Monday, August 15, 2011

10 Weeks

Assalamualaikum :)

Hari ni hari ke-15 puasa. So how's your puasa so far? Ok tak? Ada tak mommies mommies yang terpaksa ponteng puasa sebab tak larat? Takpe, you are allowed to do so. Don't force yourself if you cannot k?

As for me, alhamdulillah, masih mampu bertahan. Target nak puasa penuh. First time in my life puasa penuh hehehe.. Tapi kalau ditakdirkan tak larat, terpaksala berbuka jugak kan? Tak nakla sesuatu yang tak elok jadi kat aku. Tak nak susahkan baby, tak nak susahkan diri dan tak nak susahkan orang lain...

Minggu ni minggu kesepuluh aku pregnant...



Berdasarkan kalendar kat atas ni, aku masih dalam trimester pertama and I'm in my second months. Ada 3 minggu lagi nak habiskan trimester pertama. Wish me the best ya? Doakan yang baik baik saja.

Tapi aku sebenarnya boleh dikategorikan sebagai bertuah jugakla. Sebab aku takde alahan sangat. Aku tau ada kawan-kawan aku yang hari-hari muntah. Sabarla k. Dugaan ibu mengandung tu :) Aku mungkin takde dugaan dari segi muntah-muntah tapi aku ada dugaan cara lain.

Aku alergik ayam. Ye........ tiba-tiba pulaklah time pregnant ni aku ada alergik. Alergik ayam pulak tu. Dahla ayam is my favourite food! *Sigh* Tapi takpelah, I take it as an experience dan juga dugaan semasa mengandung. Kan kan? Pikir positif jelaaa :)

So week 10 baby looks like this:


Read: Fetal development - Week 10

Perkembangan diri aku sendiri.. emmm entahla. Aku tak perasan sangat kot. Tak tahu perubahan ape yang dah berlaku ehehe dasyat tak? Breasts ada la rasa sakit sikit-sikit.. Sometimes rasa menyengat. Tapi tu jelah. Aku pon tak tahu orang dok kata sakit tu sakit macamana sebenarnya. Sakit aku macam sakit time nak period tu jela. Tapi memang dah tak boleh nak pakai bra ketat-ketat. Kalau tak, rasa macam.. tak best huhu..

Perut aku... macam tak nampak pun lagi. Jeans pun buleh pakai lagi.

Errr.. aku takde pon baby bump macam ni.
Most probably perut aku memang buncit dengan lemak.
So baby bump tak menyerlah sangat. Kot?
Huhu donno!

Sekarang aku tengah pikir-pikir nak pegi buat checkup kat mana. Memang aku dah pegi jumpa gynae kat Lumut. Tapi yang tu private. Aku kan plan nak deliver kat hospital kerajaan, so kenala pegi buat buku pink (ke merah) kat klinik kesihatan ibu dan anak kan?

At first aku plan nak pegi after raya. Tapi aku rasa macam elok aku pergi sekarang je. Lagi cepat lagi bagus betul tak? Lagipun aku baru je kena penyakit alergik tu. So takut jugak kalau anything happen to the baby.

Aku survey klinik kesihatan kat precint 9 ni. Google google.. banyak pulak aih cerita tak best. Orang ramai la.. layanan tak bagus la.. Ish bab layanan tu aku takut gak. Aku ni kan payah nak amik darah. Takut nanti nurse hilang sabar dia main cucuk jek.. Ishhh... mintak jauhle. Aku tahu nurse nurse ni profesional orangnya. Mungkin sebab orang ramai ke ape, dorang bleh jadi stress kan? Yang tu tawakal ajela.... Then orang ramai. Risau gak ni. Aku ni dahle dah takde cuti. Takut nanti, daripada half day terus jadi whole day. Masakla aku. Kang tak pasal-pasal jadi unpaid leave. Huhu.. Aku tak boleh tinggal keje time pagi-pagi. Early morning is critical time for me. Kena duduk tercongok depan pc takleh pergi mana. After 12 noon baru free. So kalau aku nak pergi, pukul 2pm ke atas la. Tapi kalau abes pukul 4, takkan aku nak masuk ofis lagi kot? Unless, aku masuk ofis awal gile, then balik pun awal. Nak balik pukul 2pm, aku kena masuk pukul 5 pagi! Masaklahhh... Lagi satu masalah ialah, aku takde transport. Kena pinjam kete akak aku. Dia kalo tengahari sibuk nak kena amik anak dia dari sekolah. Pukul 2 lebih baru dia masuk ofis. Aku maybe kena amik appointment kul 3 baru ok kot. Tapi ada ke appointment pukul 3? Dorang nak layan lagi ke patient time tu?Haih pening pikir ni.. Tengahari karang aku call dorang tanya lah..

So how how... Nak tak nak kena pergi jugak kan? Hmmmphhhh..

9 comments:

  1. cute je belog ni. hihi. best dgr cerita wani. jaga diri ye dear.

    ReplyDelete
  2. wani...buku merah tu better buat awal...mai buat time pregnant 9 minggu...bl buat awal, die blh cek sumer...kot2 kencing manis@darah tinggi ker...lg2 kalo ader family history...

    pasal waktu utk g tu, i advised you g petang...kul 2 ke atas...mai g check up skang mntk appoinment petang jer...mmg tak ramai org langsung..stakat 2@3 org jer...kadang2 kt sorg2 jer...blh trus g jumpe doktor....yg ramai tu sbb masing2 berebut2 nak g pagi...toksah ler....kalo office blh bg g petang, g petang je la...pastu blh trus blk umah!!!....geeeeee

    ReplyDelete
  3. chan
    cute macam wani la haha.. tq2.. u take care too! ;)

    mai
    oh awalnye mai dah pegi. wani haritu pegi private. skrg baru nak pegi klinik gomen. erm wani dah call semalam (nanti nak buat entry cite ehehe). Memang plan nak pegi petang :)

    eh maii.. nape wani takleh add blog mai kat bloglist eh? dia keluar link salah huhuhuh

    ReplyDelete
  4. mai g awal atas nasihat ibu2 veteran...sbb kt ni first pregnancy...tak tau lg takat keshatan kt, kandungan kt, terutamanya rahim kt...so bl g awal utk kandungan pertama ni, at least bh amik lgkh berjaga2....

    tak blh add blog??...nape ekk....
    maimytami.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. mainyer prob kalo nak msk blog chan2!!!..blogger not found

    ReplyDelete
  6. mai
    betul betul.. lagi awal lagi bagus. wani ni sebab dah tak larat nak travel gi Lumut la nak pegi klinik kat sini ehehe.. plan nak g after raya tapi dah macam-macam penyakit, alergik la apela, tu yg tukar pegi awal plak..

    haa cuba mai tengok bloglist wani kat sebelah ni, Supermak-To-Be. Bila wani click link mai tu, dia direct pi tempat lain. Address dah letak betul dah..

    Chan2 tu sebab dia dah tukar url kot..

    www.sheislinachan.blogspot.com

    eh betul ke ni chan chan?

    ReplyDelete
  7. ye la...nape ek...try le yg ni..
    www.maimytami.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. takleh jugakla mai huhuhuh.. tak tau nape..

    ReplyDelete
  9. sheislinachan.blogspot.com

    aah la kakmai. Saya gatal2 tukar url. Hihi.. Sorry.

    ReplyDelete