Thursday, August 25, 2011

24 Ogos: 1st Checkup at KKIA Putrajaya

Assalamualaikum,

Rabu, 24 Ogos 2011, as planned earlier, aku pergi KKIA Putrajaya kat Precint 9 tu untuk 1st checkup aku di klinik kerajaan. Orang kata pergi bukak buku.. Oh buku kaler pink ye, bukan merah ehehehe...

Aku keluar dari office pukul 2.40pm gitu. Terpaksa pegi petang sebab satunye aku takleh tinggal keje pagi-pagi dan duanya, aku takde kereta. Kena pinjam kereta kakak aku. Lepas dia dah hantar anak-anak dia pegi daycare lepas sekolah baru aku boleh pakai kereta.

Sampai di klinik dekat-dekat pukul 3pm. Luckily Cyberjaya & Putrajaya tak jauh kan. Malangnye tadi parking berdekatan penuh. Terpaksala aku park kereta jauh sikit. Then hari hujan pulak. Nasib baikla dalam kereta akak aku ni ada payung. Kalo kereta sendiri memang sah takdela hehehe..

Masuk dalam klinik, aku blur haha.. First time kan, memang la tak tahu mana nak tuju. Aku pegi kaunter pertanyaan. Tanya apa yang aku kena buat kalo nak bukak buku pink tuh. Nurse kat kaunter tu suruh pergi Kaunter 7 then amik nombor. Aku pun pergi la kan. Kat machine nombor tu ada dua button.

Button A - Dengan temujanji
Button B - Tanpa temujanji

Hah aku bengong sekejap. Tak tau nak pilih mana satu. Aku rasa nak kena tekan button B. Tapi otak aku suruh tanya nurse tuh. "Err saya baru first time nak bukak buku. Nak tekan butang mana eh?" Nurse tu dengan wajah yang agak masyam-masyam sket menjawab, " B! B!" Dengan intonasi macam, "apa ke bodoh sangat ko nih, dah ko datang tanpa buat temujanji, tekanla B!!" Huahua adakah aku exaggerate di situ? Tapi memang tu la aku rasa bila dia jawab macam tu kat aku. Padan muka aku, nape nak tanya jugak kalo dah tahu?? huhu... Maka aku tekanla B......

Dapat nombor kat bawah ni


Aku amik nombor tu mungkin dalam pukul 2.50pm. Tapi lamanya la aih nombor aku ni nak dipanggil. Sampai aku pon suspicious. Betul ke aku tunggu kat kaunter 7 nih. Ke kena tunggu kat kaunter lain huhuh.. Then dalam pukul 3.30pm kot baru nombor aku dipanggil. Finally. Pergi kat kaunter, bagitau nurse tu nak bukak buku. Then dia kata "harini buat urine dengan HB je eh.. Nak buat blood test dah tak sempat dah ni." Pulak.. tapi bagusle. Aku pon takmo dorang amik darah aku time nak balik ni. Aku kan payah sket nak amik darah. Takut lambat lambat, dorang fed up, campo dah nak balik kan..... So aku buat urine test dengan HB jelah..

Urine ok.. Dia cakap biru. Aku dah blur. Aku tanya nurse, "apa maksud biru tu?" Dia cakap maknanya takde masalah hehe.. Ok ok baru paham. Tapi aku tak tau ape yang takde masalah tu. Ape eh?

Pastu jari hantu kena cucuk. Nampak ke? hehe


HB ialah 12.0. Menurut [http://www.rnceus.com/cbc/cbchg.html], HB aku ni normal. Alhamdulillah, takde masalah anemia...
  • Normal hemoglobin values are:
  • Adult: (males): 13.5 - 17 g/dl
  • (Females): 12 - 15 g/dl
  • Pregnancy: 11 - 12 g/dl
  • Newborn: 14-24 g/dl 77% of this value is fetal hemoglobin, which drops to approximately 23% of the total at 4 months of age
  • Children: 11-16 g/dl

Lepas check urine and HB, aku kena tunggu turn untuk checkup pulak. So kena menunggu lagi. Masa tu dah pukul 4pm dah.. Lama jugakla menunggu huhu.. Sampai orang dah tinggal sikit dah baru nombor aku naik.

Masuk je nurse tu bebel aku huwaaa.. Takdela bebel kejam-kejam ehehe.. Bebel macam mak mak. Dia cakap, "awak patutnya datang pagi kalo nak bukak buku. Sebab macam-macam nak kena buat. Ni blood test pun awak tak buat macamana nak jumpa doktor. Esok pagi kena datang lagi sekali ni. Saya pun takleh nak buat ape harini. Tengok, muka depan buku nih pon awak tak sempat nak isi penuh. Isi sekarang.." Huwaa kena bebel. Manala saya tau nak bukak buku takleh datang petang. Haritu dialog saya dengan misi kot tipon tu dia kata bulehhhhh...

Lepas isi semua details, nurse pun interview la aku serba sedikit pasal history family etc etc.. Dia tanya, "bila first time period?" Haha malunye nak cakap. "Saya umur 10 tahun dah period dahh.." Nurse pun terkejut. "Awalnyee," dia kata. Well apa bleh buat, terlebih subur hahaha.. Tu aku cakap dalam hati jela ehe..

Then dia check blood pressure. Keputusannya 109/69. According to [http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/highbloodpressure.html]

  • 120/80 or lower is normal blood pressure
  • 140/90 or higher is high blood pressure
  • Between 120 and 139 for the top number, or between 80 and 89 for the bottom number is prehypertension

So blood pressure aku normal lah. Alhamdulillah..

