Soal jawab ni dipetik daripada Bazar @ Karangkraf:
S: Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat dan di rumah)?
J : Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka’bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”. Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.
Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqada tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqada puasanya kelak.
Alhamdulillah, semalam hari pertama puasa, dapat puasa penuh. Takde pening-pening, muntah-muntah atau sakit perut gastrik. Harap-harapnye, hari kedua ni dan seterusnya pun sama lah. Mujurlah aku takde morning sickness (lagi). Kalau ada, seksa jugak kot? Huhu..
Bagi ibu-ibu yang tak larat dan bimbang akan berlaku kemudaratan, berbukalah.. Tapi nanti ganti lah balik ek? :)
No comments:
Post a Comment