Thursday, October 13, 2011

Cute & Got Me Into Tears Vid Wuhuuu..

Assalamualaikum,

Here's a vid of a girl yang super duper excited bila dapat hadiah besday bercuti di Disneyland. Parents dia surprisekan dia. I tell you, she's really cute laaaa.... Love how she talked to her mom. Macam kawan-kawan je kan. Love when she hugged her mom... Sayangnya dia kat mummy dia..

I hope that me and my baby will have this kind of relationship too.. Mesra je! :)

Wednesday, October 12, 2011

Checkup Follow Up @EPAU Hosp Putrajaya

Assalamualaikum,

Harini ada follow up checkup kat Hospital Putrajaya. Ini berkaitan dengan kes keluar darah haritu. Appointment pukul 9 pagi. Aku sampai seawal 8 pagi. Peh mencari parking di Hospital Putrajaya adalah sangat menyakitkan hati! Takmolah cite kenapa, korang kena experience sendiri ehehe..

Erm memandangkan sampai awal, aku pegila makan dulu kat kafetaria hospital. Aku naik kat dewan bersalin tu dalam pukul 8.30 pagi. Alih alih staff kat situ kata aku kena daftar dulu kat bawah baru datang dewan bersalin. Kaunter pendaftaran tu betul betul kat kafetaria. Aduiii turunla balik aku tadi. Dahle dewan bersalin tu jauh dari tempat lain. Nasibla perut tak besar lagi. Tapi mengah tetap mengah. Kena pulak orang kat kaunter pendaftaran ramai. Menunggu la pulak... 

Dah siap daftar, patah balik pegi dewan bersalin. Masa tu ngam ngam pukul 9..

Tapiiii... atas buku je tulis appointment pukul 9 pagi. Pukul 10 lebih kot baru dia panggil orang. Huaaa.. lama aku tunggu tauu.. Oh by the way, EPAU stands for Early Pregnancy Assessment Unit.

Masa tengah menunggu tu, sembang-sembangla dengan orang kat situ. Memula dengan sorang makcik ni. Anak dia ada kat dalam tengah tunggu masa nak bersalin. Katanya kena induce sebab anak dia, 9 bulan mengandung ni tetiba pulak darah tinggi. Sebelum sebelum ni takde pulak. So doktor bagi ubat turunkan darah. Bila dah turun, cepat-cepat kasi ubat untuk bukak jalan. Doktor nak suruh dia beranak cepat-cepat sementara darah rendah ni. Kalau darah tinggi, macam-macam la risikonya. Kena operate etc. Due date sebenar ialah 24 Oktober tapi dah jadi macam ni terpaksala kan. Risau je aku tengok makcik tu huhu.. Sabarla makcik. Pagi tadi tu doktor baru masuk ubat for the first time. Dah ada sakit sikit sikit. Aku rasa sekarang dia dah bersalin kot.... Harap-harap selamatlah semuanya :)

Then, aku sembang dengan sorang akak lagi ni, dia datang follow up juga. Sebabnya dia keguguran last week. Anak ketiga katanya. Masa tu dah 3 bulan dah. Dia suspek kandungan bleh jatuh sebab dia ulang alik pegi keje dari Bangi ke KL naik moto. Huh tu bahaya naik moto especially masa awal-awal mengandung. Cerita dia, mula-mula ada brown spotting. Pastu kuar darah sikit sikit. Tak sakit pun katanya. Pastu keluar darah berketul-ketul. Time ni dah sakit. Dia pegi private clinic. Tapi klinik tak berani nak buat ape, dia suruh pergi Hospital Putrajaya ni. Akak tu cerita, masa pergi ER, darah dah melimpah-limpah keluar. Wheel chair lencun dengan darah. Katil pun sama. Pastu sakit memang takleh tahanla. Dari ER dia kena transfer pegi labour room. Doktor scan heart beat baby masih ada cuma dah lemah. Then dorang kata terpaksa gugurkan sebab akak tu dah hilang banyak sangat darah. Akak tu kata dia redha jela sebab dia pun memang tak dapat nak menanggung dah sakit. Yelah, kalau nak simpan baby tu pun, boleh memudaratkan mak pulak. Kena la korban salah satu kan. Baby masa tu baru 3 bulan, consider very early stage la lagi. Tapi sedihla jugak kan? huhuhuhu.. Akak tu cakap lagi, dia dah ada 2 orang anak. Kalau nak dibandingkan antara sakit bersalin dengan sakit keguguran, sakit gugur ni jauuuuh lebih dasyat. Tak tahan katanya huhu... Takut aku dengar. Mintak-mintak jauhla kejadian ni daripada berlaku kat kita kan...

