Sunday, January 22, 2012

Entry Ngeri: Episiotomi

Assalamualaikum,

Ehem.. harini aku nak up satu entry yang mengerikan. Meremang bulu roma aku nak menaip pasal ni haha..

Apa itu episiotomi?

Semasa bersalin, ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurang risiko ini doktor akan melakukan episiotomy dimana faraj wanita digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Selepas bersalin, luka tersebut akan di jahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari.

Huuu bayangkan korang punye kat bawah tu kena gunting... Adei laaaaa.. Sakit woo.. Yang ni lah yang aku dok takut-takut selain daripada koyakan secara semula jadi...  Kata orang, kena gunting atau koyak kat bahagian bawah tu normal la for first baby. Jarang orang yang nak melahirkan first baby tak kena gunting atau ada koyakan... Kalau anak kedua atau ketiga mungkin takdela sebab orang kata jalan dah terbuka...

Aku ada tanya ibu-ibu yang dah ada pengalaman bersalin, macamana nak elak daripada terkoyak. Yang dorang selalu pesan ialah, 

- jangan angkat punggung masa meneran
- paut atau pegang kaki kuat-kuat

Itu nak elak daripada terkoyak. Macamana pulak nak elak daripada kena gunting?


a. Semasa mengandung:

1. Apabila pregnancy dah masuk minggu ke 33, cuba buat PERINEAL MASSAGE setiap hari. Untuk menguatkan dan meningkatkan kekenyalan perineal muscles..


2. Praktis PELVIC FLOOR EXERCISE atau kemut la dalam erti kata lain. Dalam bahasa Inggerisnya, Kegel Exercise. Aku rasa la hehe..



Pelvic floor exercises may be taught in a number of different ways. Here is one way:
  • STEP 1 - Sit forwards on your chair and place your feet and knees shoulder width apart. Relax your stomach, chest and leg muscles. Breathe normally.
  • STEP 2 - Close your eyes and imagine that you want to stop yourself passing wind or urine. The muscles that you use to do this are the pelvic floor muscles.
  • STEP 3 - Now squeeze or contract these muscles tightly around your back and front passages and slowly lift your pelvic floor using these muscles. Imagine your muscles are lifts and squeeze upwards. Hold the contraction as firmly as you can for as long as you are comfortable, then release.
  • STEP 4 - Repeat this squeeze and lift movement as many times as you can before the muscles tire.

3. Jaga diri dengan mengamalkan diet yang sihat.. Yang ni memang wajibla bagi semua ibu mengandung.

b. Masa awal-awal sakit nak bersalin:

Banyakkan rehat dan makan sebelum nak bersalin tu. Ni untuk make sure kita punyai tenaga yang cukup untuk meneran nanti. Sebab biasanya sakit nak bersalin ni kan lama. Bila mak dah tak larat nak push, masa tu la doktor terpaksa gunting sebab nak cepatkan lagi proses keluarkan baby....

Huu tak mudah kan nak bersalin ni. Apa-apa pun, kita tak bleh nak ramal pun macamana keadaan kita dalam labour room nanti. Kalo nak kena gunting jugak ape bleh buat. Yang penting baby dan kita selamat.. Terima jela seadanya sakit tu huhu..

Cara menjaga luka Episiotomi


Ini adalah tip-tip mudah untuk mempastikan luka episiotomi cepat sembuh:
  • Sitz bath atau rendam punggung dalam air bergaram 2-3 kali sehari selama seminggu.
  • Pastikan episiotomi kering setiap kali selepas mencuci faraj dan mandi
  • Jangan duduk terlalu lama atau duduk bersila
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerat
  • Minum serat dan air secukupnya untuk mengurangkn sembelit
  • Buat senaman kegel

13 comments:

  1. hik3...kita nk komen ni bdasarkn pd pgalaman org n patient org yg pnh org assist time diorg delivery dulu...
    diorg kta xrasa pon time doktor cut...sdar2 je baby dh kuar.diorg kata lagi,rasa sakit bersalin tu ag kuat smpai xrasa pun kena gunting...
    tp yg susahnya nk jga kwasan luka episiotomy tu..
    tp skunk ni zaman moden.xcm dulu.lepas smngu delivery dah leh duduk bersila dah....
    take care :)

    ReplyDelete
  2. masa akak gi kelas antenatal ada di ajar senaman kemut kegels ni...biasa anak sulung memang kena gunting...itu yang nurse bagitau ..hadoii..akak lak cuak baca..nak dekat dah ni...dup dap

    ReplyDelete
  3. mcm scary je perineal massage tuh! @_@

    ReplyDelete
  4. kne pndi teran utk mengurangkan koyak yg byk... koyak ckit xpe la kot.. ye x..

    ReplyDelete
  5. takut gak kena gunting..huu..nk kena star exercise ni.thanks for the info!:)

    ReplyDelete
  6. perineal massage tu ade diorg ajar masa ika pi antenatal class..Dr yg ajar tu ckp dia bsalin 2org anak xde koyakan semulajadi n kena gunting pun..sbb amalkan perineal massage ni.. =)

    ReplyDelete
  7. kata mak bidan elakkan kene gunting ni..lebih baik koyak sendiri..sbb memang dah betul jalan koyak tu..kalu gunting takut lambat sembuh sebab takut terpotong urat saraf ke apemende tah..he he..

    ReplyDelete
  8. ms baca ni terbayang2 kesakitannya...adooyaa...

    ReplyDelete
  9. nor suhaiza
    huuu still rasa ngeri... tah macamanala rasa sakit nak bersalin tu. adeilaa...

    mimy hamid
    tu la kak, ramai gak yg cakap dgn saya. anak first selalunya memang kena gunting..

    d yatie
    haha kan kan.. cuba try buat hihih

    cik pingu
    erm tu la.. kalo koyak sikit takpela. kalo rabak koyaknye adehhh...

    reyna
    takut jugak! jum2 try buat. mana tau berkesan :)

    ika
    wahhh yeke.. nampak nye nak kena tryla ni buat perineal massage. tp macam susah je! huhu

    sisanizu
    adui la kak, yeke... ngilu dah rasa ni..

    puansazusarin
    kannn.. adoiyaiii cuak2 dah ni

    ReplyDelete
  10. org kate mmg first baby deorg gunting & ternyata benar.. yg paling..paling..paling penting adelah jgn sekali2 angkat punggung..kalo kat spital putrajaya , dieorg suh pegang ankle kuat2 mase meneran..tp mase akak meneran tu terlepas ankle & terngakat punggung sebab nak neran, tu yg luke tu besar..sekejap jer terlepasnyer..mmg seksa..sampai 2 bulan pun lum fully recover luke tu..paling sakit adelah ketika nak buang air besar..menangis2 dlm jamban..huhuhu..
    so kesimpulannyer jgn sekali2 angkat punggung..tawakal pade Allah, semoga semuanyer selamat..

    ReplyDelete
  11. hadoi terasa ngilu pulak bace bab koyak & gunting2 ni... ngaaa x snggup nk bygkan...

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah.. bersalin kat klinik bersalin an nur kubang kerian, tak kena epi, yang paling best bila dengar adik yg bersalin sebelum kita masuk, anak sulung berat 4kg pun tak kena epi jugak.. pandai betul dokte guide.. pepun tawakal kepada Allah.. tapi kita kena usaha juga ye

    ReplyDelete
  13. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete