Thursday, May 31, 2012

Shaheem Sakit Mata

Assalamualaikum,

**Ni cerita lama, berlaku masa Shaheem baru lahir dulu lagi tapi sekarang baru nak share...**

Alkisahnya, selepas je Shaheem selamat keluar dari perut aku dan diletakkan di atas dada aku, aku ada nampak cecair warna kuning-kuning di tepi mata kanan dia. Aku suspect tu poop dia. Shaheem kan dah berak dalam perut. Selepas dia dibersihkan cecair kuning tu ada lagi tapi sikit jela. Masa tu baru aku tau Shaheem tak dimandikan pun. Dia hanya dilap-lap dan dipakaikan baju..

Dua tiga hari selepas tu aku perasan mata kanan dia tu selalu berair. Aku suspect tear duct mata kanan dia ni over sensitive huhu.. Terlebih air.. Hehe pandai-pandaila kan buat teori sendiri. Bila dia bangun dari tidur sure akan bertaik mata. Penatla dok lap mata dia tu hari-hari. Masa tu aku tak cuak sangat. Rasa macam benda tu normal je for newborn. 

Photo taken on 20 March.
Mata kanan sedikit berair.
Masa ni hari-hari dok bersihkan mata dia tu especially selepas bangun dari tidur.

Then pada satu haritu, di Putrajaya (transit sebelum balik ke KB and 2 weeks after birth), aku notice makin teruk pulak mata dia tu. Sampai satu tahap dia jaga dari tidur mata dia tak bleh bukak sebab melekat dengan taik mata. Aduhh aku serius panik masa tu. Rasa macam nak ajak kakak aku pegi klinik masa tu jugak. Tapi dah tengah malam dah. Kakak aku pun dah tidur dah time tu huhu.. Sabar sabar.. Esok pagi baru pergi...

Nampak tak mata kanan dia berair? 

Both photos taken on 24 March. Di Putrajaya.
Ni gambar dia baru bangun dari tido.
Teruk kannn? Ni yang paling terukla sebenarnye.
Tu buat aku cuak tu huhuh..
Aku nangis wehh tengok dia macam ni.
Macam-macam benda ngarut aku dok pikir huhu

Aku pergi ke Klinik Lita Alis di Precint 9. Doktor cakap mungkin infection atau conjunctivitis. Tapi dia kata dia takleh nak advice lebih-lebih sebab Shaheem pun kecik lagi. Dia bagi refer letter jumpa dengan pakar mata. Ubat pulak dia cuma bagi ubat titik je. Kena titik dalam mata Shaheem 2 kali sehari. Erm at first aku a bit reluctant sket nak titik ubat tu dalam mata Shaheem. Bukan apa, aku takut jadi lebih teruk je bila titik ubat tu dalam mata dia huhu. Aku sendiri pun tak pernah titik-titik mata aku apatah lagi nak titik dalam mata Shaheem yang baru berusia 2 minggu lebih masa tu. Bila bagitau hubby, teruk aku kena lecture hahaha.. Dia kata, "susahla macam ni.. bila tengok mata anak sakit takut-takut. Tapi bila doktor dah bagi ubat tak nak guna pulak. Bila anak nak sembuh? Doktor tahula apa yang dia bagi tu... Takkan dia nak bagi ubat yang baby takleh guna plak..." Eh mana tau kannn, doktor buat silap? Tapi aku takdela menjawab apa yang hubby aku cakap ehehe.. I admit aku yang over. Takut sangat.. 

Aku pun ikutla arahan titik ubat tu dalam mata Shaheem 2 kali sehari. Hasilnya? Ermm masih sama. Mata Shaheem masih berair cuma mungkin dah tak terlalu teruk..

Balik KB, aku makin risau sebab tak baik-baik lagi mata Shaheem tu. Kebetulan hubby pun dapat off 3 hari dari kursus dia di Lumut, kitorang pun bawakla Shaheem ke Hospital Pakar Perdana, nak jumpa Pakar Mata. Tapi sayangnya hari kitorang pergi tu doktor takde pulak. Esoknya baru ada. Kitorang pulak yang tak boleh sebab dah nak balik Besut. Rasa tak best jugak kalau tak jumpa doktor ni so aku mintak dengan dorang nak jumpa dengan pakar kanak-kanak je dulu. Mungkin dia bleh bagi second opinion sebelum kitorang jumpa pakar mata kan?

Paediatrician yang consult Shaheem haritu wife Malek Noor, Dr Wan Asma hehehe... Memula tak perasan pun nama kat pintu tu nama dia. Masa kitorang pegi bilik dia tu dia takde. Pergi round ward. PA dia yang bagitau kitorang sebab dia nak tunjuk gambar-gambar kawin dorang dalam majalah hehehe.. Bila tengok dia depan-depan lain sangat dari dok tengok dalam tv dan majalah tu. Dia humble orangnya. Aku cakap dengan dia, "Congrats doktor. Kejap je cuti?" hehehe ngada kan soalan haha.. Dia jawab, "lama jugak dah cuti, 10 hari. Lagipun saya busy dia pun busy..." Sambil senyum dia jawab. Sweet sweet hehe.. Masuk bilik dia, wallawehh, deco cantek! English style. Kat dinding penuh gambar anak dan cucu dia.. Atas meja pulak ada gambar kawin dia. Sweet mweet hehe.. Eh eh ni nak cite hal anak ke nak cite hal mak dia over excited lebih jumpa bini artis? Haha amponn, terpesong niat! 

Ok ok sambung cerita. Aku bagitaula Dr Wan Asma yang Shaheem ni sakit mata dari newborn lagi. Aku tanya dia adakah ni infection dari poop dia? Dr Wan kata tak sebab najis tu bring no harm to eyes. Erm aku dah lupa explanation dia (buleh??) hahaha.. Last last dia bagi ubat titik sama macam yang aku dapat dari doktor di Klinik Lita Alis huhu.. Cuma kali ni kena titik setiap 6 jam sekali. Dan teruskan lap mata Shaheem guna kapas bersih dan air suam. Tak bleh guna air paip ok!

