Tuesday, August 8, 2017

Kisah Kelahiran Saif Shaamil

Assalamualaikum..

Lama dah tangguh2 nk cerita pasal kronologi kelahiran Shaamil. Jomla harini aku cerita ringkas2 ek..

Due date aku 19 Mei 2017. Aku bajet baby akan keluar seminggu sebelum due. Sebab tengok pada minggu kelahiran abg & kakak. Shaheem 39w3d. Shafina 38w6d...

Lagipun aku ada GDM so takleh lebih dari due date. Klu sampai due date tak bersalin lagi makanya kena induce lah. Aku tak nakkkk sangat kena induce . Yela, macam2 cerita aku dengar pasal induce ni. Sakit sangat2 katanya huhu..

16 Mei aku pegi checkup di KK Wakaf Che Yeh. Doc bagi surat. Katanya kalau by 18hb tak bersalin lagi, kena pegi hospital untuk IOL (induction of labor). Dann memang aku terpaksa pegi serah diri on 18 tu. Baby takmo keluar jugak huhu. Actually aku dah ada rasa perut mengeras tu. Seminggu lebih jugak dah rasa tapi tak regular.

Khamis, 18 Mei 2017

Aku ke HUSM, serah diri. Mula2 pergi kat labor room tu pasang CTG ape sume. Heartbeat semua ok. Contraction ada tapi irregular. Jalan pulak baru bukak 1cm. Doktor scan baby katanya berat around 3.2kg. So doktor suruh aku masuk wad dulu. Aku ingat dia nak terus induce la tapi rupanya tak. Memandangkan esok dan lusanya (Jumaat & Sabtu) weekend di Kelantan, doktor tak nak buat IOL. Sebab dia cakap kalau weekend ni tak ramai doktor. Ada yg on call je. In case ada masalah apa2 susahla sikit. So doktor kata dalam masa 2 hari weekend tu dorang akan cuba buka jalan manually. Caranya ialah buat stretch and sweep. Alah yg masuk jari dlm kita punya tu pastu dia godek2 tu huhuhu..

Stretch refers to the process of stretching the cervix so it opens a little and sweep refers to separating the membranes from where they adhere around the cervix in the lower portion of the uterus. The cervix needs to be soft and slightly open already so that a finger can be inserted.

Hari Khamis tu aku rest je dalam wad. Tak buat apa-apa. Bosan yg amat plus rindukan anak2 huhu..

Jumaat, 19 Mei 2017

Pagi Jumaat aku kena buat stretch and sweep tu. Perghhhh sakit oiii huhu. Yg buat doc perempuan. Kecikk je tuannya tapiiiii haha. Sabar jele huhu. Dh lps buat benda tu barula ada keluar tanda coklat coklat. Jln buka 2cm. Doc suruh aku jalan banyak2. Nak jalan mana jela kalau dah duduk dalam wad je kan?

Contraction masa tu ada tapi tak kuat. Masih under control. Aku boleh solat berdiri macam biasa. Masa Shafina dulu sakit sampai terpaksa solat duduk. Tapi yang ni tak. Macam main2 je sakitnya. Stress tau huhu. Aku masa tu memang kalau boleh nak beranak cepat2. Tension tengok orang lain masuk sekejap dah beranak. Urghhh. Bosan tau bosan 😅😅

Sabtu, 20 Mei 2017

Hari ketiga dlm wad. Contraction dah regular. Start 10 minit sekali. Tapi check jalan masih 2cm huhu. Stress mak. Slps check jalan doc ada jugak godek2. Senak jah ooii. Ku tahan je sambil lap air mata 😂

Masa tu kalau boleh nak mintak doc induce jelah. Tapi tak boleh. Dorang nak try manual jugak. Ada juga baiknya kan. Tapi tu lah.. bila jalan slow gileee nak bukak aku jadi stress. Hmmm hmmm..

Aktiviti aku dalam wad tu berjalan jela dari belakang ke depan, dari depan ke belakang. Pastu sembang dengan orang katil sebelah, katil depan, katil depan2 lagi. Haha habis orang aku ajak menyembang. Bosan tu takleh nak cerita.

Malam tu contraction dah kuat sikit dah. Tapi masih bearable. Aku jalan jalan jalan. Nak tido tak berapa lena. Pukul 12tgh mlm doktor panggil aku check jln sebab dia nampak aku macam restless sangat dah. Check2 3cm. Baruuuuu. Serviks pun tebal lagi katanya. So tunggu lagi dalam wad. Aku tak paham kenapa lambat benar jalan nak buka. Contraction pun tak sakit sangat walaupun dah kerap..

Ahad, 21 Mei 2017

The day.

Pagi pagi lagi doktor dah datang round ward. Aku masuk dalam bilik pemeriksaan. Masa tu aku berharap sangat jalan dah buka besar. Tapi harapan jela 😢 Doktor check still 3cm macam semalam. Whyyy whyyy.. Then doc kata takpe, sy bukakan jalan bg 4cm eh. Haa digodek2nya lagi. Dah 4cm katanya, boleh masuk labour room! Wahhhh macam tak percaya pulak haha.. Doktor cakap boleh bersalin dh ni. Kesian sy tgk awak lama sgt dh dlm wad. Cessss hahaha

Around 9.30am aku masuk LR. Dari wad aku berjalan je sebab contraction tak kuat sgt.

Yg geramnya kan.. masuk LR, doc check jalan, "hmmm baru 3cm ni. Bukan 4cm." Wuttaaaaaaaa.. Geram tau gerammm 😬😬😬

Doc kata takpe, dia akan pecahkan air ketuban utk cepatkan lagi bukaan jalan. Lepas dah pecah tu fuhh sakit takleh nak cakap. Pastu aku terdengar pulak doktor dengan misi duk berselisih pendapat. Alkisahnya air ketuban aku tu dah bercampur meconium. Baby dah berak dalam perut! Doktor kata moderate. Misi kata light. Haa mana satu 😰😰😰 Aku dah nervous dah masa tu.

Kes ni saama mcm aku nak lahirkan Shaheem dulu. Sama mcm Shaheem, Shaamil ni pun doc monitor heartbeat dia. Alhamdulillah normal je heartbeat dia so doktor tak kalut nak operate. Dalam hati aku still ada rasa risau. Siap pesan kat husb kalau doc kata nak kena operate, operate jela. Yg penting baby selamat. Disebabkan baby dah berak dlm perut, doktor masukkan air (drip kat tangan) dan pasang wayar oksigen dalam hidung aku.

Contraction masa tu dah kuat. 5 minit sekali. Aku rasa nk beranakkan Shaamil ni lah yg paaaaling sakit. Serius sakit. Aku rasa macam nak jerit jerit je. Tapi iman masih ada 😅 Jerit dalam hati jelahh. Rasa mcm nak gelepar dodey dodey atas katil tu hahaha. Serius tak tahan. Aku sampai cakap dgn husb, syg mesti ada byk dosa dgn abg kn 😢😢😢😢

Nurse suruh sedut gas entonox tu tapi aku tak reti. Bila sedut je rasa nak muntah. Terus aku buang tepi topeng gas tu. Bukan menenangkan lagi sakit ada la 😅😅😅 Sebab terlampau sakit aku mintak nurse inject pethidine. Nurse kata boleh tapi sebelum tu dia nak check jalan. Check2 dah 5cm. Takleh inject dah katanya sebab jln dh buka besar. Takut nanti bila dah fully dilate aku lalok takleh nak teran. So terpaksala aku tahan sendiri huhu. Seksa weyy.

Eh pjg sangat cerita pasal sakit haha. Kita cut short jela ek. Dalam pukul 11.30pg aku cakap aku nak teran sebab tak tahan sgt dah. Nurse kata jalan x buka penuh lagi. Tapi dia suruh aku try teran. Aku try memang tak keluar. Few minutes lepas tu rasa lagi. Nurse check jalan dah fully dilate 10cm. Dia suruh aku teran bila sakit. Aku teran 2 kali woooooshhhh keluarlah dak Shaamil. Nurse pun tak sempat sambut. Menggelongsor atas katil hahaha.. Alhamdulillah Alhamdulillah. Aku memang teran sehabis daya sebab tak sabar nak hilangkan rasa sakit. Lega weh bila baby dah keluar 😥😥

Mula2 aku tengok Shaamil yg aku nampak ialah rambut dia yg lebat hehe.. Nurse letakkan dia atas dada aku. Takde darah pun di badan cuma ada kuning2 mungkin meconium dia. Dan alhamdulillah kalini aku takde luka dan x kena jahit.

