Wednesday, August 17, 2011

Penyakit Baru Aku

Assalamualaikum,

Ye.. aku ni asyik sakit je kan. Orang pon malas dah nak layan kalo aku ngadu sakit. Yela, tak payah layanla.. Biarla saya sakit sorang-sorang huhuhu..

Sakit terbaru ialah.. penyakit susah nak bobo also known as sembelit.. Lagi parah, dahla sembelit, bobo berdarah pulak. Ishhhh..........

Bobo = Berak

Bila dah start ngandung ni, aku memang ada masalah constipation. Haritu after minum susu Anmum Materna tu lancar je proses penyahtinjaan. Alih-alih sekarang dah tak berapa nak lancar dah ataupun memang tak lancar lah huhuhu..

Seksanya Tuhan je yang tahu. Seksa tau tak bobo berhari-hari!

Haritu, aku ada rasa perut memulas. Masuk tandas. Ingatkan lancar jele prosesnye sebab perut dah memulas kan. Mana tauuuuuuu... saketttt... berpeluh-peluh aku haaa... Keluarla jugak seketul dua, tapi sakitlah. Hmm..

Then pada suatu hari, di opis. Eh tandas opis. Aku rasa macam nak membuang. Tapi takde ape pon yang kuar. Dah siap-siap basuh, aku lap dengan tisu. Sekali mak aihh, darah penuhhhh.. Aku dah panik. Cuak. Darah dari mana nih.. Qubul atau dubur?? huhuu.. Aku lap lagi sekali. Sah dari dubur huhu.. Sure dah ada luka nih. Adeh sakit.... Dah terkena buasir kah aku? Huwaaa scaryyy...

Sekarang, hari ini, aku dah fobia nak bobo +____+

Sembelit ni sebenarnya memang satu keadaan semua ibu hamil akan alami. Aku google, termasuk dalam forum ratuhati.com. Ramai rupanya yang mengalami nasib yang sama. Macam-macam tips lah dorang kongsikan. Antaranya, banyakkan makan buah tembikai sebab tembikai banyak air. Banyakkan minum air masak. Pastu minum yoghurt drink. Makan prunes dan banyak lagilah.

Aku rasa sembelit aku ni agak teruk sebab sekarang kan bulan puasa. Siang-siang hari memang dah tak minum air dah. Malam-malam aku tak minum air sangat sebab takut nanti asyik bangun pergi toilet je. Terganggu tidur I huhu.. Nampak gayanya nak kena beli prunes lah ni. Makan sekotak sehari. Boleh gitu? hehehe...

Oh cepat-cepatla hilang penyakit sembelit ni. Tak sanggup dah aku nak menahan bobooooo...

Tuesday, August 16, 2011

Dialog dengan Nurse KKIA Putrajaya

Assalamualaikum,

Semalam aku dah call Klinik Kesihatan Ibu & Anak Putrajaya, Precint 9. Pergi klinik ni jelah since saaaaangat dekat dengan rumah aku. At first nak call Dengkil, tapi takut dia tanya pulak, "umah kat Putrajaya, asal tak gi Putrajaya je??" So sebelum disoal sedemikian, aku call Putrajaya teruslah. Takyah ngada-ngada kann?

Alhamdulillah, nurse or staff yang pickup my call sangat ramah orangnya. So lega la sikit hati. Aku takut sangat kalo dapat layanan tak elok. Dahle emosi aku sekarang mudah sangat terganggu. Orang tinggikan suara sikit je, aku dah nak nanges wuwuwu..

Berikut ialah perbualan kami (ececece macam jawab soklan BM UPSR suruh reka dialog je):

Nurse: Assalamualaikum, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Putrajaya.. Sape sana, boleh saya bantu?

Aku: Aaa saya Alwani.. Saya nak tanya.. Saya ni first time nak pegi checkup. Bila boleh pergi eh? (Ape punye soalan daa haha)..

Nurse: Oh, ni anak kedua ke? Tinggal kat mana?

Aku: Bukan.. first baby. Saya duduk Precint 9.