Belah kiri ubat titik dari Hosp Pakar Perdana.
Belah kanan dari Klinik Lita Alis.
Sama je ubatnya. Dos je yang berlainan..


Everyday selama lebih kurang seminggu jugakla aku titik mata Shaheem 6 jam sekali. Dan hasilnya, alhamdulillah, mata kanan dia clean and clear. Cerah dan tak berair. Bila dah tak berair taik mata pun takde dahla. Legaaaa sangat tau.. 

1 April 2012.. Dah ok sikit dah :)

Sampaila ke hari ni mata dia dah ok. Alhamdulillah.. And hopefully takkan berulang lagilah..

24 May. 
Amacam? Menggoda tak renungan mata Shaheem? haha


Google pasal sticky eyes and I found this info...

It is not uncommon to notice a clear, white to yellow discharge at the inner corner of your baby's eye (or eyes), especially in the first 48 hours following the birth. There may also be a crust formed on the eyelid and eyelashes, causing the eyelids to 'stick' together slightly (particularly after the baby has been sleeping). This is often referred to as a 'sticky eye', and is not usually an infection in newborns.  
Sticky eyes occur when the extremely fine tear duct that leads from the inner corner of the baby's eyes (near their nose) is blocked by fluid and debris (such as amniotic fluid, vernix or skin cells). Newborns have difficulty flushing their own eye out, as they do not produce tears in the early weeks.
Sticky eyes are usually different to the highly contagious eye infection 'conjunctivitis' (that is more prevalent in toddlers and older children). Conjunctivitis tends to have a heavier 'yellow' discharge and the eye generally looks red and can make the skin around the eyes look swollen. If your baby's sticky eyes start to show these symptoms, see your local doctor, as your baby may require antibiotic drops or ointment. Ideally, a swab test of the sticky eye should be taken first and sent to the pathologist.

Baca lebih lanjut di Birth.com.au | Sticky Eyes.


Anak mommies pernah mengalami masalah yang sama?


Wednesday, May 30, 2012

Travelling During Pregnancy - MAS & Air Asia

Assalamualaikum,

Ini entry yang dah berkebuk duduk dalam draft. Aku amik dari blog Sisanizu kalau tak silapla. Amik time pregnant dulu lagi. Untuk rujukan sebab masa tu aku nak fly ke Sabah.. Tapi lepas copy simpan je dalam draft. Lupa nak edit sikit-sikit then publish. 

Untuk pengetahuan bakal ibu yang akan travel dengan MAS atau Air Asia.. 

Malaysia Airlines (MAS)

If you are travelling during pregnancy, you will require a letter from a doctor or midwife confirming good health and expected date of delivery should be made available for verification beyond the 28th week of pregnancy. Medical clearance is required for pregnant women if delivery is expected in less than 5 weeks after the departure date or if any complications in delivery may be expected.



The following are cases not recommended for women to travel:

  • After 32nd week of pregnancy for those with multiple pregnancies (e.g. twins).
  • After 35th week of pregnancy for international flights.
  • After 36th week of pregnancy for domestic sectors.
  • Until 7 days after delivery.

AirAsia 

Pregnant Passengers: It is the duty of pregnant passengers to advise of the progress of their pregnancy at the point of booking of seat and at the check-in counter. Carriage of pregnant passengers is subject to the following conditions:

(a)
Pregnancy up to 27 weeks (inclusive): accepted without a doctor's certificate subject to the passenger signing a Limited Liability Statement.

(b)
Pregnancy between 28 weeks to 34 weeks (inclusive): passenger shall produce a doctor's certificate confirming the number of weeks of pregnancy and that she is fit to travel. Certificate shall have been issued not more than seven (7) days before the scheduled flight departure date. The passenger will be required to sign a Limited Liability Statement.

(c)
Pregnancy 35 weeks and above: AirAsia will refuse carriage.



Aku tambah sket yang Air Asia ni sebab aku naik Air Asia je balik kampung after bersalin haritu.. Kalau MAS, 7 days after delivery dah bleh fly. Air Asia pulak tetapkan usia baby 9 hari baru boleh fly. Tambang pulak fix RM50.  Mahal la bagi aku. Aku amik tiket KB-KL, tiket dewasa RM49 je tapi tiket Shaheem fix RM50.  Walhal baby takde seat dan takde luggage. Kenapa nak charge baby sampai RM50. Ada sape-sape bleh explain?huhu

Tuesday, May 29, 2012

Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan

Assalamualaikum,

Ehem... anak lelaki dah ada.. Kalau nak pregnant lagi of course nak anak perempuan pulak kan? Jom intai tips nak dapatkan anak perempuan.. By the way, kita hanya mencuba, Allah SWT yang tentukan semuanya..


FAKTOR PERSETUBUHAN

1. Mula-mula anda perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi chromosome X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah dikeluarkan tersebut. Jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan (XX) dan jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki (XY).


2. Jika dibandingkan dengan sperma Y, sperma X adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid. Sperma Y pula lebih kecil, bergerak lebih pantas akan tetapi tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid.

3. Melihat pada sifat sperma X yang pertama, ianya bersaiz besar dan pergerakannya lebih lambat berbanding sperma Y. Oleh disebabkan itu, persetubuhan seelok-eloknya dilakukan 2-4 hari lebih awal daripada tarikh ovulasi dijangkakan berlaku dan elakkan persetubuhan semasa waktu ovulasi. Seandainya persetubuhan dilakukan pada hari ovulasi, sperma Y akan sampai lebih awal dan mempersenyawakan ova. Jikalau kita melakukan persetubuhan beberapa hari lebih awal, sperma Y telah mati, walaubagaimanapun sperma X masih mampu lagi bertahan dan dapat mempersenyawakan ova yang baru dikeluarkan itu.