Sebenarnya.. azab aku atas katil di labour room tu belum berakhir. Jengjengjengggg.. Uri aku lekat. Ya, URI AKU LEKAT. Dekat setengah jam nurse cuba tarik tapi tak keluar. Lps setengah jam dia panggil doktor masuk. Mula2 HO je yg try buat. Dia korek. Katanya dah tak jauh tapi dia tak berani nak buat. Tak lama pastu MO pulak datang. Doc perempuan. Lembut je orangnya. Cakap pun lemah lembut. Rasa tenang tengok muka dia walhal suasana masa tu tense sangat. Uri lekat bukan benda biasa. Boleh bawa maut kalau terlalu lama tak dikeluarkan. Nauzubillahminzalik. Aku memang takut sangat masa tu. Ingat mati je.

Doc suruh aku sedut gas. Dia nk korek. Akan rasa sakit sikit katanya. Aku kan bergaduh dgn topeng gas tu 😅 so aku tahan sendiri je. Allah, sakit tak boleh nak cerita. Dia korek hidup2 dgn tangan dia, sampai ke dalam perut aku. Aku memang boleh rasa dia dok kais2 kt tepi dinding perut. Sakit 😭😭😭 Lebih kurang sejam dia korek. At last keluar. Uri tu dah nak hancur dah. Dia kata kalau tak keluar juga aku kena masuk OT. Allahu.. mujurlah doc boleh keluarkan manually walaupun amat menyakitkan. Dah keluar tu dia scan utk make sure takde sisa2 yg tertinggal. Alhamdulillah all clear.

Aku tanya doktor kenapa uri aku boleh lekat. Doktor pun tak tahu. Doktor just ingatkan aku utk jarakkan kehamilan dan kalau pregnant nanti kena bagitau uri aku pernah lekat. Katanya tak mustahil in next pregnancy benda ni boleh jadi lagi 😢

Takut. Trauma. Tapi husb request nak sorang lagi anak. Acaner?? 😅😅😅

Gitulah kisahnya aku lahirkan Saif Shaamil pada Ahad 21 Mei 2017 jam 11.45pg. Tough one. But alhamdulillah Allah beri aku kekuatan utk melalui semuanya.

Alhamdulillah ❤


Ni masa baru lahir


Latest pic. 2 months plus

posted from Bloggeroid

Monday, June 12, 2017

Our 3rd Bundle of Joy

Assalamualaikum 😊

Introducing the newest addition in #ssfamily.

1 day old


23 days old

SAIF SHAAMIL BIN SHAMSUDDIN

21 MAY 2017 (SUNDAY); 11.45am

HOSP UNIV SAINS MALAYSIA, KUBANG KERIAN, KELANTAN

3.22kg; 52cm

Kronologi kisah kelahiran Shaamil nanti daku cerita in next entry ya.

Doakan Shaamil sihat-sihat selalu, membesar bagai johan dan jadi anak yg soleh. Insyaallah ☺☺
posted from Bloggeroid

Wednesday, November 30, 2016

Buka Buku Mengandung

Assalamualaikum

Kalau di Sabah ni buku rekod mengandung tu warna putih. Kalau Semenanjung warna merah/pink kan. Shaheem punya je warna pink sebab aku daftar kat Putrajaya. Shafina dan adiknya ni warna putih sebab daftar di Sabah.

Macam ni rupa buku tu..