Nurse: Owh ok2, first baby ye. Bila last period tu?

Aku: 3 Jun.

Nurse: 3 Jun... (Dia diam kejap macam dok belek-belek something. Dok tengok kalendar kot). 3 Jun maknanye dah 10 minggu lebih dah ni. Haa dah boleh datang ni. Kita memang accept untuk 10 minggu ke atas..

Aku: Oh yeke.. ok ok.. Saya memang plan nak pergi. Saya boleh pergi bila-bila je ke?

Nurse: Boleh... Minggu ni boleh, minggu depan pun boleh. Nanti datang pergi Kaunter 7, kaunter tanpa temu janji. Isi borang lepas tu kita akan panggil lah.

Aku: Hari ape-ape pon buleh? (Apa ke bengap sangat aku ni nak tanya banyak-banyak kali ahaha..)

Nurse: Iye, kita bukak Isnin sampai Khamis.

Aku: Owh ok.. ingatkan dia ada hari-hari tertentu je.. Kalau saya pergi pukul 2 boleh ke?

Nurse: Boleh, takde masalah.

Aku: Pukul 3? (Haha bengongnye aku ni..)

Nurse: Pun boleh.. pukul 3 pun kita still boleh accept.

Aku: Aaa okla kalo macam tu. Nanti saya pergi. Oh ye, nak buat buku ni nak kena bawak ape eh? GL kena bawak tak?

Nurse: Bawak IC je. GL tak payah.

Aku: Ok ok.. terima kasih banyak-banyak ye. Assalamualaikum.

Nurse: Waalaikumussalam...


Hehehe memang banyak soalan yang tah hape hape aku tanya. Luckily nurse tu sabar je melayan. Agaknya bulan puasa kan. Mood pun baekkk je ehehehehe..

This week aku memang tak boleh pergi. Esok 17hb Putrajaya tak cuti kan? Selangor cuti tapi company aku tak declare pulak huhu.. So terpaksala kerja. Khamis pulak busy, banyak products nak clear. Bila check calendar, available date is 24 Aug. Product ada satu je. So aku plan nak pergi dalam pukul 2.30pm. Ofis dengan rumah tak jauh sangat. Hopefully my boss is okay. Nanti aku gantila hours. Eh boss? :)

Settle bab tu.. Tunggu nak pegi check je.. Takut gak. Aku cuak betul bila nak jumpa doc nih. Especially kalu nak kena buat blood test tu. Kenapala urat ni susah sangat nak nampak? Haihhhh....

Monday, August 15, 2011

10 Weeks

Assalamualaikum :)

Hari ni hari ke-15 puasa. So how's your puasa so far? Ok tak? Ada tak mommies mommies yang terpaksa ponteng puasa sebab tak larat? Takpe, you are allowed to do so. Don't force yourself if you cannot k?

As for me, alhamdulillah, masih mampu bertahan. Target nak puasa penuh. First time in my life puasa penuh hehehe.. Tapi kalau ditakdirkan tak larat, terpaksala berbuka jugak kan? Tak nakla sesuatu yang tak elok jadi kat aku. Tak nak susahkan baby, tak nak susahkan diri dan tak nak susahkan orang lain...

Minggu ni minggu kesepuluh aku pregnant...



Berdasarkan kalendar kat atas ni, aku masih dalam trimester pertama and I'm in my second months. Ada 3 minggu lagi nak habiskan trimester pertama. Wish me the best ya? Doakan yang baik baik saja.

Tapi aku sebenarnya boleh dikategorikan sebagai bertuah jugakla. Sebab aku takde alahan sangat. Aku tau ada kawan-kawan aku yang hari-hari muntah. Sabarla k. Dugaan ibu mengandung tu :) Aku mungkin takde dugaan dari segi muntah-muntah tapi aku ada dugaan cara lain.

