Assalamualaikum,
Seperti yang disuruh oleh nurse semalam, harini aku sekali lagi ke KKIA Putrajaya. Aku pergi seawal 7.15am. Tapi rupa-rupanya ada orang datang lagi awal daripada aku. Aku dapat nombor giliran yang ke 12. Ada amik gambar nombor giliran tapi malaslah nak transfer ehe..
Dekat-dekat pukul 8 macam tu, kaunter 7 pun dibuka.. Bila nombor aku dipanggil, nurse tu suruh aku pergi makmal untuk buat ujian darah lepas tu terus jumpa doktor.
Kat makmal tu aku dah cuak-cuak dah. Memikirkan aku ni payah sungguhle nak amik darah. Bukan sebab takut. Tapi sebab urat aku ni susah sangat nak nampak. Dah 2 tempat cakap nak amik darah aku ni sangat mencabar. Risaula sejarah berulang.. Tapi alhamdulillah, nurse KKIA Putrajaya adalah sangat pro dalam mengambil darah! hehe.. Masa masuk tu aku cakap siap-siap dengan dia, "tangan saya ni susah sket nak amik darah. Dah dua tempat cakap payah. Selalu dorang amik kat tangan, bukan kat lengan. Sebab urat kat lengan dorang tak jumpa." Nurse tu muka cool je.. Katanya, "yeke.. takpe kita cuba dulu.." Dia tekan-tekan lengan aku. Then dia amik kapas yang ada ubat tu, lap-lap kat tangan aku. Dalam hati aku, ehh dia dah jumpa ke... Then nurse tu amik jarum nak cucuk. Aku tanya dia, "dah jumpa ke? Cepatnye!" Aku kagum sekejap hahaha.. Dia jawab dengan cool lagi, "kita cuba ye.. Bismillahh.." Jarum dicucuk.. "Dia ada tapi kat dalamm.." nurse tu cakap. Dia korek-korek sikit je then, zusssss darah naik. Wah kagum hokkay. Apa daa 2 tempat yang aku pegi seblom ni tuh. Tak reti hamik darah ke haha.. Syabbas nurse KKIA Putrajaya. Tak sempat pulak aku tanya nama dia sape. Terlalu sibuk mengagumi kehebatannya hehehehe..
Lepas amik darah, aku terus pergi jumpa doktor pulak. Nasib baik jugakla tak tunggu lama.
Tapi yang sedihnye... aku tak puas hati la dengan layanan doktor.....
Bila masuk, aku dipersilakan duduk. Aku bagi dia buku pink aku. Dia bukak and menelaah apa yang nurse semalam tulis. Then dia tanyala basic questions again, "first baby ke?" "Period regular ke?" "Are you sure with your last menstrual date?" Dalam masa yang sama dia conteng-conteng something dalam buku tu.
Lepas tu dia nampak nurse tu tulis aku sembelit.
Dia tanya, "dah berapa lama sembelit?"
"Dah lama jugakla doktor. Minggu ni saya takleh buang air besar lagi.." jawab aku.
" Ooo.. awak makan tak betul ni.. takpe, nanti saya bagi ubat." katanya.
Aku dah lega. Yess dapat ubat. Harap-harapnya tamatla riwayat sembelit lepas makan ubat tu nanti.
Lepas tu doktor tu check aku punya thyroid and pernafasan kot. Kalo dia letak stetoskop kat dada kita tu dia check ape ek sebenarnye? Aku pon tatau haha.. Then she resumed writing something on the book.
Then she said, " Ok tu jelah.. nanti minggu ke 18 kita scan and on week 21 (kot aku tak ingat) you kena minum air gula sebab your family ada history diabetes."
Aku dah confuse confuse. Semalam nurse cakap doktor akan scan harini. Aku tanya doktor lagi, just to confirm, "takde scan doktor?" Dia jawab, "yeah.. we only scan on week 18." Urgh.. kecewanya aku. Kalo tahu aku pergi je private clinic semalam.
Pastu aku tanya dia, "tadi saya ada buat ujian darah. Macamana result dia?"
"Oh yela.. kejap check.." dia tekan-tekan kat pc.. "Takde result lagi. Takpe, this is not important."
Wuttaaaaaa.. Aku rasa macam nak mencarut jugakla tadi. Not important?? Then why the hell does the nurse yesterday making a big fuss that I didn't come early until I missed taking blood test and she said doc can't advice me bla bla bla if there's no blood test result? And then now the doctor is saying, the result is not important. Urghhhhh sakitnye hati akuuuu... Kalo aku tau, aku buat jugak blood test semalam (tak sampai 5 minit ponn amik darahnye..) then result bagitau jela aku in next appointment next month. Tak payah aku datang second time hari ni.. rasa macam buang masa! And the doctor pun tak check ape ponn.. Urghh..
Aku takdela tunjuk kemarahan aku kat situ. But still feeling very annoyed la.. Dah nak keluar bilik tu, lagi sekali doktor tu buat aku hangin. Aku teringat dia kata nak bagi ubat sembelit kan. So aku tanya dia, "doktor, ubat tu nanti amik kat farmasi ke?" Korang tau dia jawab ape?
