Monday, July 30, 2012

Berapa Ounce Susu Formula Shaheem Perlu Minum?

Assalamualaikum,

Dah tak reti nak buat tajuk pendek-pendek hehehe...

Aku selalu tertanya-tanya, untuk sekali feeding Shaheem kena minum susu berapa oz. Kalau breast feed tak risau sangat kan sebab susu ibu mudah hadam. Baby bleh hisap sampaila dia sendiri yang berhenti sebab kenyang. Macam susu formula ni dia lambat hadam sket and bahan-bahannye korang pun tahu la kannnn.. So aku sangatla takut nak bagi Shaheem hisap banyak-banyak.



Shaheem sekarang 4 bulan lebih. Kalau ikut di tin susu Snow tu Shaheem kena minum 7oz per feeding and at least 5 kali sehari. So jumlahnya 35oz sehari. Aku tak tau sangat berapa total oz Shaheem hisap sehari sebab selalu lupa nak catat dah berapa kali dia hisap susu. Tapi 7oz per feeding? Hmmmm..... Banyak tuuuuu.... Baby baru 4 bulan lebih kot huhu.. 7oz = 7 sudu susu. Huh.... Banyakkk...

Shaheem sekarang hisap 5oz je. Tu pun baru start last 2 weeks kot? Aku slowly ajar dia hisap 5oz. Sebelum ni 4oz. Awal-awal dia tak habis. Tinggal 1/2 oz kekadang. But harini dah ok dah. Bleh habiskan. Aku bagi 5 oz sebab dia dah macam tak berapa nak kenyang hisap 4oz. Habis sebotol merengek ekk ekk lagi. 

Jadi aku tertanya-tanya la kan, berapa ounce sebenarnye Shaheem kena hisap berdasarkan umur dia ni...
Mujurlah, Baby Center ada jawapannya hehehehe....

Ada 2 cara nak tahu sebanyak mana susu formula yang baby perlukan.

Satu, thru baby's weight. Tapi berat dalam pound. Aku malas nak google (sebenarnye google search aku dah crash) how to convert kg-lb so aku tak nak guna cara ni untuk tahu.

Dua, thru baby's age. Haa yang ni macam boleh pakai.

Consider your baby's age 

How much formula your baby needs depends not only on weight, but also on his age. Don't expect a newborn (or any baby, for that matter) to follow a schedule or mathematical formula. 
  • If you're starting a newborn on formula, try giving him only 30ml to 60ml (a couple of ounces) at each feed for the first week.

  • By the time your baby is one month old he will probably take 90ml to 120ml (3oz or 4oz at each feed). This means he will consume anywhere from 400ml to 800ml (14oz to 28oz) in one day. You'll soon sense if your baby needs more - he'll finish the feed quickly and then look around for second helpings!

  • From the age of two months up to six months, you should be feeding your baby 120ml to 180ml (4oz-6oz) at a feeding. This means he'll have anything from 700ml to over a litre (23oz to 35oz) a day.

  • Once your baby reaches six months, you can feed him anywhere from 180ml to 220ml (6oz to 8oz) at a feeding. His total formula intake should be roughly 900ml (32oz) per day.

Once you start adding solids to his diet, his daily intake of formula milk should gradually decrease to about 720ml (24oz). 

Experts recommend that once your baby is established on solids (taking three meals a day), he should be having approximately 600ml (20oz) of formula milk per day alongside a varied diet until he is a year old


After the age of one, he can move from drinking formula milk to full-fat cow's milk



Bear in mind that these are only rough guidelines, and your baby will let you know if he's getting too much or too little formula. If you are not sure, talk with your doctor. 


See point number 3, daripada umur 2 bulan hingga 6 bulan, baby patut minum 4oz-6oz per feeding. So okla kan Shaheem sekarang hisap 5oz. Kan kan... Total sehari tu nanti start esok aku tanda huhu... Tapi aku rasa Shaheem dah lebih kurang dah tu. Aku selalu bagi dia minum every 3 hours la at least. Kalau dia nangis ke ape aku takdela terus bagi susu. Sometimes dia nangis bukan sebab nak susu. Maybe lampin basah ke. Maybe dia dah bosan meniarap, nak dukung. Maybe dia nak jalan-jalan.Maybe dia nak tido. Banyak maybe lah selain daripada nak susu. Sometimes Shaheem pun pandai je tolak kalau aku bagi susu tapi dia still kenyang. 

Hmm hopefully jumlah susu aku bagi Shaheem sekarang ni mencukupi lah untuk dia. Tak kurang dan tak lebih hendaknye. Alhamdulillah berat dia tiap-tiap bulan pun ok. Naik dalam 600g-800g every months. Normal kan? BMI dia ok so okla tu. Takut gak kalo dia obese ke ape. Ish mintak jauh..Aku memang selalu risau bila nak pegi checkup. Takut dia terlebih berat ke ape huhuh.. Dia dahla tembam kann.. Sampai orang selalu tanya, "dah bagi dia makan keee?" No no.. Shaheem belum makan ape lagi. Minum susu je..... 