Aku alergik ayam. Ye........ tiba-tiba pulaklah time pregnant ni aku ada alergik. Alergik ayam pulak tu. Dahla ayam is my favourite food! *Sigh* Tapi takpelah, I take it as an experience dan juga dugaan semasa mengandung. Kan kan? Pikir positif jelaaa :)

So week 10 baby looks like this:


Read: Fetal development - Week 10

Perkembangan diri aku sendiri.. emmm entahla. Aku tak perasan sangat kot. Tak tahu perubahan ape yang dah berlaku ehehe dasyat tak? Breasts ada la rasa sakit sikit-sikit.. Sometimes rasa menyengat. Tapi tu jelah. Aku pon tak tahu orang dok kata sakit tu sakit macamana sebenarnya. Sakit aku macam sakit time nak period tu jela. Tapi memang dah tak boleh nak pakai bra ketat-ketat. Kalau tak, rasa macam.. tak best huhu..

Perut aku... macam tak nampak pun lagi. Jeans pun buleh pakai lagi.

Errr.. aku takde pon baby bump macam ni.
Most probably perut aku memang buncit dengan lemak.
So baby bump tak menyerlah sangat. Kot?
Huhu donno!

Sekarang aku tengah pikir-pikir nak pegi buat checkup kat mana. Memang aku dah pegi jumpa gynae kat Lumut. Tapi yang tu private. Aku kan plan nak deliver kat hospital kerajaan, so kenala pegi buat buku pink (ke merah) kat klinik kesihatan ibu dan anak kan?

At first aku plan nak pegi after raya. Tapi aku rasa macam elok aku pergi sekarang je. Lagi cepat lagi bagus betul tak? Lagipun aku baru je kena penyakit alergik tu. So takut jugak kalau anything happen to the baby.

Aku survey klinik kesihatan kat precint 9 ni. Google google.. banyak pulak aih cerita tak best. Orang ramai la.. layanan tak bagus la.. Ish bab layanan tu aku takut gak. Aku ni kan payah nak amik darah. Takut nanti nurse hilang sabar dia main cucuk jek.. Ishhh... mintak jauhle. Aku tahu nurse nurse ni profesional orangnya. Mungkin sebab orang ramai ke ape, dorang bleh jadi stress kan? Yang tu tawakal ajela.... Then orang ramai. Risau gak ni. Aku ni dahle dah takde cuti. Takut nanti, daripada half day terus jadi whole day. Masakla aku. Kang tak pasal-pasal jadi unpaid leave. Huhu.. Aku tak boleh tinggal keje time pagi-pagi. Early morning is critical time for me. Kena duduk tercongok depan pc takleh pergi mana. After 12 noon baru free. So kalau aku nak pergi, pukul 2pm ke atas la. Tapi kalau abes pukul 4, takkan aku nak masuk ofis lagi kot? Unless, aku masuk ofis awal gile, then balik pun awal. Nak balik pukul 2pm, aku kena masuk pukul 5 pagi! Masaklahhh... Lagi satu masalah ialah, aku takde transport. Kena pinjam kete akak aku. Dia kalo tengahari sibuk nak kena amik anak dia dari sekolah. Pukul 2 lebih baru dia masuk ofis. Aku maybe kena amik appointment kul 3 baru ok kot. Tapi ada ke appointment pukul 3? Dorang nak layan lagi ke patient time tu?Haih pening pikir ni.. Tengahari karang aku call dorang tanya lah..

So how how... Nak tak nak kena pergi jugak kan? Hmmmphhhh..

Wednesday, August 10, 2011

Latest Story + Skin Rash - Is it Normal?

Assalamualaikum,

Lamanyeeeeee tak update blog ni ehehe.. Tak tau nak cerita perkembangan terkini. Sebabnye aku rasa takde perkembangan ape pun lagi aku nih. Perut pun tak berkembang lagi. Almaklumle, baru 9 minggu pregnant.

Umo 9 minggu ni baby baru sebesar 2.3cm kalau tak silap aku. Sila amik pembaris dan ukur sebesar mana la 2.3cm tu ye.. Kecik benor lagi :) Macam ni la rupanya baby pada usia 9 minggu ni


Read: Fetal development - 9 weeks

Hari ni hari kesepuluh puasa. Alhamdulillah, aku masih mampu bertahan :) Thank you baby for hanging on with mummy! Setakat puasa ni baru 2 kali aku muntah. Tu pun selepas berbuka la. Sekarang bila berbuka mesti beringat, minum air dulu. Makan kurma sket. Naik solat. Tunggu kejap, baru makan nasik. Kalau buka terus makan memang senang muntah. Sebab perut penuh sangat.

