Assalamualaikum,
Perghh lama tak update blog, tiba-tiba cerita pasal period pulak. Hohoho.. Takpela, janji berupdate hehe
Haa sebagaimana tajuk tu, begitulah kisahnya. Aku tak period lagi nih. Shafina next week cukup 5 bulan. Rasa macam pelik pulak sebab Shaheem dulu habis je nifas terus period datang. Tapi ni mungkin sebab aku breast feeding Shafina. Shaheem dulu sebulan susu dah kering.
Bila google rupanya memang normal je ibu yg menyusukan bayi tak datang haid. Sebab masa menyusu hormon prolaktin tinggi. Hormon inilah yang menyekat pengeluaran hormon estrogen. Bila takde hormon estrogen period pun takde lah! Gituu rupanya..
Nak tau lebih lanjut, baca kat link ni k :)
http://genkimomma.my/ibu-menyusu-tak-datang-haid-normal-kah/
So, tak perlu risau lahhh hehe.. Baru 5 bulan. Ada orang sampai setahun lebih kot period tak datang selepas bersalin.
Showing posts with label period after birth. Show all posts
Showing posts with label period after birth. Show all posts
Friday, April 10, 2015
Wednesday, May 2, 2012
30 April 2012 - Period Sudah Mari!~
Assalamualaikum,
Eheh, tajuk tak leh blah.. Kena catit ni period pertama selepas bersalin.....
Hari ke 54 selepas bersalin, period sudah mari! Huwaaa... terkejut jugak aku. Cepat kan??? Macam tak percaya pun ye jugak.
Actually dari 2 minggu lepas darah nifas aku dah tak banyak dah.. Keluar yang kuning-kuning tu je. Kalau yang kuning ni kira dah penghujung dahla kan.. Aku pon pakaila panty liner je hari-hari, siang dan malam.. Then masuk minggu ni, kuning tu pun dah makin kurang.. Sometimes takde pun. Aku pun dah plan by end of this week kalau dah takde, aku nak mandi wajib, nak solat. Rindu sangat nak solat!
Tup tup 30 April tu, aku rasa tak sedap duduk. Macam something yang banyak gushing out from my *.. Aku suspect kuning-kuning tu keluar. So aku buat dek jela.. Lama-lama makin tak selesa. Pegi check dalam toilet, termenganga kejap mulut hehehehe... Darah banyak! Aku pun dah confuse confuse.. Was-was, darah period ke ni.. ke masih nifas? Ke darah lain? Macam pelikla kan sebab sebelum ni macam dah nak abes dah tiba-tiba berdarah banyak pulak..
Aku tanya mak. Mak kata period la kot. Mak suruh aku tengok berapa hari darah tu keluar. Kalau dalam tempoh seminggu camtu, period la tu...
Hari ni hari ketiga.. Darah masih keluar banyak. Ermmm aku yakin tu darah period. Sebabnya malam sebelum tu aku ada rasa sakit perut. Perut aku bloated sangat-sangat. Aku kalau nak period memang selalu macam tu la. Perut penuh angin. Lagi satu, jerawat penuh di muka! Tu tanda yang paling obvious la.. Jadi aku pasti, period sudah mari!
Cepatnyee uhukuhuk.. Aku suspect sebab aku tak breastfeed Shaheem. Sebab tu cepat. Biasanya mommies yang bf baby period selalu lambat datang. Ada yang sampai setahun tak period kan. Bagitau akak ipar aku pn dia terkejut. Dia kata dia dulu anak sulung setahun baru period. Anak kedua pulak 9 bulan. Aku kira hebatla, 54 hari dah period huahuahua....
Mak aku pulak cakap sebab aku ni terlalu subur! Mungkin jugakla.. Pregnant dulu pon bunting pelamin kan ehehe.. So mak aku dah warning dah. Suruh jaga betul-betul sebab takut akan mengandung lagi dalam masa terdekat.. Kalau boleh tak nak la kan.. Biarla Shaheem besar dulu.. Mak aku dah experience dah.. Masa kakak sulung aku umur 7 bulan, dia pregnant kan akak nombor dua aku.... Dia cakap memang susah. Plus penat.. Lebih-lebih lagi dia keje.. Mak aku memang tak nakla aku alami benda sama... Hari-hari dok suruh aku pegi beli pil perancang ehehehe.....
Aku pun kalau bleh tak nak jugak mengandung dalam masa terdekat.. Kesian kat Shaheem dan kesian jugak kat diri sendiri. Masih trauma dengan sakit kena jahit wuhuhuhu...
Dah pening nak pikir macamana nak control nih...... Kalau boleh takmo amik pil ke ape.. Ermm..ape yang penting kerjasama kan? hehehe
Mommies lain dah period macam saya? Macamana mommies control? Naturally atau amik pil etc jugak? Jom jom share :D
Labels:
birth control,
period after birth
Subscribe to:
Posts (Atom)
