Wednesday, December 14, 2011

Checkup Week 27

Assalamualaikum,

Hari ni, 14 Disember checkup minggu 27. Kat mana lagi kalo bukan kat KKIA Tuaran kan. Appointment pukul 8 pagi. Aku pegi pukul 7.30pg, orang dah ramai. Dapatla giliran yang ke 12 untuk ke makmal. Then giliran yang ke 28 untuk jumpa nurse. 

Pegi sorang-sorang je since husband on duty hari ni. Kalo tak keje pon aku tak mau la dia ikut. Mati kutu dia nanti ehehe.. Senang pergi sorang. Lagipun 20 Disember nanti insyaallah aku nak ke Hospital Likas. Nak check kes placenta previa aku dulu and daftar nak bersalin kat sana. Yang ni hubby kena teman sebabnya jauh jugakla nak ke Hospital Likas tu. Plus aku tak tau jalan ehehehe.... So 20hb nanti dia kena amik cuti. Routine checkup biarla aku pegi sendiri.

Sepertimana aku dah uar-uarkan sebelum ni, hari ni aku kena buat MGTT - minum air gula. Aku start puasa semalam dari pukul 8 kot. Minum air masak je untuk tahan lapar. Nasib baikla appointment awal pagi, takdela rasa kebulur sangat.

Air glukos tu kena minum segelas. Kena habiskan ye.. Aku tak amik gambar, segan dengan misi ehehe.. Anyway, glukos yang aku beli tu tak pakai pun sebabnya dorang dah ada stok. Cehh.. So aku dermakanla kat dorang. Aku nak simpan pun tak guna, takmo dah minum pasni huhuhu... Alhamdulillah aku berjaya habiskan segelas air gula tu. Tapi seksa jugakla nak habiskan ehehe..Aku ingat air gula tu macam pekat. Tapi tak rupanya. Macam air sejuk biasa cuma rasa manis je. Memula minum macam ok lagi. Dah sampai pertengahan tu nak termuntah jugakla. But I take my time. Drink slowly.. Kalau minum seteguk habis memang boleh muntahla.. Dah habis minum segelas tu cepat-cepat minum air masak ehehehe... Tak tahan weh rasa pedih kat tekak. Manis sangat.

Aku amik darah pertama pukul 8 pagi. Bacaan: 4.4. Alhamdulillah. Normal tu kan? Next amik darah pukul 10 pagi.. Second reading: 6.5. Alhamdulillah, normal :) Lega jugak sebab takde kencing manis ni. Tapi aku kena berjaga-jaga jugak lagi. Sape tau kan, later ada? Tapi mintak jauhla...

Overall kesihatan aku sangat memuaskan. Berat turun! Yeahhhh.. turun 0.15g je ehehe.. Last month 72.5kg. Harini 72.35kg. Turunla jugak kan? hihihi.. Yang penting tak naik. Aku dah risau kalau berat naik banyak je. Tanya hubby haritu, "abang tengok sayang macam gemuk tak? Agak-agak berat sayang naik tak?" Dia tengokkk je aku. Then dia cakap, "macam dah naik.. " Haha dia salah! :P

Hb turun lagi. Aiseh. Haritu 11.4. Harini 11.0 balik. Adeii.. rasa macam dah banyak makan sayur hijau. Nak kena makan banyak lagila ni. Letih! Bukan favourite aku tu makan sayur hijau. Tapi for mama's and baby's sake, makan aje la ye?

Baby pun alhamdulillah ok. Misi cakap. Aku tak dengar jelas heart beat baby harini sebab masa misi letak Doppler tuh riuh rendah pulak bilik checkup tu dengan suara misi yang lain. Dorang tengah sembang ape tah. Tapi dah misi kata ok, okla tu...

Aku dapat vitamin macam biasa and ubat sapu untuk gatal-gatal kat betis yang dah bertukar jadi kudis dah pon. Sebab aku suka garu huhu.. Haritu hubby gosok-gosok, dia cakap, "hishh kulit betis ke kulit durian ni? Kasar! Berduri!" Cehhh.... 

Next checkup is on 28 December. Dah jadi 2 minggu sekali dah. 

Happy lah harini sebab semuanya ok :) 

5 comments:

  1. akak pun kalau gi KK tak bawa husben...lg pun buang masa je nurse jek pun...kalau pakar harus la husben follow...

    ReplyDelete
  2. saye setiap kali pergi KK mesti asben nak jugak ikut walaupon tak kasi ikut.. walaupon die tak ley masuk sekali pon kan kat dalam bilik dokter tu..hurrmm...
    Hb saye pon atas pagar jer..11.1...same ar..tak suker mkn sayur2 hijau tp sebab kan ni saye amik banyak sayur hijau...:)

    ReplyDelete
  3. lega amal, x der kencing manis..=) tp mkn kne jg jugak tau..

    hb sy pun atas pagar je..11.0..nurse tnye mkn x ubt kaler coklat 2, jwb je mkn..padahal..x mkn lngsg..hihi

    ReplyDelete
  4. gatal2 jugak ek.. sme la... kt betis.. abes sume jd kudis2.. hoho... mne la nk perasan.. garu time tido..

    hasben ckp.. dh buruk dh kaki mummy... esok bby tgk malunye..
    ceiittt!!! mmg sadis mndengarnya..

    ReplyDelete
  5. mimy hamid
    hehe tu la kak. kesian kat hubby je. nanti kang menguap2 je dia. dahla menunggu lama. so tak payahla...

    aty fared
    wah bertuah awak ni ehe.. husband betul2 amik berat pasal awak ni :)
    huu tula, nak makan sayur hijau ni memang berat sikit, tapi terpaksala paksa2 diri makan..

    fiezalisa
    alhamdulillah.. takde :) a'ah kena jaga jugak ni. takut in later months ada ke. kita tak tau kan. saya makan hari-hari ubat tu. tak pernah miss. sama je tak naik.. turun ada la huuu...

    cik pingu
    a'ah, dah huduh dah betis saya nih, epecially betis kanan. huh saya sendiri tak sanggup tengok. salah sendri sebab suka garu. well, garu kan sodap ehehe..

    haha hubby saje nak menyakat tu. baby bukan reti. nanti cakap ngan baby, ni la pengorbanan mama untuk baby, biarkan betis jadi tak cantek sebab ngandungkan baby ehehehe

    ReplyDelete