Assalamualaikum readers! :)
Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan anak kedua pada 14 November yang lepas. Dapat baby girl yang diberi nama Suri Shafina bt Shamsuddin :) Mehle iols story pengalaman melahirkan my darling daughter.
12 November 2014, 4.30am
Aku terjaga dari tidur. Bangun pegi kencing. Usap-usap perut tapi baby tak gerak pun. Biasanya time nak dekat subuh ni dia aktif. Actually siangnya lagi baby dah kurang gerak. Dekat pukul 8 malam baru cukup 10 kali gerakan. Aku risau sebenarnya sebab nurse kat KK selalu suruh aku alert dengan gerakan baby. Aku kan ada GDM. Salah satu perkara yang ditakuti bila ada GDM ni ialah baby meninggal secara tiba-tiba. Serius aku takut. Pukul 4.30 pagi tu aku usap perut, aku tepuk, aku minum air sejuk bergelas-gelas. Still, there was no movement. Berpeluh-peluh aku masa tu sebab takut. Macam-macam benda dok pikir. Terlintas nak kejutkan mak ayah, nak mintak bawa aku ke hospital. Tapi takut menyusahkan kalau sebenarnya takde pape pun, aku je yang lebih-lebih. Tapi, aku tetap tak sedap hati. So last last aku kejutkan jugak dorang.
Dan dan tu jugakla ayah bawak aku pegi HUSM. Pergi kat labour room. Dia suruh masuk untuk check dulu. Ayah pulak pergi daftar. Macam-macamla doctor interview. Macamana aku kira gerakan, last sekali gerak pukul berapa etc etc. At the same time dorang pakaikan CTG kat perut untuk check jantung baby. Aku legaaa sangat bila dapat dengar bunyi heart beat baby tu. Macam nak nangis pun ada. Nurse pun cakap, "haa tu ada bunyi tu... jangan risau.." sambil senyum. Maybe dia pun tau betapa risaunya aku.. Sejam jugak dorang monitor dengan CTG tu. Keputusannya heartbeat baby normal. Tapi untuk make sure semuanya betul-betul ok, doktor scan pulak.
Scan pun menunjukkan result yang positif. Doktor bagitau baby dah masuk laluan dan nak beranak dah ni haha.. Masa tu pun aku dah ada contraction 15 minit sekali cuma tak kuat je. Jalan baru bukak 1cm. Anggaran berat baby ialah 3.3kg. Aku lega sangat masa tu sebab aku risau baby terlalu besar. Selalu ingat baby 4kg sebab perut aku besar gila hehe.. Anyway, after dah scan tu walaupun result ok, aku kena admit ward jugak untuk monitor gerakan baby dalam masa 24 jam. Huu pasrah jela kena masuk wad.
Sambil menunggu turn masuk wad tu aku whatsapp husband. Terkejut dia bila aku cakap aku dah kat hospital. Terus dia apply cuti. Aku mulanya tak bagi dia cuti sebab masa tu aku tak rasa nak beranak lagi. Kang dia balik awal buat rugi je cuti. Tapi dia pulak yang konfiden aku akan beranak dalam masa terdekat. Aku malas nak cite panjang biar jela dia nak cuti. Ok jugak dia balik sebenarnya. At least boleh tengok-tengokkan Shaheem masa aku dalam wad. Oh cerita pasal Shaheem, aku sedih gile wehh.. Sedih sebab masa nak gi hospital tu aku tak cium dia pun. Sebab dia tengah sedap tido masa tu. Aku tak nak kacau dia. Risau dia terjaga nanti sibuk nak mengikut pulak. Bila doktor kata aku kena admit bertambah-tambah rasa sedih dan rindu pada Shaheem huhu...
Tengahari tu Shaheem datang melawat dengan mak, ayah dan adik aku, Dila.
Shaheem blur yang amat masa ni. Asyikla dok suruh aku bukak tag kat tangan.
Dia sampai sampai,nampak aku terus naik atas katil dan peluk aku. Nak nangis je tengok dia masa tu.
Alhamdulillah sepanjang aku dalam wad dia tak nangis pun. Dia faham sebab aku dah banyak kali bagitau dia, nanti bila mama masuk hospital, Shaheem duduk rumah dengan mak tok.. Alhamdulillah Allah permudahkan. Takdela episod dia mengamuk-ngamuk cari aku. Cuma adala bila datang rasa rindu dia bagitau mak tok dia, Shaheem rindu mama.. huhu..
Malamnya di wad aku tak boleh nak tidur. Macam-macam peristiwa la jadi depan mata aku. Orang sebelah tiba-tiba tak sedarkan diri, orang depan meraung-raung kesakitan nak bersalin, dan macam-macam lagila. Pukul 2 pagi kot aku baru boleh tidur dengan lena. Serius tak selesa. Aku nekad pagi esok aku nak mintak discharge memandangkan gerakan baby dah ok dan aku pun takde rasa sakit sangat..
