Sunday, February 5, 2012

Kelas Antenatal Part 2

Assalamualaikum,

Pheww malasnye nak update blog. Nape eh? Huhu.. Actually malas nak buat semua benda especially mengemas rumah. Guess I don't have the nesting instinct yet. Lambat lagila nak beranak ni. Orang kata kalo dah nak dekat beranak, ibu-ibu jadi sibuk nak mengemas rumah.. Tapi aku takde pun rasa nak mengemas ni, makanya lambat lagila tuh nak beranak. Ala, baru 35 minggu pregnant.... Chillax la kann...

Semalam 4 Feb 2012, aku dan hubby ke Hospital Likas lagi untuk kelas antenatal yang kedua. Kali ni ceramah pulak.

Pukul 9 pagi, kelas dimulakan dengan ceramah mengenai polisi menemani isteri dalam dewan bersalin. Dia explain la apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat etc.. Doktor cakap, husband kena pahamla kalo doktor nak kena gunting bahagian bawah wife tu.. Untuk kesenangan wife nak beranak kan. Hubby aku dah tarik nafas panjang dah masa ni. Boleh pulak dia cakap, "adui macam tak nak masukla.. Nak gunting-gunting pulak.. ngeri..." Haha aku gelak je.. Yang nak kena gunting tu aku, dia pulak yang ngeri...

Next ceramah ialah mengenai ubat yang boleh diambil dan tidak boleh diambil sepanjang mengandung dan selepas bersalin. Banyak jugakla ubatnya. Aku ada jot down tapi malas pulak nak taip kat sini, boleh? huhuhu... 

Lepas tu ceramah pasal breastfeeding. Dia tunjuk cara macamana nak pegang baby time menyusu, teknik pelekapan yang betul, cara nak simpan expressed breast milk (EBM), cara nak perah susu guna tangan.. Time ceramah ni punyela ngantuk hubby aku.. Siap tersengguk-sengguk lagi dia. Sabar jela aku.. Tau la breast feeding ni mak punye peranan je. Cuma bab bengkak susu je dia segar. Katanya, "kalo baby takmo nyusu sampai bengkak-bengkak, biar abah nye ajela yang menyusu..Sure tak bengkak dah" sambil gelak besar yang gatal gile bunyinya haha.. 

Habis ceramah bab menyusukan anak, ceramah pasal jaundice pulak... Yang ni pun aku ada take note jugak sebab anak aku kan berisiko tinggi nak dapat jaundice tu.. 

Sebelum tamat ceramah, nurse tunjuk pulak cara-cara mandikan baby.. Tak taula cane nak handle nanti kan. Sebab baby kan lembik je. Adui berdebar jugak rasanya ni..

Dan.. nurse pesan, nanti bawak lampin. Sebab kat hospital dorang akan pakaikan lampin je kat baby, takkan pakaikan disposable diapers (dd). Sebabnya dorang nak tengok baby dah kencing atau berak ke belum. Kalo pakai dd susah nak tengok katanya... 

Kelas habis dalam pukul 12 tengahari..

Balik rumah, solat Zohor, pastu tido terbongkang sampai ke petang ngehngehngeh..

p/s Sorila entry kali ni kurang berilmu huhu.. Aku kemalasan laa.. Oh ye, aku plan nak buat entry pasal cloth diapers (kat mana aku beli etc), tapi... aku MALAS! huhu.. Sori eh.. Dah rajin nanti aku post. Sorry all!


3 comments:

  1. kite tak pernah attend antenatal class spjg hamil. huhuhu. pergi-pergi check up bulanan then bersalin aje. hik3. =P

    http://notadyatie.blogspot.com/2012/02/kronologi-kelahiran-si-kecil.html

    ReplyDelete
  2. eh yer ke tak pakai pampers..HKL lagi galak pampers...cuma baju tak payah bawa byk la kat hospital gomen...tak guna sgt

    ReplyDelete
  3. d yatie
    kat sini wajib join kalo nak husband masuk dalam LR :)

    mimy hamid
    boleh pakai pampers kat spital, cuma dia kata bawak jugak lampin sebab lepas lahir tu dorang nak pakaikan lampin. senang nak detect baby dah berak n kencing ke blom.. baju baby ke baju maknye yg bawak sikit kak?

    ReplyDelete