Monday, January 30, 2012

Kelas Antenatal Part 1

Assalamualaikum,

28 Januari haritu, aku and hubby pegi kelas antenatal di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah aka Hospital Likas.



Insyaallah di hospital ni jugakla aku akan melahirkan baby dalam perut ni nanti, insyaallah..

Kelas antenatal wajib dihadiri kalo nak husband teman dalam labour room. Dia panggil program 'Father Friendly'.



Kelas antenatal dibahagikan kepada 2 bahagian. Kena datang 2 kali la ke hospital. First part, ceramah. Second part, senaman.

Sepatutnya ceramah pada 21 Jan lepas tapi dorang cancel kelas haritu. Maybe masa tu CNY's eve kan. So mungkin ramai staff yang nak bercuti. Dia tukar pada 4 Feb. Senaman pulak pada 28 Jan. Yang ni still on. Kitorang pergi yang senaman dulu la. Next week baru pegi ceramah..


Kelas senaman ni start pukul 9 pagi. Kitorang pukul 8 dah sampai. Semangat ehehe.. Datang awal sebab dia kata berkumpul pukul 8.30 pagi. Kitorang gerak awal dari rumah sebab takut jalan jammed ke ape. Aku sempat timing. Dari rumah ke hospital amik masa dalam setengah jam je. Tu pun sebab jalan tak jammed la. Risau betul kalau masa nak beranak nanti jalan jammed ke ape. Jalan tu memang selalu sesak petang-petang ngan pagi-pagi. Jalan orang nak pegi KK untuk keje.. So baby, kalo nak keluar, tengah malam boleh, pagi-pagi during weekends pun bleh ehehehe..

Dah register nama, pergi tingkat 4. Ada satu dewan.. Peserta ramai jugakla. Mostly tengah pregnant anak 1st. Tapi ada aku tengok dalam form register tu, yang anak no 7 pun ada. Hebatlah! hehe.. Body dia maintain je tau.. Eee jahat tol aku ni, skodeng orang punye info kehkehkeh..

Model kelas antenatal :P
Thanks hubby sebab join!
Nak tak nak, kena masuk dalam LR nanti yeeeee


Yang kelakarnye kann.. aku and hubby datang lenggang kangkung je. Orang lain aku tengok siap bawak mat, bawak bantal lagi. And paling best, aku pakai skirt! Hahahaha.. sabar jela.. Dah tau kelas senaman pakai skirt pulak. Aduiii tah nape, pepagi otak tak berfungsi kot. Aku betul-betul tak terpikir nak pakai seluar. Adeilaaa.....

Disebabkan itu, kitorang dok depann sekali. Nasib baik hospital ada sediakan alas jugak. Ala cadar putih tu je. Bantal takde. So riba hubby la yang jadi bantal aku. Lagi besssss hehehehe... Disebabkan aku pakai skirt, nurse tu bagi selimut untuk cover ehehehehe... Jadi aku bolehla nak duduk terkangkang, nak angkat kaki etc etc masa senaman tu.. Pengajaran untuk semua la ye, kalau ke kelas senaman, SILA PAKAI SELUAR! haha malunye la akuuuuuuuuuuu....

Kelas senaman ni ada 3 part. Part 1, senaman semasa mengandung. Part 2, senaman pernafasan semasa sakit nak bersalin. Part 3, senaman selepas bersalin.

Macam-macam senaman yang dia ajar. Memang bagus sangat-sangat. Sangat membantu both husband and wife. Nanti dia ajar juga husband urutan yang boleh dibuat pada isteri. Haa sekarang aku selalu tuntut la dari husband haha. Dah belajar kena la praktik kan kan.. Hubby pun dok tuntut aku buat senaman yang diajar.. Time rajin aku buatla.. cam kemut tu.. sebab tak susah haha.. Yang lain sume susah dan menyakitkan kalo tak kena cara huhuhu...

Yang sangat-sangat aku dok ingat dalam kepala ni ialah senaman pernafasan masa contraction tu. Risau takut aku lupa cara.. Especially masa nak push tu.. Kalau kita tak bernafas dengan betul baby boleh masuk balik.. Nanti penatla asyik nak push kan.. Pastu takut nanti baby lemas ke ape.. Pernafasan masa nak bersalin tu memang sangat-sangat penting. Betul tak mommies yang dah bersalin?? :)

Hari-hari dok imagine macamanala keadaan aku masa nak bersalin nanti. Semoga dipermudahkan semuanya....insyaallah..

Sebelum balik, dorang bagi pamphlet untuk rujukan..


Balik je dari kelas senaman tu, aku tidur 3 jam! Tak tau nape.. badan rasa lemah sangat huhu.. Agaknye sebab banyak baring atas lantai keras. Sakit pinggang aku huhu.. Pastu banyak gerak-gerak kan. Nampak sangat dah lama tak exercise heh....

Kelas antenatal part 2 (ceramah) ialah pada 4 Feb. Nanti aku cerita yang tu pulak ye..

Korang dah pegi kelas antenatal?

12 comments:

  1. su dah xsempat nk pi kelas ni..hehehe..asyik tangguh je..trus lupe je

    ReplyDelete
  2. wah best pulak dengar bab ni..hehe. kena daftar clas ke ye?

    ReplyDelete
  3. xg lg,ingat da msk 8bln ke br nk g..lau g awl2 tkot lupa plak~
    dhla skrg mmg pelupa yg hamat..

    ReplyDelete
  4. nak pegi jugak.. tp taktau kat mane.. asben plak bz je :(

    ReplyDelete
  5. Hari tu bersalin main teran je.. lupa segala cara-cara.. Otak dok pikir lantak la koyak banyak mana pun yg penting baby keluar.. ahhaahaha. Bila ingat balik, rasa kelakar je..

    ReplyDelete
  6. yer betul teknik senaman sedikit sebanyak membantu kita saat sakit contraction...tak la rasa panik...

    ReplyDelete
  7. Macamana nak mendaftar kelas antenatal di hospital likas ya?

    ReplyDelete
  8. hi edith, nak daftar kelas antenatal di hosp likas tu kena pergi bahagian o&g di hosp tu. bagitau nurse di kaunter pendaftaran. :) bahagian o&g di tingkat bawah, dekat dgn lobi.. nanti dorang suruh tulis nama dalam buku..

    ReplyDelete
  9. Bolehkah daftar kelas klau tdk bersalin di sana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm saya x sure juga tu sis boleh atau x. sori x dpt bantu

      Delete
  10. Brpa lama tu kelas senaman? Smpi petang ka tu?

    ReplyDelete
  11. Brpa lama tu kelas senaman? Smpi petang ka tu?

    ReplyDelete