Korang tahu apa itu buah manjakani?? Aku selalu jugakla baca kat support group dalam Facebook yang bercakap tentang kehebatan buah manjakani ni.. Orang kata bagus untuk ibu-ibu yang lepas bersalin..
Aku tak pernah tengok macamana rupa buah manjakani sehinggalah mak aku datang ke Sabah ni.. Satu plastik beg buah manjakani dia bawak hohoho.. Nenek aku yang suruh belikan..
Yang bulat-bulat tu lah buah manjakani..
Yang akar kayu tu aku tak tau nama apa.. Mak kata buat mandi..
Buah manjakani ni orang kata baaaanyak khasiatnya untuk orang perempuan.. Bleh buat cuci bahagian sulit dan bleh buat makan.. Bab makan tu macam tak sanggup sikit sebab orang kata buah ni pahit yang amat!! Lebih-lebih lagi yang pure dari buah ni la.. Kalo yang dah dijadikan dalam bentuk pil tu maybe dah kurang pahit.. So aku pun tengah dok terbayang ni, bleh ke aku telan buah ni nanti? Hohoho.. ngeri!
Ni sedikit info aku amik dari blog mysetbersalin.com tentang manjakani....
Kepada wanita yang telah berkahwin dan baru bersalin, orang orang tua selalu sediakan biji manjakani waktu dalam pantang. Kalau untuk di makan, buah ni akan di rebus dan akan di buang kulitnya. Isinya akan di gentel kecik-kecik dan di makan bersama nasi.
Kalau makan cam tu je, rasanya ramai yang akan bulat biji mata sebab pahit!. Caranya masukkan dalam nasi sedikit dan telan kalau nak selamat :0
Ada juga yang makan dengan cara di masukkan dalam buah pisang dan telan.Pun okay jugak sebab tak terkena tekak waktu menelan.
Buah manjakani juga elok di buat basuhan pencuci intim wanita. Kalau nak yang real, selepas di rebus cuci bahagian intim dengan air rebusan ( bila air tu dah suam la ye ).Elok untuk elakkan jangkitan kuman . Dalam masa yang sama merapatkan vagina wanita.
Begitu juga kalau buah ini di asah .. gesekkan dekat pasu dan ambil sedikit untuk di sapu di bahagian intim. Kata orang tua ia merapatkan semula vagina dan merupakan cara paling senang tanpa perlu beli krim atau losyen.