4. Kedudukan penetrasi semasa ejakulasi dilakukan juga boleh memainkan peranan. Sekiranya penetrasi tidak begitu dalam semasa ejakulasi, sperma terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada sperma X kerana ia mampu tahan lebih lama jika perjalanannya lebih jauh. Penetrasi yang dalam serta ejakulasi yang sangat hampir ke pintu rahim akan membantu sperma Y agar sampai lebih awal ke ova kerana pergerakannya yang lebih pantas itu.

5. Melihat kepada sifat yang kedua, sperma X mampu bertahan lama dalam medium berasid. Mencuci di bahagian dalam faraj secara “vaginal douching” menggunakan air yang berasid seperti produk “Summer’s Eve-jenis Water and Vinegar” 30 minit sebelum persetubuhan juga dapat memberikan kelebihan pada sperma X kerana sperma Y tidak mampu bertahan lama dalam keadaan berasid.

FAKTOR PEMAKANAN


a. Faktor pemakanan secara teori juga boleh meningkatkan tahap keasidan di dalam faraj, lebihkan makanan yang meningkatkan keasidan seperti jagung, oat,roti, nasi, spaghetti, macaroni, buah zaitun, plum, prune, pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya, kacang kuda, kacang dhal, kacang merah, hasil tenusu seperti mentega, keju, aiskrim, mentega kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas, Coca-cola dan banyak lagi.

b. Anda juga perlu mengurangkan makanan yang meningkatkan kealkalian badan seperti sayur-sayuran seperti alfalfa, brocolli, kobis, kobis cina, saderi, timun, terung, bawang putih, salad, cendawan, bawang, bayam, labu, spirulina, keledek, tomato. Buah-buahan seperti epal, pisang, kelapa segar, buah kurma dan buah tin kering, tembikai, tembikai susu, pear, kismis, strawberry, buah-buahan sitrus, almond, buah berangan, rempah-ratus seperti rempah kari, kayu manis, halia, garam laut, herba-herba, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, air mineral dan banyak lagi. Walaupun buah-buahan sitrus berasa masam tetapi ia bertindak meningkatkan kealkalian badan.

Walau bagaimana pun, tidak perlu anda makan semuanya dari kategori makanan berasid, cuma pastikan makanan yang diambil lebih daripada kategori berasid. Ini mungkin perlu sedikit penyesuaian dan anda perlu belajar makan makanan yang anda kurang gemari.


Dah tau petua ni, blehla cuba try test ye. Aku belum lagi. Sabar dulu. Tunggu Shaheem besar. Tapi kalau ditakdirkan pregnant lagi dalam masa terdekat, aku terima dengan hati terbuka.. Cewaahhh padahal cuak gak ni kalo mengandung lagi :P

Monday, May 28, 2012

Shaheem Ketawa dan Senyum Dalam Tidur

Assalamualaikum,

Haa baby mommies semua pernah tak time tengah nyenyak tido tetiba je tersengih-sengih, tergelak-gelak. Mesti pernah kan. Shaheem selalu je hehe..Especially masa aku masih pangku dia selepas menyusu. Kekadang dia sengih-sengih tu siap ada bunyi lagi. Macam small giggling.

Yang mengejutkan aku, semalam dia gelak kuat sangat. Macam ada orang dok agah dia atau dok geletek dia. Kalau aku agah dia pun tak pernah pulak dia gelak besar macam tu. Masa tu aku tengah riba dia sebab dia baru lepas hisap susu. 4oz licin. Kekenyangan sangat ke sayang oi? Memula aku ingat dia nangis tapi bila tengok riak wajah dia tu, huh muka happy habes! Siap sambung dengan senyum-senyum lagi ehehe.. Tapi mata maintain pejam. Geli hati aku tengok dia macam tu. So comels hokkayy :D Tak sempat pulak nak snap pic atau record video. Kalau tak, bleh share dengan korang and abah Shaheem yang sekarang berada nun jauh di Sabah. Hmm tak banyak pun gambar dia senyum time tido. Selalu tak sempat nak snap...

Ni je gambar Shaheem senyum dalam tido yang aku ada.
Ignore the quality of the pic please!

Jadi kenapa sebenarnya baby senyum atau ketawa dalam tido? Dorang bermimpi ke? Mak aku cakap Shaheem senyum tu sebab bidadari di syurga tegur.. Ada pulak yang cakap baby tengah main-main dengan uri dia.. Bila aku google, ada satu kajian dijalankan oleh researchers Japan. This is what they said,

Newborns laugh in their sleep say researchers from the University of the Sacred Heart and the Primate Research Institute of Kyoto University (both in Japan). 
Babies were previously believed not to be able to laugh until they were older than four months, but the research found newborn infants began laughing as early as 17 days after their birth.  
The survey's findings are thought to indicate that babies begin to develop both emotions and means of expressing those emotions at a much earlier age than previously believed.

Read: http://www.medicalnewstoday.com/releases/7365.php

Bila google lagi jumpa Q&A ni plak...

Kenapa Bayi Selalu Senyum

Soalan

saya ingin bertanya apakah sebab bayi selalu senyum terutama semasa tido.ada pendapat menyatakan kerana bayi tersebut melihat malaikat.adakah ini benar?

Jawapan

Tidak benar sama sekali atas anak yang tidur itu senyum kerana nampaka/berkomunikasi dengan malaikat.  Walau agaimanapun dalam aspek psikologi ada yang berpendapat anak yang senyum semasa tidur itu menunjukkan ketenangan dan ada pula yang berpendapat anak yang senyum ketika tidur itu ialah ia sedang bermimpi (mimpi enak) kerana mimpi itu adalah permainan tidur. 

