Assalamualaikum,
Harini nak bercerita pasal cloth diapers (cd) lagi. Harap takdela yang menyampah ek hehehe...
Just nak share macamana aku boleh teringin nak pakaikan my darling baby cd, mana aku dapat ilmu tentang cd dan kat mana aku beli cd ni... Since ada yang bertanya dalam previous entry aku pasal cd kan.. Mehla aku cite :D
Aku tau pasal cd ni long before aku kawin. Aku follow blog Ryehanna yang pakaikan anak dia cd. Comel oh. Tu yang aku terus tersangkut dan pasang niat nak pakaikan untuk anak aku juga nanti. Nak pakaikan kat anak atas tiga sebab:
- Aku berkenan dengan print dia yang comel. Nampak cute je bontot baby ehehe..
- Nak berjimat. Sebab ramai yang cakap pakai cd memang sangat jimat.
- Nak selamatkan alam sekitar. Cewahh cam poyo jek bunyinye kan. Tapi betulla, aku ni ex student environmental sc. Aku memang ada belajar what dispo diapers (dd) can do to earth. Bila dah sampah berlambak-lambak, dah takde tempat nak buang, yang tercemar bumi lah.. So, at least aku boleh support dengan mengurangkan penggunaan dd ni..
Tapi masa ni knowledge aku tentang cd memang zero. Maklumla tak kawin lagi. Belum ada anak. Takdela nak usaha lebih-lebih nak cari info ehehe.. Then bila dah kawin, sebulan lepas tu terus pregnant, aku bersemangat la kan nak tau lebih lanjut pasal cd. Kena pulak masa tu aku pun dah decide nak berhenti keje, so aku ingat nak beli sikit-sikit sebelum berhenti. Dah takde gaji susahla pulak nak membeli belah. Aku tak nak guna duit husband sebab yang nak guna cd ni aku sorang je. Hubby tak berapa nak sokong. Dia kata dia tak kisah nak keluarkan duit untuk beli dd bulan-bulan. Dia tak nak aku susah. Tak nak nampak macam kedekut sangat, tak nak keluarkan duit untuk beli dd.. Aku explainla kat dia kenapa aku nak guna cd ni. Dia pun dah malas dah nak argue ehehe.. Geleng kepala je tiap kali tengok aku dok online tengok cd haha.. Aku rasa dia ok je asalkan guna duit aku, dia takleh nak kata ape la kan ehehe...
Sebelum nak beli cd, kena la ada ilmu mengenai cd dulu... Tak nakla buta-buta beli pastu tak tau macamana nak guna. Dahla cd ni ada macam-macam jenis. Ada yang murah, ada yang mahal gile! Nak kena tau which one is good, which one not. Tak nak la dah invest banyak-banyak, sekali baby takleh pakai pun huhu...
Thanks to Ana yang add aku ke dalam support group Malaysian Cloth Diapering Parents dalam Facebook :)
Korang yang berminat nak pakaikan cd kat anak boleh join group ni. Saaaangat membantu tau! Macam-macam ilmu bleh dapat dalam ni.. Especially for beginners la sebab ramai otai cd parents dalam ni. Dan semuanya baik-baik. Sedia membantu bila korang ada masalah atau soalan.. Aku kekadang masuk group ni pastu jadi silent reader je ehehe. Baca apa orang post kat wall dan kutip ilmu dari situ... Macam-macam benda la boleh belajar.
Bila dah join group ni, luangkan masa baca 23 docs yang ada dalam group ni.. Tapi yang paling penting, korang baca la tentang:
Antara basic things yang korang patut tahu lah.. Aku pun amik masa jugak nak study ehehe.. Other than that, to get more info, korang bleh jenguk website Cloth Diaper Malaysia. Banyak jugak info especially for beginners :)
Ok, tu pasal ilmu mengenai cd. Kat mana pulak nak beli cd yang murah-murah? Dalam docs tu korang leh jenguk
Dalam ni ada list reseller cloth diaper. Boleh jenguk fb atau blog dorang :)
Haa kat sini la kalo nak beli cd murah-murah.
Berbaloi-baloi beli time promo :)
Yang ni pulak kalau nak dapat cd for free!
Join je contest yang reseller organize.
Mana tau ada rezeki kan :)
Aku beli dengan banyak reseller.. Antaranya aku beli dengan QT Alami Shop & Bummia Kids. Korang add la Facebook dorang ni sebab dorang punye facebook lebih updated daripada website :)
Aku memang banyak habiskan masa depan laptop menelaah tentang cd ni.. Maklumla, budak baru belajar kan. Slowly orang kata. Lagipun baby pun tak keluar lagi nih. Belum ada experience pakaikan pada baby. Hopefully my darling baby ok je pakai cd. Dah banyak duit mama habis ni sayang oii ehehe.. Nak beli dulu pun aku banyak tanya yang mana sesuai untuk newborn and boleh pakai sampai besar. Ramai yang suggest for beginners pakai je pocket cd dulu. Other types of cd macam AIO, AI2 etc pakaila bila kita dah mahir handle guna pocket tu. That's why aku banyak beli pocket cd je. Beli pun yang murah-murah dan ekonomi. Tak mampu nak beli brand yang mahal-mahal. Brand China sudeyy ehehe.. Walaupun murah, orang kata kualiti dia lebih kurang je. Yang pentingnye, kita pandai jaga.
So mommies, selamat berCD! Jom kita sama-sama berjimat dan menjaga alam sekitar kita ehehe..
olololo kiutnye...
amal ada promo cd brand wuddah..
ReplyDeletememang berbaloi..klik FB wuddah..
buy 1 free 1 lg..hehe..
amal ada promo cd brand wuddah..
ReplyDeletememang berbaloi..klik FB wuddah..
buy 1 free 1 lg..hehe..
ika
ReplyDeletehaa tu la. amal xde lagi brand wuddah ni. orang kata insert bamboo dia bagus sgt2. murah je kan.. promosi sampai end of this month. cepat grab! hehehe
tu la..rm 5 je..mmg berbaloi2..
ReplyDeleteamal! tQ sudi share! lid suke wlpn lid blm der rezeki bby lg...^____^
ReplyDeleteakak pemalas dik..heheh nak nak baby baru lahir kerap berak..pampers aje..
ReplyDelete