Tuesday, August 2, 2011

2nd Appointment With Gynae

Assalamualaikum,

Hari Sabtu lepas, 30 Julai, aku pergi Lumut lagi. Selain daripada jumpa husband tercinta, aku ke sana untuk second checkup dengan Dr. Yeak. 

Masa pegi klinik dia pada 8 Julai tu, aku sebenarnya bagitau next follow up aku nak buat kat klinik di Putrajaya je kot. Sebabnya masa tu aku tak sure aku turun Lumut ke tak pada 30hb nanti. Aku dah siap survey harga nak scan kat klinik area Putrajaya ni dah.. Ada klinik charge RM50, ada yang charge RM40.

But then, tetiba angin rindu datang ehe.. My husband pon sibuk menggoda suruh turun Lumut weekend lepas so aku pun pergi jela. At least boleh jumpa the same doctor kan?

Pukul 2 petang kitorang pergi. Nak pegi awal pagi aku tak larat. Cos malam tu sampai pukul 1.30 pagi. Sampai-sampai je, isi perut dengan roti sardin yang my husband beli kat kedai mamak. Sebab aku lapar gile masa tu. Tapi sadisnye, lepas habis makan, aku muntah balik. Bluwekk.. Tak penah-penah muntah. Malam tu boleh muntah pulak. Maybe sebab perut kosong. Sambil-sambil nak manja-manja dengan hubby. Mintak dia usap-usap belakang hihihi.. Well, merasa la jugakkk orang usap usap belakang kan?hehe

Sampai kat klinik, macam dulu jugak, dia suruh aku timbang berat and check blood pressure. Berat aku pada 30 Julai ialah.. 67.5kg! Huwaa dah naik 0.5kg! Bahaya nih... Tapi doktor kata ok je lagi kalo naik 0.5kg. Aku kena jaga ni, takmo overweight. Blood pressure pon normal je kot cos doctor didn't say anything.

Then macam haritu jugak, dia scan. Masa last checkup dulu dia kata 2nd scan nanti nak tengok development baby. 2nd scan we shoud see baby's heart beat already. So dia scan la.... Then I saw, what used to be a tiny little ball, now dah ada bentuk dah.. Belum ada rupa baby lagi tapi dah ada bentuk macam kat bawah ni ha..

Then doc cari heart beat. Dia kata aku maybe tak nampak tapi dia kata dia boleh bagi aku dengar. He did something with the machine, then suddenly I can hear this fast and loud beat. Oh my, it's my lil one's heartbeat! Laju sangat bunyi. Doktor kata memang normal. Awal-awal ni, denyutan jantung bayi double kita punye denyutan jantung. Sebab tu laju je. He said, this means the baby is doing fine and dah ada development daripada awal-awal dulu. Alhamdulillah.... Syukur syukur. Syukur sangat bila dengar that my baby is doing fine. Aku risau jugak aku asyik travel naik bas ni. Takut ape-ape jadi. Alhamdulillah, sumenye okay.

Doc pesan jaga diri baik-baik. tak boleh buat kerja-kerja berat, banyakkan makan makanan berkhasiat dan banyakkan minum susu jugak. He prescribed me more folic acid. Habiskan yang tu jela sebulan ni ehe.. 

Next appointment is on 23 August. Tapi aku rasa macam dah tak larat kot nak pergi Lumut naik bas huhu. Lagipun masa tu dah nak balik raya dah.. So aku tak pergi lah kot. Tunggu lepas raya ajelah, pergi buat buku merah kat Klinik Kesihatan Precint 9, Putrajaya ni.. Insyaallah by that time, I'll have my car with me :) Senang sket nak gerak sendiri kan?

Itu kisah 2nd appointment....

2 comments: