Showing posts with label menu untuk ibu GDM. Show all posts
Showing posts with label menu untuk ibu GDM. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

RESULT BSP ROUND 2

Assalamualaikum,

Alhamdulillah 18hb lepas dah selesai buat BSP untuk kali kedua. Alhamdulillah resultnye tersangatlah cun walaupun yang petang tu tinggi sikit kuikuikui... Rasanya sebab lepas makan tengahari pukul 12, aku tido. Bila tido, tak keluarkan peluh, gula tak digunakan untuk bertukar menjadi tenaga, maka ada la sikit-sikit dalam darah. Teori bikin sendiri haha...

Result BSP setakat ini


19hb jumpa doktor. Doktor pun tak cakap banyakla sebab result ok. Yang dia cakap, "ok, 2 minggu lagi datang balik untuk buat BSP lagi.." Arghhhh.. Kan kata, kalau dah start buat BSP ni sampai beranakla kena buat. Tak kira la result ok tak ok. Bertabahlah ye. Sobsob. Letih sebenarnya nak ulang alik pegi klinik ni. Time Shaheem dulu 7 bulan baru kena. Adik ni terlebih advance pulak. 5 bulan dah kena. Aigooo memang letih. Ayah aku cakap mujurla aku tak keje. Kalau keje mesti dah kena sound dah haha...

Last entry ada yang tanya aku makan ape untuk dapatkan result yang cun.. Heeeee senyum je aku baca soalan tu. Sebabnya, to be honest, aku tak pantang sangat pun huhuhuhu... Hari-hari biasa aku makan je macam biasa. Cumanya mungkin dalam kuantiti yang sedikit. Nasi sebelum ni aku makan confirm tambah berpinggan-pinggan. Tapi lepas dah sangkut air gula, aku makan sepinggan jela. Redhoooo.. Banyakkan lauk je. Yang manis-manis macam kek, aiskrim, buah aku makan je. Tapi berpada-pada. Air manis minum jugak tapi jangan manis sangatla. Air gas, 3 in 1 sume tu dah lama aku tinggal. Sebab minuman ni kandungan gula sangat tinggi! Susu ngandung pun aku tak minum. Aku minum susu Dutch Lady Low Fat tu je. 

Sehari sebelum BSP aku pantang betul-betul. Minum air masak je banyak-banyak. Elak makanan yang mengandungi karbo tinggi. Roti putih tu pun dah lama aku tak makan. Start pukul 10 malam puasa. Kalau ikut mak aku pukul 8 malam dah kena start puasa.

Hari buat BSP, after amik darah pukul 8 tu, aku breakfast ringan-ringan. Makan nasi juga tapi sikitttt sangat-sangat. Pastu minum air masak atau susu low fat. Then stop. Puasala sampai next amik darah pukul 12 tengahari pula. In between minumlah air masak. After amik darah kedua pukul 12, aku makan nasi lagi. Tapi sikit jugakla. Lebihkan lauk. Kalau ada sayur lagi bagus. Makanlah banyak-banyak. Dan ikut teori aku, janganla tidur lepas makan ni. Kalau tidur ada can gula tinggi. Puasala pulak sampai pukul 5 petang. After 5 aku minum air teh ke ape tapi jangan manis ye. Kalau minum air masak lebih afdhal. Makanla biskut kering ke. Sekeping dua, jangan banyak-banyak. Kalau nak makan nasi pun boleh. Just make sure jangan banyakla ye. Aku haritu makan gak nasik sebab lamanyee nak tunggu pukul 9 malam pulak. After 9, kalau result ok, makanla sepuasnya haha... Macam haritu aku makan char kay tiaw sebungkus dengan satay tah berapa cucuk haha..

Err.. korang jangan ikut sangatla cara makan aku ni. Main bantai je. Cuma yang penting dan perlu ingat, makan sikit tapi kerap. Dan kurangkan atau kalau boleh stopla makanan manis-manis dan berkarbohidrat tinggi tu..

Follow cara makan yang ni ye!


Masa pregnant Shaheem dulu aku penah share menu-menu cadangan untuk ibu hamil yang ada kencing manis. Aku dapat menu tu daripada Pegawai Pemakanan. Sila klik link ni ya http://amalini-pregnancyjournal.blogspot.com/2012/02/cadangan-menu-untuk-ibu-yang-ada.html

Kalau dah detect kita ni ada kencing manis masa hamil memang kena berjaga-jaga sangat.Kalau rasa tak mampu kawal pemakanan better cucuk insulin terus. Risau baby besar je sebenarnya. Shaheem dulu 3.6kg. Adik baby memang ada chance besar jugak ni. Tapi berat aku buat masa sekarang maintain 77kg. Starting haritu 75kg. So macam baby tak besar sangat je. Tak taula kot masuk 7,8 bulan nanti adik baby akan membesar bagai johan. Bila baby besar macam-macamla masalah yang boleh timbul. Nauzubillahiminzalik. Semoga selamat semuanya.. 



Next BSP is on 2nd Sept 2014. Caiyok caiyokk! Semoga result fantastic kebaboom macam sebelum ni juga :)

Wednesday, February 15, 2012

Cadangan Menu Untuk Ibu Yang Ada Kencing Manis

Assalamualaikum,

Hari ni aku kena buat BSP kali kedua. Dah amik 2 bacaan, tinggal 2 lagi. Pukul 5.30 petang & 9.30 malam nanti. Kali ni aku tak nak pikir sangat. Apa-apa pun resultnya, aku terima dengan hati yang terbuka. Cewaahh cakap senangla kan. Masa nak tunggu glucometer tu tunjuk result, berdebar jugak jantung aku ehehehehe... Alhamdulillah, setakat ni result sangat ok.. Tunggu dah dapat semua result baru aku share ya?