Hmm aku rasa tiada jawapan tepat kenapa baby senyum dalam tidur.. Hanya Allah yang lebih mengetahui kan? Apa-apapun, aku suka tengok dan suka dengar Shaheem senyum atau gelak masa tido. Sangat menghiburkan hati! :)

Sunday, May 27, 2012

Minyak Telon Untuk Baby

Assalamualaikum,

Aku setakat ni dah try guna 3 minyak telon untuk Shaheem.

Minyak telon pertama ialah Minyak Telon Bebiku.


Minyak ni akak aku yang bagi. Dari Shaheem baru lahir sampaila dia umur sebulan lebih kot guna. Ok je Shaheem dengan minyak ni.. Siap sengih-sengih lagi bila aku sapu kat perut dia. Sengih geli ke sebab ape ke aku tak taula hehe.. Minyak ni takde bau sangat. Cuma aku rasa minyak dia terlalu cair. Pastu botol dia tu takde penutup yang kecik tu. Cane eh nak describe, dia takde penutup macam minyak TYT tu. Kalau nak tuang, kena tuang perlahan-lahan, kalau tak tumpahle sebotol huhu...

Dah habis sebotol minyak telon Bebiku ni, hubby beli Minyak Yu Yee Cap Limau pulak...



Tapi sayangnye Shaheem tak suka minyak ni huhu.. Panas kottt.. Korang tak rasa panas ke minyak ni? Aku tak pernah guna pun minyak yu yee sebelum ni so tak taula minyak ni panas. Satu haritu lepas mandi sebelum pakaikan Shaheem baju, aku sapu la ubat ni kat perut dia, kat belakang dia. Sekali melalak haa diaaa.. Kuat pulak tu. Terkejut aku. Sebelum ni Shaheem mana pernah nak nangis kalau sapu minyak kat badan dia. Memang selalu lepas mandi dia ceria-ceria je.. Aku masa tu suspect dia lapar dan mengantuk.. Keesokan harinya macam tu jugak. Dia menangis lepas aku sapu minyak. Masa tu baru aku perasan tangan aku panas. Barulaah aku dapat tahu yang dia tak selesa dengan ubat tu. Terlalu panas dan berangin. Aku try sapukan kat badan aku pun aku bleh rasa kepanasannya, apatah lagi baby macam Shaheem kan huhu... Aku pun stopla guna minyak ni kat Shaheem. Pakai kat diri sendiri pulak. Bila perut kembung, sapu minyak ni, huh legaa... Berderu-deru angin keluar haha..

Dah minyak yu yee buat Shaheem melalak, aku guna pulak Minyak Daun Ubat keluaran TYT... 



Sampaila sekarang dok guna minyak ni. Dia macam minyak telon Bebiku kot lebih kurang cuma minyak dia lebih pekat.. Bau macam serai gitu. Shaheem relax je pakai sebab tak panas kan ehehe..

Oh ye, masa aku menggoogle image minyak TYT, terjumpala artikel pasal minyak TYT diharamkan. Hohh mau tak terkejut aku.. minyak ni diharamkan sebab kandungan merkuri terlalu tinggi. Dah cuak-cuak sebab aku dah guna sebotol dah kat Shaheem nihh... Selidik-selidik balik rupanya yang diharamkan ialah Minyak TYT yang lain iaitu Minyak Twee Hong Suah ni... Legaa..

Haram! Baca di sini..

Korang pulak guna minyak mana satu? Ermm aku plan nak beli Minyak Mestika untuk baby.. Ada orang kata minyak tu pun bagus. Rasa macam nak try lah. Lagipun keluaran bumiputera kan. Insyaallah terjamin kualitinya.. Ada sape-sape guna? Best tak?



Saturday, May 26, 2012

Korang Penah Buat? :P


Muahahaha.. gelak guling-guling aku tengok gambar ni. Jahat betul bapak budak nih.. Takleh ke tinggal kejap game tu, bagi anak tido dulu ke ape huhu..

Korang penah ke buat macam ni semata-mata nak update blog atau main facebook? Aku pernah kot muahaha.. Tapi takdela letak Shaheem depan komputer macam mamat dalam gambar ni. Aku biasanya letak Shaheem atas tilam pastu dia main sorang-sorang, cakap sorang-sorang. Mama nye syok dok mengadap laptop hahaha.. Abang aku selalu sound, "eh mama baru ni.. asyik ngadap laptop jeee... bila nak tengok anak?" Aku jawab, "facebook makkkk" hahahaha tiru iklan beskot jacobs tuh ekekeke...

Kejam tak aku? hihi.. Sekali sekala je pon.. Dah Shaheem good boy, tak lapar, kasik can la mama dia nak berfoya-foya dengan alam maya kejap kan? Tapi Shaheem ni kadang-kadang pandai jugak nak attention. Dia buat nangis-nangis manja. Bila aku agah dia barula sengih balik. Dia just nak make sure ada orang bersama dia...

Ape-ape pun, peringatan untuk diri sendiri, nak berfacebook ke nak update blog ke, nak shopping online ke nak baca gosip kat Beautiful Nara ke, anak jangan diabaikan :D



Friday, May 25, 2012

Baby's Monthly Achievements

Assalamualaikum,

Snap chart ni di klinik masa jumpa doktor sebab aku sembelit hoho...


Sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas :)


1 Month Old

  • Responds to sound
  • Lift head

2 Months Old

  • Makes cooing sounds
  • Holds head up for short periods

3 Months Old

  • Laughs
  • Holds head steadily

4 Months Old

  • Holds head up steadily
  • Coos when talked to

5 Months Old

  • Amuses self with hands
  • Can roll over

6 Months Old

  • Rolls in both direction
  • Turns toward sounds

7 Months Old

  • Sits without support
  • Imitates speech sounds

8 Months Old

  • Says "dada" and "mama"
  • Begins to crawl

9 Months Old

  • Stands if holding onto something
  • Combines syllables into wordlike sounds

10 Months Old 

  • Crawls well
  • Waves goodbye
  • Picks things up with pincer grasp

11 Months Old

  • Stands alone for a couple of second
  • Plays petty-cake

12 Months Old 

  • Jabbers wordlike sounds
  • Indicate wants with gestures

Wednesday, May 23, 2012

14 Mei 2012 - Shaheem Demam Buat Pertama Kali

Assalamualaikum,

Yep, Shaheem first time demam pada 14 Mei 2012. Aku suspect Shaheem demam sebab terlalu banyak terdedah pada angin luar. Alkisahnya kitorang pergi jalan-jalan di Kuala Terengganu. Melawat rumah abang ipar aku kat sana. Mungkin sebab kejap dok dalam aircond kereta lepas tu keluar kena panas pulak. Sebab tu la Shaheem demam. Ni first time bawak Shaheem jalan jauh dengan kereta. Selalunya sampai ke Besut je.

Perasaan aku masa tu? Huh of coursela risau! Setiap masa dok pegang dahi Shaheem. Nak check suhu badan takde termometer pulak.. Nampaknye nak kena beli satu la kan? 

Shaheem kena paksa bergambar dengan abah hehe..
Masa ni dah get ready nak tido.
Kepala dia panas je..

Shaheem masa demam tu banyak merengek. Selalunya dia behave, good boy. Tapi hari dia demam tu ada je yang tak kena. Nak sentiasa dipeluk. Tak nak duduk atas tilam. Kesian and sedih sangat bila tengok dia macam tu. Aku tuam kepala dia dengan tuala basah. Lap lap sampai rasa kepala dan dahi tu sejuk sikit. Malam tu aku tak bleh tido la. Risau yang amat. Dia tido tapi ada bunyi ek ekk.. Mata pejam je huhu..

Pagi esoknya kitorang bawak dia ke klinik di Alor Lintang, Besut. Jumpa doktor yang family hubby dah familiar. Di klinik Shaheem jadi tumpuan sebab dia besar kihkihkih... Semua tak percaya dia baru 2 bulan lebih. Heh percaya lahh....

Masuk jumpa doktor, Shaheem tak nangis pun. Cuma masa doktor nak check tu je dia macam restless. Aku pun keluarkan kamera snap gambar dia terus dia senyap. Heh suka bergambar rupanya anak mama nehh hehehe

Doktor tengah check Shaheem. Masa ni dia nangis sebab restless kot. Aku suka doktor ni. Dia check thoroughly. Bukannya kita kata demam dia just check suhu je.. Doktor ni check telinga, check dalam mulut etc.. Kira puas hati la kan kalau kena bayar mahal sekalipun. Tapi tak mahal pun dalam RM23 je kalau tak silap..

Haa mama keluarkan hp, amik gambar dia barula dia diam. Pandai pulak tu tengok kamera ek hehe

Alhamdulillah doktor cakap Shaheem demam biasa je.. Bukan ada infection ape pun. Suhu badan pun tak terlalu panas. Suam-suam je doktor cakap. Doktor just tampalkan cool fever kat dahi dan bagi ubat demam. Ubat demam tu pulak kalau badan terlalu panas baru bagi. Doktor tak bagi kitorang selimutkan dia dengan tuala basah. Cukup dengan lap lap je. Tuala pulak takleh rendam dengan air sejuk. Dia suruh guna air suam. Lagi satu doktor kata pakaikan baby dengan baju lubang-lubang ni memang bagus. Nanti badan dia tak terlalu berkuap sebab panas. Nampaknye nak kena tambah lagi baju lubang-lubang. Alasan untuk shopping lagi huahua... Oh ye, kalo korang notice kitorang bawak Shaheem pegi klinik dengan tak mandi lagi hhehe... Aku tanya jugak doktor boleh ke nak mandikan dia. Doktor kata tak payah dulu. Lap lap je.. Kalau nak mandikan pun kena guna air suam. Air sejuk big no no.

Doktor suruh timbang Shaheem. He weighed 6.1kg masa tu! Haha semangat! Tapi timbang tu dengan baju dan diaper. Tambah tolak 6kg la kan.. Sabar jela. Patutla berat je pegang dia hehe

With abah..
Petang tu ceria sikitla dia.. Badan pun dah kurang panas dah...

Ala tomei je dia.. Dahi kena tempek ngan cool fever hehehe
Memula takut kalau dia tak nak pakai benda tu. Takut sejuk sangat ke ape.
Tapi dia steady je. Cayalahh anak mama!

"Hello hello abah.. Ape cer kat Sabah tuu?" hehe


Dengan Mak Tua (hubby's mom). 
Dah petang sangat tu terus tak berbaju. Berdrypers je hehe..
Cuaca panas sangat masa tu. Kesian dia berpeluh-peluh. Tapi elok jugak. At least kebahla sket demam tu.

Balik rumah aku kat KB dah tak demam dah dia. Risau jugak takut berjalan dari Besut-KB dia demam lagi. Tapi alhamdulillah la dia ok je.. Bila anak demam memang macam-macamla aku pikir. Takut badan dia terlalu panas, ada benda lain pulak jadi. Nauzubillahiminzalik. Mintak-mintak anak mama ni sihat sentiasa. Kalau nak demam pun, demam light light jela eh hehe.. 

Here's some info on fever:

  1. Fever is a sign that the body is waging war against infection
  2. Normal body temperature for a healthy baby is 36 to 38 degrees Celcius. If your baby's rectal temperature is above this range, he has a fever.
  3. Fever is more serious in babies under 3 months.
  4. High fever that doesn't cause your baby from playing and feeding may not be cause for alarm.
  5. Temperature rises in the late afternoon and early evening and falls between midnight and early morning.
Boleh baca lebih lanjut di Fever | BabyCenter

Boleh baca jugak experience Dr Halina (wife astronaut kita, Dr Sheikh Muszaphar) apabila anak dia, Isabella demam buat pertama kali. Walaupun dia seorang doktor dia pun panik jugak bila anak dia demam hehe.. Well, she's still a mom kann... Mak mak ni memang cepat panik compared to daddy. Betul tak? 

