Showing posts with label sembelit. Show all posts
Showing posts with label sembelit. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Susu Anmum ni Penyebab Sembelit dan Kegemukan Ke?

Assalamualaikum,

Aku minum susu ini


Start minum ermmm masa awal-awal pregnant. Minggu kelima keenam camtula. Pilih Anmum sebabb.. kat kedai runcit mamak kat P9 tu, susu ni je ada haha.. Tak sure pulak kalau ada susu lain, aku perasan yang ni je. So, rembat ajelah.

Aku beli perisa original. Aku tak suka susu tepung yang ada perisa-perisa lain macam vanila atau chocolate. Blurgh.. I don't like. Susu tepung sepatutnya rasa tawar. Tak boleh ada rasa-rasa lain. Kalau minum yang chocolate tu, rasa macam buat milo dengan susu tepung tambah gula. Ok tak sedap!

Rasa susu Anmum ni sedap jugakla. Boleh tahan. Aku pon memang takde masalah nak minum susu. Ada sesetengah orang tak tahan bau etc etc kan. Tapi alhamdulillah aku ok. So I stick with this susu je sampaila sekarang ni.

Cumaaaa.. aku tak taula kan, lepas aku minum susu ni, aku mengalami masalah berak tak lawas atau lebih dikenali sebagai sembelit. Sembelit kronik weh. Kalo sape-sape follow cite aku memang tahula betapa azabnya aku dengan sembelit nih. Tapi aku tahula whether susu ni ada sangkut paut tak dengan sembelit aku tu.

Yang aku perasan, hujung bulan puasa, raya and 2 weeks ago, aku tak minum susu ni sebab keputusan stock - malas nak beli sebenarnya. During these mentioned times, sembelit aku hilang!! Berak aku lawasssssss... Magis! Tak makan buah pun lawas. Lagi magis!

Pastu kan... minggu lepas, aku dah start minum balik susu ni sebab rasa bersalah dengan baby. Macam dia tak cukup khasiat je dalm perut. Aku ni dahla suka makan tak tentu hala.. Aku pon minumla kan. And then nowwww.... stool aku macam dah jadi keras balik weh. Berak pun macam tak puas gitu. Ishhh... disebabkan susu ini kah????

Tu kisah soalan pertama aku - Susu Anmum ni boleh menyebabkan sembelit ke?

Lepas tu kannnn.... berat aku 2,3 bulan macam mengarut-ngarut je. Starting weight masa first tau pregnant dulu, 67kg. Pastu bulan puasa, 63kg. Masa ni memang ada minum susu. Then lepas puasa berat aku naik 66kg!! Aku rasa aku takdela makan banyak sangat (yeke???). Tadi kat opis aku timbang lagi dan berat aku ialah 69kg! Oii oii mana datang lelemak degil nih??? It's definitely not baby's weight cos baby kan still small. Memang ni berat aku je. Terus aku buat spekulasi... susu Anmum ni yang buat berat aku naik. Yeke????

Tu dia kisah soalan kedua aku - Susu Anmum ni bleh menyebabkan kegemukan ke?

Wednesday, September 7, 2011

Raya, 13 Weeks Update & Kempunan Ketam

Assalamualaikum,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kengkawanss :D

Macamana raya as mak buyong? Apa yang berbeza? Raya as new mommies pulak macamana? Mesti tak menang tangan dok melayan telatah si kecik kan kan..

Raya aku sama aje. Perut kan tak membuyong lagi, makanya, sama aje lah hehe.. Cuma masa raya tu, I was in my 12 weeks and tetiba pulak la kan, jadik loya-loya, pahit mulut, pening-pening, nak muntah etc etc.. Nak muntah je, muntahnye tidak.. Tension betul!  So tak berapa nak enjoy raya. Ada masanya aku lagi suka tido daripada kuar jalan-jalan beraya. Alah, kalau kuar beraya pon, bukan aku dapat duit raya kan? Kena hulur duit raya ada laaa..

Aaa sembelit aku dah okkay! Kihkih.. Kes sembelit kena update kan. Aku makan lactalose yang doktor bagi macam tak berkesan jek! Hampehs.. Yang membolehkan sembelit ni boleh hilang sebabnya ialah aku makan pisang banyak banyak dan banyak. Kat rumah mak aku, stok pisangnye sangat lebat! Jadi, dapatla aku makan dan melawaskan apa yang tak lawas tu hehehe.. Alhamdulillah, kalau tak, memang seksa! :'(

Now dah back to work, and I'm officially in my 13 weeks, dah masuk 3 bulan dann.. minggu depan, gonna say bye bye to trimester one heeeee.. Perut err entahla, tak rasa pun lagi baby bump. Perut aku kan dah sedia ada buncit, tak taula tu buncit baby ke buncit angin ehe.. Baby gerak-gerak lagila belum rasa. Selalunye week 20 and above baru dapat rasa kan? Takpelah, hopefully baby sihat walafiat dalam perut mama ye.. 21 September kita pegi check :)

Eh.. aku dah lama tak minum susu laaa.. Rasa bersalah pulak dengan baby. Bekalan susu terputus masa hujung bulan puasa haritu. Belum ada kesempatan nak beli. Sorry ye darling, nanti mama beli and minum hari-hari!

