Saturday, June 30, 2012

Shaheem Dah Meniarap Dah :D

Assalamualaikum,

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... Shaheem has achieved a new milestone today.. Shaheem dah pandai meniarap dah...

Kitorang baru balik dari airport hantar Mak Su Shaheem balik KL. Sampai je rumah aku letak dia atas tilam depan tv macam biasa. Aku pulak terus ke dapur settle keje rumah. Shaheem dok depan dengan my hubby. Suddenly hubby panggil cakap Shaheem dah pandai meniarap. Wah waahh sangatla excited kitorang ekekek.. Memula abah yang tolong tolak bontot and betulkan tangan Shaheem. Dah dapat meniarap sekali dia buat lagi. Buat lagi dan lagi sampaila berjaya meniarap sendiri.. Alhamdulillah. Bravo my boy! :)

Ni video yang aku amik. Masa ni dia dah cranky dah. Maybe dah tak larat dah nak meniarap. Plus lapar & mengantuk lagi. Lepas amik video ni, dalam pukul 1 macam tu, aku bagi susu then tidokan dia. Saaampaila sekarang, pukul 3 petang dia tak bangun lagi. Penat sangat ke belajar meniarap sayanggg? hehehe...



 Mama nih excited anak meniarap macam ape je kann? hehe

Wednesday, June 27, 2012

Shaheem Suka Hisap Jari. Good or Bad?

Assalamualaikum,

Just nak tanya pendapat mommies, baby suka hisap jari ni elok ke tak elok? Ada orang cakap tak elok. Sebab nanti jari baby jadi tak cantik. Kontot kontot.. Mak aku pulak cakap takpe. Dia cakap baby yang suka hisap jari ni budak baik... Haa aku lebih suka pandangan mak aku tu hehehe..

So, is it good or bad? Boleh mendatangkan bahaya tak kalo baby suka hisap jari ni?

Shaheem ni... suka betul hisap jari.
Ni antara gambar he's caught in the act.
Selalunye masuk satu jari je dalam mulut. Gaya cute dia.
Sometimes masuk habis sepuluh jari. Gaya geram.
Bila dah hisap tu sampai kecut-kecut haa jari.


Biarkan jela ek dia hisap jari. Bukan buat benda tak senonoh pun kan kan hehe.. Lagipun he's still a tiny lil baby. Baru 3 bulan lebih. Budak besar tu ape dia tau. Hisap jari pun sodappp katanye....



p/s Rambut aku banyak gugur sekarang. Whyla? 

Monday, June 25, 2012

Ada sape-sape rindu budak debab ni? ehe

Assalamualaikum,

Buat tatapan aunty aunty blogger yang mengenali Shaheem ehehh


Aduh, rindunye nak update blog. Banyak sangat kekangan. Sibuk nak jaga Shaheem yang makin banyak akal, sibuk nak ngemas rumah yang hari-hari macam tongkang pecah. Pelik jugak aku, anak kecik lagi, tak reti nak sepahkan rumah lagi tapi kenapa rumah ni asyik bersepah je?? Heran. Line internet pun cam harem kekadang. Ni kalo aku dapat publish ni pun kira sangat bertuah la nih...

Rindu jugak nak blogwalking, baca cerita mommies yang lain. Aku hanya mampu jeling tajuk jela huhu. Insyaallah, one fine day, bila ada masa, aku cuba jugak baca cerita-cerita korang..

Serius rindu.


Saturday, June 16, 2012

Tolong Suggest Car Seat pls

Assalamualaikum,

Hihihi.. kat Tuaran dah ni.. Update laju-laju sebelum line disconnect..

Just nak mintak opinion and suggestion daripada korang tentang CAR SEAT untuk baby macam Shaheem. Umur 3 bulan plus plus.. Erm kalau bleh nak car seat yang bleh pakai sampai besar.. sampai toddler.. And most importantly, AFFORDABLE! :D Yang harga around RM100-RM200 je ke.. Ada ke? Kalau korang tahu brand apa and kat mana boleh beli, online or offline, lemme know ya ;)

Terima kaseh!

