Assalamualaikum,
**Ni cerita lama, berlaku masa Shaheem baru lahir dulu lagi tapi sekarang baru nak share...**
Alkisahnya, selepas je Shaheem selamat keluar dari perut aku dan diletakkan di atas dada aku, aku ada nampak cecair warna kuning-kuning di tepi mata kanan dia. Aku suspect tu poop dia. Shaheem kan dah berak dalam perut. Selepas dia dibersihkan cecair kuning tu ada lagi tapi sikit jela. Masa tu baru aku tau Shaheem tak dimandikan pun. Dia hanya dilap-lap dan dipakaikan baju..
Dua tiga hari selepas tu aku perasan mata kanan dia tu selalu berair. Aku suspect tear duct mata kanan dia ni over sensitive huhu.. Terlebih air.. Hehe pandai-pandaila kan buat teori sendiri. Bila dia bangun dari tidur sure akan bertaik mata. Penatla dok lap mata dia tu hari-hari. Masa tu aku tak cuak sangat. Rasa macam benda tu normal je for newborn.
Photo taken on 20 March.
Mata kanan sedikit berair.
Masa ni hari-hari dok bersihkan mata dia tu especially selepas bangun dari tidur.
Then pada satu haritu, di Putrajaya (transit sebelum balik ke KB and 2 weeks after birth), aku notice makin teruk pulak mata dia tu. Sampai satu tahap dia jaga dari tidur mata dia tak bleh bukak sebab melekat dengan taik mata. Aduhh aku serius panik masa tu. Rasa macam nak ajak kakak aku pegi klinik masa tu jugak. Tapi dah tengah malam dah. Kakak aku pun dah tidur dah time tu huhu.. Sabar sabar.. Esok pagi baru pergi...
Nampak tak mata kanan dia berair?
Both photos taken on 24 March. Di Putrajaya.
Ni gambar dia baru bangun dari tido.
Teruk kannn? Ni yang paling terukla sebenarnye.
Tu buat aku cuak tu huhuh..
Aku nangis wehh tengok dia macam ni.
Macam-macam benda ngarut aku dok pikir huhu
Aku pergi ke Klinik Lita Alis di Precint 9. Doktor cakap mungkin infection atau conjunctivitis. Tapi dia kata dia takleh nak advice lebih-lebih sebab Shaheem pun kecik lagi. Dia bagi refer letter jumpa dengan pakar mata. Ubat pulak dia cuma bagi ubat titik je. Kena titik dalam mata Shaheem 2 kali sehari. Erm at first aku a bit reluctant sket nak titik ubat tu dalam mata Shaheem. Bukan apa, aku takut jadi lebih teruk je bila titik ubat tu dalam mata dia huhu. Aku sendiri pun tak pernah titik-titik mata aku apatah lagi nak titik dalam mata Shaheem yang baru berusia 2 minggu lebih masa tu. Bila bagitau hubby, teruk aku kena lecture hahaha.. Dia kata, "susahla macam ni.. bila tengok mata anak sakit takut-takut. Tapi bila doktor dah bagi ubat tak nak guna pulak. Bila anak nak sembuh? Doktor tahula apa yang dia bagi tu... Takkan dia nak bagi ubat yang baby takleh guna plak..." Eh mana tau kannn, doktor buat silap? Tapi aku takdela menjawab apa yang hubby aku cakap ehehe.. I admit aku yang over. Takut sangat..
Aku pun ikutla arahan titik ubat tu dalam mata Shaheem 2 kali sehari. Hasilnya? Ermm masih sama. Mata Shaheem masih berair cuma mungkin dah tak terlalu teruk..
Balik KB, aku makin risau sebab tak baik-baik lagi mata Shaheem tu. Kebetulan hubby pun dapat off 3 hari dari kursus dia di Lumut, kitorang pun bawakla Shaheem ke Hospital Pakar Perdana, nak jumpa Pakar Mata. Tapi sayangnya hari kitorang pergi tu doktor takde pulak. Esoknya baru ada. Kitorang pulak yang tak boleh sebab dah nak balik Besut. Rasa tak best jugak kalau tak jumpa doktor ni so aku mintak dengan dorang nak jumpa dengan pakar kanak-kanak je dulu. Mungkin dia bleh bagi second opinion sebelum kitorang jumpa pakar mata kan?
