Wednesday, February 15, 2012

Cadangan Menu Untuk Ibu Yang Ada Kencing Manis

Assalamualaikum,

Hari ni aku kena buat BSP kali kedua. Dah amik 2 bacaan, tinggal 2 lagi. Pukul 5.30 petang & 9.30 malam nanti. Kali ni aku tak nak pikir sangat. Apa-apa pun resultnya, aku terima dengan hati yang terbuka. Cewaahh cakap senangla kan. Masa nak tunggu glucometer tu tunjuk result, berdebar jugak jantung aku ehehehehe... Alhamdulillah, setakat ni result sangat ok.. Tunggu dah dapat semua result baru aku share ya?

Anyway, bersempena dengan aku buat BSP harini, aku nak share cadangan menu yang Pegawai Diet Makanan bagi masa aku jumpa dia 2 minggu yang lepas. Mommies yang ada GDM bolehla follow menu ni :)

Memula Pegawai Diet tu bagi list Indeks Glisemik (GI). Apa benda indeks glisemik ni? Aku copy paste dari wikipedia jela ape maksudnya. Tak reti nak translate and explain hihih

The glycemic indexglycaemic index, or GI is a measure of the effects of carbohydrates on blood sugar levels. Carbohydrates that break down quickly during digestion and release glucose rapidly into the bloodstream have a high GI; carbohydrates that break down more slowly, releasing glucose more gradually into the bloodstream, have a low GI.

Basically, makanan yang tergolong dalam GI rendah tu yang elok untuk dimakan. Yang GI tinggi boleh makan jugak, tapi tak boleh makan banyak sangat...

Contoh makanan yang tinggi GI (elak daripada makan banyak atau jangan makan langsung!)
- Roti putih
- Emping jagung
- Ubi kentang
- Ubi kayu
- Roti mil penuh
- Nasi putih
- Bertih jagung
- Labu
- Lobak merah
- Kurma
- Tembikai
- Pisang
- Glukosa
- Maltosa
- Teh tarik

Contoh makanan yang sederhana GI (boleh makan sikit-sikit)
- Beras basmathi
- Pita
- Tosei
- Jagung
- Ubi keledek
- Idli
- Capati
- Nenas
- Betik
- Kiwi
- Ais Krim
- Sukrosa
- Madu

Contoh makanan rendah GI (makanla banyak-banyak!)
- Beras perang
- Oatmeal
- Ubi keladi
- Spaghetti
- Macaroni
- Laddu
- Sushi
- Sayuran hijau
- Oren
- Pear
- Mangga
- Epal
- Prunes
- Kacang kuda
- Kacang panggang
- Kacang soya
- Kacang hitam
- Kacang hijau
- Lentil
- Kidney beans
- Yoghurt
- Susu
- Laktosa
- Fruktosa
- Jus oren

Cadangan menu harian untuk ibu yang ada GDM:

Sarapan

1 gelas susu rendah lemak + 1 cawan oats

atau

1 cawan mee/kuew teow/mihun sup + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

1 keping capati + 2 sudu makan kuah dhal + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji mangga

Minum pagi

1 keping roti mil penuh bakar + 1 sudu teh marjerin + 1 kotak mancis daging cincang berempah + 1 cawan teh

atau

1 ketul pau ayam + 1 cawan milo O

atau 

2 biji karipap kecil berinti daging + 1 cawan teh O

Makan tengahari

1 cawan nasi putih + 1 cawan bayam tumis air + 1 ekor ikan selar masak asam pedas + setengah biji jambu batu + air kosong

atau

1 cawan nasi ayam + 1 peha ayam panggang + 1 mangkuk sup + 3 keping tomato segar + 1 helai daun salad + 1 biji oren + air kosong

atau

1 setengah cawan spaghetti + 1 senduk sos ayam + 1 mangkuk salad + 1 biji oren + air kosong

Minum petang

3 keping biskut krim kraker + 3/4 cawan yogurt rendah lemak + 1 potong betik

atau

1 biji karipap + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

2 biji popia basah kecil + 1 gelas susu rendah lemak + 1 biji oren

Makan malam

1 cawan nasi putih + 2 ketul daging masak kicap + 1 senduk kangkung tumis air + 1 potong betik + air kosong

atau

1 cawan nasi goreng + 1 ketul peha ayam + 1 senduk kobis goreng + 1 potong tembikai susu + air kosong

atau 

1 mangkuk kuew teow tomyam + 2 ketul daging + 1 potong tembikai susu + air kosong

Minum malam

3 keping biskut marie + 1 gelas susu rendah lemak

atau

1 keping roti putih + 1 keping keju rendah lemak

atau

1 biji muffin coklat + 1 gelas susu rendah lemak


Formula makan untuk orang ada kencing manis ni ialah, kuantiti makanan sikit tapi kerap makan.. Heh betul ke ayat aku.. Makan sikit tapi kerap, haa tu baru betul ehehe.. Macam cadangan menu kat atas ni, untuk 6 kali makan.. Janganla 6 kali makan tapi tiap kali tu makan nasikkk jek. Bukan je gula yang naik, berat pun naik jugak...

