Tuesday, January 31, 2012

BSP Part 1

Assalamualaikum,

BSP = Blood Sugar Profile

*sigh*

Kalau dah tajuknye ada part tu maksudnye result BSP aku semalam adalah tidak cun. Makanya aku kena repeat   lagi nanti...

Sedih, kecewa, frust menonggeng...

Result aku:

8.00 pagi: 4.0
*Aku breakfast roti 2 keping + telur dan sekeping roti bakar*
11.30 pagi: 3.9
*Makan tengahari nasik putih + ikan goreng + sayur peria & kobis*
5.30 petang: 4.1
*Aku makan roti bakar 4 keping*
9.30 malam: 7.2

Arggghhhhhhh... 3 bacaan awal cantikkkkk je result. Sekali yang malam tinggi gile! Padahal petang aku makan 4 keping roti je pun! Aduhai... aku serius frust. Nak nangis je rasa. Dalam kereta balik dari hospital air mata memang dah bergenang. Tapi tahan. Mulut tak henti-henti dok cakap aku frust sangat-sangat. Hubby suruh aku sabar.. Bila dia cakap sabar, lagi aku tak tahan nak nangis. Semalam pun atas katil, dah tutup lampu ape sume, barula air mata aku keluar. Hubby knew I was crying. Again he calmed me down.. But I just couldn't. Rasa macam sedih sangat-sangat..

Buat BSP ni adalah sangat meletihkan! Malam sebelumnya kena puasa. Pastu esok hari, seawal pukul 8 pagi amik darah pertama. Then kena cepat-cepat breakfast. Lepas tu kena puasa lagi sampai pukul 11.30 pagi untuk amik darah kedua. Lepas tu baru bleh makan tengahari. Then puasa lagi sampai 5.30 petang. Makan cepat-cepat lepas amik darah then puasa lagi sampaila amik darah last pukul 9.30 malam. In between of the hours boleh minum air masak je...

Letih sebab kena ulang alik ke klinik/hospital. Walaupun tak jauh, tetap penat. Maklumle, perut dah besar, dah berat. Tak larat nak turun naik tangga rumah, nak drive.. Pastu lagi nak kena buat bekal makanan. Hujung-hujung ni aku dah malasssss nak masuk dapur. Apatah lagi nak bawak bekal ape sume. Macam semalam aku ada appointment klinik sekali sebab tu aku bawak bekal siap-siap. Sebab tak nak makan lambat, kang gula naik.. Serius bagi aku, tu sume memenatkan. Dahla lapar kan huhu...

Then bila dapat result yang sangat menyedihkan hati lagila buat aku rasa down sangat sangat :'(

Harini ada appointment dengan pakar pemakanan & doktor.

After jumpa pakar pemakanan barulaaaaa aku tahu, 4 keping roti dalam satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam badan! Aisehhhhh sabar jelaaa.. Kalau aku tau, aku tak makan roti sampai 4 keping. Pakar tu cakap dalam sehari roti putih tu bleh makan dalam 2 keping je.. Nanti aku cerita lagi apa pakar tu cakap ekk.. Dalam entry lain insyaallah..

Erm then jumpa doktor. Yang nak kena repeat BSP tu memang sah la.. 15 Feb ni kena buat.. 

Doktor scan baby tadi. Dia cakap my darling baby agak besar huhu.. Aku sekarang 34 minggu tapi baby besar macam usia kandungan dah masuk 36 minggu. Estimated weight lebih kurang 3.2kg. Aduhhhh... bayangkan macamana perasaan aku. Besarnye baby! I still have 1 month to go to 37 weeks dan lebih kurang 2 bulan lagi untuk sampai ke due date yang sebenarnye.. And my baby already weighing 3.2kg. Bayangkan berat masa nak keluar nanti? Huhuhuhu... I'm thinking of 4kg++.. Kalau baby besar sure susah nak deliver normal kan?? Ni satu lagi news yang buat air mata ni rasa macam nak menitik je.... :'(

*Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini....*

Aku tak nak pikir bukan-bukan. Tak nak stress stress.. Memang aku nak merasa lahirkan anak ni secara normal. Impian semua ibu kan? Aku akan berusaha, berdoa agar impian aku ni tercapai. Insyaallah, Allah sentiasa bersama orang yang sabar, orang yang tak pernah kenal putus asa untuk memohon daripadaNya. Tapi, kalaulah ditakdirkan untuk aku melahirkan anak ni secara pembedahan, aku terima seadanya.. Apa yang penting, my darling baby sihat. 

As for GDM ni pulak.. Aku sanggup berkorban. Sanggup berpantang makan walaupun kalau ikut keinginan, macam-macam nak makan.. Tapi takpela, demi anak, demi diri aku sendiri, aku sanggup berkorban. Alah, lepas bersalin, lepas pantang bleh makan lagi kan..... Apa la sangat hehehe... *trying hard to be positive about this*...

Doa doakanla aku ye.. Semoga baby tak terlalu besar, semoga baby sihat dan aku juga sihat.

Mommies sume jaga makan ye... Kalau ada family history laaagila kena jaga makan.. Jangan jadi macam saya, dah kena baru nak nyesal.. baru nak jaga makan huhu...




Monday, January 30, 2012

Kelas Antenatal Part 1

Assalamualaikum,

28 Januari haritu, aku and hubby pegi kelas antenatal di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah aka Hospital Likas.



Insyaallah di hospital ni jugakla aku akan melahirkan baby dalam perut ni nanti, insyaallah..

Kelas antenatal wajib dihadiri kalo nak husband teman dalam labour room. Dia panggil program 'Father Friendly'.



Kelas antenatal dibahagikan kepada 2 bahagian. Kena datang 2 kali la ke hospital. First part, ceramah. Second part, senaman.

Sepatutnya ceramah pada 21 Jan lepas tapi dorang cancel kelas haritu. Maybe masa tu CNY's eve kan. So mungkin ramai staff yang nak bercuti. Dia tukar pada 4 Feb. Senaman pulak pada 28 Jan. Yang ni still on. Kitorang pergi yang senaman dulu la. Next week baru pegi ceramah..


Kelas senaman ni start pukul 9 pagi. Kitorang pukul 8 dah sampai. Semangat ehehe.. Datang awal sebab dia kata berkumpul pukul 8.30 pagi. Kitorang gerak awal dari rumah sebab takut jalan jammed ke ape. Aku sempat timing. Dari rumah ke hospital amik masa dalam setengah jam je. Tu pun sebab jalan tak jammed la. Risau betul kalau masa nak beranak nanti jalan jammed ke ape. Jalan tu memang selalu sesak petang-petang ngan pagi-pagi. Jalan orang nak pegi KK untuk keje.. So baby, kalo nak keluar, tengah malam boleh, pagi-pagi during weekends pun bleh ehehehe..

Dah register nama, pergi tingkat 4. Ada satu dewan.. Peserta ramai jugakla. Mostly tengah pregnant anak 1st. Tapi ada aku tengok dalam form register tu, yang anak no 7 pun ada. Hebatlah! hehe.. Body dia maintain je tau.. Eee jahat tol aku ni, skodeng orang punye info kehkehkeh..

Model kelas antenatal :P
Thanks hubby sebab join!
Nak tak nak, kena masuk dalam LR nanti yeeeee


Yang kelakarnye kann.. aku and hubby datang lenggang kangkung je. Orang lain aku tengok siap bawak mat, bawak bantal lagi. And paling best, aku pakai skirt! Hahahaha.. sabar jela.. Dah tau kelas senaman pakai skirt pulak. Aduiii tah nape, pepagi otak tak berfungsi kot. Aku betul-betul tak terpikir nak pakai seluar. Adeilaaa.....

Disebabkan itu, kitorang dok depann sekali. Nasib baik hospital ada sediakan alas jugak. Ala cadar putih tu je. Bantal takde. So riba hubby la yang jadi bantal aku. Lagi besssss hehehehe... Disebabkan aku pakai skirt, nurse tu bagi selimut untuk cover ehehehehe... Jadi aku bolehla nak duduk terkangkang, nak angkat kaki etc etc masa senaman tu.. Pengajaran untuk semua la ye, kalau ke kelas senaman, SILA PAKAI SELUAR! haha malunye la akuuuuuuuuuuu....

Kelas senaman ni ada 3 part. Part 1, senaman semasa mengandung. Part 2, senaman pernafasan semasa sakit nak bersalin. Part 3, senaman selepas bersalin.

