Wednesday, May 23, 2012

14 Mei 2012 - Shaheem Demam Buat Pertama Kali

Assalamualaikum,

Yep, Shaheem first time demam pada 14 Mei 2012. Aku suspect Shaheem demam sebab terlalu banyak terdedah pada angin luar. Alkisahnya kitorang pergi jalan-jalan di Kuala Terengganu. Melawat rumah abang ipar aku kat sana. Mungkin sebab kejap dok dalam aircond kereta lepas tu keluar kena panas pulak. Sebab tu la Shaheem demam. Ni first time bawak Shaheem jalan jauh dengan kereta. Selalunya sampai ke Besut je.

Perasaan aku masa tu? Huh of coursela risau! Setiap masa dok pegang dahi Shaheem. Nak check suhu badan takde termometer pulak.. Nampaknye nak kena beli satu la kan? 

Shaheem kena paksa bergambar dengan abah hehe..
Masa ni dah get ready nak tido.
Kepala dia panas je..

Shaheem masa demam tu banyak merengek. Selalunya dia behave, good boy. Tapi hari dia demam tu ada je yang tak kena. Nak sentiasa dipeluk. Tak nak duduk atas tilam. Kesian and sedih sangat bila tengok dia macam tu. Aku tuam kepala dia dengan tuala basah. Lap lap sampai rasa kepala dan dahi tu sejuk sikit. Malam tu aku tak bleh tido la. Risau yang amat. Dia tido tapi ada bunyi ek ekk.. Mata pejam je huhu..

Pagi esoknya kitorang bawak dia ke klinik di Alor Lintang, Besut. Jumpa doktor yang family hubby dah familiar. Di klinik Shaheem jadi tumpuan sebab dia besar kihkihkih... Semua tak percaya dia baru 2 bulan lebih. Heh percaya lahh....

Masuk jumpa doktor, Shaheem tak nangis pun. Cuma masa doktor nak check tu je dia macam restless. Aku pun keluarkan kamera snap gambar dia terus dia senyap. Heh suka bergambar rupanya anak mama nehh hehehe

Doktor tengah check Shaheem. Masa ni dia nangis sebab restless kot. Aku suka doktor ni. Dia check thoroughly. Bukannya kita kata demam dia just check suhu je.. Doktor ni check telinga, check dalam mulut etc.. Kira puas hati la kan kalau kena bayar mahal sekalipun. Tapi tak mahal pun dalam RM23 je kalau tak silap..

Haa mama keluarkan hp, amik gambar dia barula dia diam. Pandai pulak tu tengok kamera ek hehe

Alhamdulillah doktor cakap Shaheem demam biasa je.. Bukan ada infection ape pun. Suhu badan pun tak terlalu panas. Suam-suam je doktor cakap. Doktor just tampalkan cool fever kat dahi dan bagi ubat demam. Ubat demam tu pulak kalau badan terlalu panas baru bagi. Doktor tak bagi kitorang selimutkan dia dengan tuala basah. Cukup dengan lap lap je. Tuala pulak takleh rendam dengan air sejuk. Dia suruh guna air suam. Lagi satu doktor kata pakaikan baby dengan baju lubang-lubang ni memang bagus. Nanti badan dia tak terlalu berkuap sebab panas. Nampaknye nak kena tambah lagi baju lubang-lubang. Alasan untuk shopping lagi huahua... Oh ye, kalo korang notice kitorang bawak Shaheem pegi klinik dengan tak mandi lagi hhehe... Aku tanya jugak doktor boleh ke nak mandikan dia. Doktor kata tak payah dulu. Lap lap je.. Kalau nak mandikan pun kena guna air suam. Air sejuk big no no.

Doktor suruh timbang Shaheem. He weighed 6.1kg masa tu! Haha semangat! Tapi timbang tu dengan baju dan diaper. Tambah tolak 6kg la kan.. Sabar jela. Patutla berat je pegang dia hehe

With abah..
Petang tu ceria sikitla dia.. Badan pun dah kurang panas dah...

Ala tomei je dia.. Dahi kena tempek ngan cool fever hehehe
Memula takut kalau dia tak nak pakai benda tu. Takut sejuk sangat ke ape.
Tapi dia steady je. Cayalahh anak mama!

"Hello hello abah.. Ape cer kat Sabah tuu?" hehe


Dengan Mak Tua (hubby's mom). 
Dah petang sangat tu terus tak berbaju. Berdrypers je hehe..
Cuaca panas sangat masa tu. Kesian dia berpeluh-peluh. Tapi elok jugak. At least kebahla sket demam tu.

Balik rumah aku kat KB dah tak demam dah dia. Risau jugak takut berjalan dari Besut-KB dia demam lagi. Tapi alhamdulillah la dia ok je.. Bila anak demam memang macam-macamla aku pikir. Takut badan dia terlalu panas, ada benda lain pulak jadi. Nauzubillahiminzalik. Mintak-mintak anak mama ni sihat sentiasa. Kalau nak demam pun, demam light light jela eh hehe.. 

Here's some info on fever:

  1. Fever is a sign that the body is waging war against infection
  2. Normal body temperature for a healthy baby is 36 to 38 degrees Celcius. If your baby's rectal temperature is above this range, he has a fever.
  3. Fever is more serious in babies under 3 months.
  4. High fever that doesn't cause your baby from playing and feeding may not be cause for alarm.
  5. Temperature rises in the late afternoon and early evening and falls between midnight and early morning.
Boleh baca lebih lanjut di Fever | BabyCenter

Boleh baca jugak experience Dr Halina (wife astronaut kita, Dr Sheikh Muszaphar) apabila anak dia, Isabella demam buat pertama kali. Walaupun dia seorang doktor dia pun panik jugak bila anak dia demam hehe.. Well, she's still a mom kann... Mak mak ni memang cepat panik compared to daddy. Betul tak? 

Jom share pengalaman korang jaga baby demam :)

8 comments:

  1. aty pon risau kalau baby demam..sebab pernah jage adik[mase tu baby lagi] demam..memang kesian dan letih sebab baby meragam..aty awal2 dah sediakan termometer tu..eerr..dapat redeem dari anmum..huhu..sekarang kalau anak meragam lain macam cepat2 cek..takut melarat n jadi lain pulak..
    neway..semoge shaheem cepat sembuh..aminnn...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah xde pape :) baby ni demam pon comel sgt, xsaba nak tggu si kecik ni kluar ;p dear u kene beli termometer, sgt penting.. itu la yg FIL slalu igtkan :) semoga shaheem cepat sihat sihat and be a good boy yee ^__^

    **slamat sy byk beli baju lobang2 ;p hihi~

    ReplyDelete
  3. ala cian die... cpt sembuh k shaheem...
    err kena tmbah baju lubang2 ni.. sbb xde sehelai pun...hoho

    ReplyDelete
  4. comelnyer shaheem pakai cool fever kaler pink..hehehe..
    even sekarang dhia dah 3 tahun, amat risau bile die demam..tp dokter selalu kate, kalo baby demam tp die aktif, tak pe..
    bile ade anak. termometer adelah wajib ade..senang nak check suhu.. lgpun cuace sekarang tak menentu..lg senang nak kene demam.. moge2 shaheem cepat sihat yer...

    ReplyDelete
  5. ala syian dia demam..mikhail dah 4,5x demam...hehehe :)

    ReplyDelete
  6. dulu masa kecik2 'Auf mudah demam.. normally mmg ain x bawa g klinik.. first step bila rs dia panas badan ain lekat cepat2 cool fever.. (mmg buat stok skrg ni).. selalunya dia cepat hilang panasnya.. tapi kalau melarat then baru bg ubat demam.. org kata, kalu baby nak beralih bulan ke nak tumbuh gg ke mmg laa demam.. jadi mmg kena aware

    ReplyDelete
  7. wow shaheem dah semangat...nak sama nganabg Fayel ni...bagus...Fayel dah 2 x demam...so far laki akak yang handle..tp kan setiap doktor ckp berbeza la...akak gi doktor dia suh bukakan baju ..lap kain basah ..kepit ketiak ngan lampin basah..hmmm risau anak demam ni..sanggup EL tu..tak kisah cuti habis ke hapa...anak is important

    ReplyDelete
  8. terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

    ReplyDelete