Aku takdela follow menu ni 100%. Aku adjust jugak. Nasik aku still makan cuma dalam kuantiti sikit dan tak bertambah. Kalau dulu, 2 pinggan sekali makan. Tapi sekarang taklehla buat macam tu huhuh.. Kalo masak pun aku tak bubuh gula.. Kicap pun letak sikit-sikit je..

Makanan manis-manis macam kek, gula-gula, coklat sume dah lama aku tinggalkan. Teringin jugak nak makan tapi tahan jela huhu... Minuman manis-manis pun sama. Kat luar je selalu order jus oren & limau ais/suam. Kat rumah memang minum air kosong je. Susu ngandung dah lama tak minum sebab aku suspect susu tu banyak gula dan sebab tula aku senang dapat GDM ni.. Tu yang aku rasa la. Lain orang, lain tolerantnye kan. Maybe badan aku ni takleh.. So sekarang aku minum susu Dutch Lady yang low fat tu... Milo pun memang tak minum. Nasib baik bukan favourite aku. Dietitian tu cakap, minuman 3 in 1 tu pun banyak gula gak tu. So stopla minum ek.... 

Mommies yang ada GDM, sama-samala kita jaga makan. Jom makan makanan yang GI nya sederhana dan rendah :)

51 comments:

  1. su hrp2 minggu dpn last buat bsp...sbb nk beranak dah....hihi

    ReplyDelete
  2. dear, kite pun ada gdm. dah kene suntik insulin dah. huhu. kite pun memang diet cam gitu. beras bole makan tapi guna basmathi, malam elakkan makan nasi, minum susu HL low fat lagi elok sbb ada asid folic dari susu lain. buah suggested apple hijau, belimbing dan kekadang buat carrot susu. [tapi kengkadang terlepas gak diet, cth bila sesekali datang umah mak masak sedap or pegi orang kawen] hee. just sharing :)

    ReplyDelete
  3. Puan Sue
    hehe harap2nye la kan. xlarat betul nak buat BSP ni..

    Puan Thalha
    huhu yeke.. teruk sangat ke sampai kena inject insulin? tq bg advice. insyaallah saya akan cuba ikut.. sama la saya pun, ada time jaga, ada time ngelat ehehehe

    ReplyDelete
  4. Info dalam artikel ni padat dan tepat berkenaan kencing manis. Thanks.

    ReplyDelete
  5. dapatkan info lanjut berkenaan penyakit kencing manis di http://drnurulyusof.blogspot.com
    tq.

    ReplyDelete
  6. Salam. Sya preggy GDM,sya ikut program mkn yg dicadang. Alhamdulillah bila cek BSP gula sya 4.9/4.5/5.2 dr cek MOGGTT 4.6/10.8 trima kasih atas info pmknn amal.

    ReplyDelete
  7. Pn Sya
    Alhamdulillah :) Semoga result BSP pasni terus cantik hehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    kencing manis tidak boleh sembuh, tapi boleh di kawal. begini caranya….
    “POTONG GULA JANGAN POTONG KAKI”tolong LIKE page ni.
    FB: https://www.facebook.com/jus.sulin.9?fref=ts
    Blog: http://jussulin.blogspot.com/
    Email: royalejussulin@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Info tentang diabetic diet yang bagus. Jemput baca blog saya tentang tips berpuasa pesakit diabetes.

    Ieja

    ReplyDelete
  10. sy ni xmkn pun kena gdm esp bila xmkn lgsg..sy pelik sgt knp jd mcm ni?!

    ReplyDelete
  11. molly
    aduhai, yeke.. hmm masa mengandung ni memang hormon jadi x betul sikit. xpela, yg penting jaga kesihatan k :)

    ReplyDelete
  12. salam,

    saya pon tengah carik2 menu diet utk diabetic masa preggie ni. Thanks for info. Takot gak, ni first time ni. Tp, mmg dah agak dah, lepas balik kg aritu, mmg tak control mkn langsung.