Seperti previous pregnancy, aku daftar kehamilan ni di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Tuaran. Aku suka pegi KKIA ni sebab nurse nya baik baik belaka. Walaupun orang setiap hari ramai, nurse ni tak pernah lagila aku jumpa yang masam masam muka. Semua jenis peramah, suka bercerita, selalu tersenyum. Kita sebagai patient pun rasa seronokla 😊

Ok ok kembali kepada tajuk hehe..Nak buka buku mengandung di KKIA Tuaran ni mula2 kita kena pegi klinik dan buat appointment dulu. Nanti nurse akan bagi tarikh untuk kita datang kemudian. Dia juga akan bagi senarai dokumen yang perlu ada untuk daftar kehamilan tu. Haa ni yang lain daripada yang lain sikit. Beza Semenanjung dan Sabah.

Ni lah dokumen yg diperlukan. Sangat detail kan? Tak cukup 1 salinan takleh bukak buku tau.

Kalau kat Semenanjung takde mintak macam ni kan? Ikut pengalaman aku masa bukak buku Shaheem tahun 2011 dulu laa hehe. Sekarang not sure. Tapi ingat lagi tahun 2014 pregnant Shafina, aku transfer dari klinik Tuaran ke klinik Wakaf Che Yeh, nurse Wakaf Che Yeh pun terkejut ada dokumen2 ni terselit dalam buku.

Aku ada tanya nurse kat sini kenapaa perlu ada salinan semua ni. Katanya sebab kat sini ramai orang luar atau warga asing. Bukan warganegara Malaysia. So dorang kena record betul2.. Gitulah menurut yang diberitahu. Wallahualam lah kalau ada sebab lain.

Aku bukak buku untuk 3rd pregnancy ni masa kandungan umur 9w. Awal sebab masa tu husb tak outstation ke mana. So sementara dia ada kena cepat2 uruskan semua benda. Tak kuasa mak nak handle sorang2 time dia takde huhu..

Masa 1st checkup tu tetiba pulak dalam urine ada darah. Kalau tengok dengan mata kasar tak nampak pun darah tu. 2 kali buat 2 kali ada darah. Nanti aku cerita lain pasal ni ek..



Berat permulaan ialah 72.3kg. Kuikuikui.. berat nak mammmm. Tu pun mujurla aku dah diet sikit sebelum tahu pregnant tu. Sebelum diet berat aku 76kg 😂 Haih tak taula dah sampai hujung pregnancy nanti berapa berat aku. Jangan cecah 90kg udahleeee...

Hb pun awal2 ok. 12.9. Excellent. Tapi sebulan lepas tu merudum rendah haha.. Nanti cite dalam post lain..

Tu je nak cerita, cara untuk buka buku mengandung di Sabah 😊

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 29, 2016

SS No 3 is Coming Soon!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun depan insyaallah, akan ada SS no 3 in our family ☺ Aku dah 15w pregnant sekarang. Alhamdulillah.

Me and husb memang plan nak ada baby pun. Alhamdulillah kalini tak lama kami ttc. Berkat doa dan usaha serta rezeki Allah nak bagi kan. Syukur.

Aku last period on 12 Aug. The next month patutnya 12 Sept periodla tapi period tak muncul2. Aku dah agak dah aku pregnant sebab period aku memang regular. Kalau lambat sikit tu memang pregnant lah tu. Confident hehe

18 September aku buat UPT test tu kat rumah. Awal2 pagi sebelum solat subuh dah test. Excited yang amat 😁

Alhamdulillah. Clear double line nya..

Ni scan masa 12w

Single je. Ingat kembar. Hahaha berangan nak anak kembar..

Due date kalau ikut LMP insyaallah 19 Mei 2017.

Alahan.. aku ni kira lucky sebab dari 1st pregnancy aku takde alahan yang berat sangat. Tapi kalini macam lain sikit. Ada jugakla muntah muntah huhu. Pastu aku selalu sakit kepala, pening. Satu lagi selalu semput. Tercungap2 kadang2.. Faktor usia kot ni ek huhu..

Time gagah memang aku ligat ke sana sini. Macam tak pregnant pun ya. Siap boleh dukung Shafina naik turun tangga pegi hantar amik abang dia sekolah. Time tak larat haaaa.. memang terbaringla aku. Rumah pun macam tongkang pecah.

Sekarang dah masuk 2nd trimester dah kurangla sikit rasa pening dan loya tu.. Semoga smooth jela pregnancy kalini kan. Insyaallah. Doakan aku ye kawan2 😊

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 27, 2016

Makan Kurma untuk Mudah Bersalin!