Sunday, June 10, 2012

Post Terakhir Mungkin?

Assalamualaikum,

Ye, ini mungkin entry terakhir aku sebelum pulang ke Sabah esok. Di Sabah nanti, tak tau lagi bleh online ke tak huhu.. Broadband dah laaama tak bayar. Ada tertunggak RM137 kalau x silap aku. For sure dah kena terminate dah line. Aku tak bayar sebab duduk rumah mak ni curi line wireless akak aku teeheheehee.. Dah bayar sekalipun aku tak tau aku ada masa tak nak online. Yelah kan, keadaan dah tak sama macam time pregnant dulu. Ada masa sendiri. Sekarang nak kena jaga anak. Siang hari Shaheem jarang tidur. Malam memang tidur awal tapi aku rasa malam tu la aku ada masa nak kemas rumah, buat laundry ape sume kan?

Haihh, tak boleh imagine macamana nak urus rumah tangga, urus anak, urus diri sendiri bila dah balik Sabah. Macam sekarang dok kampung aku bleh relax lagi. Ada ramai orang nak tolong dukung Shaheem, bagi susu, tolong mandikan, basuh berak etc etc.. Kat Sabah nanti, I'm all alone! Encik hubby ada tapi dia kan keje.. Malam-malam la kalau nak tolong pun.. Boleh ke tak aku nak manage ni? huhu...

Doakanla semuanya berjalan lancar untuk aku ye?

Memandangkan aku mungkin dah susah nak online lepas ni, nak wish awal-awal la kat mommies yang tengah menunggu masa melahirkan anak.. ALL THE BEST mommies! Banyakkan berdoa, positifkan minda, rehatkan badan dan fikiran. Semoga semuanya dipermudahkan dan both mommy and baby selamat, insyaallah. Yang share due dates tu nanti aku update ye ;) 

Selamat berpantang dan berusaha menyusukan baby dengan susu ibu. Hmm kena banyak-banyak sabar k. Jangan jadi macam aku wuwuwu... 

Nanti kalau sempat aku online kejap, aku visitla korang ye. I mean, I'll visit your blog hehe... Sure rindu nak blogwalking nanti..

Aku ada plan nak buat scheduled entry sebanyak mungkin tapi aku takda masa huhu.. Banyak nak share. Cara mengira waktu subur (sangat penting hokkay hehe), penjagaan botol susu, kenapa baby yang minum botol kena burp dan baaanyak lagilah. Tengokla, klu sempat, aku buat malam ni.. Kalau nampak ada entry lain selepas entry ni, yang tu scheduled entry lah tu :D

Mommies, do enjoy being pregnant, enjoy being a mother! It's a gift given to Allah specially for us, woman! :)

Till then, 

lotsa love from Mama Amal & Baby Shaheem :)



Friday, June 8, 2012

Akaun Simpanan Saif Shaheem

Assalamualaikum,

Februari lepas aku ada buat entry bertanyakan tentang institusi kewangan mana yang sesuai untuk aku menyimpan wang untuk anak aku. Eh berapa banyak untuk ni haha..

Anywayyy, mister hubs dah pun bukak akaun untuk Shaheem. Kami bukak akaun Nuri di Bank Rakyat.. 

Aku tak campur sangat dalam hal ni. Serah semuanya pada hubby. Tapi, bila tengok kat website, profit rate dia macam sikittt jah huhu.. 



Tapi takpelah, dah bukak dah pun, dah start menyimpan dah punn.... Masukkan duit yang Shaheem dapat bila kawan mama atau kawan abah datang melawat. Murah rezeki Shaheem. Kami memang tak sentuh langsunglah duit dia. Ada la dekat RM1000 jugak masa first simpan haritu. Ni ada lagi dengan aku about RM200. Heh anak mama kayo! :P

Yang bestnya menyimpan dalam akaun Nuri ni, bila duit dalam simpanan cecah berapa berapa ratus, dia akan bagi hadiah. Aku pun tak tau berapa ratus nak kena capai baru dapat hadiah tu hehe.. So far, Shaheem dah dapat beg galas dan tabung..