So far jugak, 9 minggu pregnant ni, aku takde morning sickness. Pening-pening, malas-malas dengan ngantuk tu normal la ehe.. Makan pun tak berapa nak lalu..Mujo jugakle takde morning sickness. Kalau tak, payah gak aku nak handle sorang-sorang. Muntah sorang-sorang adalah sangat menyedihkan okkayy... Bak kata kakak ipar aku, baby tahu kot mak ayah dia dok jauh. Sebab tu dia baik-baik aje hehehe.. Mungkin mungkin.. Good baby!

Cumanya, masuk minggu kesembilan ni, aku ada rashes kat tangan. Start hari Ahad haritu. Aku notice tangan aku merah-merah.  Isnin aku pegi klinik. Doktor pun tak tau kenapa. Dia nak amik darah nak buat test, sekali, urat aku ni susah nak nampak pulak. Dia asyik dok cakap aku dah put on weight sebab tu tak nampak urat. Sentap I tau! Then dia ada jumpa urat tapi too small pulak.. Jarum takleh masuk. Haih.. tak pasal-pasal dapat lebam kat tangan. Then last last dia give up. Dia bagi aku refer letter suruh pegi hospital. Malasnye la aih aku nak pergi. And by that time, rashes pun dah takde sangat dah.

Manalah tahu semalam ada balik. Aku pegi klinik lagi. Yang dekat dengan rumah aku. Doc cakap maybe rashes during pregnancy atau alergic. Setahu aku, aku tak pernah ada food allergy. Makan jela ape-ape pun. Ok je. Before naik rashes ni aku ada makan tom yam. Dalam tomyam ada la udang dengan sotong. Udang aku tak makan pun. Sotong aku ada amik sket. Then makan ikan siakap. Takkan makan tu bleh allergic lak. Selalunya ok je.. Entahla, orang kata time pregnant ni la yang pelik-pelik tu datang. Doktor bagi ubat sapu je. Dia takleh bagi ubat gatal sebab time pregnant tak boleh. Bahaya untuk baby..

Hmm bangun pagi ni, jari-jari aku dah bengkak.. Nak pakai cincin dah tak muat. Bogel la jari harini. Gatal tu tak payah cakapla.. Gatal, miang, sume ada.

Google pasal skin rash during pregnancy. Mostly skin rash ni occur during second or third trimester of pregnancy. Aku ni baru first trimester. Merah-merah kat lengan dengan tangan je. Yang bengkak ialah jari-jari. So ape sebenarnye ini?huhu.. Risau jugak kalau-kalau boleh affect baby. Tapi semalam doktor tak cakap ape pun. Mommies, any experience? Share with me pleaseeeee...

Risau pulak tetiba...

Tuesday, August 2, 2011

Puasa Wanita Mengandung

Assalamualaikum,



Soal jawab ni dipetik daripada Bazar @ Karangkraf:

S: Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat dan di rumah)?

J : Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka’bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”. Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.

Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqada tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqada puasanya kelak.

Alhamdulillah, semalam hari pertama puasa, dapat puasa penuh. Takde pening-pening, muntah-muntah atau sakit perut gastrik. Harap-harapnye, hari kedua ni dan seterusnya pun sama lah. Mujurlah aku takde morning sickness (lagi). Kalau ada, seksa jugak kot? Huhu..

Bagi ibu-ibu yang tak larat dan bimbang akan berlaku kemudaratan, berbukalah.. Tapi nanti ganti lah balik ek? :)

2nd Appointment With Gynae

Assalamualaikum,

Hari Sabtu lepas, 30 Julai, aku pergi Lumut lagi. Selain daripada jumpa husband tercinta, aku ke sana untuk second checkup dengan Dr. Yeak. 