Assalamualaikum

Ok, harini saya nak share tips mudah bersalin yang saya sendiri amalkan dan rasai keberkesanannya. Gituuu.. Apa2pun, lain orang lain badannya. Jadi mungkin penerimaan tu lain. Ada yg menjadi ada yang tidak. Tapi tak salah kalau kita cuba kann..

Tipsnya ialah makan kurma. Kurma Yusuf Taiyoob tuuuu hehe..



Mari baca ulasan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad. Saya ambil dari Facebook beliau.

"Amalan mengamalkan kurma selama dua bulan melahirkan anak membantu proses kelahiran. Dalam kajian ini 6 biji kurma diambil. Saya cadangkan lengkapkan tujuh biji.

Faedahnya:
1. The women who consumed date fruit had significantly higher mean cervical dilatation upon admission compared with the non-date fruit consumers.

Wanita yg mengamalkan kurma mengalami pembukaan servix yang lebih besar ketika dimasukkan wad berbanding dgn wanita yg tidak amalkan kurma.

2. Spontaneous labour occurred in 96% of those who consumed dates, compared with 79% women in the non-date fruit consumers. Use of prostin/oxytocin was significantly lower in women who consumed dates , compared with the non-date fruit consumers.

Kelahiran spontaneous berlaku pada 96% wanita yg mengamalkan kurma, (jadi penggunaan prostin/oxytocin untuk meransangkan kontraksi rahem dan pembukaan servix adalah kurang) berbanding dgn 78% wanita yg tidak amalkan kurma.

3. The mean latent phase of the first stage of labour was shorter in women who consumed date fruit compared with the non-date fruit consumers.

Purata masa untuk pembukaan servix yang sempurna (first stage) bg wanita yang mengamalkan kurma lebih pendek dari wanita yang tidak amalkan kurma.

Rujukan:

J Obstet Gynaecol. 2011;31(1):29-31.

"The effect of late pregnancy consumption of date fruit on labour and delivery."

Boleh amal pengambilan kurma semasa hamil untuk memudahkan proses kelahiran. Bg wanita yg ada diabetes boleh berbincang dgn doktor dahulu."

Haaa.. mengikut pengalaman aku masa melahirkan Suri Shafina, aku makan kurma ni masa contraction tengah menggila tu. Makan dengan niat tak nak takde tenaga masa nak teran. Sebab masa Shaheem dulu sakit sangat sampai aku tak lalu nak makan. Masuk LR perut kosong. Sampai aku termuntah. Hypo kot. Marah misi haa.. yelah, kalau maknye pitam tiba2 tak ke mendatangkan bahaya pada anak dan mak juga. So aku tak nak benda sama jadi masa nak lahirkn Shafina.

Masa dalam wad tengah tahan sakit tu, aku paksa diri untuk makan kurma. Husb kat luar pun thru whatsapp dok paksa2 aku makan. Lebih dari 10 bijik jugak kot aku makan. Masa atas wheel chair nak masuk LR pun sempat aku makan sebijik sebab masa tu rasa pening pening.

Alhamdulillah aku tak lama dalam LR. Sejam je kot, ingat2 lupa. Jalan memang cepat sangat buka sampai nurse tanya aku ada minum air selusuh ke. Takde pun. Aku hanya minum air masak biasa dan kurma.

Jadi aku rasa memang betulla, kurma tu membantu cepatkan bukaan jalan dan memudahkan aku bersalin. Alhamdulillah, Allah tolong kan.

Satu lagi cerita, aku tengok anak sedara husband. Dia pregnant anak first dan masa kat kampung aku notice slps makan nasik dia akan makan kurma 2,3 biji sebagai pencuci mulut. Memang dia amalkan tu dari awal pregnancy sampai hujung. Alhamdulillah mudah sangat dia bersalin. Setengah jam je kot dia dalam LR. Kira cepatla untuk anak pertama. Aku dulu masa Shaheem 7 jam tau dalam LR huhu..