Jom share pengalaman korang jaga baby demam :)

Tuesday, May 22, 2012

Petua Untuk Jahitan Bersalin Cepat Bercantum


Bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal, rebus garam kasar dalam ½ kilo, .rebus sampai jadi air garam. Selepas itu ambil basin besar dan tuangkan air garam dan campurkan dengan air suam. Rendamkan bahagian jahitan (seperti gambar yang dipaparkan). Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jahitan akan cepat bercantum.

Aku tak tahu kesahihan petua ni. Betul-betul menjadi atau tidak. Amik dari Ensiklopedia Petua-Petua Melayu di Facebook. Aku rasa kalau buat cara ni pehhh pedihnye wehh... Kalau luka biasa terkena garam pun dah sakit gila rasanya, apatah lagi sakit jahitan bersalin ni kan kan.. Aku haritu sapu manjakani pun dah ngilu-ngilu pedih huhu... Yang baru bersalin tu tryla test buat hehe



p/s: Mommies, jom share due dates kat sini :)

Monday, May 21, 2012

Shaheem Botak Head :D

Assalamualaikum,

Ahh lamanye menghilang kan. Last week aku balik kampung in laws. Ada buat majlis bercukur untuk Shaheem. Hehe Shaheem umur 2 bulan lebih baru sempat nak buat. Gara-gara husband yang terlalu busy dengan kursus. Mujurlah lepas habis kursus dia bleh cuti 2 minggu. Bolehla buat majlis tu. Kecik-kecik je pun. Just panggil orang masjid datang rumah buat solat hajat pastu gunting-gunting rambut Shaheem sket. Yep gunting je pun. Memula takde intention pun nak cukur botak. Tapi orang kata, rambut first ni elok cukur la kan? Aku pun pernah baca somewhere tentang cukur rambut ni tapi lupe dah kat mana. Kalau ikut family aku dorang tak bagi cukur habis pun. Tapi ada jugak yang suruh. Aku pikir better cukur.. So abah Shaheem dengan berani nye mencukur sendiri rambut anak dia ehehe... Ada yang suruh guna mesin pencukur tu tapi kitorang tak berani. Yelah, kulit kepala Shaheem kan lembut lagi. Risau pulak takut tertarik kulit tu nanti. Huh takleh bayang. Especially tang ubun-ubun yang sangat lembut tu. Kitorang guna shaver biasa tu je. Amik masa jugakla nak habiskan cukur tu. Rambut Shaheem dahla sangat lebat. Memula tu shave masa dia jaga. Tapi susah sebab dia selalu gerak-gerakkan kepala. Luckily dia memang dah ngantuk time tu. Aku susukan dia sket terus dia terlentok. Dapatla abah dia cukur rambut dia tu hehe...

Jom lah tengok gambar..


Tok Ayah tengah gunting rambut Shaheem :)


Muka cuak nak kena cukur rambut ngan abah hehe..
Adeh rindu pulak dengan rambut dia yang lebat tu huhu

Abah mencukur dengan penuh berhati-hati.
Wajah mama terpaksa dicensored di atas sebab-sebab tertentu kihkih
Shaheem tengah tido masa ni

Tadaaaa.. Shaheem botak sudah!


Suka je dia dah botak. Kepala rasa ringan dan sejukk je kan hehe

Dah botak ni makin nampak cam Cina lak Shaheem ni hehe.. Mata cepet!



Wednesday, May 9, 2012

Pelbagai Gaya Shaheem Tidur

Assalamualaikum,

Harini nak share gambar Shaheem tido. Aku memang suka amik gambar dia time tido. Cos he looks so cute and muka dia nampak tenang je. All babies pun macam tu kan? Bestnye jadi baby. Tido je kejenye....





Kalo korang perasan Shaheem ni bila tidur mesti mulut ternganga. Haa tu ikut aku la tu hahaha.. Comel je kan dia tido mulut ternganga macam tu. Cuba letak gambar mamanya tido ternganga. Sure scary gile haha...

Shaheem ni suka tido mengiring. Dari awal lahir lagi. Aku memang sengaja baringkan dia mengiring bila tido. Sebabnya Shaheem selalu muntah susu especially bila dia baring terlentang. Maybe sebab dia minum susu formula sebab tu selalu muntah.  Susu formula kan lebih pekat daripada susu ibu yang lebih cair.  Selalu kuar muntah ikut mulut & hidung. Walhal dah burp dah sebelum letak tu. Risau dia muntah masa aku takde kat sebelah ataupun masa aku tido mati dan takut bila muntah dia lemas, aku pun letakla dia mengiring. Aku selalu ubah-ubah. kejap mengiring belah kanan, kejap kiri.. Tak nak bahu atau lengan dia sakit. Dan biasanya bila dia dah betul-betul lena dia akan alih sendri badan dia tido terlentang. Lagi satu sebab aku letak dia tido mengiring ialah sebab dia selalu terkejut time tido terlentang. Shaheem ni alert sungguh dengan bunyi-bunyian. Kadang-kadang kita rasa kita jalan abis perlahan dah tapi dia dengar jugak pastu terkejut. Bila terkejut mulala menangis. Aku pun kesian tengok dia terkejut huhu.. Aku tak bedung dia sangat sebab kalo bedung pun boleh bertahan sekejap je. Shaheem cepat restless bila dibedung. Daripada elok lena je tido mulala dia ekk ekk bila dibedung.