    Nurull 101
    http://seenicecare.blogspot.com
    seenicecare@gmail.com
    http://www.facebook.com/seenicecare

    ReplyDelete
  13. salam saya ahya....tq diatas menu yg diberi sgt mmbantu.....sy sgt berjaga2 time mengandung bg mengelakkan mcm2 penyakit tetjadi....tp ujian allah sy terima....gdm sy dr 4 jd 10 pas minum air gula....jumaat lepas...isnin nie sy kena bt bsp....risau hati ni tak tau nk ckp.....setiap lepas solat menangis....takut dan risau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... Same goes to me .. first time preggy ,risau jadinya... Thank god still Jaga mkn ..gula tu kekadang je.. memang takut nak bik... TQ for sharing... Very useful...

      Delete
  14. salam saya ahya....tq diatas menu yg diberi sgt mmbantu.....sy sgt berjaga2 time mengandung bg mengelakkan mcm2 penyakit tetjadi....tp ujian allah sy terima....gdm sy dr 4 jd 10 pas minum air gula....jumaat lepas...isnin nie sy kena bt bsp....risau hati ni tak tau nk ckp.....setiap lepas solat menangis....takut dan risau....

    ReplyDelete
  15. nurull 101
    Wsalam. Semoga entry ni bermanfaat utk awak :) Sy doakan semoga semuanya dipermudahkan utk awak

    Ahya Samsuddin
    Wsalam ahya, sama2, semoga entry ni dpt membantu awak dlm merancang menu setiap hari. jangan risau k. gdm ni perkara normal. berlaku masa pregnant je. insyaallah kalau awak jaga makan, jaga kesihatan semuanya baik2 saja. byk2 berdoa k. jgn terlalu risau/stress..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih share tips nie.. Kandungan no 3 nie boleh pulak sangkut GDM, sy mmg stress.. Yela, makan nak kena jaga.. Masuk kelas aritu pun still takut² n tak berapa nak faham.. Adanya tips yg puan share nie dpt la naik balik hati sy yg risau setiap kali nak buat BSP..

      Delete
  16. Info yang sangat menarik. Mohon share yer admin.

    ReplyDelete
  17. kedaivitaminfatimah
    silakan puan :)

    ReplyDelete
  18. Slm...tq share info n menu yg sgt baik.1st time gdm...

    ReplyDelete
  19. Salam... Tq share info... Sy mmg tgh cari diet gdm smoge Allah permudahkan saya mengawal nafsu mkn demi kebaikan bersama2...

    ReplyDelete
  20. Tq share info.. sy 1st mgandung kna gdm.. xtau mcm mna ble kena.. tlebih makan pisang kot.. sbb shari sblum minum air gula byk makan pisang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalh first time preg.. sblum minum air gula byk makan buah pisang dan betik

      Delete
  21. Ten kiu 4 info...mmg cari menu tuk kawal gdm ni...1st kna ni..sbb byk mkn tembikai n bnda manis agknya....

    ReplyDelete
  22. Ten kiu 4 info...mmg cari menu tuk kawal gdm ni...1st kna ni..sbb byk mkn tembikai n bnda manis agknya....

    ReplyDelete
  23. ruslia, ana, catherine, hasliza
    you're welcome! glad i could help :)

    ReplyDelete
  24. tq for the info...sgt2 membantu sy...tgh struggle on diet control....

    ReplyDelete
  25. Nak print info2 diatas..kena buat bsp sekali lg ahad ni sbb result x comey.Susu anmum baru beli sekotak alamatnya jd lulur pasni.

    ReplyDelete
  26. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Diet Pesakit Diabetes

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:

    1. DIABETES
    2. PENYAKIT JANTUNG
    3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
    4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
    5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
    6. GANGRENE
    7. TIROID
    8. STROK
    9. DAN BANYAK LAGI...

    CEPAT!! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk ini sila layari:
    1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
    2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber

    ReplyDelete
  30. Saya jumaat lps kn minum air gula pertama semenjak mengandung ..now dh 35 weeks, tgl sebulan lbh kurang countdown waktu klahiran tapi Allah bagi ujian ni, duk survey2 diet pemakanan utk ibu preggy y ada kncing manis..Alhamdulillah jmpa page ni, semlm dh mula guna diet pmkanan no..hopefully dpt kawal aras gula.., seb takut gak effect badan dan bb dlm kandungan..tq for the sharing...

