Wednesday, August 10, 2011

Latest Story + Skin Rash - Is it Normal?

Assalamualaikum,

Lamanyeeeeee tak update blog ni ehehe.. Tak tau nak cerita perkembangan terkini. Sebabnye aku rasa takde perkembangan ape pun lagi aku nih. Perut pun tak berkembang lagi. Almaklumle, baru 9 minggu pregnant.

Umo 9 minggu ni baby baru sebesar 2.3cm kalau tak silap aku. Sila amik pembaris dan ukur sebesar mana la 2.3cm tu ye.. Kecik benor lagi :) Macam ni la rupanya baby pada usia 9 minggu ni


Read: Fetal development - 9 weeks

Hari ni hari kesepuluh puasa. Alhamdulillah, aku masih mampu bertahan :) Thank you baby for hanging on with mummy! Setakat puasa ni baru 2 kali aku muntah. Tu pun selepas berbuka la. Sekarang bila berbuka mesti beringat, minum air dulu. Makan kurma sket. Naik solat. Tunggu kejap, baru makan nasik. Kalau buka terus makan memang senang muntah. Sebab perut penuh sangat.

So far jugak, 9 minggu pregnant ni, aku takde morning sickness. Pening-pening, malas-malas dengan ngantuk tu normal la ehe.. Makan pun tak berapa nak lalu..Mujo jugakle takde morning sickness. Kalau tak, payah gak aku nak handle sorang-sorang. Muntah sorang-sorang adalah sangat menyedihkan okkayy... Bak kata kakak ipar aku, baby tahu kot mak ayah dia dok jauh. Sebab tu dia baik-baik aje hehehe.. Mungkin mungkin.. Good baby!

Cumanya, masuk minggu kesembilan ni, aku ada rashes kat tangan. Start hari Ahad haritu. Aku notice tangan aku merah-merah.  Isnin aku pegi klinik. Doktor pun tak tau kenapa. Dia nak amik darah nak buat test, sekali, urat aku ni susah nak nampak pulak. Dia asyik dok cakap aku dah put on weight sebab tu tak nampak urat. Sentap I tau! Then dia ada jumpa urat tapi too small pulak.. Jarum takleh masuk. Haih.. tak pasal-pasal dapat lebam kat tangan. Then last last dia give up. Dia bagi aku refer letter suruh pegi hospital. Malasnye la aih aku nak pergi. And by that time, rashes pun dah takde sangat dah.

Manalah tahu semalam ada balik. Aku pegi klinik lagi. Yang dekat dengan rumah aku. Doc cakap maybe rashes during pregnancy atau alergic. Setahu aku, aku tak pernah ada food allergy. Makan jela ape-ape pun. Ok je. Before naik rashes ni aku ada makan tom yam. Dalam tomyam ada la udang dengan sotong. Udang aku tak makan pun. Sotong aku ada amik sket. Then makan ikan siakap. Takkan makan tu bleh allergic lak. Selalunya ok je.. Entahla, orang kata time pregnant ni la yang pelik-pelik tu datang. Doktor bagi ubat sapu je. Dia takleh bagi ubat gatal sebab time pregnant tak boleh. Bahaya untuk baby..

Hmm bangun pagi ni, jari-jari aku dah bengkak.. Nak pakai cincin dah tak muat. Bogel la jari harini. Gatal tu tak payah cakapla.. Gatal, miang, sume ada.

Google pasal skin rash during pregnancy. Mostly skin rash ni occur during second or third trimester of pregnancy. Aku ni baru first trimester. Merah-merah kat lengan dengan tangan je. Yang bengkak ialah jari-jari. So ape sebenarnye ini?huhu.. Risau jugak kalau-kalau boleh affect baby. Tapi semalam doktor tak cakap ape pun. Mommies, any experience? Share with me pleaseeeee...

Risau pulak tetiba...

2 comments:

  1. da 12 minggu ++ ni takde plak rashes kat tgn..kalo kat sekitar payudara tu ade ler...tp tu normal sbb hormon...mmmmm....

    pasal muntah lps berbuka...da masuk hari ke 10 ni, mmg mai akan muntah everytime after berbuka...walaupon tak mkn ns...no nurse advised me to take sweet food n drink n AVOID mknn pedas.....good luck dear!!!

    ReplyDelete
  2. mai
    wani alergik je nih. sebab darah memang ok. and rasa2nya alergik ayam sebab tetiba aritu makan ayam bleh gatal2 plak badan ni.

    erm wani dikira bertuah jugakla sebab takde muntah muntah setakat ni. mai jaga diri baik2 ye.. makan makanan yg sesuai. jangan berlapar plak :)

    good luck to u too!

    ReplyDelete