Gaya tangan kat atas time tido pulak ikut style abah dia tido. Sebijik! hehe.. Anak abah katakan.. Lagi satu style tido abah yang menjadi ikutan ialah kaki gerak gedik gedik ehehe.. Time tido kaki leh gerak. Tak paham aku ehehe.. Apa-apapun, comel ok! :)



Senang tido tak Shaheem ni? Jawapannya ialah.. SENANG! hehehe.. Shaheem ni tak banyak meragam pun. Lepas minum susu dia akan tido dengan lena. Kalau takde gangguan bunyi bising dia bleh lena dalam 2 atau 3 jam. Lepas tu bangun menyusu lagi pastu tido lagi 2 atau 3 jam. Malam-malam pun macam tu la.. Let say dia tido pukul 11 malam, dia akan bangun untuk menyusu dalam pukul 2 atau 3 pagi. Then tidur balik. Bangun lagi dalam pukul 5 pagi atau 6 pagi. Maybe sebab dia minum susu formula dia bleh tido lama sebab susu formula kan lambat hadam. Jadi dia lambat lapar. Kalau susu ibu pulak baby tido sekejap sekejap je sebab susu cepat hadam so baby cepat lapar. That's what my mother told me laa..

Sekarang dah masuk 2 bulan Shaheem tak terus tidur lepas menyusu. Dia nak sembang dulu kadang-kadang. Unless bila dia betul-betul mengantuk memang dia terus lena. Sometimes tak sempat nak burp dah terlentok dah ehehe..

Shaheem takde buai mahupun bouncer. Aku belum ajar dia tido dengan bantuan alat-alat tu lagi. Plan not to tapi tak taula future nanti kot kot nak kena guna bantuan jugak untuk tidokan Shaheem ni. Sebabnya dia bila nak tido, dia nak aku peluk dia. Cradle hold macam nak breastfeed tu.. Bila aku hold dia macam tu, mulala dia nak hisap lengan aku. Aku penahla sua breast aku kot kot la dia nak hisap kan. Daripada dia hisap lengan aku baik dia hisap susu aku kan kan.. Mana la tahu miracle happens huhu..Tapi hampaaa.. Dia tak mau. Pandai pulak tak nak hisap. Nak lengan jugak.. Siap buat muka nak muntah lagi bila mulut dia terkena puting aku. Oke sedih! Takpe takpe, mama dah redha hehe.. Then bila rasa macam kedudukan tak kena gaya dia nak, dia akan pusing-pusingkan badan dia. Aku kenala ikut rentak dia.. Kejap macam tu, kejap macam ni.. Sambil-sambil tu nak kena tepuk-tepuk bontot dia. Nyanyi nyanyi lullaby. Tapi selalunya aku berzikirla, "Lailahaillah muhammadarrasulullah..." Sampaila dia terlena.......

Ni la contoh mama tengah berusaha nak tidurkan Shaheem.
Sambil tepok-tepok bontot kena jalan-jalan pusing rumah dulu. 
Kalau duduk cepat je dia celik mata huhu..
Kalau gini lah gayanya, nak kena beli buai jugak kot?
huhu

Dah tidoo.....

Bila dia dah agak-agak lena tido tu, aku pun pelan-pelan la letak dia atas tilam. Kalau dia belum betul-betul lena, bila letak je atas tilam,blinkkk mata yang tadi terpejam rapat, kembali luassss hehe.. Dah nak kena repeat the whole process again. Cradle hold, tepuk tepuk bontot, zikir, jalan pusing rumah hehe.. Susah ke? Takla susah sangat. Biasanya dalam masa 10 minit Shaheem dah tido dah... Cuma tu la, nak kena riba dia lama sket baru letak atas tilam... And make sure suasana masa tu tak bising. Kalo bising memang takleh tidola budak kecik ni. Sangat sensitif dengan bunyi-bunyian!

Mak aku cakap Shaheem ni consider very good boy. Sebabnya kalau dia tak mengantuk dia bleh je dok diam sorang-sorang. Sumbat jari dalam mulut, tengok kipas, tengok langsir.. Tu la keje dia kalau tak nak tido.  Kadang-kadang kalau dia bangun pukul 3 pagi dan lepas menyusu dia tak mau tido, aku make sure dia burp pastu aku letak je dia atas tilam. Dia buatla hal sendiri. Aku plak sambung tido kihkihkih... Tido pun tido ayam je. Sekarang Shaheem dah pandai nak menyembang. Disebabkan aku ngantuk aku tak cakap banyak, just cakap "umm ummm.." sambil mata pejam hehehe.. Shaheem ni bukan ape, dia cuma nak ada orang dengan dia. Kalau dia rasa lonely barula dia nangis....

Itulah ragam anak teruna aku nih hehe.. So comels! Bila dia tido aku gerammm je nak kejutkan dia. Sebab bosan sangat! Tapi bila dia dah jaga and takmo tidur berjam-jam, aku nak suruh dia tido plak sebab aku ngantuk! hahaha.. Macam-macam mama ni kannnn... Korang sama macam aku jugak tak? hehehe

Seronok dapat jaga anak sendiri.. Tatap wajah anak setiap detik.. Pendek kata. seronoklah ada anak ni! :)

Monday, May 7, 2012

Shaheem 2 Months Old











Mmmmmmmuahhhhhhhhh
Saaaaayang anak mama!
xoxo

Saturday, May 5, 2012

Pantang Macam Tak Pantang

Shaheem big boss..
Kecik-kecik dah pandai duduk silang kaki yeeee...

Assalamualaikum,

Letak gambar anak dulu.. Shaheem sebulan lebih lebih. 6 May (esok!!) 2 bulan. Tapi dia tak macam 2 bulan pun kann.. Demok!!! Hari-hari aku geram nak penyek dia haha...

Kembali kepada tajuk.. Aku nak cerita pasal pantang aku.. Dah lama dah abes pantang sebenarnye. Tempoh pantang biasanya 44 hari kan? Ke 40? Entahla, aku tak tahu... Tak berapa nak mendapat pendedahan tentang pantang ni. Patutnya bersalin anak sulung ni la kena pantang kaw kaw kan... Tapi aku... Tak pantang sangat pun. 