Apa apapun semuanya dari Allah Taala. Kita kena banyak2 berdoa mohon agar anak dalam kandungan sempurna dan sihat2 selalu, dipermudahkan proses bersalin, tak ada komplikasi kepada ibu dan anak, anak sihat dan sempurna waktu lahir. Insyaallah, amin..

posted from Bloggeroid

Monday, August 8, 2016

Jam Tangan Wanita Murah di Zalora!

Assalamualaikum,

Harini saya nak share something dengan kawan2 semua. Lari sikit dari tema pregnancy and parenthood hehe..

Zaman sekarang yang serba moden ni banyak benda kita boleh buat dengan menggunakan teknologi yang serba canggih. Contoh yang paling dekat dengan hati ialah shopping hehe. Kalau dulu kalau nak beli makanan atau pakaian kita mesti akan keluar ke kedai. Especially kalau nak beli baju la kan sebab barangan fesyen ni kadang2 agak leceh untuk dibeli.

Tapi itu dulu. Sekarang ini nak membeli-belah tak perlu keluar dari rumah pun. Sebaliknya boleh dibuat dari hampir di mana-mana sahaja korang rasa selesa asalkan ada komputer atau laptop. Bagi orang yang obses dengan gadget canggih macam smartphone mesti akan rasa dengan adanya gadget ni hidup dorang akan lebih mudah sebab boleh install mobile app website online shopping Malaysia dan beli secara online dengan smartphone je. Cool kan?



Kat luar tu ada banyak website online shopping Malaysia dan butik fesyen online yang menawarkan pelbagai jenis barangan fesyen dengan harga yang cukup berpatutan. Cakap apa je yang korang mahu pasti boleh dibeli secara online! Daripada baju ke kasut, handbag sehinggalah ke aksesori semuanya tersedia untuk wanita. Antara jenis-jenis akesori yang sangat popular dalam kalangan fashionista di Malaysia ialah jam tangan, bracelet, cincin, anting-anting dan macam-macam lagi.



Ok ni yg saya nak share, kalau korang nak dapatkan jam tangan wanita murah apa kata dapatkan secara online di butik jam tangan online. Banyak butik fesyen online Malaysia di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi jam tangan wanita yang menarik daripada pelbagai jenama terkenal dan dipercayai. Kini anda tidak lagi perlu keluar untuk dapatkan aksesori kegemaran anda kerana anda boleh beli from the comfort of your own home!

posted from Bloggeroid

Sunday, July 24, 2016

Cara Tingkatkan Mutu Susu Badan

Assalamualaikum..

*Paste dekat blog supaya senang nak rujuk. Kalau share kat FB nanti hilang tah kemana2 hehe..

*Dr FB Dr. Suriyakhatun:*

Pembaca bertanya : Boleh tak beritahu bagaimana nak tingkatkan mutu susu badan ?

Memang, susu badan berbeza mengikut nutrisi dan pemakanan ibu. Semua khasiat susu juga bergantung pada kesihatan ibu dan mutu probiotics yang ada dalam susu ibu bergantung pada kesihatan usus ibu. Perkara ini sudah banyak kali saya sentuh .

Bila saya rawat bayi yang mengidap eczema dimana anak itu menyusu badan, saya akan mengambil kira juga kesihatan usus ibu dan seringkali saya akan berikan rawatan kepada ibu untuk betulkan ususnya .

Sebenarnya saranan saya ini sama juga untuk sesiapa yang nakkan kesihatan yang optima cuma, dalam kes ibu yang menyusu dan juga ibu yang mengandung, kesihatan dirinya, tahap stress dan emosi dirinya kesemuanya mempengaruhi anak yang disusukan atau anak dalam kandungan .

Antara makanan yag merosakkan kesihatan usus bila di ambil dengan kadar yang kerap dan diambil hari-hari adalah berikut .

Dalam pada itu tak perlu terlalu ketat berpantang, jika sekali sekala memakannya tidak menjadi masaalah besar .