KEMPUNAN KETAM. Sedih :'(

Raya haritu mention kat mak.. Tapi mak diamkan aje uhukuhuk.. Entahle, susah kot nak dapat kat pasar. Aku pon tak pegi pasar. Sebab time raya pasar kan macam sesak je. Pastu bagitau husband. Dia bagi harapang. Katanya, "nanti kita pegi cari kat Kuala Besut.." Tapi sampai sudah tak pegi. Dia diamkan aje. Lupe kot. Aku pon malas nak cakap banyak-banyak kali. Mother in law ada tanya, "Wani teringin nak makan ape?" Nak aje jawab laju-laju dan kuat-kuat, "KETAM!!" Tapi..... seganla... ketam kan salah satu makanan yang mahal juga harganya.. Seganla nak bagitau mak mertua. Kang dia kata menantu dia nih selera raja pulak kan. Nak mahal-mahal aje.... Sudahnye, aku kempunan nak makan ketam sampai ke harini. Huwaaaaaaaaaaaaaa~ :'(

Minggu depan, seminggu kat Sabah. Kat Sabah ketam murah kann??? Teringat masa pegi Kuala Penyu dulu. Makan kenduri lauk ketam weh!! Gile ahh.. Semenanjung mana ada macam tu.. Sah ketam kat Sabah murah. Tak kiraaa.. seminggu kat Sabah, seminggu la aku nak makan ketam!!!!!!!!


Thursday, August 25, 2011

24 Ogos: 1st Checkup at KKIA Putrajaya

Assalamualaikum,

Rabu, 24 Ogos 2011, as planned earlier, aku pergi KKIA Putrajaya kat Precint 9 tu untuk 1st checkup aku di klinik kerajaan. Orang kata pergi bukak buku.. Oh buku kaler pink ye, bukan merah ehehehe...

Aku keluar dari office pukul 2.40pm gitu. Terpaksa pegi petang sebab satunye aku takleh tinggal keje pagi-pagi dan duanya, aku takde kereta. Kena pinjam kereta kakak aku. Lepas dia dah hantar anak-anak dia pegi daycare lepas sekolah baru aku boleh pakai kereta.

Sampai di klinik dekat-dekat pukul 3pm. Luckily Cyberjaya & Putrajaya tak jauh kan. Malangnye tadi parking berdekatan penuh. Terpaksala aku park kereta jauh sikit. Then hari hujan pulak. Nasib baikla dalam kereta akak aku ni ada payung. Kalo kereta sendiri memang sah takdela hehehe..

Masuk dalam klinik, aku blur haha.. First time kan, memang la tak tahu mana nak tuju. Aku pegi kaunter pertanyaan. Tanya apa yang aku kena buat kalo nak bukak buku pink tuh. Nurse kat kaunter tu suruh pergi Kaunter 7 then amik nombor. Aku pun pergi la kan. Kat machine nombor tu ada dua button.

Button A - Dengan temujanji
Button B - Tanpa temujanji

Hah aku bengong sekejap. Tak tau nak pilih mana satu. Aku rasa nak kena tekan button B. Tapi otak aku suruh tanya nurse tuh. "Err saya baru first time nak bukak buku. Nak tekan butang mana eh?" Nurse tu dengan wajah yang agak masyam-masyam sket menjawab, " B! B!" Dengan intonasi macam, "apa ke bodoh sangat ko nih, dah ko datang tanpa buat temujanji, tekanla B!!" Huahua adakah aku exaggerate di situ? Tapi memang tu la aku rasa bila dia jawab macam tu kat aku. Padan muka aku, nape nak tanya jugak kalo dah tahu?? huhu... Maka aku tekanla B......

Dapat nombor kat bawah ni


Aku amik nombor tu mungkin dalam pukul 2.50pm. Tapi lamanya la aih nombor aku ni nak dipanggil. Sampai aku pon suspicious. Betul ke aku tunggu kat kaunter 7 nih. Ke kena tunggu kat kaunter lain huhuh.. Then dalam pukul 3.30pm kot baru nombor aku dipanggil. Finally. Pergi kat kaunter, bagitau nurse tu nak bukak buku. Then dia kata "harini buat urine dengan HB je eh.. Nak buat blood test dah tak sempat dah ni." Pulak.. tapi bagusle. Aku pon takmo dorang amik darah aku time nak balik ni. Aku kan payah sket nak amik darah. Takut lambat lambat, dorang fed up, campo dah nak balik kan..... So aku buat urine test dengan HB jelah..