    ReplyDelete
  31. Sy copy ye untuk rujukan sendiri..sy nk cuba amalkan

    ReplyDelete
  32. Asslm...natt sini..da kena insulin...kena monitor nan doc. Dop wd 2 mlm..kndgn 30wks 6days..RBS 16.1 terkejut doct..natt pom trkejut n relahati serah diri. BP pom naik skali..masya allah..dugaan...rini google cr menu tuk yg moms ade diabetics jumpa blog amal..kite dah ss..nak amalkan...dah la kna insulin dulu bru ley mkn...klo insulin x mkn nnt hypo...pg 10unit mlm 16unit.. ubt BP pun dah tukar alhmdlh x de lg kebas2 muka n tangan..thks amal kite kn try ikut cr pemakanan ni..thks a lot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis.. Sblom mnum air gula bacaan sis brpe n selepas mnum air gula brpe?

      Delete
  33. Asslm...natt sini..da kena insulin...kena monitor nan doc. Dop wd 2 mlm..kndgn 30wks 6days..RBS 16.1 terkejut doct..natt pom trkejut n relahati serah diri. BP pom naik skali..masya allah..dugaan...rini google cr menu tuk yg moms ade diabetics jumpa blog amal..kite dah ss..nak amalkan...dah la kna insulin dulu bru ley mkn...klo insulin x mkn nnt hypo...pg 10unit mlm 16unit.. ubt BP pun dah tukar alhmdlh x de lg kebas2 muka n tangan..thks amal kite kn try ikut cr pemakanan ni..thks a lot.

    ReplyDelete
  34. Info yang sangat bagus dan bermanfaat.. tak semua orang tahu cara dan diet pemakanan untuk diabetes ni. Walaupun anda ambil ubat atau suplemen, tak berhasil juga kalau tak jaga makan. The key is, JAGA MAKAN.

    ReplyDelete
  35. Daun insulin yakon juga bantu untuk turunkan kadar gula darah.

    Klik http://berkhasiat.web.id/jualan/diabetes-herbal-kapsul-yakon-plus/
    untuk jelasnya...

    Atau langsung 0813-80-262524 (Ryan) SMS/WhatsApp/Telegram/Line


    ReplyDelete
  36. Saya pon tengah preggy kena Gdm.. takut dan risau sangat2.. buat bsp lagi leceh ni
    .. lepas ni i follow menu yang atas. Good info tq

    ReplyDelete
  37. 1st time kena buat bsp sedihh... Hara semuanya ok

    ReplyDelete
  38. Klu Preggy kena bsp... Mknanya kte mmey Ada kencing manisah ke? Tnye je nk kepastian

    ReplyDelete
  39. Klu Masa preggy kena bsp... Maknanya kits mmey Ada kencing manis ke? Tnye je Utk kepastian

    ReplyDelete
  40. Sy baru dapat khabar dr klinik...bacaan gula sy x cantik...kencing manis...bacaan 8....sy sgt bjaga2...byk mnum air kosong ja dr awal tahu mngandung...nasi skali sehari ja sbb alahan.....ahad ni kene buat bsp....risau...serisau risaunya

    ReplyDelete
  41. nik zuraida,sama la sy..sy pun baru taw yg sy ada kencing manis semasa mengandung,badan sy kurus tp ada jgk,igtkan bila da preggy ni boleh la naikkan badan ckit tp makan terpaksa sekat dan kena kawal..sebelum minum air gula,bacaan sy 4.2,selepas minum air gula bacaan jadi 8..mgkn mlm tu sy bantai mkn nasi bertambah2 sebelum sy puasa stop pkul 10mlm kot..hurmm

    ReplyDelete
  42. Sy punya bacaan darah smua gagal 😭. Sblm minum air gula dah 5.3, lps minum air gula jd 9. Lps seminggu cek darah 4 kali, dpt result 5.4, 5.6, 6.2, 5.6. Nurse suruh kurangkan makan manis, sy dh stop makan manis2 tp still kena gdm. Rasa stress sgt. Makan sayursayur, ikan byk dgn nasi 1senduk je tp paras gula tetap naik. Google2 akhirnya jumpa cdgn menu ni. Syukur alhamdulillah... nak cube lps ni, hrp2 paras gula jd stabil dan normal. T.kasih tuan empunya.

    ReplyDelete
  43. tq . suggestion ni sgt membantu. stress kita bila asyik check level tinggi je

    ReplyDelete
  44. Salam n..tnya,klu kna insulin tu bacaan bsp atau gula brpa?

    ReplyDelete