Sunday, December 4, 2011

Petua Mengetahui Jantina Bayi - Perempuan atau Lelaki?

Assalamualaikum,

Haa harini nak cerita pasal petua orang-orang kita mengenai jantina baby yang dikandung. Aku belum tahu jantina my darling baby sebab belum pergi scan. Nak kata tak excited nak tahu tak jugak. Tapi kekadang ada rasa macam tak nak tahu. Nak surprise la kunun. Tapi kalau tahu pon ada elok jugak kan? Tengokla macamana..

Aku saje search petua ni kat internet. Bukan boleh percaya bulat-bulat kan. Memain bolehla :)

Diambil daripada blog: http://mamiraysha.blogspot.com

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 


Perut 5 bulan++


~ Errr aku rasa perut aku tak tajam ke depan. Macam melebar ke tepi je.. kan kan? = PEREMPUAN




2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. Bukan nipple ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe...


~ Yang ni takleh nak cakap, cos aku pregnant anak sulung :D


3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.


~ Hmm aku selalu mengiring sebelah kanan sebab bila mengiring sebelah kiri rasa macam baby dok tendang-tendang... = LELAKI


4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.


~ Baby selalu duduk belah kiri :) = PEREMPUAN


5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.


~ Aku nih sebelum mengandung pon memang tak bersolek, tapi ada la jugak pakai foundation, bedak and lip balm kalo nak keluar memana. Tapi bila dah mengandung sume tu aku dah tak pakai dah. Malas gileee.. Pakai pun selekeh-selekeh je. Asyik pakai tudung kaler hitam je hihi.. So, = LELAKI? 


6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.


~ Garisan yang dimaksudkan garisan linea nigra ke? Ermm aku punye tak putus-putus. = LELAKI


7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..


Kusam je kan muka aku?


~ Hah ni aku tak tau. Berseri ke tak muka aku nih hihii.. Aku rasa macam tak je... = PEREMPUAN


8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan


~ Err tak putih dan tak hijau. Macamana tuh? hihi


9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..


~ Haa yang ni aku rasa baby girl yang ok dengan aku. Baby boy selalu tak layan kalo aku agah. = LELAKI




Kesimpulannya? Lelaki menang hihihi... 


Tapi kalo ikut kawan-kawan ramai yang cakap aku tengah pregnant baby girl. Family pulak cakap baby boy.


Lelaki ke perempuan aku dan husband tak kisah pun. Syukur alhamdulillah dengan kurniaan Allah. Yang penting anak kami ni sihat walafiat, cukup sempurna sifatnya. 

18 comments:

  1. kite ade dgr gak petua2 ni. tp tu la..xleh nk confirmkan selagi baby xkuar. hehe :)

    ReplyDelete
  2. ciksuen
    hehe itulah. nak kena tunggu baby keluar dulu baru bleh confirm..

    ReplyDelete
  3. akak baca nengok mcm pompuan sebab akak kuat solek...baby duk belah kirim...tp scan 4x laki...

    ReplyDelete
  4. hehehe..menarik..akak rase akak ni cam beby girl jek..nak copy entry ni kt blog bleh tk amal?

    ReplyDelete
  5. mimy hamid
    yeke kak.. kalo dah scan laki betulla kot. petua ni bukan bleh percaya 100% ehe..

    ummi
    saya rasa saya pun baby girl jugak ehehe.. copy la kak, saya pun copy dari orang jugak ni :)

    ReplyDelete
  6. errrr... saye banyak tande kat atas tu macam baby gurl..tp dah scan minggu lepas memang nampak 'pupun' lelaki..hurrmmm...[gosok2 dagu]..:)

    ReplyDelete
  7. aty_fared
    petua ni takleh caye 100%.. maybe yang scan tu betul sebab nampak jelas kan :)

    ReplyDelete
  8. heheeh..kite kan dah dekat 7months baru nampak baby boy..dia sorok2 tuh yg tak tahan tuh..kuikuikuikui

    ReplyDelete
  9. natasha farina
    hehehe dia nak surprise mummy dia tu :)

    ReplyDelete
  10. Assalam..tgh duk cari info kt tenet, terjumpa lak blog ni..so enjoy jugala duk baca..kihkihkih..akk pregnant anak ke-4 (umur kandungan kita lebih kurang je), dh scan 3 kali termasuk 1 kali buat detailed scan-confirm lelaki. Sebelum ni 3 org anak perempuan. Kalau ikut pengalaman, mengandung anak2 perempuan dulu awal2 pregnant akk kuat muntah, anak lelaki pulak muntah2 kurang tp sakit kepala selalu..tu la yg membezakan antara anak lelaki dan perempuan..huhu..tp tiap2 org berbeza kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pn tgh preggy skrg ni, sblm ni 3 org prmpuan, yg keempat ni takut nk pegi scan, tp baby girl smua suka kt saya

      Delete
    2. Saya pn tgh preggy skrg ni, sblm ni 3 org prmpuan, yg keempat ni takut nk pegi scan, tp baby girl smua suka kt saya

      Delete
  11. anonymous
    thanks kak singgah ke mari. nama akak sape? :D wah, dah anak ke4 eh. alhamdulillah, murah rezeki akak. huu saya tak scan lagi ni. ermmm saya memang takde alahan langsung. muntah2 memang takde. bau2 ke sume bleh tahan..

    ReplyDelete
  12. sy lak..ni tgh pregnant anak ke-4,dah 32w..kandungan yg lpas2 sume sy suka sgt2 bersolek,x ade muntah atau loya2,perut runcing dan tinggi=tiga2 ank lelaki,,tp mengandung kali ni,perut still runcing n tinggi,cuma kali ni dari awal usia kandungan sampai 5 bulan,asyk muntah2 n loya aje...n x suka bersolek,,even jejalan pon simple jer..x tau lah boy or girl kali ni...but yg penting beby ni sihat cukuplah kan..

    ReplyDelete
  13. Kalau saye lebih berseri2 sejak pregnant ank ketiga..lebih suke bergaye..makeup bile rase nk jew..x makeup un cntik jew..mggu lpas scan dktr ckp lelaki..bile dh tau lelaki mmg mengharap sngt..sbb ank 1st and2nd gurls..mengandung yg dlu ok jew..langsung x mabuk..mcm x pregnant jew..semua nye suami yg kene..keadaan saye selekeh sngt2..klau make up pun x lawa..x berseri langsung..tp yg kali ni mabuk teruk..dh 7bln lbih ni bru ok..x sabar pulak nk tggu bln 5..guys doa moga bby yg saye kandung ni mmg bnar2 lelaki yew..sy mmg btul2 menunggu saat2 niw..
    Tq!

    ReplyDelete
  14. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips dapat anak lelaki.

    ReplyDelete
  15. Klu sy plak pnya pngalaman ank sulong lelaki tu kurang ckt alahan,dan bdn mcm biase je pnt ckt2 tu kira biase lah..tp kli ni x thu ank laki atu ponpuan tp doctr scan girl,tp alahan sngt trok d banding yg ank sulung..yg ni sy jd mls msak,mls buat kje rmh,mls brjln,mls segala mls lah..smua suami yg buat

    ReplyDelete
  16. Kalau nipple breast SI Abg nya sebelah timbul sebelah lg bulat gumana tu.

    ReplyDelete