Urine ok.. Dia cakap biru. Aku dah blur. Aku tanya nurse, "apa maksud biru tu?" Dia cakap maknanya takde masalah hehe.. Ok ok baru paham. Tapi aku tak tau ape yang takde masalah tu. Ape eh?

Pastu jari hantu kena cucuk. Nampak ke? hehe


HB ialah 12.0. Menurut [http://www.rnceus.com/cbc/cbchg.html], HB aku ni normal. Alhamdulillah, takde masalah anemia...
  • Normal hemoglobin values are:
  • Adult: (males): 13.5 - 17 g/dl
  • (Females): 12 - 15 g/dl
  • Pregnancy: 11 - 12 g/dl
  • Newborn: 14-24 g/dl 77% of this value is fetal hemoglobin, which drops to approximately 23% of the total at 4 months of age
  • Children: 11-16 g/dl

Lepas check urine and HB, aku kena tunggu turn untuk checkup pulak. So kena menunggu lagi. Masa tu dah pukul 4pm dah.. Lama jugakla menunggu huhu.. Sampai orang dah tinggal sikit dah baru nombor aku naik.

Masuk je nurse tu bebel aku huwaaa.. Takdela bebel kejam-kejam ehehe.. Bebel macam mak mak. Dia cakap, "awak patutnya datang pagi kalo nak bukak buku. Sebab macam-macam nak kena buat. Ni blood test pun awak tak buat macamana nak jumpa doktor. Esok pagi kena datang lagi sekali ni. Saya pun takleh nak buat ape harini. Tengok, muka depan buku nih pon awak tak sempat nak isi penuh. Isi sekarang.." Huwaa kena bebel. Manala saya tau nak bukak buku takleh datang petang. Haritu dialog saya dengan misi kot tipon tu dia kata bulehhhhh...

Lepas isi semua details, nurse pun interview la aku serba sedikit pasal history family etc etc.. Dia tanya, "bila first time period?" Haha malunye nak cakap. "Saya umur 10 tahun dah period dahh.." Nurse pun terkejut. "Awalnyee," dia kata. Well apa bleh buat, terlebih subur hahaha.. Tu aku cakap dalam hati jela ehe..

Then dia check blood pressure. Keputusannya 109/69. According to [http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/highbloodpressure.html]

  • 120/80 or lower is normal blood pressure
  • 140/90 or higher is high blood pressure
  • Between 120 and 139 for the top number, or between 80 and 89 for the bottom number is prehypertension

So blood pressure aku normal lah. Alhamdulillah..

Lepas tu berat pulak. Haa yang ni aku tak boleh percaya! Last aku timbang kat Klinik Dr Yeak, berat aku ialah 67.5kg. Berat tuuu.. Kali ni timbang, berat aku ialah, 63.8kg!! I repeat, 63.8kg!!!! Turun 3.7kg tuuuu... Macamana bleh turun plak nih? Bukan patutnye bila pregnant berat naik ke? Kawan-kawan aku pon actually ramai yang tego aku dah kurus. Pipi dah tak chubby hikhik.. Aku suspect berat badan aku turun sebab aku kan puasa penuh. Pastu makan pun tak berapa nak lalu. Sebab tu lah kot ehh?

And then dia suruh aku baring dann.. "longgarkan baju dalam sekali ye.." Aku kerut dahi. Betul ke apa yang aku dengar ni? Telinga dah lama tak korek, risau jugak kalo salah dengar haha.. Then aku tanya nak confirm, "longgarkan baju dalam?" "Iye.. " jawab nurse selamba. Huahuahua.. apa yang dia nak buat ni. Aku pun baringla. Kat katil tu ada poster pasal breast cancer. Macamana nak check payudara kot kot ada benjolan. So agaknye dia suruh aku longgarkan bra tu sebab nak check breast aku la ek. Gulppp.. adakah dia akan meraba-raba aku??? Ye memang betol... Dia raba huahua.. Malu hokkayy +__+ Dan resultnye, payudara aku adalah soft! haha.. (Err takde laki kan baca blog nih? Kalo ada, jangan pikir lebih-lebih! huhu)

Lepas raba breast, dia check perut pulak.. Dia tekan tekan sikit. Agaknye nak check rahim ok ke tak kot..

