Friday, January 20, 2012

Macam-macam Rasa

Assalamualaikum,

Baby dah 32 minggu++.. Perut memang dah besar dan maju ke  hadapan. 

Stretch marks takde, mujo lah! Hee.. Tapi hubby cakap, "tah tah lepas beranak baru dia keluar kot..." Haishh saje nak takutkan orang. Betul ke? Tak kot kan? Huuu...

Pusat.. err entahla nak kata timbul ke tak. Takdela timbul sangat. Aku nak amik gambar nak tunjuk kat korang pun takut melampau sangat haha...

Baby pun ada masa-masa dia bergerak. Awal pagi selalu aktif. Tengahari gerak sikit-sikit. Petang pun sama.. Malam aktif.. Seronok bila baby bergerak. At least aku tahu dia sihat dalam sana.. Selalu cakap dengan baby, gerakla banyak-banyak sayang.. So that mama tahu kamu okay... Aku notice baby hanya bergerak bila perut ditutup. Kalau aku selak baju mesti baby tak gerak. Daripada aktif tetiba dia diam.. Baby sejuk ke? hehehe...

Sakit di rusuk makin ketara. Especially belah kiri. Mungkin sebab baby dah berada dalam keadaan cephalic. Kepala kat bawah, kaki kat atas. Maka, kaki dia yang dok menekan-nekan, menolak rusuk aku..

Tido malam makin tak lena. Kerap bangun untuk buang air kecil dah jadi kebiasaan. Cumanya nak bangun tu seksa. Dengan perut yang mengeras. Sakit belakang.. sakit pinggang... Nak bangun tips nya, kena mengiring dulu barula boleh bangun.. Posisi tidur pun jadi masalah jugak. Aku mengiring belah kiri, baby tendang. Mengiring belah kanan pun baby tendang jugak.. Tido terlentang sakit pinggang pulak. Kadang-kadang aku biar je baby tendang huhu.. Dah tido mengiring je posisi paling ok. Tak sakit pinggang. Adui sabar jela.. Kadang-kadang hubby tolong gosok-gosok belakang. Mujo ada dia...

Hari Selasa lepas, ada perjumpaan dengan semua navy wives kat sini. Masa tengah makan, sembang-sembangla. Dorang sume dok tanya aku dah berapa bulan. Dorang kata aku nampak macam dah tak larat and sarat sangat. Then ada sorang tu tengok kaki aku. Dia cakap, "ehh kaki dah sembap ni! Kalo surut yang ni, nak bersalin dah la tuu.." Adoiyaii ahkak, jangan takutkan saya! Tapi memang kaki aku dah sembap dah pun. Huhu..

Then petang tadi, husband balik keje, tiba-tiba je dia pegang bahagian atas perut aku.. Aku tanya dia nape ni tiba-tiba.. Dia cite, tadi dia singgah kat gerai akak-akak navy wives ni. Ada sorang akak tu bagitau hubby, " isteri kau tu dah tak lama tu.. perut nampak macam dah ke bawah.. Cuba balik ukur..." Tu yang dia dok pegang tu.. Aduiii... Bila otai otai dah cakap macam tu, lagila aku rasa cuak.. Akak tu kata, tah tah hujung bulan dua ni...

Aku tanya hubby, "abang ok ke nak handle kalo sayang bersalin awal. Sebelum mak datang?" Dengan kompiden dia jawab, "bleh jeeee..." Moga-moga kekompidenan tu bukan sekadar di mulut lah hehe..

Macam-macam rasa dah ni. Apa-ape pun, aku harapkan yang terbaik. Semoga mama and baby sihat-sihat selalu!

6 comments:

  1. hehehe. kawan kite 30 minggu. baby tak pusing lagi. tapi semua org cakap perut dia dah turun. bawa pegi jumpa mak bidan, mak bidan cakap kawan kite tak lama dah, atas perut dah kosong. huhu. kite? entah. bengkak tak. turun tak. tak tau ler ~ huhu.

    ReplyDelete
  2. huhu...su pun neves ni...adehhh

    ReplyDelete
  3. hmm..perjumpaan BAKAT ek..hehe..doala bagi sampai 37w..37w baru baby term utk keluar..sebelum tu kira premature..tp kalau dah sampai masa xleh nk buat ape kan..ika doakan semua selamat ye dear.. =)

    ReplyDelete
  4. akak dah 38 w ni baby tak mo kuar pun..heheh akak lak cuak..takpe jangan risau..doa banyak2 key..moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. sama!! i pun org kata mcm x lama. Rasa2 hujung bulan 2.

    Perut ni kalau tgk mmg macm dah sarat gile ah..

    psst..mcm mana kalau anak kita nak keluar 29 februari???hihih

    ReplyDelete
  6. d yatie
    30 minggu ada masa lagi untuk baby pusing2. rasanya sampai minggu 36 kot baby leh pusing lagi.. awak dah bape minggu?

    puan sue
    huuu neves kannnn...

    ika
    hihihi a'ah, perjumpaan BAKAT Laut. Wajib tuhhh hehe.. insyaallah, tu la 37w baru sedap duduk kan. Insyaallah hujung bulan 2 ni 37w :)

    mimy hamid
    baby seronok dok dalam perut. mama makan macam2 kot haha.. insyaallah kak, saya doakan akak pun sama, dipermudahkan semuanya :)

    puan nadira
    huu selalu jugak terpikir, macamana la kalo baby kuar 29 feb. 4 thn sekali la besday anak kita ehehhe

    ReplyDelete