Paediatrician yang consult Shaheem haritu wife Malek Noor, Dr Wan Asma hehehe... Memula tak perasan pun nama kat pintu tu nama dia. Masa kitorang pegi bilik dia tu dia takde. Pergi round ward. PA dia yang bagitau kitorang sebab dia nak tunjuk gambar-gambar kawin dorang dalam majalah hehehe.. Bila tengok dia depan-depan lain sangat dari dok tengok dalam tv dan majalah tu. Dia humble orangnya. Aku cakap dengan dia, "Congrats doktor. Kejap je cuti?" hehehe ngada kan soalan haha.. Dia jawab, "lama jugak dah cuti, 10 hari. Lagipun saya busy dia pun busy..." Sambil senyum dia jawab. Sweet sweet hehe.. Masuk bilik dia, wallawehh, deco cantek! English style. Kat dinding penuh gambar anak dan cucu dia.. Atas meja pulak ada gambar kawin dia. Sweet mweet hehe.. Eh eh ni nak cite hal anak ke nak cite hal mak dia over excited lebih jumpa bini artis? Haha amponn, terpesong niat!
Ok ok sambung cerita. Aku bagitaula Dr Wan Asma yang Shaheem ni sakit mata dari newborn lagi. Aku tanya dia adakah ni infection dari poop dia? Dr Wan kata tak sebab najis tu bring no harm to eyes. Erm aku dah lupa explanation dia (buleh??) hahaha.. Last last dia bagi ubat titik sama macam yang aku dapat dari doktor di Klinik Lita Alis huhu.. Cuma kali ni kena titik setiap 6 jam sekali. Dan teruskan lap mata Shaheem guna kapas bersih dan air suam. Tak bleh guna air paip ok!
Belah kiri ubat titik dari Hosp Pakar Perdana.
Belah kanan dari Klinik Lita Alis.
Sama je ubatnya. Dos je yang berlainan..
Everyday selama lebih kurang seminggu jugakla aku titik mata Shaheem 6 jam sekali. Dan hasilnya, alhamdulillah, mata kanan dia clean and clear. Cerah dan tak berair. Bila dah tak berair taik mata pun takde dahla. Legaaaa sangat tau..
1 April 2012.. Dah ok sikit dah :)
Sampaila ke hari ni mata dia dah ok. Alhamdulillah.. And hopefully takkan berulang lagilah..
24 May.
Amacam? Menggoda tak renungan mata Shaheem? haha
Google pasal sticky eyes and I found this info...
It is not uncommon to notice a clear, white to yellow discharge at the inner corner of your baby's eye (or eyes), especially in the first 48 hours following the birth. There may also be a crust formed on the eyelid and eyelashes, causing the eyelids to 'stick' together slightly (particularly after the baby has been sleeping). This is often referred to as a 'sticky eye', and is not usually an infection in newborns.
Sticky eyes occur when the extremely fine tear duct that leads from the inner corner of the baby's eyes (near their nose) is blocked by fluid and debris (such as amniotic fluid, vernix or skin cells). Newborns have difficulty flushing their own eye out, as they do not produce tears in the early weeks.
Sticky eyes are usually different to the highly contagious eye infection 'conjunctivitis' (that is more prevalent in toddlers and older children). Conjunctivitis tends to have a heavier 'yellow' discharge and the eye generally looks red and can make the skin around the eyes look swollen. If your baby's sticky eyes start to show these symptoms, see your local doctor, as your baby may require antibiotic drops or ointment. Ideally, a swab test of the sticky eye should be taken first and sent to the pathologist.
Baca lebih lanjut di Birth.com.au | Sticky Eyes.
Anak mommies pernah mengalami masalah yang sama?
siannya,xsampai hati tgk baby sakit mata.
ReplyDeletebaby baru lahir rasenyer memang ramai yg kene sakit mate ni..dulu pun dhia kene jugak..mate bertaik & berair tp tak merah..tak gi klinik pun..nurse dtg check kat umah, tanye die pasal mate dhia, nurse kate tu biase..nurse suh bersihkan mate pakai kapas & air suam..(same cam yg Dr. wan asma cakap)..lame2 ok sendiri..alhamdulillah..
ReplyDeleteArissa dulu pun ada jugak kena sakit mata tuh...n doc bagi satu cecair utk lap mata...(lupa pulak ap menda alah tu)..huhuhu...tapi the best cure was air susu ibu...di titik kat mata Arissa. Alhamdulillah. jap je.. :D
ReplyDeleteseb baek xde apa2... alhamdulilah.. semoga lepas ni shaheem sihat sokmo..
ReplyDeleteYa Allah kesiannya tengok n baca..apa la dia tau budak kecik ni...kit sakit mata pun tak selesa...hope this info akan membantu pada masa akan dtg mana la tau Fayel sakit mata ke kan..TQ
ReplyDeleterisaukan baru bape hari dah kene sakit2 ni, alhamdulillah xde pape..
ReplyDelete** sejak nak jadi ibu ni, xleh tgk baby sakit rase sayu je :(