Saturday, May 5, 2012

Pantang Macam Tak Pantang

Shaheem big boss..
Kecik-kecik dah pandai duduk silang kaki yeeee...

Assalamualaikum,

Letak gambar anak dulu.. Shaheem sebulan lebih lebih. 6 May (esok!!) 2 bulan. Tapi dia tak macam 2 bulan pun kann.. Demok!!! Hari-hari aku geram nak penyek dia haha...

Kembali kepada tajuk.. Aku nak cerita pasal pantang aku.. Dah lama dah abes pantang sebenarnye. Tempoh pantang biasanya 44 hari kan? Ke 40? Entahla, aku tak tahu... Tak berapa nak mendapat pendedahan tentang pantang ni. Patutnya bersalin anak sulung ni la kena pantang kaw kaw kan... Tapi aku... Tak pantang sangat pun. 

Kalo ikut orang tua-tua, time pantang ni banyak benar pantang larangnya. Bukan setakat pantang makan je kan. Kalau yang betul-betul strict, pijak tanah pun tak boleh.. Heh, zaman sekarang macamana la nak tahan daripada tak pijak tanah.. Hari kedua keluar hospital dah kena bawak baby pergi klinik check kuning. Macamana tuh? hehehe... 2 minggu selepas bersalin pulak, siap berjalan jauh kat airport lagi. Dari Sabah-Putrajaya-Kota Bharu. Dengan bawak beg berat lagi huhu.. Apalah nasib.. Sape suruh beranak jauh-jauh kan ehehehe

2 minggu pertama selepas bersalin tu aku kat Sabah. Mak aku ada. Tapi dia uzur. Tak sihat pulak masa kat Sabah tu. Dia pun takleh nak tengok-tengok aku sangat. Mak ada sediakan air mandian untuk aku.. Rebusan manjakani, daun sireh dan daun pandan kalau tak silap aku. Selama 2 minggu tu lah aku dok mandi dengan air rebusan tu. Lepas tu aku mandi dengan air suam biasa je. Sampaila hari ke 44.

Aku tak bertungku. Mak aku tak bagi. Ada bad experience dengan kak aku huhu.. Aku ingat lagi akak aku dulu bertungku. Lepas bertungku tu, dia bleeding banyak sangat sampai kena masuk wad. Mak aku bimbangla perkara yang sama berlaku pada aku. Walaupun tak bertungku, aku berurut. Itupun selepas 2 minggu bersalin. Balik kampung baru berurut. Tak berani nak berurut kat Sabah. Banyak dengar cerita tak besh hehehehe... Masa urut tu, tukang urut cakap rahim aku dah kecut dan dah masuk sarang dia dah.. Actually rahim aku awal-awal dah kecut. Aku ingat lagi masa nurse check aku a day after keluar dari hospital, dia cakap rahim aku dah kecut. Dia tekan-tekan perut dia cakap dah tinggal sikit je lagi. Maybe sikit je lagi kot yang belum betul-betul kecut. Aku pun tak tau ehehe.. Rahim aku cepat kecut maybe sebab selepas je bersalin tu doktor cucuk ubat kecutkan rahim... Aku berurut 3 hari berturut-turut. 

Pakai bengkung pulak, 3 hari masa berurut tu je kihkih.. Sebab tukang urut tu pakaikan. Bila nak kena pakai sendiri dah malas. Tak reti nak lilit, nak belit-belit. Sebelum pakai bengkung sapu dulu perut dengan kapur makan yang dicampur dengan air perahan limau nipis dan minyak mestika. Gatal perut aku huhuhu.. Tapi memang menjadi! Hubby siap puji cakap aku nampak ramping kihkih.. But now.... disebabkan malas pakai bengkung dan makan tak control, perut aku kembali boncet! Huwaaa.. tension tengok perut sendiri.. Padan muka la kannnn...

Bab makan pulakk.... erm awal-awal lepas bersalin tu aku dok makan benda sama je hari-hari. Ikan selar goreng, ikan selar goreng, ikan selar goreng.. Tak pon ikan bilis goreng. Kadang-kadang makan cream crackers tu je. Air pulak, banyak minum air masak, horlicks, milo... Nasi aku makan jugak tapi sekali amik tak banyak dan amalkan tak tambah.. Itu awal-awal pantang. Lama-lama dah malas dahhh hehehe... Now aku dah makan sume benda. Dah habis pantang kann.. Takpela. Cuma ais je belum makan/minum. Rasa ngilu je bila minum air berais huhuh... Akak aku cakap air sejuk ni kena pantang 100 hari.. Heh aku ingat bersama suami je kena pantang 100 hari :P

Oh ye, bila berpantang ni wajib kena ada set berpantang tu kann... Nona Roguy la, Mustika Ratu la, Amway la.. Aku beli yang mana satu?? Aku beli yang tidak disebut di atas ehehe.. In fact, aku rasa takde mommies yang beli sama macam aku hehehe...




Ubat homeopathy.. Dalam bentuk pil. Tak perlu telan dengan air, hisap-hisap sajo hehehe.. Manis ubatnye, nyumm nyumm.. Tapi aku tetap malas nak makan uhuh.. Dasar pemalas kannn.. Bercinta jugak nak makan. Banyak benorrr.. Setiap minggu ubat berlainan nak kena makan. Dan ubat-ubat tu ada fungsi yang berbeza.. Apa rasa selepas makan? Ermm entahla.. Aku tak boleh nak review sebab aku makan pun tak konsisten kan huhuh... Tak tau la berkesan ke tak. Berkesan jugakla kot, mungkin aku tak perasan ke? hehehe... Oh ye, ubat untuk Shaheem pun ada jugak sebenarnye. Ubat untuk cegah kena kuning. Satu bijik untuk aku makan dan satu bijik lagi untuk Shaheem. Kena hancurkan dengan air suam pastu suap bagi dia.. Alhamdulillah Shaheem memang tak kena jaundis. Ada jugak jaundis sebenarnye tapi tak tinggi dan tak kena masuk wad. Mungkin ubat tu ada membantu? Wallahualam....

