Friday, August 29, 2014

Sakit-sakit Badan Semasa Mengandung

Assalamualaikum,




Pregnant kali kedua ni aku selalu sakit-sakit badan. Sakit pinggang, sakit punggung, lenguh-lenguh kaki, urat peha menegang, cramp kaki dan macam-macam lagi kesakitan pada badanlah. Aduii.. Tak tau kenapa. Masa Shaheem dulu tak seteruk ni rasanya. 

Yang selalu terjadi ialah cramp kaki. Shaheem dulu sekali dua je kot terjadi. Yang kedua ni kerap sangat! Selalunya betis belah kiri yang cramp. Dahla husband dok jauh ni. Terpaksala bersusah payah bangun tengah-tengah malam urut betis sendiri. Kadang-kadang tu sambil menangis haa aku urut. Sakit! Kadang-kadang tak larat sangat nak bangun, aku biar je sakit tu hilang sendiri. Tapi lagi seksala. Sampaila satu hari tu ayah aku bagi tips. Kalau kaki cramp, cepat-cepat pijak lantai. Mesti akan hilang dengan segera. And yes, it works. Alhamdulillah. Cumanya sakit kat belakang betis tu berlarutan 2,3 hari jugakla.

Sakit pinggang, sakit belakang tu memang setiap masa. Especially kalau duduk atau baring terlalu lama. Rasa macam nak patah pinggang ni. Sakit punggung pulak kalau duduk lama sangat. Haritu masa raya lama dalam kereta sebab jem. Haa lepas tu punyela sakit punggung aku. Turun ke pinggul, turun ke peha. Perghhh... urat ni bagai ditarik-tarik. Tulang macam nak tercabut. Nak sapu minyak panas risau pulak terkena kat perut, kesian baby dalam perut. Nak pergi berurut risau macam-macam benda tak elok boleh terjadi. Sudahnye aku biarkan macam tu je. Hadap je rasa sakit tu. Pengorbanan ibu mengandung sobsob.. Ni baru nak masuk dua anak. Ada hati nak anak ramai ni huahuahua..

Orang kata sakit-sakit ni biasanya terjadi sebab badan kita dah kekurangan kalsium. Baby dalam perut dah serap kalsium kita tu. Sebab tu lah ada jugak yang sakit gigi masa mengandung. Nak cegah kena la selalu minum susu ataupun amik pil kalsium. 

Aku so far dah nak masuk 7 bulan ni, susu jarang-jarang je minum. Ok, my bad! Aku kan selalu minum susu Dutch Lady low fat tu. Sekotak 2,3 hari habisla. Bila dah habis malas nak keluar beli. Sudahnye tak minum. Jadi padan mukala sakit-sakit badan ni kan hehe.. Pil kalsium ni pulak aku tak berani nak consume kalau bukan doktor yang prescribe. Jadi solutionnya, aku kena rajin-rajin minum susu la ye. Kena make sure stok susu tu tak putus. 

Mana lebih jimat eh? Beli yang sekotak 1 liter tu 2,3 kotak atau beli yang sekotak kecik sekali minum tu je? Kalau kotak kecik tu minum sekotak sehari. Ada 6 kotak jadi 6 hari dah minum. Kira okla kan? Kalau nak cukupkan sebulan kena beli 5. Nantila ku survey survey harga huhu.. Sekarang ni dahla susu sume dah naik harga. Sabarrr jela..


Lain-lain yang boleh kita buat untuk kurangkan rasa sakit ni ialah dengan memperbetulkan postur badan kitasemasa berdiri dan tidur (paling penting). Gambar ni aku google je. Credit to the owner. Thanks ya :)


Yang tidur ni macam susah sikit. Aku kalau tido mengiring mesti ada yang dengki. Siapa lagi kalau bukan adik baby dalam perut ni huhu.. Ditendang-tendangnya pinggang ni. Risau jugak aku nak biarkan je dia menendang tu. Entah-entah dia terhimpit ke ape dalam perut tu, sape tau kan. Maka aku pun tidola terlentang. Bahananya sakit pinggang dan sakit belakangla bila bangun huhuhu... Haih pasni kena pujukla adik baby, benarkan mama tido mengiring. 