Insyaallah mama akan menabung untuk Shaheem. Haritu dapat idea bagus dari salah sorang member MCDP. Dia kata dia masukkan 70sen dalam tabung setiap kali tukar cloth diaper anak dia. 70sen tu harga seketul dispo diaper di Sabah. Kiranya dia dah jimat 70 sen la.. Brilliant idea.. Nak buat macam tu jugak nanti. Hujung tahun boleh tengok berapa banyak jimat bila guna cd hehehe... Pastu boleh guna duit tu beli cd lagi hahaha.. Tell me, tang mana jimatnye tuuu? :P

Insyaallah, mama akan cuba simpan duit untuk Shaheem. Bila memikirkan keadaan aku sekarang yang tak bekerja, rasa risau pulak. Risau esok esok anak nak sekolah aku takde duit nak support dia. Nauzubillah. Bukanla nak kata duit ni penting dari segala-galanya tapi dalam dunia sekarang ni kan duit sangat penting. Takde duit tak boleh hidup betul tak?? Aku tak nak anak-anak aku susah... Tak perlu nak mengharapkan bantuan orang lain... Insyaallah mama dan abah akan usaha untuk berikan hidup yang terbaik untuk anak mama dan abah...


Thursday, June 7, 2012

LUCKY DRAW BY MYADYNA.COM

Assalamualaikum,

Hari ni mama Shaheem nak try join lucky draw by Mommy Adyna. Mana lah tahu kan, ada rezeki di bulan berkat bulan Rejab ni, insyaallah :)


Nak join klik kat sini ;)

Semoga ada rezeki Shaheem. Mama suke hadiah lucky draw ni sebab ada owl hehe.. cute!!

Wednesday, June 6, 2012

Shaheem 3 Months Old

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, baby boy mama dah 3 bulan dah hari ni... Mama dengan abah kawin setahun, Shaheem 3 bulan hehe.. Shaheem lah hadiah anniversary paling berharga untuk mama dan abah :)

4 Jun 2012 bawak Shaheem pergi klinik untuk cucuk 3 bulan..  Dos kedua DTAP/IPV/HIB.. Yang ni mama kena catat dan tulis besar-besar dalam blog, SHAHEEM TAK NANGIS LANGSUNG! Serius tak nangis. Takde ekk takde ukk.. Mama bangga dengan Shaheem! Masa nurse nak cucuk, mama peluk Shaheem kuat-kuat and Shaheem pun diam je. Takde pulak nak meronta bila mama peluk kuat-kuat. Agaknye Shaheem dah tau eh nak kena inject. Masa nurse dah inject jarum Shaheem steady je. Mama ingat Shaheem nak nangis bila nurse dah inject ubat. Tapi Shaheem tetap tak nangis! Tahap bangga mama ni macam bangga Shaheem dah dapat berjalan hahahaha.. Hebatnye anak mama nihhhh.. Sampai ke balik Shaheem steady je.. Aduhh cair hati mama tengok baby boy mama ni bagus sangat-sangat. I love you lah boy!!! :-*

Hehehe over tak mama Shaheem ni? :P

By the way, alhamdulillah Shaheem membesar dengan sihat..

Berat: 6.5kg (Last  month 5.7kg)
Tinggi: 63cm (Last month 59cm)
Lilitan kepala: 41cm (Last month 39cm)

Perangai pun dah macam-macam sekarang. Kalau tak kena cara tidur mulala nak nangis kuat tapi sangat manja bunyinya hehe.. Lapar pun sama, kuat betul nangis bila lapar.. Tapi mama dah tau dah Shaheem ni, kalo sakan dok menghisap tangan, hisap jari, hisap bibir, maknanya lapar la tuu.. Cepat-cepat mama bagi susu. Ermm Shaheem still minum 3oz je susu tapi kerap la... 2 atau 3 jam sekali.. Mama tak berani lagi nak bagi lebih dalam satu masa. Takut Shaheem muntah huhu... Shaheem kalau muntah over tau.. Ikut mulut tu biasalah. Ikut hidung tu yang paling tak tahan. Kesian mama tengok Shaheem. Tapi mujurlah, semenjak dua menjak ni dah kurang dah...