Macam-macam senaman yang dia ajar. Memang bagus sangat-sangat. Sangat membantu both husband and wife. Nanti dia ajar juga husband urutan yang boleh dibuat pada isteri. Haa sekarang aku selalu tuntut la dari husband haha. Dah belajar kena la praktik kan kan.. Hubby pun dok tuntut aku buat senaman yang diajar.. Time rajin aku buatla.. cam kemut tu.. sebab tak susah haha.. Yang lain sume susah dan menyakitkan kalo tak kena cara huhuhu...

Yang sangat-sangat aku dok ingat dalam kepala ni ialah senaman pernafasan masa contraction tu. Risau takut aku lupa cara.. Especially masa nak push tu.. Kalau kita tak bernafas dengan betul baby boleh masuk balik.. Nanti penatla asyik nak push kan.. Pastu takut nanti baby lemas ke ape.. Pernafasan masa nak bersalin tu memang sangat-sangat penting. Betul tak mommies yang dah bersalin?? :)

Hari-hari dok imagine macamanala keadaan aku masa nak bersalin nanti. Semoga dipermudahkan semuanya....insyaallah..

Sebelum balik, dorang bagi pamphlet untuk rujukan..


Balik je dari kelas senaman tu, aku tidur 3 jam! Tak tau nape.. badan rasa lemah sangat huhu.. Agaknye sebab banyak baring atas lantai keras. Sakit pinggang aku huhu.. Pastu banyak gerak-gerak kan. Nampak sangat dah lama tak exercise heh....

Kelas antenatal part 2 (ceramah) ialah pada 4 Feb. Nanti aku cerita yang tu pulak ye..

Korang dah pegi kelas antenatal?

Checkup Week 34

Assalamualaikum,

Hari ni pagi-pagi pegi KKIA Tuaran. Sepatutnya checkup pada 25 Jan, masa 33 minggu. Tapi nurse call and tukar pada harini sebab 25hb tu baru naik cuti CNY and patient pun ramai sangat. So dia tolakla nama aku ke harini.. 

Harini jugak aku kena buat BSP - Blood sugar profile. Yang ni nantila aku cerita di entry lain sebab aku takde overall result lagi. Kena amik darah 2 kali lagi. Pukul 5.30 petang dan 9.30 malam ni. Dah dapat result baru aku cerita eh.. Esokla sebab esok ada review dengan doktor and appointment dengan pakar pemakanan. Blehla aku buat satu entry cerita pasal tu :)

Checkup kali ni alhamdulillah semuanya okay.. Dapat nurse lain pulak kali ni. Every week pun tukar-tukar nurse.. Tapi dorang ni memang bagusla, peramah ehehe.. Ish aku suke la pegi KKIA ni! 

Result checkup 34 minggu:

Urine test: All clear (alb-neg; gula-neg)
Hb: Tak test
Weight: 75kg (naik 1.4kg)
Blood pressure: 100/60
Edema: Kaki bengkak wuwuwu
Tempoh hamil: 34/52 + 4/7 (34 minggu 4 hari) - Kat pregnancy ticker baru 34 minggu 2 hari. Errk?
Tinggi rahim: 35cm
Kedudukan janin: Cephalic
Jantung janin: 146/min

Nurse bagitau anak aku ni berisiko tinggi nak kena jaundice (demam kuning) yang teruk bila lahir sebab darah aku kumpulan O. Kalau darah O ni memang baby selalu kena kuning. So dia advice, lepas beranak, cepat-cepat datang klinik untuk laporkan kelahiran and dorang pun bleh check awal-awal.. Kira nak cegah dari awal la. At least kalo dia dah ada kuning sket-sket bleh terus bagi ubat ke apa kan..Dia kata jangan dah kuning teruk baru datang... Tu memang dah kira terlambat.. Kang tak pasal-pasal kena masuk wad ke ape. Huhu semoga baby mama okla nanti ye.. Jangan kuning-kuning eh sayang. Mama tak sanggup nak tengok kamu kena cucuk huhu...

Buku pink dah ada sticker oren..
SNNJ aku rasa stands for Severe Neonatal Jaundice


Then dia suruh aku balik dan bincang dengan husband pasal perancangan keluarga lepas ni. Dia kata paling bagus kena jarakkan 2 tahun. Tempoh 2 tahun tu badan kita pun dah sihat sepenuhnya so sesuaila nak dapat next baby. Yang ni memang kena bincang betul-betul sebab aku rasa aku ni subur terlebih ahaha.. Yela kan, baru kawin terus dapat anak, mudah sangat.. Aku takmo amik pil/suntikan huhu.. Cos banyak dengar benda tak elok. Ingat nak plan naturally. So kenala betul-betul duduk berbincang dengan hubby ehehe...

Itu jela pesan nurse.. Dia prescribed more vitamins cos ubat aku sume dah habis.. 

Next checkup masa 36 weeks, 13 Feb 2012...



Sunday, January 29, 2012

Barang Baby Sudah Di Pre Wash :)

Assalamualaikum,

Heuheuheu lamanyeeee blog ni terbiar. Internet slow sangat le.. Kuota dah habis so kena la tunggu next bill cycle.. Tapi dah masuk bill baru pun sama jugak slownyeee.. Nak upload gambar-gambar ni pun makan masa almost 2 hours! Nasib baik tak terdisconnect di tengah jalan je.. Kalau tak mau aku maki hamun broadband nih ehehehe...

Anyway, aku dah prewash laaama dah baju ni. Ni baju-baju yang dibeli di Sabah. Yang Putrajaya punye belum lagi. Tunggu mak bawak bulan dua nanti. So tak banyakla baju untuk di prewash. Beli sikit je kat Sabah ni. Geram jugak nak beli banyak-banyak, tapi pikir kat Putrajaya ada lagi bila campur-campur banyak jugak dah. Baju baby bukan bleh pakai lama kan. Baju yang aku dah beli ni pon mostly untuk 3-6 months & 6-12 months. Baju newborn langsung tak beli. Bajet baby besar bila keluar ehehh...

Aku handwash je. Cuma spin je dengan washing machine.
Baldi ada satu je tapi nasib baik ada besen kecik-kecik.
So masukkan jela dalam tu yang kecik-kecik tu.
Rendam lebih kurang sejam dengan sabun Pureen HAD.
Pastu bilas-bilas je..

Siap spin sume, jemurla di balkoni rumah.....

Mittens & bootees kat Sabah ni aku beli dua set je. Sikit kan??
Sebabnya kat Putrajaya dah beli banyak. 
Yang ni backup je in case beranak awal :P

Lampin Fiffy. Nipis gile weh!
Aku nak beli brand Pureen atau Anakku macam tak mampu huhu..
So amik jela Fiffy. Mana tahu nipis sangat.
Nampaknye nak kena beli jugakla yang tebal sikit..
Yang ni nipis sangat aku rasa kalo bedung baby pun baby leh kuarkan tangan dia tu mudah-mudah je ehehe



Dah kering, lipat-lipat, masukkan dalam bakul. 
Kat atas tu CD. Dah masukkan insert siap-siap ngehngeh

Pastu tutup dengan kain batik huahua..
Mama ngan abah belum beli almari untuk baby lagi.
Simpan camni dulu la ehehehee

2 minggu lepas pegi shopping lagi. Tapi tak beli baju ke ape (walaupun gatal je tangan ni rasa nak beli). 

Beli bath tub baby. Murah jek, RM17.90 hehehe..
Pastu tempat sidai baju tu.. 
Sekarang ni tak cukup tempat nak sidai baju.
Bila ada yang ni okla kan...


Bila dah settle prewash baju baby rasa relax la sikit. Dah packing dah pun baju baby dalam beg. Nanti aku tunjuk dalam entry lain..  Ada lagi few things nak beli. Untuk baby, diapers belum beli lagi. Untuk mama pulak, macam-macam benda lagi tak beli. Fokus kat baby je dulu, mama kemudian pun takpelaa kan kan...



p/s Pre order Tommee Tippee & Baby Bjorn dah ditutup. Thanks pada yang dah order. Nanti bila barang dah sampai, I'll let you guys know ye! :)

Wednesday, January 25, 2012

Nama Oh Nama

Assalamualaikum,



Baby dah masuk 33 minggu tapi aku and husband belum decide lagi nak bagi baby nama apa nanti huhu...

Susahnyeeeee nak cari nama! Mungkin sebab aku fussy sangat kot... Well, aku ada beberapa kriteria yang aku sangat sangat titik beratkan untuk pilih nama ni..