Semoga anak mama sihat-sihat selalu. Believe me baby, I always want the best for you. Sorry mama tak dapat bagi yang terrbaik (breast milk that is) tapi takpe, mama akan usaha lagi ye. Cayok cayok. Hari-hari aku pam breast tapi yang keluar angin je (sedih). But I won't give up! Doakan aku ye :) :)

Wednesday, July 25, 2012

Kebaikan Suami Temankan Isteri Bersalin

Assalamualaikum,

Aku copy ni sebijik-sebijik sekali dengan gambar dari Pesbuk.




Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?


1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.


5. Lebih menghargai keluarga

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.



Suami korang masuk tak dalam labour room? Alhamdulillah, husband aku masuk temankan aku masa lahirkan Shaheem. That's the main reason aku nak bersalin di Sabah ni. Nak suami aku ada di sisi. Ada bersama aku dalam labur room. At first hubby macam tak nak masuk pun sebab dia takut darah. Tapi sebab sayang bini dia masuk gak hihihih.. Lagipun dah pegi kursus antenatal tu kan. Dah ada kebenaran untuk masuk temankan isteri. So masuk jela.

Hubby masuk masa bukaan 6cm. Huh aku rasa lega sangat bila dapat tengok dia. Yela, sebelum tu sorang diri je. Nurse just came and go. Takdenye nak dok sebelah kita. Aku takut nak dok sorang sebab takut tetiba baby keluar ke ape huhu.. First baby kan, bukan aku tau ape pun hehehe.. So bila ada hubby legala sket. Kot jadi pape kat aku da leh panggil doktor kan kan...

Sepanjang bersama aku dalam LR tu, aku mintak dia sembang-sembang dengan aku sebab masa tu aku tengah lalok huhu.. Penangan pain killer. Aku tak mahu tertido. Konon takut tak rasa nak push kalau tertido. Kitorang tak sembang sangat pun sebab aku memang lalok gileee... Plus sakit gileeee.. Nak bercakap pun macam takde daya. Yang aku ingat, hubby bergurau senda dengan nurse. Huh hangin je haha... Takdela, aku pahamla. Hubby pun nervous. So bila nurse masuk dia sembangla. Sesekali kuar lawak-lawak bodo :P Aku tak cakap ape, layankan jelaaa.... Nak melawak dengan aku macam tak kena la pulak kan. Aku masa tu nak gelak pun tak larat seh.

Sepanjang dalam labour room tu jugak aku haus sangat. Tekak ni kering sekering Gurun Sahara. Nak minum air dah takleh. Misi tak bagi. Nasibla dalam bilik tu ada sink. Aku suruh hubby basahkan tisu, lap lap bibir aku. Legala sikit rasa.

Then bila contraction menggila, aku pegang tangan hubby kuat-kuat. Sambil-sambil tu dia akan tengok monitor dan bagitau bacaan berapa dan dah turun ke belum.. Memangla aku bleh rasa sendiri bila sakit tu hilang tapi bila dia bagitau bacaan dah mula drop (meaning sakit dah kurang) aku rasa lega sangat-sangat. Tu lah cara dia tenangkan aku masa sakit. Tolong baca kiraan contraction di monitor kihkihkih...

Erm tolong lap peluh? Takde kot. Aku tak rasa aku berpeluh pun sebab LR sejuk gileeeeeeeeeee..... Masa push pun aku tak rasa aku berpeluh. So takde adegan lap-lap peluh hehe...

Oh darling hubby ni memang takut darah. Bau-bau darah pun dia takleh. Masa doktor datang nak seluk dia mintak face mask hehe.. Sebab tak tahan bau darah. Takut gak kalau pengsan kan. Sampai nurse pun cakap, "jan ko pingsan di sini yaa......" hehehehe... Masa aku dah start push push tu dia setia di sisi aku. Bila doktor kata kepala baby dah nampak dia tak caye. Doktor suruh tengok sendiri dia tak nak haha.. Takut darah punye pasal. Tapi kan... korang yang belum bersalin tu janganla tertipu dengan drama drama kononnye beranak ni darah keluar banyak. Takde pun ok. In fact selepas Shaheem keluar tu takde pun darah melimpah atas lantai. Lantai putih cam bese je.... 

Hmmm... aku bersyukur sangat sebab hubby ada temankan aku dalam LR. Dari pukul 3 petang sampaila pukul 7.30 malam aku bersalin. Syukur sangat-sangat. Kalu sorang, tak tahula macamana keadaan aku. Aku rasa lebih confident nak push, kurang stress, rasa lega sangat. He's my painkiller actually at that time. Bukan painkiller yang buat aku lalok tuhhh...

