Monday, October 10, 2011

Saya Demam. Apa Ubatnya?

Assalamualaikum,

Semalam aku pergi MAEPS, Serdang. Pegi book sale Big Bad Wolf. Orang punyela raaaaaaamaaaaaaiiiiii..
Nasib baik dalam tu beraircond. Takdelah berpeluh menitik nitik sampai ke lantai. Tetapi kat luar sangat panas. Jadi apabila dah selesai membeli buku, keluar je, aku terus bersin hacumm hacumm.. Aih sensitif betul hidung ni. Then masuk pulak dalam kereta beraircond. Bertambahla kuat bersin. Dah pergi MAEPS, pergi pulak Jusco. Masuk tempat aircond dan orang ramai lagi. Maakin kuat bersin. Sampai naik bengong kepala aku. Berat je rasa. Mata, hidung dah keluar air.

Dan resultnye, saya demam selesema. Semalam tak boleh tido. Hidung ketat, tekak perit. Sah tonsil aku dah membengkak. Badan mula rasa lenguh dan sakit-sakit. Tertekan btul bila tak dapat tido sampaila ke subuh. Masa azan Subuh tu nak pulak tido. Setan nih memangle...

Harini pegi keje pun sangatla tak larat. Dok bersin lagi. Ofis dahla sangat sejuk membeku. Nak buat keje memang serba tak kena. At last aku pegi sick bay. Tido dari pukul 10 pagi sampai 12 noon. Hamik ko. Tanpa rasa sedar diri keje menimbun nimbun. Tahanla sikit bersin tu after dah tido. Tapi badan pulak panas. Kepala berat. Until now.

Balik keje tadi, aku terus panjat katil, Tarik selimut, amik tuala tutup muka. Kipas aku pasang 1 je. Paling perlahan. Nak suruh badan berpeluhla kononnya tapi tak berpeluh jugak. Apa ke degil sangat sweat gland aku nak keluarkan peluh.

Maghrib bangun, mandi mandi sket. Badan panas lagi ni. Kepala pun sakit. Selesema dah sedikit kurang.

Macamana ni? Aku malas nak pergi klinik sebab tahu doktor pun tak boleh nak bagi ubat sangat. Setakat panadol, aku pun boleh sendiri. Itupun aku penah dengar panadol ni tak elok sangat. By the way, panadol memang tak pernah memberi kesan pada aku..

Esok nak pergi cari vicks lah. Lega sket kalau dapat sapu kat belakang, dada and dekat hidung.

Kalau nak minum air 100Plus ok ke?

Apa korang buat kalau demam?

6 comments:

  1. amal,blh je nk minum 100plus,but make sure buang gas die dulu k..moga cepat sembuh k!rest well dear..=)

    ReplyDelete
  2. singgah2 usha breast pump jenama AVENT :)

    http://beautifulgirlshop84.blogspot.com/


    just 4 info

    http://beautifulgirl84.blogspot.com/2011/10/bahaya-air-putih-kepada-baby.html

    ReplyDelete
  3. ada giveaway from beautifulgirl...jom grab :)

    ReplyDelete
  4. ada giveaway from beautifulgirl...jom grab :)

    ReplyDelete
  5. amal..
    ika pn rasa minum 100+ lega sikit...
    hr tu gi klinik masa demam pn..dr just bagi ubat cairkan kahak je..
    ubat selsema n batuk mmg preggy women xleh makan sama sekali...
    dr ajar..suruh halakan muka n bernafas kat air yg dididihkan dlm rice cooker. supaya cair kahak kat dada..dia ckp demam xbhy kat baby..tp kalo x dirawat..kuman tu akan membahayakan baby...

    ReplyDelete
  6. yun
    thanks yun :) tu lah, gas kena buang dulu, kalau tak, tajam jugak rasanya..

    ika
    betul betul.. minum 100plus memang bleh lega sket. amal pun penah kat Sabah haritu, demam selesema teruk. banyak flames. kenala nebulizer sebab doktor tak boleh bg ubat. dia cuma bg ubat kumur ngan vit C je..
    alhamdulillah skrg dah sihat dah ni. demam dah hilang :)

    beautiful girl
    nanti kita tgk k :)

    ReplyDelete