1. Maksud yang baik - Of course la kan. Takkan nak bagi nama yang tak elok pulak kat anak. 

2. Nama yang mudah dipanggil dan orang takkan bagi gelaran tah pape - Hmm ni sangat penting bagi aku. Being a Kelantanese, aku selalu sangat dengar nama orang cantik cantik tapi bila dipanggil jadi tak cantik. Donnola kalo aku je yang perasan tapi memang macam tu la. Macam contoh, nama Aizat. Tapi bila panggil, jadi Pok Jak.. Contoh lagi, anak buah aku nama dia Luqman. Cantik kan nama tu? Family memang panggil dia Luqman. Tapi orang kampung? Panggil dia Lukme.. Urghh geram kan.... 

3. Nama yang dipilih tu takde lagi dalam family dan sedara mara.. Susahla kalo ada 2 orang dengan nama yang sama dalam family ni. Nanti bila panggil, dua-dua response. Macam nama aku la. Aku ada sorang cousin (younger than me) nama Alwani jugak. So bila orang panggil, dua-dua response. Padahalnya dia panggil cousin aku tu. Haa kan susah. Buat malu aku jek hehe (ok aku a bit exaggerated there...). Tapi memangla aku tak nak nama anak aku sama macam anak orang lain dalam family aku huhu.. 

Err tu je kot kriteria nya.. Cerewet tak aku? Huhuhuhu.....

Selain daripada kriteria yang 3 ni, aku and husband dah sepakat nak bagi nama anak ikut theme kat bawah ni ngehngeh

1. Kitorang nak bagi 2 nama.. Macam nama aku la, Alwani Amalini...

2. Kalau our darling baby is a son, nama dia mesti start dengan huruf SS.. Kalau our darling baby is a girl, mesti start dengan huruf AA...SS tu sebab follow nama abah. AA pulak sebab follow nama mama...

3. First name tu sama untuk semua anak.. Err macam contoh depan dia Alwani, anak kedua nanti pun Alwani jugak. Nama kedua tu yang berlainan nanti... So kena panggil nama kedua tu la nanti :)

4. Nama kena ada bunyi Arab sket haha.. Ini theme husband aku yang nak.. Awal-awal pregnant dulu lagi dia dah cakap, nama anak kena ada bunyi Arab ye. Kononnya sebab muka aku cam Arab sket huahua.. Arab la sangat............ Tapi memang family aku ada darah Arab hehe.. Ayah pada moyang aku berasal dari Yaman... Huh jauh benar dah tu ekekeke..


Aku ada list down a few names. Tapi belum decide lagi. Sebabnya bila dah pilih, family aku pulakkk tak suka ehe.. Susah jugak kalo ada family intervention ni kan.. Adehla.. Hubby pun dah majuk dah sebab nama yang dia pilih, family aku tak berapa nak berkenan huhu.. Sorry sayang. Takpe, pasni kita pilih je eh.. Don't let other people intervene anymore!!

Tapi still rasanya dah hujung-hujung kot baru kitorang decide. Or maybe tunggu baby keluar dulu ehehe..

Semga nama yang dipilih untuk anak kami nanti adalah nama yang terbaik buatnya, insyaallah :)

Sunday, January 22, 2012

Entry Ngeri: Episiotomi

Assalamualaikum,

Ehem.. harini aku nak up satu entry yang mengerikan. Meremang bulu roma aku nak menaip pasal ni haha..

Apa itu episiotomi?

Semasa bersalin, ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurang risiko ini doktor akan melakukan episiotomy dimana faraj wanita digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Selepas bersalin, luka tersebut akan di jahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari.

Huuu bayangkan korang punye kat bawah tu kena gunting... Adei laaaaa.. Sakit woo.. Yang ni lah yang aku dok takut-takut selain daripada koyakan secara semula jadi...  Kata orang, kena gunting atau koyak kat bahagian bawah tu normal la for first baby. Jarang orang yang nak melahirkan first baby tak kena gunting atau ada koyakan... Kalau anak kedua atau ketiga mungkin takdela sebab orang kata jalan dah terbuka...

Aku ada tanya ibu-ibu yang dah ada pengalaman bersalin, macamana nak elak daripada terkoyak. Yang dorang selalu pesan ialah, 

- jangan angkat punggung masa meneran
- paut atau pegang kaki kuat-kuat

Itu nak elak daripada terkoyak. Macamana pulak nak elak daripada kena gunting?


a. Semasa mengandung:

1. Apabila pregnancy dah masuk minggu ke 33, cuba buat PERINEAL MASSAGE setiap hari. Untuk menguatkan dan meningkatkan kekenyalan perineal muscles..


2. Praktis PELVIC FLOOR EXERCISE atau kemut la dalam erti kata lain. Dalam bahasa Inggerisnya, Kegel Exercise. Aku rasa la hehe..



Pelvic floor exercises may be taught in a number of different ways. Here is one way:
  • STEP 1 - Sit forwards on your chair and place your feet and knees shoulder width apart. Relax your stomach, chest and leg muscles. Breathe normally.
  • STEP 2 - Close your eyes and imagine that you want to stop yourself passing wind or urine. The muscles that you use to do this are the pelvic floor muscles.
  • STEP 3 - Now squeeze or contract these muscles tightly around your back and front passages and slowly lift your pelvic floor using these muscles. Imagine your muscles are lifts and squeeze upwards. Hold the contraction as firmly as you can for as long as you are comfortable, then release.
  • STEP 4 - Repeat this squeeze and lift movement as many times as you can before the muscles tire.

3. Jaga diri dengan mengamalkan diet yang sihat.. Yang ni memang wajibla bagi semua ibu mengandung.

b. Masa awal-awal sakit nak bersalin:

Banyakkan rehat dan makan sebelum nak bersalin tu. Ni untuk make sure kita punyai tenaga yang cukup untuk meneran nanti. Sebab biasanya sakit nak bersalin ni kan lama. Bila mak dah tak larat nak push, masa tu la doktor terpaksa gunting sebab nak cepatkan lagi proses keluarkan baby....

Huu tak mudah kan nak bersalin ni. Apa-apa pun, kita tak bleh nak ramal pun macamana keadaan kita dalam labour room nanti. Kalo nak kena gunting jugak ape bleh buat. Yang penting baby dan kita selamat.. Terima jela seadanya sakit tu huhu..

Cara menjaga luka Episiotomi


Ini adalah tip-tip mudah untuk mempastikan luka episiotomi cepat sembuh:
  • Sitz bath atau rendam punggung dalam air bergaram 2-3 kali sehari selama seminggu.
  • Pastikan episiotomi kering setiap kali selepas mencuci faraj dan mandi
  • Jangan duduk terlalu lama atau duduk bersila
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerat
  • Minum serat dan air secukupnya untuk mengurangkn sembelit
  • Buat senaman kegel

Friday, January 20, 2012

Macam-macam Rasa

Assalamualaikum,

Baby dah 32 minggu++.. Perut memang dah besar dan maju ke  hadapan. 

Stretch marks takde, mujo lah! Hee.. Tapi hubby cakap, "tah tah lepas beranak baru dia keluar kot..." Haishh saje nak takutkan orang. Betul ke? Tak kot kan? Huuu...

Pusat.. err entahla nak kata timbul ke tak. Takdela timbul sangat. Aku nak amik gambar nak tunjuk kat korang pun takut melampau sangat haha...

Baby pun ada masa-masa dia bergerak. Awal pagi selalu aktif. Tengahari gerak sikit-sikit. Petang pun sama.. Malam aktif.. Seronok bila baby bergerak. At least aku tahu dia sihat dalam sana.. Selalu cakap dengan baby, gerakla banyak-banyak sayang.. So that mama tahu kamu okay... Aku notice baby hanya bergerak bila perut ditutup. Kalau aku selak baju mesti baby tak gerak. Daripada aktif tetiba dia diam.. Baby sejuk ke? hehehe...

Sakit di rusuk makin ketara. Especially belah kiri. Mungkin sebab baby dah berada dalam keadaan cephalic. Kepala kat bawah, kaki kat atas. Maka, kaki dia yang dok menekan-nekan, menolak rusuk aku..

Tido malam makin tak lena. Kerap bangun untuk buang air kecil dah jadi kebiasaan. Cumanya nak bangun tu seksa. Dengan perut yang mengeras. Sakit belakang.. sakit pinggang... Nak bangun tips nya, kena mengiring dulu barula boleh bangun.. Posisi tidur pun jadi masalah jugak. Aku mengiring belah kiri, baby tendang. Mengiring belah kanan pun baby tendang jugak.. Tido terlentang sakit pinggang pulak. Kadang-kadang aku biar je baby tendang huhu.. Dah tido mengiring je posisi paling ok. Tak sakit pinggang. Adui sabar jela.. Kadang-kadang hubby tolong gosok-gosok belakang. Mujo ada dia...

Hari Selasa lepas, ada perjumpaan dengan semua navy wives kat sini. Masa tengah makan, sembang-sembangla. Dorang sume dok tanya aku dah berapa bulan. Dorang kata aku nampak macam dah tak larat and sarat sangat. Then ada sorang tu tengok kaki aku. Dia cakap, "ehh kaki dah sembap ni! Kalo surut yang ni, nak bersalin dah la tuu.." Adoiyaii ahkak, jangan takutkan saya! Tapi memang kaki aku dah sembap dah pun. Huhu..

Then petang tadi, husband balik keje, tiba-tiba je dia pegang bahagian atas perut aku.. Aku tanya dia nape ni tiba-tiba.. Dia cite, tadi dia singgah kat gerai akak-akak navy wives ni. Ada sorang akak tu bagitau hubby, " isteri kau tu dah tak lama tu.. perut nampak macam dah ke bawah.. Cuba balik ukur..." Tu yang dia dok pegang tu.. Aduiii... Bila otai otai dah cakap macam tu, lagila aku rasa cuak.. Akak tu kata, tah tah hujung bulan dua ni...

Aku tanya hubby, "abang ok ke nak handle kalo sayang bersalin awal. Sebelum mak datang?" Dengan kompiden dia jawab, "bleh jeeee..." Moga-moga kekompidenan tu bukan sekadar di mulut lah hehe..

Macam-macam rasa dah ni. Apa-ape pun, aku harapkan yang terbaik. Semoga mama and baby sihat-sihat selalu!

Thursday, January 19, 2012

The Bad News Is - I Have GDM

GDM - Gestational Diabetes melitus

Assalamualaikum,

Huwaaa sedihnye aku nak bercerita kisah bad news ni.. But I'm taking it easily. Tak update blog sebab awal-awal tu memang emosi sedikit terganggu. Now dah okay. Pastu hubby pulak tak sihat. Demam dan cirit birit. Kena la bagi perhatian sepenuhnya pada dia.. Alhamdulillah, he's getting better. Cuma diarrhea tu ada lagi sikit-sikit. Makan pil chi kit teck aun tak jalan.. Makan charcoal pun tak jalan. Harapnye tak lama lah.. Kesian tengok dia, lemah semacam huhu.. Get well soon dearest hubby!

Anyway, berbalik kepada cerita tentang aku...

Selasa lepas aku ada appointment dengan doktor. Dah 32 minggu kena la jumpa doktor. Minggu minggu lain appointment dengan nurse je. Selasa lepas juga aku kena minum air gula untuk kali kedua.

Kali pertama (27w) minum air gula, result aku seperti berikut:

Darah pertama (selepas puasa) - 4.4
Darah kedua (2 jam selepas minum air gula) - 6.5

Kali kedua (32w) minum air gula, result aku seperti berikut:

Darah pertama (selepas puasa) - 4.3
Darah kedua (2 jam selepas minum air gula) - 8.5


Aduiyaiiii... Bila tengok pada jadual kat atas, sah-sah aku ni ada tolerans glukosa yang terganggu wuwu.. Kiranya peringkat awal diabetes la.. Kalo aku tak jaga-jaga memang aku saje cari nahas la tu kannn...

Doktor pun geleng kepala bila tengok result aku... Dia dok tanya, "awak minum air manis banyak sangat ke? Ada makan buah banyak sangat ke?"

Aku pun pikir-pikir la balik ape yang aku dah makan dan minum. Erm 2 weeks back aku memang ada makan manis. Buat puding la.. ketupat sotong la.. Semua tu manis.. Pastu aku ada minum air oren Twister tu.. Manis jugak kan? Aduii abes takkan la tak boleh makan langsung. Kesian aku.. huhu..

Dah kempunan nak makan eskrem bila result marvelicious macam ni. Menci tauu....

Disebabkan result yang sangat cemerlang ini, aku kena la buat BSP - Blood Sugar Profile..

Yang aku tahu BSP ni kena amik darah hari-hari kan? Macam Mommy Cha dulu dia siap bawak balik glucometer kat rumah lagi, amik darah sendiri. Tapi aku kena buat BSP on 30 January ni. 

Malam sebelumnya kena puasa..
8 pagi amik darah pertama + jumpa pakar pemakanan..
11.30 pagi darah kedua
5.30 petang darah ketiga
9.30 malam darah keempat..

Setiap kali lepas amik darah tu kena cepat-cepat makan. Pastu in between bleh minum air masak je.. Kalau lambat makan takut nanti time amik darah, gula naik. Nurse pesan makan nasik sikit, lauk macam ikan atau ayam goreng sahaja pastu banyakkan sayur. Buah pun kalau bleh jangan makan banyak sangat.. Seminggu sbelum buat BSP ni pun memang kena kurangkan dah...

Sedihnye la aih bila dapat tau aku ada kencing manis ni. Bagitau mak aku lagila dia terkejut. Tapi dia sedapkan hati aku. Dia kata 8.5 takdela tinggi sangat. Tapi kena ingat-ingat dahla pasni. Dalam nada sedih aku cakap dengan dia, "Wani nak makan eskremmmmm..." Menitik air mata aku masa cakap tu ahahaha *gedis*. Pastu mak cakap, "makanla.. tapi makan sikit je.." Huhuhu... sayang mak.. Tapi sampai sekarang aku tak makan lagi eskremm.. Sebab takut huhu.. Baru cadang nak makan satu bekas tu sorang haha *tamak haloba*. Terpaksala batalkan hajat tamak haloba tu sobsob...

Hubby pun bebel tak payah cakapla.. Berbakul-bakul kena bebel.. Dia geram sebab aku tak suka minum air masak. Kali ni dia kata, satu hari satu botol besar kena minum! Adui.... tak suka tak suka... 

Harap-harapnya masa buat BSP nanti result aku ok lah.. Tak maula sampai ke tahap kena cucuk insulin. Ya Allah, mintak jauh sangat!

Doakan aku!

Tuesday, January 17, 2012

Dah Prewash Cloth Diapers

Dah prewash cd for the first time.
For info, cd ni kena prewash at least 3 times.
Untuk meningkatkan kadar penyerapan insert dia tu.
Pocket dia sekali pun takpe..
Aku baru prewash sekali semalam.
Alhamdulillah cuaca panas terik dari pagi hingga ke petang.
Harini pun panas. Tapi aku tak larat nak prewash.
Balik dari klinik pun pukul 1 tengahari tadi.
Kepenatan badan dan emosi sikit harini.
Yeah yeahh ada bad news sket masa jumpa doktor tadi.
*sigh*
Nantila cerita...
Ape-ape pun, cuci mata dulu tengok gambar cd tengah bergantungan ni.
Aku suka... 
Terapi mata buat aku.
Hilang sket stress..
Oh cerita macamana nak prewash cd etc, aku cerita lain kali jugakla ye.
Take care mommies!
:)

Monday, January 16, 2012

Semalam Mimpi Makan Eskrem dengan Akak Mimizouslicious!! lol!

Assalamualaikum,

Dahsyat tak aku.. Mimpi mengigau siap ada akak Mimy Hamid kita ni hahaha..

Saya pun tak tau kak, cemana laa akak leh termasuk dalam mimpi saya nih. Kes hari-hari dok baca blog akak kot. Pastu kena lak akak selalu buat post makan makan kannn ehehehe..


Aku mimpi aku pegi shopping mall mana tah. Beli aiskrim Baskin Robbins kot. Sume aku amik.. Mangkuk besar haaa.. Siap duduk semeja dengan kak Mimy.. Sama-sama dok makan eskrem kahkahkah..

Adeii ni rasa macam nak makan eskrem betul-betul ni...........

Tapi esok nak kena minum air gula lagi! Terpaksala bantutkan dulu hasrat murni. Sabar ye darling baby. Lepas minum air gula, kalo result marvellous, mama pegi cari kat G-Mart! Takde Baskin Robbins, eskrem Walls pun jadi lahhhhh...

Sunday, January 15, 2012

Kenapa Saya Pilih Untuk Bersalin Di Sabah?