13 November 2014, 9am
Doktor datang round. Dia check check rekod aku. Tanya pasal gerakan etc. Aku baru je buka mulut nak bagitau dia aku nak balik, dia pun cakap, "Puan ada GDM ye dan puan sekarang dah 38 minggu 5 hari. Kalau ikut polisi hospital kita, ibu yang ada GDM perlu bersalin tak lebih dari 38 minggu 6 hari. Jadi saya tahan puan di wad hingga bersalin ye. Sekejap lagi kita check jalan.." Naaaahhhhh.... malang sungguh buatku! Huhuhu.. Punah harapan nak balik dulu. Terus perasaan cuak datang serta merta. Nak bersalin dah ke? huhuhu
Doktor tengah round
Nasi hospital. Sedap wehhh haha
Check jalan doc cakap still dalam 1-2cm. Yang sadisnya dia cakap, "saya tolong bukakan jalan.." Warghhh... Sakit oo.. Dan dan jalan buka 3cm. Selepas tu jugakla ada bloody show - lendir darah warna coklat coklat tu. Contraction pun mula terasa sikit-sikit. Still consistent 15 minit sekali. Aku masih boleh bergelak ketawa, masih boleh berchatting ngan kawan-kawan dalam wechat, dalam group gojes. Maklumla tak sakit sangat. Tak macam masa nak lahirkan Shaheem dulu. Kalini macam lebih relax.
Petang, family datang melawat. Masa tu contraction dah kuat sikit dah tapi aku masih mampu senyum, ketawa, bersembang macam biasa. Oh husband pun dah ada dah masa tu.
Solat maghrib aku solat lewat sikit sebab nak terus solat Isyak. Masa tu contraction dah makin kerap. Dah tak mampu nak solat berdiri so aku solat duduk. Sambil tunggu isyak aku baca Yasin. Huh baca pun kejap kejap berhenti menahan sakit.
Lebih kurang pukul 9 malam, doktor datang round. Bila tengok rekod aku dia terus bagitau doktor sorang lagi untuk masukkan aku dalam labour room sebab LR dah kosong dah masa tu. Hohoho cuak cuak. Aku pun call la husband suruh datang sebab kat HUSM ni once aku dibawa masuk ke LR husband pun boleh masuk jugak. Kesian hubs, dia baru nak tido masa tu sebab dia ingat tengah malam baru nak ke hospital.
Tapi aku tak terus ke LR ponn.. Doktor pasang CTG dulu kat perut. Lama jugakla. Dari pukul 9 lebih sampai pukul 11 malam. Sampai habis kertas CTG tu. Aku rasa doktor sorang lagi tu tak nak aku masuk LR lagi sebab dia nak utamakan yang betul-betul dah nak beranak. Aku difahamkan (giteww difahamkan) LR kat HUSM ni ada 5 buah je. Jadi aku yang baru suam-suam panas sakit ni bolehla duduk di wad dulu. Kesian encik hubby. Datang awal ingat aku dah masuk LR, sekaliiiii... Hmm menunggu la dia kat luar. Dahla hujan lebat masa tu.
Aku pun redha jela terpaksa menahan sakit dalam wad sorang-sorang. Dalam tengah malam tu sakit aku kian memuncak. Orang lain sedap je tido. Aku kat atas katil mengerang sakit. Tapi aku mengerang slow slow jela. Sambil sambil tu dok berwhatsapp dengan husband. Husband sibuk suruh aku makan. Dia cakap tak nak jadi macam Shaheem dulu. Aku tak makan sampai muntah-muntah dalam LR. Kena makan untuk tenaga katanya. Aku gagahkan jugakla makan roti walaupun telan roti macam telan pasir. Dia suruh aku makan kurma banyak-banyak. Aku makan 4 biji katanya "tok ddebe 4 butir. Makan 10 butir baru ddebe!" Huwaaa seksa aku. Gagahkanla jugak makan 10 bijik kurma. Or lebih. Lupa dah. Ddebe tu maknanya ermm macam gangster la lebih kurang hehe..
14 November 2014, 2 pagi.
Aku dah sakit gile gile dah masa ni. Rasa macam tak boleh tahan dah. Aku gagahkan diri berjalan ke kaunter nurse. Bagitau dia aku nak masuk LR. Dah tak tahan. Dia suruh aku tunggu, dia nak call LR dulu. Tanya ada kosong tak. Dah call dia bagitau pukul 2.30 pagi LR suruh call balik sebab masa tu penuh. Haduiii aku pun balik semula ke katil aku. Whatsapp husband bagitau dah tak tahan. Dia pun takleh nak buat apa.
2.30 pagi aku pegi semula ke kaunter, tanya dah boleh pegi ke. Dia cakap tunggu pukul 3 pagi pulak. Huwaaaaaa... Tension aku. Nak tunggu pukul 3 tu rasa macam laama gila. Masa tu aku dah macam pening pening pulak. Macam nak pitam pun ada. Gagah lagi makan kurma. Minum air banyak-banyak. Tepat pukul 3 pagi aku pegi lagi kat kaunter nurse tu. Agaknya dia tengok aku betul-betul dah tak tahan dia cepat-cepat amik wheel chair. Dia suruh aku amik baju baby dan kain batik aku sehelai. Aku dah prepare awal-awal dah. Kat HUSM ni dalam LR takleh bawak barang banyak-banyak. Cukup baju baby sehelai, pampers satu dan kain bedung. Untuk mak pulak kain batik je sehelai. HUSM takde uniform. Pakai baju sendiri je.