Masa pegi klinik dia pada 8 Julai tu, aku sebenarnya bagitau next follow up aku nak buat kat klinik di Putrajaya je kot. Sebabnya masa tu aku tak sure aku turun Lumut ke tak pada 30hb nanti. Aku dah siap survey harga nak scan kat klinik area Putrajaya ni dah.. Ada klinik charge RM50, ada yang charge RM40.

But then, tetiba angin rindu datang ehe.. My husband pon sibuk menggoda suruh turun Lumut weekend lepas so aku pun pergi jela. At least boleh jumpa the same doctor kan?

Pukul 2 petang kitorang pergi. Nak pegi awal pagi aku tak larat. Cos malam tu sampai pukul 1.30 pagi. Sampai-sampai je, isi perut dengan roti sardin yang my husband beli kat kedai mamak. Sebab aku lapar gile masa tu. Tapi sadisnye, lepas habis makan, aku muntah balik. Bluwekk.. Tak penah-penah muntah. Malam tu boleh muntah pulak. Maybe sebab perut kosong. Sambil-sambil nak manja-manja dengan hubby. Mintak dia usap-usap belakang hihihi.. Well, merasa la jugakkk orang usap usap belakang kan?hehe

Sampai kat klinik, macam dulu jugak, dia suruh aku timbang berat and check blood pressure. Berat aku pada 30 Julai ialah.. 67.5kg! Huwaa dah naik 0.5kg! Bahaya nih... Tapi doktor kata ok je lagi kalo naik 0.5kg. Aku kena jaga ni, takmo overweight. Blood pressure pon normal je kot cos doctor didn't say anything.

Then macam haritu jugak, dia scan. Masa last checkup dulu dia kata 2nd scan nanti nak tengok development baby. 2nd scan we shoud see baby's heart beat already. So dia scan la.... Then I saw, what used to be a tiny little ball, now dah ada bentuk dah.. Belum ada rupa baby lagi tapi dah ada bentuk macam kat bawah ni ha..

Then doc cari heart beat. Dia kata aku maybe tak nampak tapi dia kata dia boleh bagi aku dengar. He did something with the machine, then suddenly I can hear this fast and loud beat. Oh my, it's my lil one's heartbeat! Laju sangat bunyi. Doktor kata memang normal. Awal-awal ni, denyutan jantung bayi double kita punye denyutan jantung. Sebab tu laju je. He said, this means the baby is doing fine and dah ada development daripada awal-awal dulu. Alhamdulillah.... Syukur syukur. Syukur sangat bila dengar that my baby is doing fine. Aku risau jugak aku asyik travel naik bas ni. Takut ape-ape jadi. Alhamdulillah, sumenye okay.

Doc pesan jaga diri baik-baik. tak boleh buat kerja-kerja berat, banyakkan makan makanan berkhasiat dan banyakkan minum susu jugak. He prescribed me more folic acid. Habiskan yang tu jela sebulan ni ehe.. 

Next appointment is on 23 August. Tapi aku rasa macam dah tak larat kot nak pergi Lumut naik bas huhu. Lagipun masa tu dah nak balik raya dah.. So aku tak pergi lah kot. Tunggu lepas raya ajelah, pergi buat buku merah kat Klinik Kesihatan Precint 9, Putrajaya ni.. Insyaallah by that time, I'll have my car with me :) Senang sket nak gerak sendiri kan?

Itu kisah 2nd appointment....

Monday, August 1, 2011

First Picture of My Baby :)

Assalamualaikum,

Aku baru perasan aku belum cerita lagi apa jadi lepas aku buat home pregnancy test tu kan?

Aku buat test on 6 July but I kept it as a secret first. Nak confirmkan dengan doktor dulu baru nak bagitau family and friends.

So on the night of 8th July, aku naik bas pergi Lumut. Ngada-ngada nak jumpa doktor dengan husband jugak kan hehe.. Experience naik bas memang sangat horror that night. Dengan jalan jammed teruk disebabkan oleh Bersih 2.0, bas yang bergoyang-goyang, bergegar-gegar macam kena earthquake dan dengan sejuknye lagi. Memang sangat tak best. All the way tu dok pegang perut je sebab takut something will happen to my lil baby uhu.. But alhamdulillah, I  survived! Sampai di Lumut jam 3 pagi.