Assalamualaikum,

Ada ke yang nak tahu? Heh takpe.. saya nak cerita jugak ehe.. 

Pada sape-sape yang tak tau, saya sekarang menetap di Tuaran, Sabah. Saya ni orang Semenanjung, orang Kelate. Cik Mek Molek hohoho.. Suami saya pun orang Semenanjung. Orang Besut, naa naa naa Ganu Kiteeee.. Ape kes dua orang Semenanjung ni dok Sabah pulak ni kan? Semestinya kerana kerjaya.. Suami aku lah tu.. Aku dah tak bekerja! Kerjaya aku kat rumah je, pengurus rumah tangga giteww eheheh... 

Suami aku anggota TLDM. Sebelum ni bertugas di Lumut, Perak. Aku pulak tinggal di Putrajaya dengan akak aku... Sebelum kahwin, after kahwin memang LDR la dengan dia.. Masa lepas kawin tu, aku memang ada plan nak pindah ke Lumut tapi mungkin tahun 2012 ni la baru pindah. Ada la dok cari-cari kerja kat Lumut tu. Tup tupp bulan 9, 3 bulan lepas kawin, suami aku kena transfer ke Sabah. Masa tu pon aku dah pregnant jugak dah, 3 bulan jugak. Haihlaaa dugaan sungguh! LDR Lumut-Putrajaya dah cukup menyiksakan, apatah lagi LDR Sabah-Putrajaya kan??

Jadi aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan ikut suami ke Sabah. Aku pikir, kalo aku tak pregnant mungkin aku bolehla bertahan. LDR je dengan husband. Tapi.. takleh gak kot. Aku suke berkepit dengan laki aku! haha.. Kalo takleh tido bawah ketiak dia tak lena tauu :P Dah lebih kurang 3 bulan dah aku kat Sabah ni.. Menjadi permaisuri rumah tangga hehehe... insyaallah soon to be a SAHM, stay at home mother bila baby dah keluar nanti :)

Ok ok back to the topic. Kenapa untuk bersalin ni aku tak balik bersalin di kampung? Ramai yang duduk jauh-jauh sure akan balik bersalin kat kampung kan. Senang sebab ada orang bleh jaga. Macam sekarang, kitorang berdua je.. Ape la laki aku tahu pasal penjagaan baby masa kecik dan penjagaan seorang ibu yang baru bersalin kan? But I have my own reasons...

Reason satu
Aku tak boleh berpisah dengan husband!! Dah cukupla kena tinggal masa kat Putrajaya dulu. Tak sanggup dah aku huhu.. Sabah bukan dekat. Kena rentasi Laut China Selatan..Dan kami bukan ada banyak duit nak travel back and forth. Kerja husband pun takleh tinggal-tinggal. Susah benar nak dapat cuti. Aku bertuah sebab kat Sabah ni husband tak perlu belayar. Kena tinggal time dia duty tu biasala.. Semalaman je pon. Paling kerap 2 kali seminggu. Kalau belayar nak 3 bulan dia tinggal aku. Tapi dah tak belayar ni ok jela aku nak duduk sini... So itu reason satu, aku takleh nak berenggang dengan husband aku ehehe.. Nak tengok dia depan mata hari-hari...

Reason dua
Aku dah penat nak travel. Right after kawin aku banyak travel ke Lumut. Drive sendiri, naik bas.. Penat woo.. Kena pulak masa tu awal-awal pregnant kan. Risau sangat takut ape-ape jadi pada baby. Jalan Lumut tu dahla dahsyat. Jalan berlubang-lubang. Kalau naik bas bleh melambung-lambung. Husband pun banyak jugak travel ke Putrajaya. Bayangkanla berapa duit habis kan.. Aku penat sangat-sangat. So bila dah kat Sabah ni, aku dah malas jugak nak travel. Memangla naik kapal terbang selesa. Tapi bila sampai LCCT, aku kena naik teksi atau train nak ke Putrajaya. Pastu naik bas lagi balik Kelantan. Aduhh Kelantan bukan dekat kawan-kawan. 8 hours journey kalo naik bas! Naik kapal terbang memang 45 minit je. Tapi still masalah kewangan jugakla.. Dah pregnant ni ada limit time jugak boleh fly kan. Rasanya kalo dah masuk banyak minggu pregnant memang takleh fly dah... 

Reason tiga
Aku nak husband aku ada di sisi aku waktu bersalin nanti. Insyaallah... Kalau aku balik bersalin di kampung, aku risau husband aku tak sempat balik. At least kalau kat sini dia memang ada dengan aku kan.. 


Itulah antara reasons nya.... Kitorang takdela berdua je nanti. Insyaallah mak ayah aku akan datang..

Kemungkinan besar juga after bersalin nanti, 2 or 3 weeks after maybe, kalau baby sihat, aku pun sihat, aku akan balik ke kampung. Sebab mak ayah aku takleh duduk lama. Aku pahamla... Kena la tinggal husband kejap huhu.. Tapi aku balik pun tak lama. Sebelum puasa datang balik sebab aku tak nak husband puasa sorang-sorang. Last year pun aku dah rasa ralat sangat sebab sebagai isteri, aku tak pernah sediakan makan minum dia sepanjang puasa tu. Dok jauh kan huhu.. So kali ni tak mau la lagi macam tu, insyaallah...

Doakanla semuanya selamat nanti ye. Dah tak lama dah ni! wuwuwu

Saturday, January 14, 2012

Oh, Bulatnye Saya! 0__0

Dari atas sampai bawah bulatnye hahaha
Gambar diambil last week kot, so bleh kira baby bump 31 minggu jugakla ni..
Ni kat playground belakang blok.
Hubby nak amik gambar dengan moto dia berlatar belakangkan sunset.
Aku takde moto.
Aku ada perut boyot jek kihkihkih..

Thursday, January 12, 2012

Kawin Baru 29 Minggu Tapi Kandungan Dah 31 Minggu. Apakah??

Assalamualaikum,

Heh, kandungan dah masuk 31 minggu baru nak bercerita pasal ni ekk....

Terbitnya entry ini ialah kerana mak aku dok cakap, aku ni baru 29 minggu mengandung sebab ikut usia kawin tu... Tidak mak, anak mak ni dah 31 minggu dah mak mengandung.

Mesti pelik kan, kawin baru 29 minggu tapi kenapa dah mengandung 31 minggu?

Jeng jeng jenggggggg......

This is why the because. Sila baca dan faham ehehe

Walaupun agak aneh, doktor anda akan mengira tarikh jangka lahir (dan umur gestasi bayi anda) dengan menghitung balik ke hari pertama haid terakhir anda. Oleh sebab sukar untuk mengetahui dengan tepat bilakah masa ovulasi dan juga bila sperma mensenyawakan telur anda, pakar perubatan sering menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara "rasmi" minggu pertama kehamilan anda ialah minggu haid terakhir anda bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi ialah dua minggu terawal dari umur gestasinya. 

Atau penerangan dalam Bahasa Inggeris nya......

Human gestation is the same for everyone: It takes about 38 weeks from the day of conception to the day you deliver.
Very few expectant moms know exactly when they conceived, however. Even if you only had sex once during your fertile period, you wouldn't necessarily conceive right then. It's possible that the sperm hung out in your fallopian tube for a few days until your egg came along, at which point it fertilized the egg and your baby was conceived.
So without knowing the day of conception, how does anyone determine a due date?
Most people just estimate. The method typically used by healthcare providers is simply to count from the first day of your last period. For women with a menstrual cycle of average length, that day is usually about two weeks before conception, which explains why pregnancies are said to last 40 weeks. This method doesn't take into account how long your menstrual cycle actually is or when you think you might have conceived.
Kedua-kedua keterangan kat atas dari babycenter.com.

Satu lagi info aku jumpa dalam sebuah forum:

"Memang kehamilan dikira berdasarkan hari pertama period terakhir dan bukan berdasarkan tarikh anda berkahwin. Tiada apa yang silap dan semua maklumat adalah benar. Anda perlu tahu bahawa minggu kehamilan ditentukan menerusi 2 cara. Satu ialah minggu gestasi yang dikira berdasarkan hari pertama haid terakhir, dan satu lagi ialah minggu kehamilan sebenar yang dikira sebaik persenyawaan berlaku di tiub Fallopio atau pun rahim. Oleh kerana minggu kehamilan sebenar sukar diketahui dengan tepat, maka ramai doktor di dunia memilih untuk melaporkan minggu gestasi kepada bakal ibu. Jadi, bagi anda, tarikh 20+7=27 dan bulan 5+9=bulan Februari 2009. Maka anda dijangka melahirkan bayi pada 27 Februari 2009. Sekarang anda berada dalam minggu 10 gestasi (dengan 2 minggu pertama itu anda tidak hamil walaupun perkiraan minggu kehamilan mengambil-kiranya sebagai "hamil"). Kadang-kala apabila buat skan ultrasound peringkat awal kehamilan, ukuran bayi lebih besar dan ini memberi usia gestasi yang lebih tinggi drp sepatutnya. Anda tidak perlu risau kerana akan ada skan tambahan dan usia bayi (minggu kehamilan) akan dibetulkan semula."