Anyway, bersempena dengan aku buat BSP harini, aku nak share cadangan menu yang Pegawai Diet Makanan bagi masa aku jumpa dia 2 minggu yang lepas. Mommies yang ada GDM bolehla follow menu ni :)

Memula Pegawai Diet tu bagi list Indeks Glisemik (GI). Apa benda indeks glisemik ni? Aku copy paste dari wikipedia jela ape maksudnya. Tak reti nak translate and explain hihih

The glycemic index, glycaemic index, or GI is a measure of the effects of carbohydrates on blood sugar levels. Carbohydrates that break down quickly during digestion and release glucose rapidly into the bloodstream have a high GI; carbohydrates that break down more slowly, releasing glucose more gradually into the bloodstream, have a low GI.

Basically, makanan yang tergolong dalam GI rendah tu yang elok untuk dimakan. Yang GI tinggi boleh makan jugak, tapi tak boleh makan banyak sangat...

Contoh makanan yang tinggi GI (elak daripada makan banyak atau jangan makan langsung!)
- Roti putih
- Emping jagung
- Ubi kentang
- Ubi kayu
- Roti mil penuh
- Nasi putih
- Bertih jagung
- Labu
- Lobak merah
- Kurma
- Tembikai
- Pisang
- Glukosa
- Maltosa
- Teh tarik

Contoh makanan yang sederhana GI (boleh makan sikit-sikit)
- Beras basmathi
- Pita
- Tosei
- Jagung
- Ubi keledek
- Idli
- Capati
- Nenas
- Betik
- Kiwi
- Ais Krim
- Sukrosa
- Madu

Contoh makanan rendah GI (makanla banyak-banyak!)
- Beras perang
- Oatmeal
- Ubi keladi
- Spaghetti
- Macaroni
- Laddu
- Sushi
- Sayuran hijau
- Oren
- Pear
- Mangga
- Epal
- Prunes
- Kacang kuda
- Kacang panggang
- Kacang soya
- Kacang hitam
- Kacang hijau
- Lentil
- Kidney beans
- Yoghurt
- Susu
- Laktosa
- Fruktosa
- Jus oren

Cadangan menu harian untuk ibu yang ada GDM:

Sarapan

1 gelas susu rendah lemak + 1 cawan oats

atau

1 cawan mee/kuew teow/mihun sup + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

1 keping capati + 2 sudu makan kuah dhal + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji mangga

Minum pagi

1 keping roti mil penuh bakar + 1 sudu teh marjerin + 1 kotak mancis daging cincang berempah + 1 cawan teh

atau

1 ketul pau ayam + 1 cawan milo O

atau 

2 biji karipap kecil berinti daging + 1 cawan teh O

Makan tengahari

1 cawan nasi putih + 1 cawan bayam tumis air + 1 ekor ikan selar masak asam pedas + setengah biji jambu batu + air kosong

atau

1 cawan nasi ayam + 1 peha ayam panggang + 1 mangkuk sup + 3 keping tomato segar + 1 helai daun salad + 1 biji oren + air kosong

atau

1 setengah cawan spaghetti + 1 senduk sos ayam + 1 mangkuk salad + 1 biji oren + air kosong

Minum petang

3 keping biskut krim kraker + 3/4 cawan yogurt rendah lemak + 1 potong betik

atau

1 biji karipap + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

2 biji popia basah kecil + 1 gelas susu rendah lemak + 1 biji oren

Makan malam

1 cawan nasi putih + 2 ketul daging masak kicap + 1 senduk kangkung tumis air + 1 potong betik + air kosong

atau

1 cawan nasi goreng + 1 ketul peha ayam + 1 senduk kobis goreng + 1 potong tembikai susu + air kosong

atau 

1 mangkuk kuew teow tomyam + 2 ketul daging + 1 potong tembikai susu + air kosong

Minum malam

3 keping biskut marie + 1 gelas susu rendah lemak

atau

1 keping roti putih + 1 keping keju rendah lemak

atau

1 biji muffin coklat + 1 gelas susu rendah lemak


Formula makan untuk orang ada kencing manis ni ialah, kuantiti makanan sikit tapi kerap makan.. Heh betul ke ayat aku.. Makan sikit tapi kerap, haa tu baru betul ehehe.. Macam cadangan menu kat atas ni, untuk 6 kali makan.. Janganla 6 kali makan tapi tiap kali tu makan nasikkk jek. Bukan je gula yang naik, berat pun naik jugak...

Aku takdela follow menu ni 100%. Aku adjust jugak. Nasik aku still makan cuma dalam kuantiti sikit dan tak bertambah. Kalau dulu, 2 pinggan sekali makan. Tapi sekarang taklehla buat macam tu huhuh.. Kalo masak pun aku tak bubuh gula.. Kicap pun letak sikit-sikit je..

Makanan manis-manis macam kek, gula-gula, coklat sume dah lama aku tinggalkan. Teringin jugak nak makan tapi tahan jela huhu... Minuman manis-manis pun sama. Kat luar je selalu order jus oren & limau ais/suam. Kat rumah memang minum air kosong je. Susu ngandung dah lama tak minum sebab aku suspect susu tu banyak gula dan sebab tula aku senang dapat GDM ni.. Tu yang aku rasa la. Lain orang, lain tolerantnye kan. Maybe badan aku ni takleh.. So sekarang aku minum susu Dutch Lady yang low fat tu... Milo pun memang tak minum. Nasib baik bukan favourite aku. Dietitian tu cakap, minuman 3 in 1 tu pun banyak gula gak tu. So stopla minum ek.... 

Mommies yang ada GDM, sama-samala kita jaga makan. Jom makan makanan yang GI nya sederhana dan rendah :)