Assalamualaikum,
Ye, pada 1 Jan 2012, aku cirit birit. What a great way to start a new year. Sigh~
I had sleepless night last night. Dua kali bangun pegi toilet. Pagi ni pun dah tak tahu berapa kali ulang alik ke toilet. Perut memulas-mulas. Sampai tahap memulas tapi takde hasil. Memulas saje-saje. Baby pun tak selesa rasanya. Perut memulas, dia pun bergerak. Aduii lagi sakit perut aku.. Kesian sayang mama..
Aku rasa aku tersalah makan kot.... Semalam pegi kedai mamak, makan roti canai dengan kari kambing. Dan juga sepinggan megi goreng tambah telur mata. Minum pulak segelas teh tarik. Aku makan banyak weh. Kari kambing pulak pedas kaw kaw.. Hubby cakap muka aku merah padam menahan pedas. That is very abnormal. Sebab aku kan gelap, kalo hubby bleh nampak muka aku bertukar jadi merah maknanye memang merah sangatla tu hehehe...
Hubby pun cirit birit jugak sebenarnya. Tapi not fair. Dia memerut sekali terus okay. Sekarang dah keluar pegi pekan Tuaran dengan gembiranya. Tinggalla aku kat rumah. Tak berani nak keluar jugak sebab takut tetiba perut sakit, nak pegi toilet kat mana?? Wuwuwu... Aku sekarang suka guna toilet duduk je. Toilet cangkung memang aku dah tak pandang, cewaahhh poyo! Semenjak perut dah besar, tak selesa sangat nak guna toilet cangkung. Senak perut! Erm kalo public toilet ni, besenya toilet cangkung la kan. Kalau yang duduk pun, urghhh tak sanggupla aku. Membayangkannya pun dah nak buat aku termuntah ni. Ingat lagi satu hari tu, jalan-jalan kat Kota Kinabalu. Tetiba nak terkencing. Terus masuk Hotel Le Meridien. Guna toilet kat situ. Nanti kalo orang tanya penah duduk Le Meridien tak? Bolehla aku jawab, penah. Duduk kat jamban duduk dia. Syok! hahahaha.. Ape aku mengarut nih.....
Hubby cakap nak belikan Pil Chi Kit Teck Aun.. Tapi aku tak bagi. Tak beranila nak makan ubat tu. Herbs kan. Takut baby panas pulak... Nak sapu-sapu minyak angin kat perut lagila tak bleh kan? So hubby suruh aku minum teh pahit lagi kelat. Perghh minum seteguk pun tak mampu.. Padahal aku sendiri yang buat tu. Tapi aku minum jugakla sikit tadi. Dengan harapan semoga berkuranganla rasa sakit. Aku kena minum air masak banyak-banyak jugak sebab takut dehydrated. Kesan minum air dengan banyak tak teruk. Kencing setiap 3 minit je kot...
- CIRIT- BIRIT
Ini lazimnya, jangkitan viral atau keracunan makanan yang biasa tidak akan menjejaskan anda dan janin. Adalah disarankan agar anda minum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi dan segeralah mendapatkan rawatan doktor untuk mengenal pasti punca jangkitan tersebut.
Ketahuilah bahawa jika cirit-birit yang anda alami itu amat teruk dan disertai dengan muntah-muntah ini adalah petunjuk bahawa jangkitan yang lebig serius akan berlaku seperti keracunan salmonella atau listeriosis. Untuk pengetahuan umum jangkitan ini lebih kerap berlaku di negara barat. Dilaporkan ia boleh menyebabkan kelahiran pra matang.
Bagi mengelakkan ibu-ibu yang sedang hamil mengalami masalah seperti ini anda perlulah mengelakkan diri dari memakan atau memasak telur mentah atau separuh masak. Bukan itu sahaja malahan dengan daging ayam mentah atau separuh masak serta susu yang tidak dipastur juga perlu dielakkan.
Source: http://pakarhowto.com/info-berguna/simptom-kesan-dan-masalah-semasa-hamil-mengandung-part-ii.html
Harap-harap apa yang aku sedang alami ni hanyalah food poisoning biasa-biasa yang tak mendatangkan mudarat....
tq 4 da info! :)
ReplyDeletekesiannya awak...cirit birit perit...take care yer jaga makan...akak tak pernah kena...tp before pregnant pernah kena sampai tahap muntah, guling2 sakit perut ya amat...
ReplyDeletehi amal..tq masuk blog mia...diakui ble slh makan...perut mcm nak senak...betul kata kak mimy kat blog mia..kena jg makan...kdg2x jd takut nk mkn kat luar...tp dh alah bau..camne ek..haha
ReplyDeleteTerima kasih... Tapi kalau mengandung memang selalu jugak cirit birit tanpa sebab.. Saya anggap sebagai cuci usus aje... :) Senang-senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com
ReplyDeleteTerima kasih... Tapi kalau mengandung memang selalu jugak cirit birit tanpa sebab.. Saya anggap sebagai cuci usus aje... :) Senang-senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com
ReplyDelete