Paham ke? Aku pun actually kurang paham tapi sedang nak memahaminya.

Apa yang aku paham ialah, usia kandungan ni bukan dikira dari usia perkahwinan. Ia dikira bermula dari hari pertama period terakhir anda. Sebab doktor kira macam ni ialah, tak semua orang tahu bila anak tu disenyawakan (conception). Kecuali kalo korang betul-betul tahu la kan. 

Bagi yang mempunyai kitaran haid normal (28 hari) hari pertama last period tu biasanya 2 minggu sebelum persenyawaan berlaku. Waktu subur kan biasanya pada hari 13-17 (2 minggu selepas period). Jadi masa disenyawakan tu, baby dah pun dikira berusia 2 minggu. Sebab tu jugakla tempoh kehamilan ni ialah selama 40 minggu. Dia tambah 2 minggu pertama tu. Kalau tak, sampai 38 minggu je.. 

Contohnye macam aku ni... 

Last period ialah pada 3 Jun 2011.
Kawin pada 4 Jun 2011. (Kesian aku, kawin time period huahua)

My wedding week and my last period week tu memang sama la dah 29 minggu kan. Cumanya untuk tempoh kehamilan tu kena tambah 2 minggu seperti yang dinyatakan dalam penerangan di atas. Sebab itulah aku kawin baru 29 minggu, tapi pregnant 31 minggu. Get it? :D

Susah nih nak explain kat mak aku ehehehehe... Dia cuak sebenarnye tu. Takut aku terberanak awal sebelom dia datang huhu.. Aku penat dah cakap ngan dia, betul makkk.. dah 31 minggu. Dalam buku pink pun nurse tulis 31 minggu. Dia kata nurse silap ehehehe... Wani (panggilan kat rumah) pon takut jugak ni mak. Takut terbersalin awal jugak huhu.. Tapi takpe, Wani hari-hari dah cakap dengan baby, tunggu mak tok datang dulu. Mak aku datang masa aku dah pun 37 minggu hohoho.. Moga-moga baby dengar cakap mama. Dengar ye sayanggg :D

Cara kira EDD:

3 (hari last period) + 7 (hari dalam seminggu) = 10
bulan 6 (bulan last period) + 9 bulan = Mac

Makanya betulla, EDD aku ialah 10 Mac 2012 :)

Kira Pergerakan Bayi

Assalamualaikum,



Semalam misi dah suruh aku start kira pergerakan baby dalam perut. Start pukul 9 pagi sampai 9 malam. Kena kira cukup 10 kali pergerakan. Kalaula dalam masa 12 jam tu baby gerak tak sampai 10 kali, then kemungkinan besar ada masalah dan kena pegi hospital cepat-cepat..

Apa yang misi explain kat aku semalam, kalo baby gerak sekali dan banyak banyak kali dalam beberapa saat tu maknanya sekali pergerakan. Then selang tak lama pastu gerak lagi maknanya dua pergerakan. Aku tak tanyala pulak dia selang tak lama tu berapa lama sebenarnye. Now aku dah konfius....

Start pukul 9 pagi tadi aku kira.. Dalam pukul 10 aku rasa dah cukup 10 kali gerakan. Cara aku kira macam nurse cakap tula. Selang masa pulak bila aku rasa dah lebih dua atau tiga minit lepas pergerakan pertama tadi tu.. Tapi rasa macam salah je cara aku kira ni..Huu..

Aku ada tanya kat support group di Facebook, ada yang kata dah betul dah cara aku tu, ada pulak kata tunggu setengah jam.. So mana satu betul ni?

Macamana korang kira pergerakan baby? Share with me pleaseeeeeeee....

Wednesday, January 11, 2012

Checkup Week 31

Assalamualaikum,

Harini pegi checkup untuk minggu ke31 di KKIA Tuaran. Appointment pukul 11.30 pagi. Pukul 11 aku dah sampai.. 

Macam biasa, pergi makmal dulu. Tak tunggu lama pun di makmal sebab masa tu dah takde orang sangat dah.

Urine: Clear
Hb: 11.6 (Naik. Last month 11.0)

Then barula tunggu giliran untuk jumpa nurse. Kena tunggu 30 nombor. Tapi banyak skip skip so tak lama juga menunggu. Heh memang bes la appointment tengahari..

Berat: 73.6kg (Turun! Last 2 weeks 74kg. Nurse kata ok je sebab tak turun banyak)
Tekanan darah: 100/60
Edema: Takde! Kaki dah tak bengkak hehehe..
Tempoh hamil: 31 minggu 5 hari
Tinggi rahim: 30cm
Kedudukan janin: Cephalic (kepala dah ke bawah. Tapi nurse kata normally sebelum minggu 36 baby bleh pusing-pusing lagi)
Jantung baby: 148
Gerak: Positive :)

Alhamdulillah overall semua ok.. 

Aku cuma ada masalah sembelit uhuk uhuk.. Tak habis habis kan? Blehla buat cerita Aku dan Sembelit 2012.. Misi suruh minum air banyak banyak banyak dan makan buah macam betik banyak banyak banyak. Baiklah misi! Akan saya usahakan. Kalau tak membuang jugak tak taula aku.. Orang lahir bulan Julai ni memangla ada masalah dengan perut kan??? Haihh....

Panjang advice misi dalam buku aku kali ni..

- Banyakkan pengambilan makanan berserat
- Minum air masak 6-8 gelas sehari
- Jangan berurut
- Cont balance diet (zat besi, vit C, kalsium)
- Kurangkan pengambilan makanan yang manis-manis
- Kira gerakan anak
- Buat persediaan bersalin
- Segera ke hospital jika ada masalah

Misi dah suruh kira gerakan baby. Start esok pagi pukul 9. Maknanya mama nak kena bangun awal dahla. Selalu pukul 11 pagi baru bangun huahuahua.. So darling baby, gerak banyak-banyak k! Lebih 10 kali pun takpe, mama suka! Yeah go baby gooo!

Oh satu lagi misi pesan, sume baju baby, towel kena basuh dulu. Pastu simpan kat tempat khas untuk baby sahaja. Paling penting jangan letak ubat gegat. Sebab nanti bila lahir darah baby akan diuji untuk G6PD. Kalau baju baby ada bau atau kesan ubat gegat tu, keputusan ujian tu bleh terganggu. Tu yang nurse bagitau aku la.. Ape-ape pun aku memang tak suka bau ubat gegat!

Tu je untuk harini.

Next appointment:

17 Jan - Jumpa doktor & MGTT +___+
21 Jan - Kelas antenatal 1
25 Jan - Jumpa nurse
28 Jan - Kelas antenatal 2

Tuesday, January 10, 2012

Trimester 3 = Trimester 1

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, minggu ni minggu ke 31 dah baby mama. Esok ada checkup, nanti kita tengok perkembangan baby eh :)

Trimester 1 dah laaaaaama aku tinggalkan. Trimester 2 paling dirindui sebab badan rasa ringan je masa tu hehe.. Trimester 3 sedang dihadapi. Huh mencabar sungguh. Aku boleh buat kesimpulan bahawasanya trimester 3 ni lebih kurang sama je keadaannya dengan trimester 1.