Shaheem dah pandai respons bila orang agah. Senyum-senyum, gelak-gelak. Paling kelakar, kereta pun boleh agah Shaheem! Masa mama nak reverse kereta, Shaheem gelak sebab kereta sekejap gerak, sekejap berhenti.. Hehehe macam-macam la Shaheem ni. Maksu nak record tapi Shaheem pantang nampak kamera depan muka. Dari gelak-gelak macam-macam gaya terus terdiam bila tengok kamera. Nak posingla  konon. Orang record video la sayang! Record video kena buat gaya huhu

Shaheem pun dah pandai marah-marah orang err to be specific, Shaheem marah dengan Mak Su! Masa tu Shaheem nak tidur plus lapar tapi Mak Su kacau Shaheem. Mak Su kiss kiss, Mak Su geletek geletek. Shaheem geram Shaheem nak pok muka Mak Su haha.. Dengan bunyi-bunyi suara marah lagi haa... Mama ada record tapi takleh nak share kat You Tube atau blog sebab Mak Su syeksyi tak pakai tudung kuikui... Takpe, mama simpan  video tu. Shaheem dah besar mama tunjuk k :)

Rutin tidur malam Shaheem masih sama. Bagus anak mama ni. Tak berjaga malam. Macam hari ni, pukul 7 lebih tadi dah tidur.. Ada la terjaga sekejap-sekejap sebab terkejut bising ke ape. Mama pok pok bontot terus tertidur balik. Dan tadi pukul 1 pagi Shaheem jaga mintak susu. Tapi mama selalu tukar diapers Shaheem dulu. Shaheem belum heavy wet lagi. Tunggu dah besar sket lagila kot nak heavy wet malam-malam. Tapi wajib kena tukar gak diapers. Abah dah bagi seruan kat mama, tukar diapers every 3 hours! Malam-malam pun kena tukar! Baiklah abah, mama menurut perintah hehe.. Dah tukar diapers baru bagi minum susu. Unless bila Shaheem dah meraung kelaparan hehe.. Tapi malam ni Shaheem good boy je. Mama tegur-tegur, Shaheem pun senyum manisss.. Haih laa anak, comelnye kamu. Saling tak tumpah macam mama! ehh ehh :P Now Shaheem dah tido balik dah pun. Burp sedas terus terlentok balik.. Tidurla dengan lena sayang...

Another 8 days nak balik Sabah. Haih, hati mama nih bercampur baur.. Sedih nak tinggalkan Mak Tok kat kampung tapi rindu jugak dengan abah di Sabah.... We have to kan sayang... Takpe, ada peluang nanti kita balik jumpa Mak Tok lagi.. Aduh sedih :(

Shaheem, mama sayang kamu! Membesar dengan sihat dan semoga Allah sentiasa melindungi kamu sayang...


p/s: Harini mama geram dengan diri sendiri sebab terlepas offer botol Tommee Tippee di One Baby World. Kelmarin tengok yang 3 packs harga RM46 je. Tapi mama tak terus beli. Harini baru nak beli sebab nak mintak persetujuan dari abah dulu. Sekali haa amik, harga dah naik jadi RM73. Huwaaaaaaaaa :'( Cemane nih Shaheemmmm.... Kat Sabah nanti payah beno nak mencarinya. Kalau ada pun sure mahalunnnn.. Adui, mama tension! Rugii rugiii....