Masuk dalam LR aku dah start seram sejuk dah. Macam tak percaya jap lagi nak push push. Boleh dengar other mommy tengah mengerang kesakitan huhu.. Tak lama pastu husband datang. Fuh lega gila dapat pegang tangan dia. Katil dalam LR tu takde palang besi kat tepi. Memang tangan hubby la jadi mangsa aku genggam dan ramas kuat kuat sepanjang sakit dan masa push. Kat depan katil pulak ada cermin. Tapi nasib baik tak nampak tuttt hehe.. Aku tak rela wey nak tengok huhu..
Mula-mula doktor pasang line nak drip air tu. Yang pasang pulak doktor pelatih. Hadeii, sakit! Berdarah-darah dia buat. Tak reti lagi kot huhu.. Pastu sorang lagi doktor, yang ni dah terlatih hehe, check jalan. Baru 5cm katanya. Dia pecahkan ketuban. Ok yang ni pun dah cukup seram bagi aku. Sebab masa Shaheem dulu ketuban pecah sendiri. Dia amik satu kayu panjang dan jolok. Aku tak rasa apa pun. Tau tau sakit datang menggila. Huwargghhhh...
Lepas je ketuban pecah tu jalan buka 6cm. Pastu doktor keluar gi mana tah. Nurse masuk. Dia pakaikan CTG dan suruh aku duduk mengiring belah kiri. Time tu memang sakit gila gila sampai satu tahap aku rasa macam nak meneran. Nurse suruh sedut gas tu. Aku try jugak sedut tapi macam lagi seksa je. Sekali je sedut pastu tak nak dah. Sampai gaduh-gaduh dengan nurse sebab aku dok ngadu sakit tapi tak nak sedut gas. Dah nak buat macamana memang aku tak nak. Tak selesa. Yang jadi mangsa husband la. Aku ramas-ramas tangan dia. Mulut ni tak henti-henti sebut Allah Allah. Nak baca ayat panjang panjang dah tak mampu dah.
Banyak kali jugak aku mintak nurse check jalan sebab banyak kali aku rasa macam nak 'berak.' Tiap kali check memang jalan buka 1cm 1cm. Kira cepat jugakla. Stress aku nak tunggu cukup 10cm huhu.. Nurse siap tanya aku ada minum air selusuh ke sebab jalan buka cepat. Aku manade minum air selusuh. Tak buat pun utk 2nd baby ni.. Dalam pukul 4 pagi doktor datang check jalan. 8cm kot masa tu. Dia kata dia akan kosongkan pundi kencing supaya jalan buka dengan lebih cepat. Lepas dah siap tu dia terus cakap, "ok puan boleh teran.." Aku terdiam kejap haha.. Masa tu takde contraction.. Selamba aku jawab, "jap jap tak sakit lagi ni." hehe..
Bila sakit datang aku terus push sepenuh hati. Start push dalam pukul 4.15 pagi kot. Push dalam 3,4 kali woooshhhh keluarla Suri Shafina. Alhamdulillah hilang semua rasa sakit. Magic! hehe.. Air ketuban banyak sangat keluar sampai ke belakang aku. Basah lencun baju. Mujur nurse baik hati bagi baju hospital sebab aku bawak kain batik je sehelai.
Lepas dah siap tu bermula la sesi tarik uri keluar dan sesijahit menjahit. Alhamdulillah sikit je tear, dalam 2 jahitan je. Mula-mula doktor kata intact tapi bila dia check check balik ada jugak sikit tear. Aku memang tak kena gunting ke ape, Shaheem dulu pun tak gunting, tapi koyak rabak haha.. Mujurlee yang ni sikit je. Tak sampai seminggu benang dah tetas. Yang keluarkan uri tu aku boleh rasa doktor tarik huhu.. Mengerikan je.. Doktor korek-korek keluar juga darah beku.
Alhamdulillah Allah permudahkan proses melahirkan anak kedua ni. Our first daughter. More daughters to come haha.. Insyaallah.. Rasanya bersalinkan Shafina ni lagi sakit berbanding Shaheem dulu. Agaknya masa Shaheem dulu kurang sakit sebab aku amik pain killer yang inject kat punggung tu. Shafina ni memang natural habis, takde amik ape pain killer pun.
Ni gambar fresh from oven. Berat masa lahir 3.57kg. Ringan 0.03kg je dari abang Shaheem hehe
Shafina dah nak masuk 2 bulan dah pun. Dah pandai mengagah, pandai senyum senyum dah. Nanti aku update cerita latest dia ya. Publish cerita basi ni dulu haha.. Sabor jela. Lama gile peram ni hehehe...