1. gula putih dalam apa bentuk sekalipun , dalam minuman dan makanan . Setakat secawan waktu pagi dengan kadar sedikit dimaafkan .
2. kek dan kuih ( boleh makan tapi jarang-jarang )( tepung putih ) jangan amalkan makan roti dengan kadar yang kerap
3. Makanan berkimia termasuk mee segera, makanan dalam tin, sosej , burger dan lain lain .
4. Serbuk perasa (MSG ) dan pemanis tanpa zat, pewarna dan pengawet : Terdapat dalam banyak jenis makanan terutama yang dari restoran dan pasar raya serta dalam peket-peket perencah
5. garam putih -table salt
6. Jenis sayuran yang perlukan banyak racun seranga seperti kailan dan sayur daun kecuali kangkung dan ulaman. Kalau yang organic dibolehkan .
7 Jenis ikan bottom feeders sebab ikan ikan di dasar laut ada lebih racun . ( cuba jangan makan ikan besar, lebih baik ikan kecil )
8. Kerang
9. Susu lembu dari lembu komersial, dibolehkan susu lembu kampung )
9. Transfat atau minyak rosak : margarine dan minyak gorengan yang diguna berkali -kali ( semua gorengan yang dijual )

Apa yang perlu dimakan selalu sebagai amalan

1. Beras perang dan semua bijiran, lebih baik organik , kentang , ubi kayu ubi keledek sebagai sumper karbohidrat yang baik
2. Lauk pauk , pastikan dapat 3 porsi setiap hari . Contohnya pagi : telur, tengah hari ikan kembung sederhana sekor, malam ayam sebahgian dari 8 bahagian atau daging saiz 2 kotak mancis , protein sayur termasuk tofu sekali sekala.
3. Sayur 2 mangkuk sehari , wajib ada sayur hijau , dan pelbagaikan warna sayur . Pastikan ada ulam, untuk vitamin C
4. Buah termasuklah banyak limau nipis dalam salad dan dibuat air
5. Garam bukit
6. Santan , minyak virgin coconut oil atau olive oil
7. Untuk masak guna minyak kelapa sawit
8. Kacang dhal, tauhu tempe ( calcium and other minerals )
9. Kimchi Sauerkraut, tempe , tempoyak , pickles : boleh buat sendiri : 1 balang kaca 500 ml , air mineral 300 ml , garam bukit 2 sudu teh, fermented fruit enzyme ( RIN atau Biogreen ) 3 sudu teh .
carrot, timun, tomato, bawang putih , kobis dipotong macam nak buat acar , masukkan semua dalam balang dan tutup , simpan dalam peti sejuk untuk seminggu sebelum makan. Airnya jangan buang, masukkan lagi sayur , ie adalah makanan probiotic .Boleh ditambah bijan dan spices kalau nak .
10 soup tulang ( ikan masak pindang, sup ayam, sup tulang, ikan bilis tumbuk sebagai rencah sayur )
11. guna gula perang organic, madu asli menganti gula putih
12. Buah segar
13. susu kambing organic (tak perlu kalau sudah amalkan sup tulang )

Makanan dan supplements untuk banyakkan susu

1. halba , satu sudu teh dalam air mendidih segelas rendam 5 minit campur madu asli , 2-3 kali sehari ( memang peluh bau )
2. Gum Arabic ( Al Manna dan Tayebat )- prebiotic, immune booster, amino acids dan minerals
3, Omega 3, 6 , Udo's oil blend atau VCO campur ground flax seeds
4.Chlorella ( detox bowels )
5. Aloe juice ( detox bowels )
6. Enzymes ( fermented fruits
7.Mineral supplements : extra magnesium Kordel Magnesium Amino acid chelate, Biogrow minerals
8. Immune system boosters: kunyit hidup .echinacea, Tranfer factor - banyak lagi
9., Habatusaodah,
10, nuts and seeds, termasuk almonds , sunflower seeds dan pumplin seeds
11. buah kering cranberry., korma,apricort , fig dan lain lain

Senarai ini sebagai panduan, banyak lagi yang baik yang tidak disebut .
Tentang emosi ibu saya akan sentuh pada posting lain .
Jika ibu ada masaalah kesihatan , ada kalanya meperbaikki pemakanan tidak cukup maka saya akan beri rawatan homeopathy dan kadangkala rawatan spiritual energy healing .

posted from Bloggeroid