  • Kerap kencing. Especially tengah malam. Masa trimester 1 dulu aku selalu tido pakai towel je haha.. Sebab malas nak bukak suar everytime nak pergi toilet tengah-tengah malam. Sekarang pun sama la, kerap sangat kencing. Tapi trimester 3 ni baby dah besar. So bila pundi kencing dah penuh, baby mulala mengeras. Aduiii senak perut... Trimester 2 memang best. Jarang bangun kencing...
  • Penat dan cepat mengah. Rumah aku tingkat dua. Nak naik tangga tu mencabar sungguh. Selalu cakap dengan hubby, "dukunggggg.." sambil hulur tangan ehehe..Nasib baik tingkat dua je.. Kalo tingkat 4,5,6 adeilaaaaa... Samala keadaannya masa trimester 1 dulu.. Tak larat nak naik tangga!
  • Asyik lapaaarrr je. Makan macam tak pernah puas. Mulut ni nak mengunyah je. Sama macam awal pregnant. 
  • Pahit mulut dan loya. Tak taula korang rasa ke tak masa trimester 3. Well I do. Perut pun penuh angin semacam. Pedih ulu hati tak payah cakapla.. Nak kata aku lambat makan tak jugak. Sebab asyik dok makan je tak berhenti. 
  • Tambah satu lagi.. cepat ngantuk. Ke aku memang suke tido? haha.. Tapi betul la, sama macam trimester 1 dulu. Asyik nak tidooo je. Sekarang pun aku dah menguap nih.. 


Tu je kot yang terlintas dalam kepala sekarang.. Yang bezanya trimester ketiga ni, baby dah banyak gerak dan perut pun dah membuncit hehe.. Masa trimester 1 dulu mana nak rasa lagi baby gerak. Perut pun tak buncit. Sebokla dok tilik perut hari-hari, cari mana baby bump ehe.. Sekarang tak payah cari dah. Terserlah nampak! Hehehe.. I am sure gonna miss this bila dah bersalin nanti kan.......

31 weeks baby bump :)

Monday, January 9, 2012

Ooopss... Tershopping Online Lagi :D

Assalamualaikum,

After dah pindah ke Sabah bulan 11 haritu, aku dah nekad dah takmo shopping online. Ada dua reason..

Satu
Duit dah takde! haha.. Bukanla takde langsung kan. Hubby bagi je elaun tetiap bulan sebab askar wajib potong gaji untuk bagi elaun kat bini. Maksud aku duit aku sendiri. Nak shopping online ni aku selesa guna duit sendiri sebab aku yang menggatal nak shopping kan, bukan husband aku ehe.. Lagipun hubby kurang suka actually aku bershopping online ni. Dia bukan hape, takut aku kena tipu jek.....

Dua
Masalah pos mengepos... Haih, rumah aku ni kuarters.. Tapi macam takde pengurusan yang betul. Almaklumle di luar base. Takde orang amik tahu sangat. Surat memang selalu tak sampai sebab posmen hanya hantar kat post guard je. Pastu dah takde sape dah nak pegi letak kat pigeon hole rumah... Guard mesti cakap dia bukan posmen huhu.. Kalau dah surat pun bleh hilang, apatah lagi parcel kan. Risau betul aku kalo beli online, hantar parcel besar-besar pastu hilang macam tu je. Aduii..... ngeri! Barang hilang, duit pun melayang!

Walau bagaimanapun, godaan sangatla kuat huahuahua... Aku kan suri rumah sepenuh masa. Dok umah kejenye ialah mengadap laptop dan melihat kedai-kedai online nih hehe.. Setakat ni kalau beli online, aku selalu beli cloth diapers (CD). Susah betul la nak melawan godaan. CD CD ni comey comey tauuu... Geram aku! Dalam tangan dah ada 18 ketul, tapi selalu tangan ni geraaaammmm je nak beli lagi. Hehe gedik kan.. Geram tengok dia punye print tu kekadang..

Hari ape eh haritu, aku ternampakla Mamapanda.com tengah buat sale cloth diaper package.. Ape lagi, laju jela kan tangan mengklik.... Dia jual pakej CD (Babyland + Sunbaby for RM100 je.. (sekarang dah jadi RM95 je, cepat beli! hehe).. Aku dah ada CD Babyland and Sunbaby ni.. So ingat takmo beli la kan. Sekali scroll down, Ana (the owner) nak jual preloved CD jugak.. Bamboolite punye plus 2 Babyland CD for only RM65. Wah wah.. teruja la kan sebab aku takde lagi CD Bamboolite. Nak beli baru mahal woo Bamboolite nih. Lagipun baru nak try pakai kan so aku tak kesah la nak beli yang preloved pun. I trust Ana on how she take good care of her CDs.. Dia nak sell off pun bukan sebab CD tu tak elok tapi sebab nak destash collection dia yang dah banyak.. 

Inilah hasil pembelian...
Top left: Bamboolite Premium Day Diaper (Black Toys) 
Top right: Bamboolite Lite Day Diaper (Maroon Butterfly)
Bottom right & left: Babyland Plain

This is not the only thing that I bought.. Huahuah.. tengok, sekali dah beli online, mesti addicted..... Aku bukak pulak Facebook Mama Panda Store. Dalam album stock clearance dia nak jual 2 Tommee Tippee Bottles for RM43.. Heh aku pun gatal la kan nak beli. Bukan ape, aku tak beli lagi botol susu branded ni weh haha.. Yang dah beli tu Pureen punye je.. Sajela nak mengetest yang branded pulak kan... 

Teats 0m+
Sesuaila untuk newborn..

Tapi kan.. aku maybe tak guna lagi bottle ni masa baby kecik.. Bukan ape, takut nanti baby confuse.. Confuse mana satu nipple mama, and mana satu nipple bottle. Dibuatnye dia lagi suka nipple bottle tu huwaaa sedihnye la aku tak dapat nak direct feed baby kann... Insyaallah, semoga susu aku banyak dan aku dapat direct feed baby. Mintak-mintak jugak baby tak confuse nak drink from bottle and from mama's breast as well... Aminnnn....

Barang-barang ni aku suruh Ana post ke rumah mak kat kampung.. Insyaallah bulan 2 nanti mak bawak... Lambatnye, tak sabar nak belek CD Bamboolite tu. Bagitau mak aku beli CD. Expression mak ialah, "beli lagi????" huahuahua.. Maafla mak, anak mak dah addicted huhu.. Ni kalo laki aku tahu nih.. Macamana la agaknye expression dia. Jangan risau abang, sayang guna duit gaji last sayang haritu ehehehehe.... Duit elaun belum diusik lagi. Dah berkulat dalam beg haha...   

Ok cukupla.. takmo dah shopping online +___+

Korang terjahle website Mama Panda Store.. Ada macam-macam barang baby yang dijual.. Bukan setakat cloth diaper, stroller Quinny pun ada, harga murah daripada retail price.. Car seat Maxi Cosi dan macam-macam lagi. Kalo ada FB, like aje page FB dia :)



p/s: Ini iklan tak berbayar :D

Sunday, January 8, 2012

Checklist Barang Perlu Dibawa ke Hospital

Assalamualaikum,

Minggu ni kandungan aku dah masuk minggu ke 31. Huh cepatnye masa berlalu. Ramai kawan yang dah ada anak dok pesan kat aku prepare cepat-cepat barang yang nak dibawa ke hospital. Huh aku pulak acuh tak acuh je pasal ni. Malas dan rasa macam lambat je lagi. Walhal dah masuk 7 bulan kannn.. Adoiii macam tak ready je lagi nak bersalin uhukuhukk...

Anyway, aku ada google barang yang perlu dibawa ke hopital nanti.... List ni aku amik dari http://www.bengkungmoden.com/checklist%20barang%20persediaan%20bersalin.pdf

Tapi aku tak amik semuala. Yang aku rasa perlu je :)

For mommy:

1. Buku pink
2. IC
3. T-shirt longgar yang mempunyai bukaan di depan ( mudah nak menyusu baby) - 3 helai atau lebih
4. Stokin - 2 pasang atau lebih
5. Kain batik atau seluar longgar - 3 helai atau lebih
6. Set mandian (jika bersalin di hosp kerajaan. Hosp swasta biasanya dorang bagi)

  • Sabun
  • Berus gigi/ubat gigi
  • Sikat
  • Pencuci muka
  • Bedak
  • Tuala
  • Syampu
  • Losyen
  • Deodoran
7. Tisu
8. Selipar jepun
9. Pad
10. Seluar dalam - nak senang beli disposable panties
11. Nursing bra
12. Pengikat rambut - kalau rambut panjang la..
13. Handphone & charger
14. Cermin mata (aku rabun dan pakai contact lenses! Nampaknye kenala pakai spek nanti huhu)
15. Quran, buku/majalah
16. Minuman segera (Milo/Horlicks/Nestum) dan makanan buat alas perut
17. Laundry bag

For baby:

1. Baju baby - 2 pasang atau lebih
2. Sarung tangan, sarung kaki dan topi - 2 pasang atau lebih
3. Selimut
4. Tuala
5. Bedung/Lampin
6. Lampin pakai buang (disposable diapers)
7. Barut
8. Set mandian baby
9. Wet tissue
10. Nappy cream
11. Minyak untuk sapu di perut baby - orang biasa pakai Minyak Yu Yee kan?