Lepas tu berat pulak. Haa yang ni aku tak boleh percaya! Last aku timbang kat Klinik Dr Yeak, berat aku ialah 67.5kg. Berat tuuu.. Kali ni timbang, berat aku ialah, 63.8kg!! I repeat, 63.8kg!!!! Turun 3.7kg tuuuu... Macamana bleh turun plak nih? Bukan patutnye bila pregnant berat naik ke? Kawan-kawan aku pon actually ramai yang tego aku dah kurus. Pipi dah tak chubby hikhik.. Aku suspect berat badan aku turun sebab aku kan puasa penuh. Pastu makan pun tak berapa nak lalu. Sebab tu lah kot ehh?

And then dia suruh aku baring dann.. "longgarkan baju dalam sekali ye.." Aku kerut dahi. Betul ke apa yang aku dengar ni? Telinga dah lama tak korek, risau jugak kalo salah dengar haha.. Then aku tanya nak confirm, "longgarkan baju dalam?" "Iye.. " jawab nurse selamba. Huahuahua.. apa yang dia nak buat ni. Aku pun baringla. Kat katil tu ada poster pasal breast cancer. Macamana nak check payudara kot kot ada benjolan. So agaknye dia suruh aku longgarkan bra tu sebab nak check breast aku la ek. Gulppp.. adakah dia akan meraba-raba aku??? Ye memang betol... Dia raba huahua.. Malu hokkayy +__+ Dan resultnye, payudara aku adalah soft! haha.. (Err takde laki kan baca blog nih? Kalo ada, jangan pikir lebih-lebih! huhu)

Lepas raba breast, dia check perut pulak.. Dia tekan tekan sikit. Agaknye nak check rahim ok ke tak kot..

Dah siap check, sambung aktiviti interview. Dia tanya la aku ada masalah ape. Ada muntah-muntah tak. Aku jawab, "magiknye takde!" hehe.. Aku bagitau aku ada masalah:

- Sembelit yang entah bila nak selesai
- Allergic yang tak dapat dikenal pasti allergic kepada apa
- Discharge from vagina - aa masuk minggu 11, banyak pulak keputihan *__*

Nurse kata esok, 25 Ogos, doktor akan check. So dia suruh aku datang klinik lagi sekali. Pagi-pagi. Buat blood test - kena amik darah 10ml, then jumpa doktor lah. Hopefully, tak lama la cos aku takleh tinggal keje lama-lama huhuhuhuh.. Nurse tu prescribed me more folic acid. Adeh jenuhla nak menghabiskannya. Yang Dr Yeak bagi haritu pon tak abes lagi..


Itu ajela sesi bertemu dengan nurse. Keluar dari bilik checkup, dah takde orang dah! Huhu.. masa tu dah nak pukul 5 and klinik pun dah nak tutup. Aku ingat lepas tu nak pegi private clinic untuk scan baby. Saje nak tengok kan hehe.. But then nurse tu ada cakap esok doktor akan scan. So tak payahla pergi klinik swasta. Tengok ajela esok doktor scan... 

Sekian cerita 1st checkup aku. Esok aku cerita apa jadi lepas jumpa doktor ok? Doakan semuanya baik!

Aaa ni aku nak share gambar perut aku yang boncet! Boncet bukan sebab baby, tapi sebab angin penuh dalam perut! Arggghh aku masih sembelit. Tadi nak bobo, tapi buleh rasa stool sangat keras. Aku relax relax jap. Takmo force. Bila dah rasa sakit baru push (cece macam dah nak beranak dah). Then takleh jugak sebab keras dan besar sangatlaaaa. Pastu saje ar nak tengok ada darah ke tak. Oh yeah ada.. Terus aku cancel niat nak bobo tuh! Tak sanggupla huhuh.. Macamana nihh.. Bila masalah ni nak selesai?? Aku dah makan buah, dah minum jus, tak jalan jugak. Hopefully doktor ada solutionnya esok. Dah seminggu aku tak bobo ni weyh! Seksaaaa..

Perut boncet penuh angin ribut taufan

That's all folks. See ya in next update! :) Eh.. here's MY FIRST BUKU PINK :D

My EDD is 10 March 2012
:)

7 comments:

  1. haha,,normal la cek breast 4 1st time visit..i pon dia ckp soft..auwwww~
    tapi kan kk p9 ni ramai org,i pun fedap g cni.my fren g kk p3,dkt masjid besi tu,tak ramai org..

    ReplyDelete
  2. waniey
    hehehe.. saya tak tau pulak nak kena check breast. tu yang terkejut tuh ehehe.. tapi redhakan jela haha.. sama2 soft la kita ek.

    huh memang sangat ramaiiiii.. igt pegi ptg takde org. lagi ramai rupanya.. pegi kat sini sebab dkat dengan umah..

    ReplyDelete
  3. biar btl perut wani tu....terkezzzut tgk...

    ReplyDelete
  4. mai,
    uhukk iyela tuuu.. x tipuuuu.. kembong gile!

    ReplyDelete
  5. ehem2.. nak tanya sket.. mggu kndungn ke berapa korg g KKIA erk? info sket.. sbb nk chek my wife.. dh chek pakai pregnancy test.positif

    ReplyDelete
  6. Sahril
    Kandungan dah masuk 10 minggu atau 3 bulan dah bleh pegi bukak. Jangan lambat nanti misi marah!

    ReplyDelete
  7. Salam singgah & Salam perkenalan =)

    ReplyDelete