Thursday, September 22, 2011

Kisah Ibu Mengandung Yang Mengidam

Assalamualaikum,

Harini nak bercerita pasal mengidam. Biasala kan orang mengandung ni, adeeeee je benda yang dia nak makan. Kalo tak dapat tuh, kempunan macam mak dalam cite Batu Belah Batu Bertangkup tu.. Kempunan makan telur ikan tembakul sampai sanggup serah diri kat batu.. tinggalkan anak.. hoho tragis.. Ada jugak yang mengidam pelik-pelik sampai suami naik angin, pelangkung bini sesedap hati.. Masa zaman Kesultanan Melaka tu pon dah ada cerita tragis pasal ibu mengandung yang mengidam ni. Cerita Dang Anum yang makan buah cempedak milik Sultan Mahmud Syah. Sultan murka, dia suruh belah perut Dang Anum. Bila dibelah, nampakle anak kecik dalam perut tu tengah makan buah cempedak huhu.. Tragis kan. Zalim betol Sultan nih. Terus kena bunuh dengan suami Dang Anum. Jadile cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang......

Dahsyatnye penangan ibu mengandung yang mengidam ni..

Aku mengidam tak sepanjang 15 minggu mengandung ni? Heh tipula kan kalo aku takde. Nak makan ketam gila-gila tu ape?? Bukan mengidam ke??? Huhu aku akui, aku memang nakkk sangat makan ketam. Tetiba je muncul dalam kepala otak aku, nak makan ketam. Tak tahula dari mana datangnye kehendak dan kemahuan tu. Alhamdulillah, aku dah dapat makan dah masa kat Sabah haritu. Hari first sampai dah dapat makan. My husband bagitau kat jiran aku, aku nak mengidam nak makan ketam. Ceh malu tauuuu.. Nak dijadikan cerita, suami jiran aku tu pegi memancing. Dapatla ketam sekor. Rezeki kan :) Jiran aku tu cakap sebelum sebelum ni mana pernah dapat ketam pun kalau husband dia mancing. Kebetulan sungguhla ehe.. Jiran aku masak kari. Huh suke suke.. Dapat makan sikit pun jadi la. Asal dapat rasa isi ketam tu. Oleh hal yang demikian, tamat dahla episod mengidam ketam aku eheheheh.. Tapi kalau dapat makan lagi pun best jugak! haha nak lagi tuuu...

Sekarang ni pe'el aku, takleh tengok orang makan. Mesti aku nak makan jugak. 

Contohnya, di Sabah haritu jugak, aku pergi Tamparuli. Tengok anak jiran aku masuk pertandingan mewarna. Dah habis pertandingan tu, cikgu-cikgu tadika ni bagila KFC sekotak kat budak-budak nih. Ada satu group ni, cikgu dia bagi set Colonel Chicken Rice. Dengan sup ape sume.. Wahhhh meleleh air liur aku.. Aku tengok je budak tu makan. Ish geram rasa nak rebut amik dari dia haha.. 

Well, petangnye, hubby balik dari keje, aku terus cakap dengan dia, "abang abang.. tadi kan, pegi dkat budak ngaler tu, cikgu dorang bagi KFC. Sedapla tengok dorang makan nasik ayam KFC tu. Lama dah sayang tak makan...." haha ayat menagih simpati. Buruk perangai. Hubby pon buat-buatla paham kan haha.. "Ok.. nanti jap lagi kita pegi Tuaran ek.. Nasib baik kat Tuaran ada KFC.." Kihkihkih.. kalo takde kat Tuaran, pegila cari kat KK sekalipun! haha bini jahat...... Kitorang pun pegila beli. Masa my hubby pergi solat maghrib kat masjid Tuaran, aku melantak dalam kete sorang-sorang haha. Habis woo.. Hubby masuk dalam kete dia tanya, "dah habis makan?? Makan tak ajak......" Haha sorryla my dear, ini nasik untuk anak bini je hehehehe.. 

Itu contoh buruk perangai satu.. Contoh dua ialah, haritu aku jenguk blog sape tah, lupe pulak. Dia letak gambar dia makan McD punye sundae tu.. Strawberry sundae. Mak aih sedapnye nampakkkkkkk... Aku dah sayu-sayu dah sebab dok pikir, macamanala nak pegi McD kat Alamanda tuh. Kete kan takde wuwuwu.. Tapi sayu aku tu sekejap je hehe.. Hari Isnin akak aku ajak pegi Alamanda. Haaaaa... macam tau-tau je kannn.. Dapatla aku makan. Yummy yummy :D

Macam-macam perangai kan aku ni. Ni baru minggu 15.. Dah banyak minggu pasni, perangai ape lagi yang nak timbul ni ehehehe.. 

2 comments:

  1. bestnye awak mengidam macam2, tp nasib baik x mengidam yg pelik2.. hehe.. sya dulu xde rs mengidam sgt pon, just teringin je but kalau x dpt x kesah pon.. cm teringin plak nk rs cm awak rs.. hehe :)

    Btw, i follow ur blog eh? :)

    ReplyDelete
  2. sya syakura
    haa ape lagi, baby no 2 la pulakk hehe

    ReplyDelete