Showing posts with label KKIA Tuaran. Show all posts
Showing posts with label KKIA Tuaran. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Rumah Kedua

Klinik Kesihatan Ibu & Anak Tuaran

Kawan-kawan, ni lah rumah kedua saya ehehe.. Mujo takde katil, tilam bantal je.. Kalo tak saya memang consider tinggal kat sini la...

Minggu ni je 3 kali ke klinik ni.. Rabu lepas 2 kali buat BSP..  Aku rasa nurse pun dah jemu dah tengok muka aku...

Sekarang dah masuk 36 minggu checkup pun dah jadi seminggu sekali.. Means every week selagi tak beranak kena pegi klinik ni.. Hadoii nasibla klinik ni dekat je dengan rumah. Lebih kurang 15 minit drive...

Tapi kekadang timbul rasa sayu.. Sayu sebab lepas ni dah beranak dah jarangla ke sini kan.. Kalo pegi pun untuk checkup anak selang 2,3 bulan kan kan.. Rindula dengan nurse yang baik-baik belaka.. Rindu dengan suasana klinik yang hari-hari pun penuh dengan orang yang bermacam-macam ragam.. Kadang-kadang tak jemu pun menunggu lama. Sebab dapat perhati gelagat orang Sabah ehehehe.. Baby orang Sabah ni comel-comel tau.. Putih-putih.. Mudah-mudahan berkat aku dok tengok anak orang Sabah yang putih-putih ni hari-hari, makanya anak aku pun putihla huahuahuah.. Ada hati tu nak anak putih. Kalo mama abah ni gelap gelita buleh ke dapat anak putih? Cer cite cer cite ehehehehe.... Tak kisahla putih ke gelap ke kelabu ke, yang penting baby mama sihat dan comel macam mama! hihihihihihi

Klinik korang ada rupa camni tak? Kawan aku cakap klinik Tuaran ni nampak klasik kehkehkeh...

Sunday, November 20, 2011

Week 23 - Checkup @KKIA, Tuaran, Sabah

Assalamualaikum,

16 November yang lalu aku pergi checkup di KKIA Tuaran, Sabah. Sepatutnya di KKIA Putrajaya but since dah duduk Sabah ni, pegila KKIA kat Sabah kan. Luckily, KKIA Tuaran dekat saja dengan rumah. Senang jela. 

Ini kat luar, dalam ada raaaamai lagi orang


Aku pergi pukul 10 pagi. Pergi lewat sebab bangun lewat ehe... Orang punyela ramaiiiii.... Aku pergi sorang je. My husband tinggalkan aku kat klinik then dia and my parents pergi Pekan Tuaran.

KKIA Tuaran ni sistemnye semua manual. Tak macam Putrajaya yang hanya sekali je amik nombor pastu scan kt each department. 

Nombor kat makmal untuk check urine & hb

Kat Tuaran ni memula amik nombor kat kaunter pendaftaran untuk check urine & hb kat makmal. 

Nombor untuk masuk bilik pemeriksaan. 
Lama gila aku menunggu. Pukul 1 baru nombor aku dipanggil.
Lain kali kena datang awal pagi..

Dah siap kat makmal, pergi amik nombor lagi sekali untuk checkup pulak. Then, komputer pun takde. So for record, dorang tulis manually. Dua kali dorang tulis. Satu kat buku pink kita sendiri, satu lagi kat photocopy set untuk simpanan dorang.

Check hb kat sini dorang tak tip kat finger untuk amik darah, tapi amik satu tube wuhuhuhu.. Aku ni dahla susah nak amik darah satu tube. Urat halus! Kat lengan memang tak nampak ape la.. So instead nurse tu amik kat tangan wuhuhu.. Alhamdulillah minggu ke23, hb dah naik sket, 11.4. Last month 11.2. Urine pun ok..

Weight???? Naik lagi hurmmm.. Last month 68kg, this month 72kg. Adeii, runsingnyela weh. Aku pon boleh rasa badan aku besar dan berat sangat! Tak macam 5 bulan pregnant, macam 7,8 bulan pregnant dah. Macamana nak control napsu makan ni???

Minggu ke 23 ni kena cucuk first dos Tetanus. Next dos next month. Sakit gile bila dia dah inject ubat tu... Lenguh 2,3 hari jugak nak hilang.

Next appointment ialah pada 14 Disember 2011. Minggu ke 27. Nak kena buat MGTT.. minum glukos tu. Menariknya kat Tuaran ni, aku kena bawak sendiri glukos tu. Nak kena cari kat farmasi lah nampak gayanya. Nurse cakap beli yang 15mg, 5 paket. Bawak pergi klinik hari check tu. 

Overall, kesihatan aku alhamdulillah baik. Oh dapat dengar heart beat baby thru Doppler. Alhamdulillah, baby pun sihat :)

Aku puji nurses di KKIA Tuaran. Semuanya baik... Peramah! Murah dengan senyuman. Dorang still layan patient dengan baik walaupun dah masuk waktu rehat. Siap mintak maaf lagi sebab lambat panggil nama. Well, bukan salah dorang, dah orang ramai sangat kan. Some more, it's just a small clinic. Well done nurses di KKIA Tuaran! :)