Sunday, May 27, 2012

Minyak Telon Untuk Baby

Assalamualaikum,

Aku setakat ni dah try guna 3 minyak telon untuk Shaheem.

Minyak telon pertama ialah Minyak Telon Bebiku.


Minyak ni akak aku yang bagi. Dari Shaheem baru lahir sampaila dia umur sebulan lebih kot guna. Ok je Shaheem dengan minyak ni.. Siap sengih-sengih lagi bila aku sapu kat perut dia. Sengih geli ke sebab ape ke aku tak taula hehe.. Minyak ni takde bau sangat. Cuma aku rasa minyak dia terlalu cair. Pastu botol dia tu takde penutup yang kecik tu. Cane eh nak describe, dia takde penutup macam minyak TYT tu. Kalau nak tuang, kena tuang perlahan-lahan, kalau tak tumpahle sebotol huhu...

Dah habis sebotol minyak telon Bebiku ni, hubby beli Minyak Yu Yee Cap Limau pulak...



Tapi sayangnye Shaheem tak suka minyak ni huhu.. Panas kottt.. Korang tak rasa panas ke minyak ni? Aku tak pernah guna pun minyak yu yee sebelum ni so tak taula minyak ni panas. Satu haritu lepas mandi sebelum pakaikan Shaheem baju, aku sapu la ubat ni kat perut dia, kat belakang dia. Sekali melalak haa diaaa.. Kuat pulak tu. Terkejut aku. Sebelum ni Shaheem mana pernah nak nangis kalau sapu minyak kat badan dia. Memang selalu lepas mandi dia ceria-ceria je.. Aku masa tu suspect dia lapar dan mengantuk.. Keesokan harinya macam tu jugak. Dia menangis lepas aku sapu minyak. Masa tu baru aku perasan tangan aku panas. Barulaah aku dapat tahu yang dia tak selesa dengan ubat tu. Terlalu panas dan berangin. Aku try sapukan kat badan aku pun aku bleh rasa kepanasannya, apatah lagi baby macam Shaheem kan huhu... Aku pun stopla guna minyak ni kat Shaheem. Pakai kat diri sendiri pulak. Bila perut kembung, sapu minyak ni, huh legaa... Berderu-deru angin keluar haha..

Dah minyak yu yee buat Shaheem melalak, aku guna pulak Minyak Daun Ubat keluaran TYT... 



Sampaila sekarang dok guna minyak ni. Dia macam minyak telon Bebiku kot lebih kurang cuma minyak dia lebih pekat.. Bau macam serai gitu. Shaheem relax je pakai sebab tak panas kan ehehe..

Oh ye, masa aku menggoogle image minyak TYT, terjumpala artikel pasal minyak TYT diharamkan. Hohh mau tak terkejut aku.. minyak ni diharamkan sebab kandungan merkuri terlalu tinggi. Dah cuak-cuak sebab aku dah guna sebotol dah kat Shaheem nihh... Selidik-selidik balik rupanya yang diharamkan ialah Minyak TYT yang lain iaitu Minyak Twee Hong Suah ni... Legaa..

Haram! Baca di sini..

Korang pulak guna minyak mana satu? Ermm aku plan nak beli Minyak Mestika untuk baby.. Ada orang kata minyak tu pun bagus. Rasa macam nak try lah. Lagipun keluaran bumiputera kan. Insyaallah terjamin kualitinya.. Ada sape-sape guna? Best tak?



13 comments:

  1. Afif peminat setia minyak telon.10 bulan pakai.hehehehe

    ReplyDelete
  2. Rizqi pakai minyak telon Amway tu.best.sedap gak bau dia.dulu igt nk beli gak mnyk yu yee tp dlm forum mana ntah kata mnyk tu x halal.tu yg sy beli amway tu

    ReplyDelete
  3. Minyak bayini adalah terbaik.bg sy dan anak beranak..wangi dan sedap dipakai..try lah..sy penah guna semua minyak yg disebutkn diatas..kecuali tyt yg ada merkuri tu..he he

    ReplyDelete
  4. ha! minyak2 ni belum lagi beli.. ;p hehe~ tapi ramai suruh pakai minyak yu yee.. emm~ -.-"

    ReplyDelete
  5. ha! minyak2 ni belum lagi beli.. ;p hehe~ tapi ramai suruh pakai minyak yu yee.. emm~ -.-"

    ReplyDelete
  6. Fayel dari kecik memang pakai Minyak Yu Yee Cap Limau ..panas mmg panas tp bau best...agaknya dia dah biasa dari kecik..dia tak nangis lak..papa dia sekali sapu lumur banyak giler kat perut hihihi...menakutkan

    ReplyDelete
  7. untuk 'Auf masa dari dalam hari pakai minyak telon kaler kuning tu.. apa ye nama dia..lupa la.. but abes hari, ain tukar pakai minyak kayu putih cap ayam.. sgt selesa n wangi ajerk.. mmg trademark 'Auf.. sampai jiran2 kalau cium 'Auf pon cakap.. ni bau mmg bau 'AUf.. hehehhe..

    ReplyDelete
  8. dhia dari baby sampai sekarang pakai minyak kayu putih..cannot tahan bau minyak yuyee tu..kuat sangat..

    ReplyDelete
  9. Adam guna minyak yu yee. Sapu sikit je masa kecik2 ni. Sebab minyak agak berangin dan panas. Masa saya mengandung dulu perut tak selesa saya pakai minya yu yee gak. Masa tu br tau panas dia takat mana. Ada sekali husband terletak banyak. Pehh panas dia..

    ReplyDelete
  10. minyak yu yee tu kata uncle cina yg punya kedai 'kenapa u beli ini minyak,ini minyak aa olang muslim x bole pkai oo sbb non halal'.. u beli ini minyak kayu putih cap burung kakak tua baru bole u pakai..'. oppss betul kerr..non halal.? Tpi kalau dh org cina sndiri yg kata tk kn tipu kot lgipun dia punya kedai,.. bagusnye uncle tu terus terang,x pikir untung je!

    ReplyDelete
  11. You may try Euky Bear Eucalyptus Oil.

    It is safe, natural, pure Australian minyak kayu putih.

    See link below
    http://www.eukybear.com.my/products/products.asp

    ReplyDelete
  12. visit https://www.facebook.com/Euky.Bear.Malaysia

    to see customers feedback

    ReplyDelete
  13. Euky bear bagus n minyak mestika tu pon bagus alhmdlh keluaran ore klate

    ReplyDelete