During that weekend husband aku ada operasi ape tah kat dalam base tu. Macam latihan nak selamatkan pangkalan kalo perang nanti. So dia kena la pegi kapal. Haih aku dah agak frust jugak dah. Yela, sebab aku ingat aku kena pegi klinik sendiri dah. Tapi nasib baikla my husband dapat off pukul 12 tengahari. Kitorang pun keluarla cari klinik kat Lumut tu. Tapi malangnya nasib, klinik sume tutup tengahari macam tu. Haih frust betul. Penat pusing. Sampai ke Manjung, sampai ke Sitiawan. Takde klinik Melayu & doktor perempuan yang bukak huhuh.. Kitorang pegi makan-makan dulu. Pukul 2 lebih cari balik. Tapi malang still takde klinik yang bukak..

Then we finally saw this clinic.. Yeak Maternity & Gynae Centre. Doktor lelaki ok! Err agak segan sket kat situ.. Tapi apa boleh buat, klinik lain sume tutup, pukul 4 petang baru bukak. My husband dah nak kena masuk base balik dah pukul 4 tu. So redah ajelaaaaaa...

Memula masuk buat kad etc etc.. Then dia suruh masuk kat dalam untuk timbang berat and amik blood pressure. Berat permulaan aku ialah 67kg! Oh my oh my.. Lepas kawin naik 2 kilo hahahaha.. Happy punye pasal ek? :P Blood pressure pon ok je kot.. Aku tak reti ehe..

Pastu aku masa tu nak terkencing. Tanya dia punye staff mana toilet. Sekali dia tak kasi aku kencing. Sebabnya dia kata pasni nak scan so kalau dah kencing susah nak nampak. Alahai.. tahan jele huhu..

Bila masuk jumpa doktor, one thing I can say, he's a nice fella ehe.. Soft spoken, hilang rasa segan. But then segan tu datang balik bila dia suruh aku baring cos nak scan. Ok malu..... Even my husband pun bulat mata tengok haha.. Takpela yang, ni untuk tujuan perubatan ehe..

Dia golek-golek benda scan tu atas perut aku (actually kat atas sket pada ari-ari tu..). Gel dia sejuk weh! Then he said, "yep, you are pregnant.. It's in your uterus already..." Wahhhh.... nak nangis bila tengok :'(

I was 4 weeks pregnant at that time :)

Nampak tak bulat kecik kaler hitam tu? Itulah dia ehe.
Sori, aku malas nak edit pic uhuu
4 weeks ni consider very early stage. And the baby pon kecik lagi. It's not even called baby yet actually. It's called embryo :)


Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah. Masa ni memang rasa terharu sangat-sangat. It's unbelieavable you know.. to know that there's something inside you.. And soon it will be growing and growing. Masyaallah, hebatnya kekuasaan Allah...

The most happy person of course la my husband kan. Dalam kereta after jumpa doktor, we keep congratulating each other haha.. "Tahniah abang, dah nak jadi abah.." "Tahniah sayang, dah nak jadi mama.." hehehehe.. To celebrate, kitorang pergi Secret Recipe, beli 1 slice of chocolate banana cake! My husband's favourite by the way.. Then off we went home and hubby pon kembali bertugas di kapal.. Dudukla aku sorang kat rumah, dok menatap gambar scan tu haha..

Malamnye, hubby  balik kejap. Masa tu la kitorang call family. Call mak dan ayah di KB & mak dan cik di Besut. Sampaikan berita gembira ni. Of coursela they all happy nak dapat cucu. Cucu ekspres muehehehe..

The next day, I shared the news with some of my colleagues and then days later I shared it with my PCDs friends :)

And then, it's you guys turn to know about it!

Thanks guys for all your supports, wishes and concern. I felt like I'm being loved by so many people!  

Alhamdulillah, baby is developing well, and today, I am 8 weeks pregnant :)