Tulah serba sedikit kisah berpantang aku yang langsung macam tak berpantang kan kan kan.. Sedih jugak bila ingat-ingat balik. Tapi takpelah, ape bleh buat huhuhu.. Silap aku jugakla sebab amik mudah benda ni.. Sekarang memangla tak rasa ape kan.. Dah tua esok tak taula macamana huhuh.. Doa lah semoga aku sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, insyaallah.. Takpelah, anak nombor 2 nanti pantang betul-betul hehehehehe....

15 comments:

  1. Hihi same lah kte...pantang memain...da minum ais n da terminum 2-3 teguk air gas...

    ReplyDelete
  2. suke sgt lani baca pengalaman berpantang nie...x tau nk pilih set pantang pe..psl bengkung tu klu beranak normal..amt digalakkan bidan..takut perut buncit...tp klu dhkena bedah..aduhai,kena sbr dulu wat pantang larang yg boleh & x boleh

    ReplyDelete
  3. samelah kite...xpntg betul2 pun..skang da sakit bdn

    ReplyDelete
  4. huhu i pon pantang dah kelautttt...baru hari ke-6 ni tp dah mkn ayam goreng, goreng pisang, roti canai n masak lemak....tak tahannnnn! huhu kalau sakit mmg kena tanggung sendiri la...

    i nak sgt pakai bengkung coz perut buncit mcm 4 bulan pregnant tp i czer xleh nk bengkung :(

    ReplyDelete
  5. huhu.sama la..berpantang gitu2 je ni.awal2 tu sbb keluar masuk hospital kan.mana nak pantang nya.mandi pon terpaksa la air sejuk.sedih btul

    ReplyDelete
  6. kite dlm awal 15ari 2 mmg pantang btul2 la.. sbb takut kt jhitan 2 jek.. lps dh jhitan 2 baek.. haaa hambek.. dduk pun kdg2 mncangkung..haha.. giler btul..
    pastu psl bengkung..smpi ke arini.. pki bengkung 2 kdg2 je.. sbb nnt nk kencing berak,ssh...haha.. ckp je la mls nk pki.. :P
    rosak program berpantang haku.. :P

    ReplyDelete
  7. takpe belum terlewat nak pantang balik dik...lagipun awak normal ...kadang pantang ni ikut ketahanan badan seseorang..kalau badan tahan okla...akak takleh dik ..dah di ajar..kalau langgar pantang mula la badan berangin....tak sanggup bisa la

    ReplyDelete
  8. Kalau ikut petua mak ros, xbg pantang makan. Dia suh mkn suma.. Tp ygbpaling kna jaga ialah tetttt... Yg tu yg paling bhaya dia kata, leh buat mgandung lg.. Mgndung kerap tu yg leh sakit badan..hahhaha :p tp itulah rezeki kan?? Ekekek

    ReplyDelete
  9. Pendapat saya la kan.. Tgk ketahanan bdn seseorang jugak. Saya pun x strict sgt pantangnya. Hehe.. Dgn 2 ank lain.. Kena jugak urus anak2

    ReplyDelete
  10. sy pun xbrapa nk pantang... ank first... xde pglaman... awl2 jahitan dh betas... kena jahit kali kedua.. stokin xpakai... bertungku bgkung sume 3hr je... sedih btl... ni jahitan ke2 pun rs sakit lg... sbb ank kuat nngs sllu jaga mlm... mak plak xsht... jd sume kena handle sdri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya pn kna jhit 2x sbb infction... skrg da kna brpntg blik... yg pling xbest xbleh mnum air bnyk...aduh...dhaga kot... tp kdg2 curi2 jgk mnum...hehe ada kaitn ke mnum air bnyk n luka jhit lmbt bek?

      Delete
  11. Pantang bersalin memang kena strict sikit.
    Nanti badan dah masuk 40an baru nampak kesannya.
    Alahai.

    ReplyDelete
  12. Memang tak berapa nak ikut sangat masa pantang ni main bedal je,al maklumlah pantang pun sendiri je, tapi tak di nafikan memang ibu lepas bersalin selalu ada Masalah Angin Dalam Badan

    ReplyDelete
  13. Saya keliru jgk doktor kat hospital swasta tmpt sy bersalin bgth jgn pantang bab mkn...smua blh mkn...tp itula bila blk rumah berpantang sendiri sy lbh ikut cara org tua² dulu...jg bab mkn ni..

    ReplyDelete
  14. Bby sy dah 2bln pn..sy brank czer 3-4minggu sy bepntang mkn..lpas tu ad jugak curi2 mkn kek.tp sntiasa minum sup smpilh sekarang..dah lh tak minum antibiotik ketika keluar wad..nak macmaana..asyik kluar masuk hospital..klinik..dah lupa dah ksihatan diri sendiri pulak.tpi Alhamdulillah inshaaAllah takde pape lh.semoga Allah sntiasa memberikn ksihatan sy..

    ReplyDelete