan..:)
kakak mai tdokan anak die tak gune buai pon...and alhamdulillah tdo lm je...janji kene tiarapkan....n insyallah mai pon takmo pakai buai..silap cr hubby wani tu...nak tdokan baby, tak semestinye kene dukung....letak je bwaha, tepuk2kan sikit jer, tdo la die nanti...
ReplyDeletekne ajar anak tido kt bwh n tido dlm buai....klu x kite ssh nk wat kje.. n anak 2 xdpt tido dgn lena... bile xtido lena atau blm puas anak 2 tido.. nnt die meragam n ln2 lg..
ReplyDeletepengalaman dpn mata mngajar kite :)
kite rse gune buai elok jugak.. tp bile die dh bsr ckit la.. time2 baby lg ni xla gune..
mimy hamid
ReplyDeletekalo nak hantar umah orang memang nak kena ajar anak kita independent sikit la kan..
aty fared
hehe memangla. kalo gaduh ngan hubby pasal barang anak memang bleh sentap. Ape2pun selalunya kena pikir jugak relevan dia cakap tu. Ada sebabnya kan. mungkin bleh ajar tido dalam buai, at the same time ajar tido kat bawah jugak. sekarang baby takde depan mata lagi. dah ada nanti barula kita tau cane nak handle kan... hopefully our babies tak cerewet sangatla bab tido nih ehehe
mai
ehehe hubby wani saje je cakap camtu, nak suruh wani sentap ekeke.. tula, ape2pun kena ajar dari kecik, cara tido yang betul. kalau boleh memang tak nak terlalu bergantung dengan buai.
cik pingu
a'ah, guna buai ni tunggu baby dah besarla. baru lahir memang takleh la...
sama la kita...ika xberkenan gak tido buai ni..ckp kat hubby..xelok tido buai ni..ada effect kat otak baby..dia ckp..syg dulu pun tido buai..ok je..huhu...mmg org kata tido dlm buai baru baby tido lama..kita senang nak buat keje..baby pun tido puas..tp ika ttp rasa mmg xelok la tido buai..
ReplyDelete1. xelok utk otak baby
2. kalau xde buai baby susah nak tido..meragam je nanti
3. faktor keselamatan..takut jatuh ke..lemas ke..mcm entry amal tu..
ika
ReplyDeletehmmm tula pasal. faktor keselamatan tu yang penting. harap2 baby senangla tido nanti
awak2 semua masa kecik2 dlu pn tido dlam buai kn??so ada x yg kt sini gilar or sakit otak??xda kn??hehe
ReplyDeleteawak2 semua masa kecik2 dlu pn tido dlam buai kn??so ada x yg kt sini gilar or sakit otak??xda kn??hehe
ReplyDeleteawak2 semua masa kecik2 dlu pn tido dlam buai kn??so ada x yg kt sini gilar or sakit otak??xda kn??hehe
ReplyDeleteDulu buai takde spring, takde elektrik, hayun je. Sebabtu tak gila lagi. Hahaha. Skrg baby kcik2 dh bijak, kepala terjojol keluar klau bgun tdur, nk turun dari buai , terjatuh, besi semua hempap badan dia. Kalau ade elektrik spring tu kena sekali hempap fuhh. Bila dah mati baru menangis teresak esak salahkan diri sendiri. Huhu. Ajar baby dari hari first dia keluar cara tidur. Kalau nak jugak, guna baby craddle babycot. Bukan yg ade spring besi bagai tu. 😉
ReplyDelete- Seorang ibu,surirumah kpd bayi 6bulan tanpa buai.
Dulu buai takde spring, takde elektrik, hayun je. Sebabtu tak gila lagi. Hahaha. Skrg baby kcik2 dh bijak, kepala terjojol keluar klau bgun tdur, nk turun dari buai , terjatuh, besi semua hempap badan dia. Kalau ade elektrik spring tu kena sekali hempap fuhh. Bila dah mati baru menangis teresak esak salahkan diri sendiri. Huhu. Ajar baby dari hari first dia keluar cara tidur. Kalau nak jugak, guna baby craddle babycot. Bukan yg ade spring besi bagai tu. 😉
ReplyDelete- Seorang ibu,surirumah kpd bayi 6bulan tanpa buai.
Yg ada byk masa cthnya surirumah ada masa nk tidurkan anak kt bawah. Tp yg bekerja.. Perlu buai kdg2 sbb byk urusan nk settlekan.
ReplyDelete