Monday, June 4, 2012

4th June 2012 - 1st Anniversary Mama & Abah Shaheem :D

Assalamualaikum,

Yep, it was on this date in year 2011 we were solemnized.. Disatukan dengan ikatan yang halal dan sah.. Alhamdulillah dah cukup setahun dah kawin dengan my dearest hubby.. Hasilnyeee, dapat sorang anak teruna hehe.. Dah bersetuju, bersepakat, hadiah anniversary pertama ni ialah, ANAK! Lebih mahal daripada hadiah biasa hehe.. Sepakat juga, hadiah anniversary kedua ialah, ANAK juga! hahaha... Pengsan pengsan....

To my dearest husband, happy 1st anniversary! Thanks for being a lovely husband. Kita lupakan yang keruh-keruh,kita ingat yang jernih-jernih yang happy happy je k.. Takmo gaduh gaduh, takmo merajuk merajuk (peringatan untuk aku la tuu ekekeke).. Kita sama-sama berusaha membina rumah tangga yang bahagia, berusaha menjadi pasangan suami isteri yang melengkapi diri masing-masing dan berusaha untuk menjadi mama abah terbaik buat our darling son, Saif Shaheem, okkay! Sayang sayang abang! >:D< :-*

Mari refresh balik memori kawin dengan menonton video nii.. Courtesy of my sista, Dila Milin. Hehe rajin dia buat. Thank you sis. I'll watch this on every anniversary!!



Hee rasa macam nak kawin lagi sekali laa.. With the same groom of course! :P

Sunday, June 3, 2012

Video Shaheem Bobo! Hihi :P

Assalamualaikum,

Hahaha mama jahat kann.. Saje je nak tunjukkan kat seluruh dunia macamana gaya Shaheem bila bobo/berak hihi.. Huih dia meneran tu macam taik dia keras je. Padahallll.. hehe tak nak cakapla kan macamana teksturnya.. Ni pun kira ok aku share video gaya dia bobo.. Kalau aku share gambar hasil bobo dia tu macamana? Hahahaha.. over la tewww kalo sampai tahap taik anak pun nak share dengan semua orang. Er actually penah member aku upload kat fb gambar taik anak dia. Aku ni punyela dok tilik, ape benda la kuning-kuning. Kuih ape nihh.. Sekali taik ko! Termaki hamun jugakla dalam hati hehe.. Bagi aku tak perlula sampai poop anak pun nak share dengan semua orang. Walaupun kita sebagai mak ni suka tengok harta karun anak kita tuh, orang lain jijik memandangnya. 

Ok ok sudahla tu membebel. Mari tengok gaya Shaheem memerut.. Dengan penuh perasaang ok!



Alhamdulillah daripada lahir hinggalah sekarang Shaheem tak pernah mengalami masalah cirit birit atau tak berak langsung. Hari-hari berak sekali sehari. Risau jugakla kan sebab Shaheem minum susu formula sepenuhnya. Kalau baby yang bf, normal kalau tak berak berhari-hari. Bagi yang minum fm pulak tak normal kalau baby tak berak atau cirit birit. Kemungkinan besar baby tak sesuai dengan susu tu.. Tapi alhamdulillah lah Shaheem ok. Hilang kerisauan aku.. Kalo tak, lagila aku stress sebab aku takleh bf Shaheem. Pastu mulala nak blame diri sendiri, nak blame husband, nak marah Shaheem.. Kang tak pasal-pasal mama meroyan lagi huhuh.. Nauzubillah.. Ya Allah, Kau jauhkanla perkara tersebut dari menimpa aku lagi. Aku tak sanggup Ya Allah! Astaghfirullahalazim.....

Shaheem, membesarlah dengan sihat ye nak? I wof U! Always and forever! :)



