Wednesday, February 8, 2012

Simpanan Buat My Darling Baby - Nak Simpan Kat Mana Eh?

Assalamualaikum,

Aku dua tiga hari ni dok pikir nak bukak akaun simpanan kat bank mana la untuk anak aku ni nanti....

Penting woo membuat simpanan dari sekarang. Orang kata menabung ni, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Insyaallah duit simpanan tu nanti boleh digunakan pada masa depan. Dunia sekarang ni kan perlukan banyak duit. No money no talk orang kata huhu.. Nak masuk sekolah, nak masuk universiti.. Nak kena beli insurans lagi.. Sakit pun nak pakai duit. Jadi ada baiknya kita menyimpan untuk anak dari sekarang.  

Kena pulak aku ni tak bekerja. Mengharapkan elaun yang diberikan husband bulan-bulan jela.. Husband pun umur 42 tahun dah pencen. Nak kena pikir nak buat ape pulak lepas tu. Banyak lagi komitmen dia kan? As husband and wife kenala compromise, saling tolong-menolong...

Soooo.... aku dah decided nak amik sikit dari elaun yang hubby bagi tu, untuk simpan untuk anak. Start next month kot? RM50 ke sebulan kan... 

Aku ada jugakla menabung sikit. Sikit jela. Sebabnya aku ni pemalas hahaha.. Keluar duit rajinla.. 


Tabung burger ni kawan-kawan aku bagi masa birthday aku yang ke 26 tahun lepas. Aiseh, tahun ni dah 27 dah umo. Tuanya! :P



Bila aku rajin je aku masukkan duit dalam tu. Duit seringgit seringgit tu sebenarnya duit yang aku tukar untuk raya. Tapi ada lebih pulak. Nak guna sayang sebab duit baru kan. Aku pun sumbatla dalam tu. Dah tak jadi baru jugak dah ehehe...



Kira-kira tadi ada la dalam RM70 (je??). Then kemas-kemas backpack yang aku bawak dari kampung, terjumpala beberapa sampul angpau yang orang bagi time kawin dulu. Baru teringat ehehe.. Ada la dalam RM96. Terima kasih pada yang bagi tu (aku dah lupe sape, except for one sebab ada notes diletakkan sekali). Semoga murah rezeki kalian. Insyaallah aku akan masukkan dalam akaun my darling baby nanti. 

Lepas ni nak menabung dengan lebih rajin. Macam my hubby. Dia memang pandai simpan duit. Dia pernah simpan duit dalam tabung botol susu yang besar tu, sampai penuh haaaa... Dia simpan duit 50 sen yang sekeping tu. Start dari awal tahun sampai akhir tahun. Rajin betul.. Tu saya sayang tuu ehehehe...

Ok, semangat sudah ada, niat pun dah dipasang, masalahnya sekarang ialah, nak menyimpan di mana? Any ideas guys bank mana yang bagus dan punyai faedah yang banyak?

12 comments:

  1. buka asb utk baby...hehe...tp stat je baby ada dlm perut, mmg kna menabung...x byk xpe, asalkn ada :)

    ReplyDelete
  2. waniey simpan duet haeqal kt tabung haji =)

    ReplyDelete
  3. hehehe. sy pn sgt ssh nk simpan uit. hik3. nk kuar tu rajin. skang pn dok fkr nk simpan duit baby kt akaun apa. hehe. mak suggest akaun yang tabung haji tu. :)

    ReplyDelete
  4. saye sekarang biler menabung-cakap kat asben..ni duit tabung baby-nanti baby dah kuar ley buat akaun tuk baby..:)

    ReplyDelete
  5. jom beli bedung on line..nyway i pun dah 34weeks....jgn luper follow eh

    ReplyDelete
  6. asb atau tabung haji pun ok..
    harus menabung dr kecik..=)

    ReplyDelete
  7. ada byk pilihan skang...

    tapi klu boleh diversified...
    pelbagaikan jgn tumpu pd satu je...

    leh tru Amanah saham didik, tabung haji dan juga insuran 3in1 plan sbb ia melindungi, melabur dan juga medical kad...penting tuuuu...

    akak amik prudential bsn sbb patuh syariah dan syktnye stabil...

    ReplyDelete
  8. mg bijak la amal menabung dr skg..ayda dulu xde pn menabung ni,selalu incik suami yg menabung,cukup satu tong mr potato tu kitorg kire dptla rm300+,buat beli brg baby..after bersalin ramai yg dtg ms cukur jambul airis sedekahkan duit utk dia,murah rezeki dia dpt rm1000+ jugak hehe..igt nt cukup 6bulan nk g buka asb utk dia..hai la anak,kecik2 dh kaya...mama jugak yg pokai sokmo hihi

    ReplyDelete
  9. alahai cutenya tgk tbung burger tue..Lau zura tgk tbung cute2 tue xlmla gmaknya duit lam tue,hihihi

    tp niat nak menabung tu mmg ada skrg..pasni da jnji ari2 nk try smpn rm5 tp mslhnya xmla ag xthu ble nk mla..Asl nka smpn jer ada jer nk bli..

    mmg bgus menabung dr skrg kan..kta pn xthu apa yg akn jd ms dtg..~teruskan usaha,chaiyok2..

    ReplyDelete
  10. akak pun ada tabung syiling mmg suka collect ..so duit tu duit nufail la...heheh..ada anak kan...

    ReplyDelete
  11. ekin
    yup. penting sangat!

    nana
    ASB eh.. akan dipertimbangkan ehehe.. tu lah, simpanan tu penting. utk kegunaan masa depan :)

    waniey
    yeke.. best tak simpan kat tabung haji? :D

    D yatie
    hehe sama pulak kita eh.. malas betul nak menyimpan ni huhu...tabung haji jugak? ok ok, akan dipertimbangkan ehe

    aty fared
    hehe a'ah elok menabung dari skrg :)

    bedung baby corner
    thanks for dropping by, sama la kot edd kita ek? :)

    fiezalisa
    heee ok.. nnt pilih nak menabung kat mana.. mmg ramai yg cakap asb n tabung haji :)

    mama noriz
    haa tu satu lagi. insurans. penting gak tu. sy dah yg sy sendiri. anak pun nak kena ada satu ni. kalo x amik yg saving pun amik medical card je.. kan?

    ayda
    ala x banyak pun simpan huhu.. lepas2 ni baru ingat nak consistent simpan duit..

    loveaqsha
    hehe kawan yg bg tu. kalau nak beli sendiri memang takde maknenyelahhh... takpe, yg penting niat tu ada. bila dah berkemampuan blehla mula menyimpan :)

    mimy hamid
    hehe tul tu kak.. dulu menabung utk diri sendiri. skrg untuk anak la pulak

    ReplyDelete