That's all.. Ada lagi tak yang aku tertinggal?

Friday, January 6, 2012

Tuan Rumah Kedemaman

Assalamualaikum,

Dari semalam dok bersin hacum hacuumm.. Bergegar baby dalam perut. Sampai ke tulang belakan sakit  bila bersin. Adeh.. Sungguhla tak selesa. Air mata mengalir, air hidung pun mengalir....

Badan tak panas di luar, tapi panas dalam. Adui sakit segala urat sendi.

Dah pegi Hospital Tuaran tadi. Doc cakap tonsil aku membengkak dengan cemerlang gemilang terbilang.

He prescribed me penicillin for tonsils, ubat selesema, air kumur & paracetamol. Aku dah makan sebijik ubat selesema. Tak jadi hape ponnnn.... Adui tensi...

Rumah seriously bersepah. Dapur tak terurus. Pinggan mangkuk semalam masih dalam sinki. Tak larat weh...

Cepat-cepatla sembuh... huuu pray for me pls! TIA :)

p/s: Boleh ke nak minum air Cap Badak tu?

Tuesday, January 3, 2012

More Baby Stuff

Assalamualaikum,

Lama dah sebenarnye tak beli barang baby. Last sekali beli masa kat Putrajaya bulan 10 dulu. Barang-barang ni masih kat Putrajaya lagi sebab haritu nak naik flight barang overweight. Terpaksala tinggal dulu satu beg barang baby huhuhu...

Insyaallah barang tu mak aku akan bawak bulan 2 nanti. Barang yang dah beli tu dah banyak sebenarnya. Cuma nak tambah bedding set, barang-barang mandi, laundry je lagi.. Baju-baju aku rasa macam dah cukup. Tapi since sume baju tu ada kat Putrajaya lagi, aku kena beli jugak lagi baju kat sini. Stand by kot kot terbersalin awal kan. Huu mintak takla. Tunggu mak tok ngan tok yah datang dulu ye sayang....

Kat Sabah ni aku tak tahu mana nak cari kedai yang jual barang baby murah-murah. Kalau kat Semenanjung best la kan. Banyak warehouse sale. Syokla membeli belah. Kat Sabah ni, so far, aku dok jumpa iklan Warehouse For Sale jek ekeke... Warehouse Sale memang tak penah nampak huhu... 

Aku join satu support group ni dalam Facebook. I asked few Sabahan mommies there kat mana nak beli kan..  A few of them suggested Ngiukee kat Centre Point, KK, Hypermarket Servay kat Likas, Parkson 1Borneo, Metrojaya...

1Borneo tu aku tak pernah pergi sebab malas haha.. Kat situ macam ramai orang je. Selalu pegi KK.

Cuti Christmas lepas my husband ajak pegi KK cari barang baby. Aku excited la kan ehe.. Sebab yang beli kat Putrajaya tu aku beli sendiri. Without husband. Sekarang peluang untuk kitorang berdua shopping barang baby for real. Selalu dok imagine je ehehe...

Kitorang pergi Centre Point. Kat ruang legar ground floor tu Ngiukee ada buat jualan lambak. Kira sale for Christmas la. Alhamdulillah ada barang baby jugak.. Oh Ngiukee ni macam Pacific gitula.. Harga aku rasa standard je. Belas-belas ringgit. Paling murah pun RM10...

Kitorang beli 3 pasang baju lengan panjang

5 pasang baju lengan pendek & 2 pasang mittens & bootees dan juga 2 barut

Main hentam je amik baju tu.. Ada for girls, ada for boys. Lantakla haha.. girl boleh pakai baju boy dan begitu juga sebaliknya kan? Ala pakai masa newborn je pun.. Mostly untuk pakai dalam rumah je. Baju jalan-jalan nanti beli lain ehehe..

Then cuti tahun baru haritu, kitorang pergi pulak Servay kat Likas. Ramai yang suggest pergi situ kan. Servay ni macam hypermarket ala ala Giant. Memang banyak barang baby. Harga pun lebih kurang jugakla. Memang takkan dapat harga warehousela kan. Tapi takpela.. At first kitorang ingat nak survey survey je tapi at last terbeli jugak hihiih...

Beli 2 towels, 1 napkin (10pcs), bedding set Pigeon & sehelai lagi baju lengan panjang.
Baju ni hubby yang pilih. Dia suka ehehe...

Oh satu lagi, kelambu baby....

Tu shopping hari Sabtu. Hari Ahad melepak je kat rumah sebab aku kena cirit birit +__+ 

Hari Isnin fully recovered, terus bersemangat nak pegi jalan-jalan cari barang baby lagi hehe.. Kitorang pergi Suria Sabah Mall kat KK.. Suria Sabah ni macam Pavillion kot.. Kedai sume jual barang luxurious. Kat dalam tu ada Metrojaya. Kitorang pun masukla tengok. Hmm barang baby tak banyak sangat. Pastu a bit pricey jugakla. Ada sale tapi untuk member je. Aku takde kad member so tengok jela huhu... Tak beli apa-apa kat Metrojaya. 

Keluar dari Metrojaya nampak FOS. Haa FOS pun sometimes ada barang baby kan.. Memang ada hehe.. Aku grab 3 rompers. Harga, RM13 satu.. Tapi kalo beli 3 dapat RM30.. Jatuh RM10 sehelai. Okla tu kan.. Takde print yang comel-comel. Banyak plain je tapi takpela, amik jela.. Actually aku rasa rompers ni takde pun takpe kot. Tapi tahla, suka tengok baby pakai hihihiih... Entah muat entah tidak ni. Macam yang ada gambar anchor tu, panjang semacam je.. Tapi amik jugak sebab ada gambar anchor. Abah nye kan pelaut, jadi baby kena la ada barang tema pelaut nih ehehe.. Another theme is army.. Tapi susah betul nak cari..

3 rompers for RM30 from F.O.S


Tu jela barang yang dah beli setakat ni. Husband cakap cukupla kot, tunggu gaji bulan 1 pulak ehehehe.. Dah tak banyak kot nak beli. Maybe stop beli baju. Nak beli besen mandi baby and barang laundry macam bakul, baldi, penyepit baju yang kecik tu... Semoga murahla rezeki kami nanti :)


Sunday, January 1, 2012

Baby Tendang Abah Teeheeheee...

Assalamualaikum,

I really have to jot this down. Some kind of HARI INI DALAM SEJARAH hehehe...

Dalam pukul 8 malam tadi lebih kurang aku dengan husband tengah duduk bersantai-santai depan tv. Baby dalam tummy pun turut sama bersantai. Dapat rasa dia gerak-gerak. Itupun after aku force ehehe.. Usap-usap perut, cakap-cakap dengan dia suruh bangun. Sekali dah bangun haa aktif pulak. Alhamdulillah. Mama suka tau sayang...

Masa dia aktif-aktif tu la aku cakap dengan hubby, pegangla perut. Cakap-cakapla dengan baby... Hubby pun buatla.. Then hubby tanya kalo dia letak telinga atas perut boleh dengar tak heartbeat baby. Aku manala tau kan hehe.. Hubby pon tryla....

Hubby cakap dia dengar! Biar betul kan hehe.. Dia kata dengar macam bunyi "dup dup dup.." Aku cam dah kompius-kompius. Ke bunyi perut aku? hihi.. Tapi masa tu aku memang boleh rasa baby macam hiccup atau mungkin jugak dia tendang tapi slow.. Hubby try kira, tapi tak constant. So aku rasa tu bukan heartbeat tapi baby hiccup atau tendang.

Hubby dah excited and tak puas hati. Nak dengar lagi. Dia letak je telinga atas perut, tetiba,

Dushhhhhhhhhhh...

Baby tendang pipi abah hahahahaha...

Hubby terkejut siap menjerit lagi. Adoi he looked so funny ok huahua... 

First time aku tengok hubby excited macam tu ehehehe... Gelak-gelak dia suka sebab baby tendang. Memang kuatla baby tendang, aku pun boleh rasa ehehe...

That was definitely our best moment. Both of us were laughing hysterically. Suka sangat eheheh.. Aku dok puji-puji baby, macam tu la anak mama dengan abah. Kuat! hehehe.. 

Haih.. can't stop smiling now :) 

Abah, baby.. Dua-dua mama sayang =')