Saturday, June 2, 2012

Putera Mama

Assalamualaikum,



* Mata sepet macam mama *
* Dahi luas macam abah *
* Pongoh (garang) macam abah*
* Kalo nangis mesti meleleh-leleh air mata keluar - sebijik macam mama! haha #dramaking! *
* Putih macam? Err bukan mama dan abah! haha.. Tak tau la macamana Shaheem ni bleh cerah kulit pulak sedangkan mama abahnye tak berapa nak cerah hehe.. Kuasa Allah kan kan... *
* Suka tido mengiring * 
* Kuat muak/muntah susu - ikut hidung dan mulut! Haihh... *
* Berak sekali sehari, tiap-tiap hari! Biasanya pagi-pagi dah menuai hasil hehe *
* Kuat kentut. Kuat plak tu bunyinye. Mama selalu menjadi mangsa keadaan. Shaheem yang kentut, mama yang dapat nama. Adeh... *
* Suka hisap jari *
* Suara kuat, boleh tahan! *
* Susah nak senyum. Agah lama-lama barula nak senyum/gelak. *
* Suka dikendong/didukung *
* Masih survive tido tanpa buai hehe.. Tapi mamanye yang sakit pinggang, sakit belakang, lenguh lengan dok mendukung sampaila dia tido.... *
* Dah pandai nak pegang-pegang botol susu *
* Dah boleh angkat kepala bila kita pegang tangan dia masa dia baring.. *
* Tido buas.. Kaki selalu nak terkeluar dari tilam. Kepala selalu jatuh dari bantal.. Ikut perangai sapela?? ekeke *
* Menangis apabila lapar atau mengantuk *
* Tak suka tido siang. Paling lama tido siang hari, 2 jam. Paling sekejap, 5 minit kot? *
* Tido malam pukul 9 atau 10. Bangun untuk menyusu pukul 3 atau pukul 6 pagi. Every night! Mama memang rehatlah. Tak perlu berjaga malam sangat nak menyusu/bermain dengan Shaheem. Mama berjaga malam update blog je hihihih... *


Mama loves you Sayang!



Friday, June 1, 2012

Doa Amalan Ibu Hamil

Amik ni dari Facebook. Lupa dah source. Sorry!

Click gambar untuk tengok lebih jelas.
Better print dan tampal kat dinding! :)

Masa aku pregnant dulu aku ada mengaji.. Baca Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Luqman.. Surah-surah lain pun bacala jugak. Sebelum tido selalu perdengarkan bacaan ayat suci Al Quran pada anak dalam perut. Letak handset atas perut je hehehe... Shaheem pernah respons. Dia tak berhenti gerak dalam perut bila aku pasang ngaji. Best sangat rasa dia dok rolling rolling dalam perut.

Nak dekat-dekat bersalin tu pulak mak aku suruh banyakkan baca Surah An-Nahl ayat 78. 


Baca terjemahan ayat tu pun dah buat aku rasa sayu dan sedih sangat... Masa sakit contraction mulut aku memang kumat kamit dok baca ayat ni. Macam nak bagitau anak, dia keluar dari perut aku nanti dengan bantuan Allah.. Supaya dia bersyukur di atas kurniaan Allah yang menjadikan dia sihat dan sempurna.. Huu ingat-ingat balik memang sedih sangat rasa. Bila sakit makin kuat, aku baca ayat ni kuat-kuat sebagai perangsang untuk diri aku dan baby... Serius kuat ok hehehe.. Tak peduli dah dengan orang sekeliling..

Selain daripada tu aku baca juga Zikir Nabi Yunus..


Tak henti-henti jugak menyebutnya masa sakit contraction tu. Kadang-kadang sebab terlalu asyik dok berzikir dok menyebut kalimah-kalimah yang memuji Allah, kita akan lupa sekejap pada sakit tu. Trust me! Jadi zikirla banyak-banyak. Zikir ni kan ada macam-macam. Carila kat You Tube. Berlambak. Aku dulu pun bukan tau pasal zikir-zikir ni. Tak pernah nak amalkan.. Tapi bila dah pregnant, rasa macam penting sangat untuk tahu. Aku tak nak anak aku macam aku. Dah tua baru nak amik tahu. So dari kecik lagila nak kena terapkan.. Lebih elok dari dalam perut lagi kan? Sentiasa sebut-sebut, dan semoga lidah Shaheem lembut untuk mengungkapkannya juga... Banyakkan juga beristighfar. Dengan harapan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita...

Semoga dengan amalan ni mommies semua mudah untuk bersalin, insyaallah...