Assalamualaikum,
Haa baby mommies semua pernah tak time tengah nyenyak tido tetiba je tersengih-sengih, tergelak-gelak. Mesti pernah kan. Shaheem selalu je hehe..Especially masa aku masih pangku dia selepas menyusu. Kekadang dia sengih-sengih tu siap ada bunyi lagi. Macam small giggling.
Yang mengejutkan aku, semalam dia gelak kuat sangat. Macam ada orang dok agah dia atau dok geletek dia. Kalau aku agah dia pun tak pernah pulak dia gelak besar macam tu. Masa tu aku tengah riba dia sebab dia baru lepas hisap susu. 4oz licin. Kekenyangan sangat ke sayang oi? Memula aku ingat dia nangis tapi bila tengok riak wajah dia tu, huh muka happy habes! Siap sambung dengan senyum-senyum lagi ehehe.. Tapi mata maintain pejam. Geli hati aku tengok dia macam tu. So comels hokkayy :D Tak sempat pulak nak snap pic atau record video. Kalau tak, bleh share dengan korang and abah Shaheem yang sekarang berada nun jauh di Sabah. Hmm tak banyak pun gambar dia senyum time tido. Selalu tak sempat nak snap...
Ni je gambar Shaheem senyum dalam tido yang aku ada.
Ignore the quality of the pic please!
Jadi kenapa sebenarnya baby senyum atau ketawa dalam tido? Dorang bermimpi ke? Mak aku cakap Shaheem senyum tu sebab bidadari di syurga tegur.. Ada pulak yang cakap baby tengah main-main dengan uri dia.. Bila aku google, ada satu kajian dijalankan oleh researchers Japan. This is what they said,
Newborns laugh in their sleep say researchers from the University of the Sacred Heart and the Primate Research Institute of Kyoto University (both in Japan).
Babies were previously believed not to be able to laugh until they were older than four months, but the research found newborn infants began laughing as early as 17 days after their birth.
The survey's findings are thought to indicate that babies begin to develop both emotions and means of expressing those emotions at a much earlier age than previously believed.
Read: http://www.medicalnewstoday.com/releases/7365.php
Bila google lagi jumpa Q&A ni plak...
Kenapa Bayi Selalu Senyum
Soalan
saya ingin bertanya apakah sebab bayi selalu senyum terutama semasa tido.ada pendapat menyatakan kerana bayi tersebut melihat malaikat.adakah ini benar?
Jawapan
Tidak benar sama sekali atas anak yang tidur itu senyum kerana nampaka/berkomunikasi dengan malaikat. Walau agaimanapun dalam aspek psikologi ada yang berpendapat anak yang senyum semasa tidur itu menunjukkan ketenangan dan ada pula yang berpendapat anak yang senyum ketika tidur itu ialah ia sedang bermimpi (mimpi enak) kerana mimpi itu adalah permainan tidur.
Hmm aku rasa tiada jawapan tepat kenapa baby senyum dalam tidur.. Hanya Allah yang lebih mengetahui kan? Apa-apapun, aku suka tengok dan suka dengar Shaheem senyum atau gelak masa tido. Sangat menghiburkan hati! :)
Fayel selalu gak mengekek dalam tido..biasa la akak ikut cakap orang tua...mak akak kata mengidau..biasa akak sapu muka dia bacakan selawat...risau gak ..hiihi..Fayel kan selalu keluar
ReplyDeleteshaheem tido dalam iman... toooo cuteeee....
ReplyDeleteAyra lak selalu tengah-tengah tidur tiba-tiba meraung, lepastu tersengih. Haha~ Adeh, bikin panik mak je -_-
ReplyDeleteaah sme la ngn dhia ni... time tido senyum2.. sengih2 sume... mama ckp.. ade kwn die duk usik die time tido.. atau tgh mimpi main2 ngn kwn die... :)
ReplyDeletehuuhu.rizqi pon suka senyum2.tapi kadang tu dia mcm nangis gak masa tido.mimpi ngeri kot,.huhu
ReplyDeletehehe sama la dgn my baby pon...kdg2 sengeh sorang2...kdg2 mcm nak nangis sorang2 pon ada
ReplyDeleteWani, seriously baru terbaca entry ni. Dan adam mengalami masalah yang sama, suka senyum dan sengeh time tido. Hihi.. Sypun pelik dan siap dah buat entry gelagat tido dia. Kenapa ek baby pandai tersenyum.. Geram tengok.
ReplyDelete