So mommies yang bakal bersalin, nanti share dengan hubby kebaikan-kebaikan ni ye. Suruh dorang masuk sekali dalam LR. Barula tahu susah senang melahirkan anak ni :)





Thursday, July 19, 2012

Budak Kiut Geram Nak Gigit-gigit

Geram tak nak gigit budak ni? Grrr

Lusa puasa dah kan?
Cepatnye masa berlalu huhu..
Tahun lepas tengah pregnant Shaheem masa puasa. Dapatla puasa penuh.
Tahun ni puasa dengan Shaheem di sisi (dan juga husband)..
Tak dapatla puasa penuh tahun ni wuhuhuhu...

Apa-ape pun, selamat berpuasa semua!
Jom sama-sama perbanyakkan ibadah dalam bulan yang penuh berkat ni. 
Kita kumpul pahala banyak banyakk :)

Saturday, July 14, 2012

Congrats to All Mommies Who Have Just Delivered Their Babies! :D

Assalamualaikum,

Haa tow dia kemain panjang tajuknye. Kat tajuk terus aku wish ekekeke...

Phew baru lepas update due date list. Sambil riba Shaheem. Hebat tak mak? hehe

Seronok bila baca pengalaman kawan-kawan yang baru bersalin. Macam-macam cerita! Ada yang jalan lambat bukak, ada yang cepat. Ada yang normal delivery ada yang kena operate. Tak kisahla macamana sekalipun. Yang penting khalifah kecil dah selamat dilahirkan.. You have achieve the biggest achievement in your life! Syabbas bette!!!

Baby sume orang pun cute jee.. geramnye aku. Teringat lak masa Shaheem newborn dulu. Huh lembik. Nak pegang pun takut. Sekarang dah keras sket. Mama bleh pegang, bleh golek sesuka hati hehehe..

Masa pantang banyak betul cabaran kan? Especially part nak breastfeed anak. Huuuu aku tak nak cerita pasal aku. Cerita aku cerita nasik dah menjadi bubur, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Tapi sometimes, I still hope for miracles to happen. Sobsob. Ahh sudahlah! Yang penting, korang bf la anak dengan jayanya ye! :)

Hmm so far ada 17 boys & 15 girls :)

Oh ye, yang baru share kat comment nanti aku update list k. Tak sempat-sempat haa huhuhu...

Love you guys yang sentiasa datang jenguk blog aku walaupun aku sekarang dah jarang blog korang. Sori ye. I'll find some time. Yang follow aku, tqvm! :)




Friday, July 6, 2012

Shaheem 4 Months Old

Assalamualaikum,



Syukur alhamdulillah, anak mama dah genap 4 bulan dah harini. Dah besar sikit hehehe.. Dah pandai meniarap. Dah pandai menyembur air liur. Adei makin gugurla rambut mama nihh... Dah kenal mama. Dah kenal abah. Tapi dengan abah kena scan lama-lama baru cam. Maklumla dengan abah malam-malam je jumpa hehe.. Dengan orang tak kenal dia nangis. Hamboi manja anak jantan mama ni... Apa-apapun mama sayang Shaheem :-*

Isnin lepas pegi KKIA Tuaran. Dulu checkup mama sekarang checkup Shaheem la pulak. 

Pergi dengan abah Shaheem. Kalo dah ada car seat pasni pegi sendiri jela kot. Abah tak payahla masuk keje lambat. Haritu sampai klinik pukul 8 pagi. Pukul 11 pagi baru masuk jumpa nurse huhu.. Kebas bontot duduk menunggu. Macam biasa la tu kan. Dah bese dah menunggu lama-lama ni. Hubby jela yang tak senang duduk. Maklumle tak biasa. Tapi hari tu nasib baikla dia jumpa member dia. Teman wife yang tengah pregnant. Ada la geng berbual. Aku pulak dok meriba Shaheem. Sempat jugak Shaheem tido sejam hehehe... Yang lenguhnye lengan mama huhuhuh...

Anyway. memula sampai tu kitorang timbang Shaheem dulu. Bogelkan dia, letak atas penimbang. Kat KKIA Tuaran ni guna penimbang digital so senangla. Aku tak reti nak baca penimbang biasa tu huhu.. Nasib baik Shaheem dah berak kat rumah pagi-pagi. Aku takut betul kalau dia berak kat klinik. Susah nak basuh! Berapa berat Shaheem? Jeng jeng jenggg.. 7.3kg!! Hohoho patutla lenguh je bila dukung dia... Naik 800g dari bulan lepas. Okla tu kan?

Then masuk jumpa nurse, macam biasala nurse just tanya basic questions. Baby sihat tak? Menyusu ok tak? Then dia ukur tinggi. Tinggi Shaheem sekarang ialah 66.5cm. Nurse cakap, "tinggi anak ko ni..." Hehe macam mama dan abah la kan...

