Assalamualaikum,
Harini ada follow up checkup kat Hospital Putrajaya. Ini berkaitan dengan kes keluar darah haritu. Appointment pukul 9 pagi. Aku sampai seawal 8 pagi. Peh mencari parking di Hospital Putrajaya adalah sangat menyakitkan hati! Takmolah cite kenapa, korang kena experience sendiri ehehe..
Erm memandangkan sampai awal, aku pegila makan dulu kat kafetaria hospital. Aku naik kat dewan bersalin tu dalam pukul 8.30 pagi. Alih alih staff kat situ kata aku kena daftar dulu kat bawah baru datang dewan bersalin. Kaunter pendaftaran tu betul betul kat kafetaria. Aduiii turunla balik aku tadi. Dahle dewan bersalin tu jauh dari tempat lain. Nasibla perut tak besar lagi. Tapi mengah tetap mengah. Kena pulak orang kat kaunter pendaftaran ramai. Menunggu la pulak...
Dah siap daftar, patah balik pegi dewan bersalin. Masa tu ngam ngam pukul 9..
Tapiiii... atas buku je tulis appointment pukul 9 pagi. Pukul 10 lebih kot baru dia panggil orang. Huaaa.. lama aku tunggu tauu.. Oh by the way, EPAU stands for Early Pregnancy Assessment Unit.
Masa tengah menunggu tu, sembang-sembangla dengan orang kat situ. Memula dengan sorang makcik ni. Anak dia ada kat dalam tengah tunggu masa nak bersalin. Katanya kena induce sebab anak dia, 9 bulan mengandung ni tetiba pulak darah tinggi. Sebelum sebelum ni takde pulak. So doktor bagi ubat turunkan darah. Bila dah turun, cepat-cepat kasi ubat untuk bukak jalan. Doktor nak suruh dia beranak cepat-cepat sementara darah rendah ni. Kalau darah tinggi, macam-macam la risikonya. Kena operate etc. Due date sebenar ialah 24 Oktober tapi dah jadi macam ni terpaksala kan. Risau je aku tengok makcik tu huhu.. Sabarla makcik. Pagi tadi tu doktor baru masuk ubat for the first time. Dah ada sakit sikit sikit. Aku rasa sekarang dia dah bersalin kot.... Harap-harap selamatlah semuanya :)
Then, aku sembang dengan sorang akak lagi ni, dia datang follow up juga. Sebabnya dia keguguran last week. Anak ketiga katanya. Masa tu dah 3 bulan dah. Dia suspek kandungan bleh jatuh sebab dia ulang alik pegi keje dari Bangi ke KL naik moto. Huh tu bahaya naik moto especially masa awal-awal mengandung. Cerita dia, mula-mula ada brown spotting. Pastu kuar darah sikit sikit. Tak sakit pun katanya. Pastu keluar darah berketul-ketul. Time ni dah sakit. Dia pegi private clinic. Tapi klinik tak berani nak buat ape, dia suruh pergi Hospital Putrajaya ni. Akak tu cerita, masa pergi ER, darah dah melimpah-limpah keluar. Wheel chair lencun dengan darah. Katil pun sama. Pastu sakit memang takleh tahanla. Dari ER dia kena transfer pegi labour room. Doktor scan heart beat baby masih ada cuma dah lemah. Then dorang kata terpaksa gugurkan sebab akak tu dah hilang banyak sangat darah. Akak tu kata dia redha jela sebab dia pun memang tak dapat nak menanggung dah sakit. Yelah, kalau nak simpan baby tu pun, boleh memudaratkan mak pulak. Kena la korban salah satu kan. Baby masa tu baru 3 bulan, consider very early stage la lagi. Tapi sedihla jugak kan? huhuhuhu.. Akak tu cakap lagi, dia dah ada 2 orang anak. Kalau nak dibandingkan antara sakit bersalin dengan sakit keguguran, sakit gugur ni jauuuuh lebih dasyat. Tak tahan katanya huhu... Takut aku dengar. Mintak-mintak jauhla kejadian ni daripada berlaku kat kita kan...
Kawan-kawan yang baru je mengandung tu, jangan naik motor eh.. Elak-elakkanla. Moto ni kan gegar dia kuat sket. Early stage, janin pun tak kuat lagi. Tu yang macam-macam boleh jadi. Beringatla ye..
Aku bagitau akak tu aku ada masalah low lying placenta. Dia cakap masa mengandungkan anak kedua dia pun ada masalah yang sama. Dah stage three masa dapat tahu tu. Tiap kali follow up, placenta tu still kat bawah tak naik-naik. Sampaila masa nak bersalin. Tapi alhamdulillah, akak tu dapat lahirkan anak dia secara normal. Terkejut jugak aku. Dia kata dia pun tak sangka. Alhamdulillah la kan. Hmm hopefully placenta aku akan naik ke atas. Kalau tak pun, biarlah nasib aku sama macam akak ni. Tetap dpat lahirkan anak dia secara normal.. Insyaallah..
Eh eh panjang membebel, tak cite lagi ni pasal jumpa doktor hahaha..
Dekat pukul 11, nama aku dipanggil. Doktor kata dia tak boleh check lagi keadaan placenta tu sekarang sebab masih early stage lagi. Week 28 baru dapat buat localization. Hmmm.. frust jugak aku. I was hoping to hear good news today. Tapi takpelah, at least ada good news lain yang aku dengar hehehe.. Doktor scan jugak tadi.
Ayat pertama yang keluar dari mulut doktor bila tengk baby ialah,"Wah anak you dah besar.."
Haha aku pun terkejut. Besar macamanala tu ek... Tapi kekadang memang aku boleh rasa baby dah lebih besar berbanding dulu. Kadang-kadang, kalau berdiri kat dapur dan perut kena kat table top, aku bleh rasa ada ketulan. Sebelum ni tak boleh rasa hehe..
Then doktor tunjuk heart beat. Aku paling suka tengok heart beat baby :) Alhamdulillah, it's beating well.
Then doktor ukur-ukur kepala & abdomen. Doktor bagitau, secara kasarnya, berat baby ialah 267g :)
Pastu dia godek godek lagi. Dia cakap, "saya rasa... baby awak boy ni...."
Hohoho.. aku dah macam, yeke??? hehehe..
Then dia cakap, "ermmmmm bukan bukan.. girl kot.."
Ehh?
Pastu dia tanya, "ni anak nombor berapa ni puan?"
"Anak first, doktor." Aku jawab.
Dia godek godek lagi pastu dia cakap, "ermmm boy la saya rasa.."
Hahahahaha nak tergelak aku dengan doktor ni. Kejap boy kejap girl. Kompius aku ehehehe..
Takpela doktor, saya tau anak saya kecik lagi. Tak berapa nak nampak lagi sex tu kan ehe. Saya pun tak kisah. Baby boy or girl. Yang penting baby saya sihat walafiat :)
Tu lah alkisahnya check up tadi. Pasal placenta tu memang tak tau macamana lagi.. Tunggula follow up minggu ke 28 nanti. Masa tu aku dah kat Sabah dah. Insyaallah akan follow up di Hospital Likas.
Next normal checkup di KKIA P9 ialah pada 19 Oktober..... Next week! :)
Makanya, jumpa lagi di entry checkup yang seterusnya :D :D
No comments:
Post a Comment