Kalo ikut orang tua-tua, time pantang ni banyak benar pantang larangnya. Bukan setakat pantang makan je kan. Kalau yang betul-betul strict, pijak tanah pun tak boleh.. Heh, zaman sekarang macamana la nak tahan daripada tak pijak tanah.. Hari kedua keluar hospital dah kena bawak baby pergi klinik check kuning. Macamana tuh? hehehe... 2 minggu selepas bersalin pulak, siap berjalan jauh kat airport lagi. Dari Sabah-Putrajaya-Kota Bharu. Dengan bawak beg berat lagi huhu.. Apalah nasib.. Sape suruh beranak jauh-jauh kan ehehehe

2 minggu pertama selepas bersalin tu aku kat Sabah. Mak aku ada. Tapi dia uzur. Tak sihat pulak masa kat Sabah tu. Dia pun takleh nak tengok-tengok aku sangat. Mak ada sediakan air mandian untuk aku.. Rebusan manjakani, daun sireh dan daun pandan kalau tak silap aku. Selama 2 minggu tu lah aku dok mandi dengan air rebusan tu. Lepas tu aku mandi dengan air suam biasa je. Sampaila hari ke 44.

Aku tak bertungku. Mak aku tak bagi. Ada bad experience dengan kak aku huhu.. Aku ingat lagi akak aku dulu bertungku. Lepas bertungku tu, dia bleeding banyak sangat sampai kena masuk wad. Mak aku bimbangla perkara yang sama berlaku pada aku. Walaupun tak bertungku, aku berurut. Itupun selepas 2 minggu bersalin. Balik kampung baru berurut. Tak berani nak berurut kat Sabah. Banyak dengar cerita tak besh hehehehe... Masa urut tu, tukang urut cakap rahim aku dah kecut dan dah masuk sarang dia dah.. Actually rahim aku awal-awal dah kecut. Aku ingat lagi masa nurse check aku a day after keluar dari hospital, dia cakap rahim aku dah kecut. Dia tekan-tekan perut dia cakap dah tinggal sikit je lagi. Maybe sikit je lagi kot yang belum betul-betul kecut. Aku pun tak tau ehehe.. Rahim aku cepat kecut maybe sebab selepas je bersalin tu doktor cucuk ubat kecutkan rahim... Aku berurut 3 hari berturut-turut. 

Pakai bengkung pulak, 3 hari masa berurut tu je kihkih.. Sebab tukang urut tu pakaikan. Bila nak kena pakai sendiri dah malas. Tak reti nak lilit, nak belit-belit. Sebelum pakai bengkung sapu dulu perut dengan kapur makan yang dicampur dengan air perahan limau nipis dan minyak mestika. Gatal perut aku huhuhu.. Tapi memang menjadi! Hubby siap puji cakap aku nampak ramping kihkih.. But now.... disebabkan malas pakai bengkung dan makan tak control, perut aku kembali boncet! Huwaaa.. tension tengok perut sendiri.. Padan muka la kannnn...

Bab makan pulakk.... erm awal-awal lepas bersalin tu aku dok makan benda sama je hari-hari. Ikan selar goreng, ikan selar goreng, ikan selar goreng.. Tak pon ikan bilis goreng. Kadang-kadang makan cream crackers tu je. Air pulak, banyak minum air masak, horlicks, milo... Nasi aku makan jugak tapi sekali amik tak banyak dan amalkan tak tambah.. Itu awal-awal pantang. Lama-lama dah malas dahhh hehehe... Now aku dah makan sume benda. Dah habis pantang kann.. Takpela. Cuma ais je belum makan/minum. Rasa ngilu je bila minum air berais huhuh... Akak aku cakap air sejuk ni kena pantang 100 hari.. Heh aku ingat bersama suami je kena pantang 100 hari :P

Oh ye, bila berpantang ni wajib kena ada set berpantang tu kann... Nona Roguy la, Mustika Ratu la, Amway la.. Aku beli yang mana satu?? Aku beli yang tidak disebut di atas ehehe.. In fact, aku rasa takde mommies yang beli sama macam aku hehehe...




Ubat homeopathy.. Dalam bentuk pil. Tak perlu telan dengan air, hisap-hisap sajo hehehe.. Manis ubatnye, nyumm nyumm.. Tapi aku tetap malas nak makan uhuh.. Dasar pemalas kannn.. Bercinta jugak nak makan. Banyak benorrr.. Setiap minggu ubat berlainan nak kena makan. Dan ubat-ubat tu ada fungsi yang berbeza.. Apa rasa selepas makan? Ermm entahla.. Aku tak boleh nak review sebab aku makan pun tak konsisten kan huhuh... Tak tau la berkesan ke tak. Berkesan jugakla kot, mungkin aku tak perasan ke? hehehe... Oh ye, ubat untuk Shaheem pun ada jugak sebenarnye. Ubat untuk cegah kena kuning. Satu bijik untuk aku makan dan satu bijik lagi untuk Shaheem. Kena hancurkan dengan air suam pastu suap bagi dia.. Alhamdulillah Shaheem memang tak kena jaundis. Ada jugak jaundis sebenarnye tapi tak tinggi dan tak kena masuk wad. Mungkin ubat tu ada membantu? Wallahualam....

Tulah serba sedikit kisah berpantang aku yang langsung macam tak berpantang kan kan kan.. Sedih jugak bila ingat-ingat balik. Tapi takpelah, ape bleh buat huhuhu.. Silap aku jugakla sebab amik mudah benda ni.. Sekarang memangla tak rasa ape kan.. Dah tua esok tak taula macamana huhuh.. Doa lah semoga aku sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, insyaallah.. Takpelah, anak nombor 2 nanti pantang betul-betul hehehehehe....