Apa-apapun, ni lah pengorbanan seorang ibu kan. Sakit-sakit ni semua akan hilang bila baby dah lahir. Bila baby dah ada di pangkuan, dalam dakapan. Insyaallah. Untuk anak mama yang tersayang, I will endure this pain. No matter how hurt it is. Cos to have you growing inside me is a blessing from Allah. :')






13 comments:

  1. untuk entry momy ni saya tertarik sangat...betul, bila hamil kita berkongsi segala dengan anak kita... apa kita amalkan tu juga baby akan dapat...ynag paling penting adalah kalsium dan protein utk ibu dan baby... sebab tu mudah kaki kejang juga bila ibu hamil...mommy kne jaga kesihatan tau..kalsium ni untuk membantu tumbesaran si baby juga... dan dalam masa sama jaga tulang kita... dan ...lepas bersalin dan dalam penyusuan susu ibu.. mommy lagi perlukan kalsium juga...

    insyaallah mommy sihat..baby juga sihat... take care mommy hebat...

    salam ukhwah...

    ReplyDelete
  2. Mommy... jom minum susu kambing mummylicious.. sedap sgt tk bau hamis kambing.. ada perisa vanilla dgn strawberry

    ReplyDelete
  3. Nini pon ada rasa lenguh n sakit punggung kalo duduk lama....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sis..saya ibu 4 anak..macam2 ragam ketika mengandungkan dan bersalin 4 org anak tu...seriusly keadaan makin teruk bila anak yang keempat..mungkin faktor usia dan kerap hamil serta bersalin..Alhamdulillah masa mengandungkan anak ke 4 juga menyebabkan saya berubah menjadi lebih mementingkan kesihatan diri dan kandungan..cuba amalkan suplimen yang bersesuaian..in sha Allah ibu kekal cergas walaupun hamil..

    ReplyDelete
  5. Sekarang memang kerap sakit kawasan punggung. Huhu.. Baru tau sebab.. Ape taknye duduk berjam-jam kat kereta.. Huhu sudahnye hadap jelah.. Kaki kebas.. Punggung memang tak tau nak kata apa.. Sakitnye Ya Robbi.. 😭

    ReplyDelete
  6. zaman sekarang ni mknn yg kita makan pun tak dpt supply kalsium cukup untuk tulang kan.

    ReplyDelete
  7. Bila ngiring rasa berat sebelah pulak perut ni,

    ReplyDelete
  8. Yupp..betul tu masa kehamilan kita kongsi everthing dengan baby,masa preggy sulong ingat lagi doktor saya selalu remind if u tak nak gigi,tulang u rapuh dan mereput better u add kalsium u sebab baby time membesar memang perlukan banyak kalsium utk tumbesaran mereka, thats why preggy mom selalu cramp,sakit pinggang,lenguh2 badan...

    itu petanda nutrisi dalam badan mereka berkurang. Alhamdullilah juga saya time preggy memang dah bercinta sangat2 dengan Nutrisi Lengkap Kehamilan jadinya dapat saya lalui kehamilan saya dengan begitu indah,sembelit pun tak de tau...syok sangat.

    ReplyDelete
  9. Sakit² dan lenguh² badan time pregnant ni selalu sangat berlaku... Yang penting nutrisi cukup, rehat cukup dan amalkan posture badan yang betul... Mesti sakit² dan lenguh² badan time preggy tu tak lah teruk sangat..

    ReplyDelete
  10. Sekarang saya Alami.. Skit tbuh badan yg truk.. Bru prengt 4 bulan...prsan lenguh2 dri kaki sampai ke bahu azabnye sapa yg merasai jer thu..

    ReplyDelete
  11. Wow! This could be one of the most useful blogs we have ever come across on thesubject. Actually excellent info! I’m also an expert in this topic so I can understand your effort. get pregnant fast

    ReplyDelete
  12. boleh ambil set hamil shaklee, boleh kurang lenguh2 badan

    ReplyDelete