Dia jawab, "ubat? Ubat ape??"
I was like, huhhhhhhhh...... Doktor ape ni??????
Aku memang sakit hati gile, aku rasa aku kuatkan jugakla suara aku, "eh tadi doktor kata nak bagi ubat sembelit?"
"Ouhhhh ye ye ye.." Dia gelak-gelak sambil tekan komputer dia tu.. Eee doktor ni kan, nak buat lawak antarabangsa pulak. Boleh dia lupa. Kalo aku tak tanya tuh sure dia tak ingat and dia tak key in pon dalam system. Tah-tah aku tercongok je depan farmasi tapi nombor aku tak dipanggil-panggil.
Ehh ubat sembelit tu penting! Aku sembelit kritikal dah ni huhuhuhu....
Oh sabar jelaaaaaaaaaaaa.. Orang kata memang macam tu lah layanannya kalau pergi govt clinic or hospital. Kenapa perlu macam tu? See..people already said it's expected for a govt doctor to behave like that. Tolongla govt doctors, give us your best treatment! And orang pon takkan cakap "alah govt doctors memang macam tu. What do you expect from them?" lagi. Please please... Aku pon takmau la nak cakap bukan-bukan, tapi kalau dah memang layanan yang aku dapat tu tak memuaskan, of coursela I tend to say bad things jugak kan? So doctors, jangan biarkan orang cakap bukan-bukan lagi... Berubahla! huhuhuh
Dah lepas amik ubat sembelit sebotol, aku keluar dari klinik tu dan menapak ke klinik swasta kat flat hijau tu. Tak kiralah, aku nak jugak scan. I want to see my baby!!
Well, alhamdulillah.. dapat jugak tengok.. Doctor yang scan tu bukan gynae so she couldn't explain details bout baby. Tapi aku nampak baby gerak dengan sangat aktif! Tak duduk diam hokkayyy haha.. Dalam perut kecik-kecik pon dah notty ehh.. Aku tanya diri sendiri, tak puasa ke anak aku ni ahahaha.. Aktif sangatlah. Pusing sana, pusing sini, golek sana, golek sini, tangan tak henti-henti berayun. Macam lambai kat aku pon ada jugak hehehehe.. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah! Terharu tengok. Happy that my baby is doing well.. Mama will take care of you dear. Dari dalam perut sampaila dah keluar nanti dan sampai bila-bilalah!
Sejukla sket hati.. Lupa dahla pasal marah kat doktor tadi heheheheheeheh..
Oh ada gambar baby tapi... tak lawa sangat gambarnye. Baby tak dok diam, doctor susah nak capture the best picture ehehe.. Tapi takpela, yang penting, mama dah nampak kamu! Membesar bagai johan yeee :)
Oh oh one more thing, masa scan tadi doktor cakap my placenta is a bit low.. Ok tak ek? Dia kata it's normal in first trimester. Nanti dah masuk 2nd trimester it will go up. Hope so la.. So far aku takde bleeding or spotting. Orang kata kalo placenta ke bawah, even when you're making love pun boleh berdarah. Aku so far takdela. Tapi tak tahula.. dah sebulan tak jumpa laki aku nih hahahaha..
Korang penah experience tak low placenta ni?
wani...mai penah 3 kali kuar darah sepanjang preggy ni...tp dlm kuantiti yg sikit...2 kali jd tme bgn dr tdo...skali tu jd after bersama suami...ade yg kt bende biase..mak mai pon kt takut uri kat bawah....aritu g klinik, citer kat nurse tu, die pon kt takut uri bawah...so die advice kalo pasni ader darah lg (walaupon secalit) kene g hospital jugak.....
ReplyDeletemai
ReplyDeleteiye ke.. a'ah ada orang kata benda bese. kawan wani pon ada yang kena. so bila ada masalah macam ni kena bed rest, takleh buat keje langsung & bersama suami pon takleh. ape2 hal pun kena rujuk doktor la. kuar je darah g jumpa doktor k.. biar dia check takut ada yang tak kena.. tapi wani ada baca semalam benda ni normal untuk 1st trimester dgn awal 2nd trimester..
amal...masa awal pregnant plasenta mmg kat bawah...
ReplyDeletedia akan naik time by time...tp if dh masuk 2nd trimester xnaik lg..mmg bahaya sbb plasenta tu tutup bukaan rahim..so no option doktor akan operate ms deliver nanti...keadaan ni dipanggil 'plasenta previa'..
pasal bleeding ni..sebenarnya ikut org jugak...mcm member saya..kalau dia stress pn bleeding...tp...ape pun..ttp kena jumpa doktor..walaupun sikit bleeding tu..
ika
ReplyDeleteyaa.. saya pun ada baca jugak tu pasal plasenta previa.. huhu kalo kena operate, tak dapatla nak merasa normal delivery. hopefully plasenta ni naik la nanti..
yup, ape yg penting, cepat2 rujuk doktor..