4 bulan takde injection. So datang klinik just untuk timbang berat, ukur tinggi and normal checkup jelah. Next month baru ada inject. 

Kesimpulannya,


Berat: 7.3kg (Last  month 6.5kg)
Tinggi: 66.5cm (Last month 63cm)
Lilitan kepala: 41.5cm (Last month 41cm)

I love you lah boy!





Wednesday, July 4, 2012

Family Portrait


Monday, July 2, 2012

Apabila Mama Berdua Dengan Shaheem

Assalamualaikum,

Huarghhhhh ngantoknyeee (:| ... Shaheem dah tido pukul 11 tadi. Harapnye dah tido lena dahla tu. Sebelum tido dah buat mama berpeluh dah... Hisap susu. Dah siap burp mama letak atas tilam. Tak larat nak riba. Berattt.. Dah baring atas tilam ape lagi, meniarap laa.. Dah tereris dah sekarang. Pantang dok terlentang kejap. Terus mengiring pastu meniarap dengan jayanya. Bila dah meniarap muntah susu la pulakk.. Adei, abes kena kain batik alas tilam dia. Abes kena baju dan seluar. Takpela, mama bleh tukar. Sambil tukar cd sekali. Dah lebih 3 jam dah pakai. Mama amik cd, sumbat 2 insert sebab nak try tido pakai cd malam ni. Dah siap snap button ape sume, tetiba dia buat bunyi meneran. Alahai dia berak pulak dahhh.... Nape tak berak tadi lagi yangg.. Dalam cd baru jugak dia nak berak. Adoi, dahla 2 insert tuuu +___+

Bekerja la mama basuh berak malam-malam. Amik cd baru, sumbat 2 insert. 2 soiled cds tadi campak dulu dalam toilet. Dah siap tukar baju ape sume Shaheem mula merengek. Nak tidolah tu. Dah lega berak ape sume dah kannn.. Mama bancuh susu 2oz, bagi dia minum. Mata dah kuyu dah.. Yayyy dia dah ngantuk. Habis hisap susu, tepuk tepuk bontot terus dia tertido. Sampaila sekarang. Hopefully sampai pagi esokla ye.....

Bila dia dah tido lena mama pun sambung bekerja. Bilas soiled cds tadi. Lusa baru basuh. Aku kumpul sume soiled cds yang dah dibilas selama 2 hari then baru campak basuh dalam washing machine. Harini dah basuh 9 keping cd. 

Uhhh penatnye rasa. Macam ni rasanya bila berdua je dengan Shaheem. Hubby on duty harini. Tak balik malam. Petang esok baru balik. Bayangkan dari pagi tadi aku handle Shaheem sorang-sorang huhu... 

Susah betul nak buat keje rumah i.e. mengemas, menyapu, membasuh, menjemur etc. Memasak tak sebab bila hubby on duty aku memang tak masak. Aku sorang je kan nak makan. Makan jela ape yang ada. Dasar pemalas kikiki... Shaheem kan dah pandai meniarap so aku takleh tinggalkan dia sorang-sorang. Lagipun dia peniarap amatur lagi tu. Muka asyik tersembam je. It happens bila dia dah letih nak angkat kepala. Takut dia lemas pulak.. So aku tak berani lagi nak tinggalkan dia sorang-sorang atas tilam.

So macamana aku buat?



Aku letak Shaheem dalam stroller hihihi.. Mujurle ada stroller ni. Kalau tak, aku tak taula macamana. Shaheem ok je dok dalam tu. Tapi kalau dia dah boring mulala dia nak angkat-angkat kepala. Angkat badan nak bangun. Sekejap jela dia dok dalam tu. Dah siap satu keje aku angkatla dia. Main-main kejap.

Bila dia tido nikmatnye raseee... Bolehla aku settlekan keje. Tu pun kena buat laju-laju sebab siang hari Shaheem tido kejap je. Time tu jugakla aku nak rehat kejap. Tapi jarangla aku nak ada peluang nak rehat huhuh.. Kalo aku sempat update status atau upload gambar di facebook tu maknanya Shaheem tengah tidolah tu hehehe...

Penat weh jadi suri rumah. Tapi aku rasa penat lagi orang yang bekerja. Tul tak? Awal pagi dah nak kena bangun. Nak kena punch card masuk keje. Aku ni nasib baikla takde punch card ke ape. Bolehla bangun lewat hihih.. Normally aku bangun bila Shaheem bangun.. Pukul 9 pagi biasanya....

Okla, badan dah penat. Nak tido dlu. Oh ye, pagi tadi pegi KKIA Tuaran checkup Shaheem 4 bulan. Nanti nantila aku cerita eh. Tido dulu. Nite everybody!

I-) I-) I-) I-)