Dah siap check, sambung aktiviti interview. Dia tanya la aku ada masalah ape. Ada muntah-muntah tak. Aku jawab, "magiknye takde!" hehe.. Aku bagitau aku ada masalah:

- Sembelit yang entah bila nak selesai
- Allergic yang tak dapat dikenal pasti allergic kepada apa
- Discharge from vagina - aa masuk minggu 11, banyak pulak keputihan *__*

Nurse kata esok, 25 Ogos, doktor akan check. So dia suruh aku datang klinik lagi sekali. Pagi-pagi. Buat blood test - kena amik darah 10ml, then jumpa doktor lah. Hopefully, tak lama la cos aku takleh tinggal keje lama-lama huhuhuhuh.. Nurse tu prescribed me more folic acid. Adeh jenuhla nak menghabiskannya. Yang Dr Yeak bagi haritu pon tak abes lagi..


Itu ajela sesi bertemu dengan nurse. Keluar dari bilik checkup, dah takde orang dah! Huhu.. masa tu dah nak pukul 5 and klinik pun dah nak tutup. Aku ingat lepas tu nak pegi private clinic untuk scan baby. Saje nak tengok kan hehe.. But then nurse tu ada cakap esok doktor akan scan. So tak payahla pergi klinik swasta. Tengok ajela esok doktor scan... 

Sekian cerita 1st checkup aku. Esok aku cerita apa jadi lepas jumpa doktor ok? Doakan semuanya baik!

Aaa ni aku nak share gambar perut aku yang boncet! Boncet bukan sebab baby, tapi sebab angin penuh dalam perut! Arggghh aku masih sembelit. Tadi nak bobo, tapi buleh rasa stool sangat keras. Aku relax relax jap. Takmo force. Bila dah rasa sakit baru push (cece macam dah nak beranak dah). Then takleh jugak sebab keras dan besar sangatlaaaa. Pastu saje ar nak tengok ada darah ke tak. Oh yeah ada.. Terus aku cancel niat nak bobo tuh! Tak sanggupla huhuh.. Macamana nihh.. Bila masalah ni nak selesai?? Aku dah makan buah, dah minum jus, tak jalan jugak. Hopefully doktor ada solutionnya esok. Dah seminggu aku tak bobo ni weyh! Seksaaaa..

Perut boncet penuh angin ribut taufan

That's all folks. See ya in next update! :) Eh.. here's MY FIRST BUKU PINK :D

My EDD is 10 March 2012
:)

Wednesday, August 17, 2011

Penyakit Baru Aku

Assalamualaikum,

Ye.. aku ni asyik sakit je kan. Orang pon malas dah nak layan kalo aku ngadu sakit. Yela, tak payah layanla.. Biarla saya sakit sorang-sorang huhuhu..

Sakit terbaru ialah.. penyakit susah nak bobo also known as sembelit.. Lagi parah, dahla sembelit, bobo berdarah pulak. Ishhhh..........

Bobo = Berak

Bila dah start ngandung ni, aku memang ada masalah constipation. Haritu after minum susu Anmum Materna tu lancar je proses penyahtinjaan. Alih-alih sekarang dah tak berapa nak lancar dah ataupun memang tak lancar lah huhuhu..

Seksanya Tuhan je yang tahu. Seksa tau tak bobo berhari-hari!

Haritu, aku ada rasa perut memulas. Masuk tandas. Ingatkan lancar jele prosesnye sebab perut dah memulas kan. Mana tauuuuuuu... saketttt... berpeluh-peluh aku haaa... Keluarla jugak seketul dua, tapi sakitlah. Hmm..

Then pada suatu hari, di opis. Eh tandas opis. Aku rasa macam nak membuang. Tapi takde ape pon yang kuar. Dah siap-siap basuh, aku lap dengan tisu. Sekali mak aihh, darah penuhhhh.. Aku dah panik. Cuak. Darah dari mana nih.. Qubul atau dubur?? huhuu.. Aku lap lagi sekali. Sah dari dubur huhu.. Sure dah ada luka nih. Adeh sakit.... Dah terkena buasir kah aku? Huwaaa scaryyy...

Sekarang, hari ini, aku dah fobia nak bobo +____+

Sembelit ni sebenarnya memang satu keadaan semua ibu hamil akan alami. Aku google, termasuk dalam forum ratuhati.com. Ramai rupanya yang mengalami nasib yang sama. Macam-macam tips lah dorang kongsikan. Antaranya, banyakkan makan buah tembikai sebab tembikai banyak air. Banyakkan minum air masak. Pastu minum yoghurt drink. Makan prunes dan banyak lagilah.

Aku rasa sembelit aku ni agak teruk sebab sekarang kan bulan puasa. Siang-siang hari memang dah tak minum air dah. Malam-malam aku tak minum air sangat sebab takut nanti asyik bangun pergi toilet je. Terganggu tidur I huhu.. Nampak gayanya nak kena beli prunes lah ni. Makan sekotak sehari. Boleh gitu? hehehe...

Oh cepat-cepatla hilang penyakit sembelit ni. Tak sanggup dah aku nak menahan bobooooo...