Kawan-kawan yang baru je mengandung tu, jangan naik motor eh.. Elak-elakkanla. Moto ni kan gegar dia kuat sket. Early stage, janin pun tak kuat lagi. Tu yang macam-macam boleh jadi. Beringatla ye..

Aku bagitau akak tu aku ada masalah low lying placenta. Dia cakap masa mengandungkan anak kedua dia pun ada masalah yang sama. Dah stage three masa dapat tahu tu. Tiap kali follow up, placenta tu still kat bawah tak naik-naik. Sampaila masa nak bersalin. Tapi alhamdulillah, akak tu dapat lahirkan anak dia secara normal. Terkejut jugak aku. Dia kata dia pun tak sangka. Alhamdulillah la kan. Hmm hopefully placenta aku akan naik ke atas. Kalau tak pun, biarlah nasib aku sama macam akak ni. Tetap dpat lahirkan anak dia secara normal.. Insyaallah..

Eh eh panjang membebel, tak cite lagi ni pasal jumpa doktor hahaha..

Dekat pukul 11, nama aku dipanggil. Doktor kata dia tak boleh check lagi keadaan placenta tu sekarang sebab masih early stage lagi. Week 28 baru dapat buat localization. Hmmm.. frust jugak aku. I was hoping to hear good news today. Tapi takpelah, at least ada good news lain yang aku dengar hehehe.. Doktor scan jugak tadi. 

Ayat pertama yang keluar dari mulut doktor bila tengk baby ialah,"Wah anak you dah besar.."
Haha aku pun terkejut. Besar macamanala tu ek... Tapi kekadang memang aku boleh rasa baby dah lebih besar berbanding dulu. Kadang-kadang, kalau berdiri kat dapur dan perut kena kat table top, aku bleh rasa ada ketulan. Sebelum ni tak boleh rasa hehe..

Then doktor tunjuk heart beat. Aku paling suka tengok heart beat baby :) Alhamdulillah, it's beating well.
Then doktor ukur-ukur kepala & abdomen. Doktor bagitau, secara kasarnya, berat baby ialah 267g :)

Pastu dia godek godek lagi. Dia cakap, "saya rasa... baby awak boy ni...."
Hohoho.. aku dah macam, yeke??? hehehe..
Then dia cakap, "ermmmmm bukan bukan.. girl kot.."
Ehh?
Pastu dia tanya, "ni anak nombor berapa ni puan?"
"Anak first, doktor." Aku jawab.
Dia godek godek lagi pastu dia cakap, "ermmm boy la saya rasa.."
Hahahahaha nak tergelak aku dengan doktor ni. Kejap boy kejap girl. Kompius aku ehehehe..

Takpela doktor, saya tau anak saya kecik lagi. Tak berapa nak nampak lagi sex tu kan ehe. Saya pun tak kisah. Baby boy or girl. Yang penting baby saya sihat walafiat :)

Tu lah alkisahnya check up tadi. Pasal placenta tu memang tak tau macamana lagi.. Tunggula follow up minggu ke 28 nanti. Masa tu aku dah kat Sabah dah. Insyaallah akan follow up di Hospital Likas.

Next normal checkup di KKIA P9 ialah pada 19 Oktober..... Next week! :)

Makanya, jumpa lagi di entry checkup yang seterusnya :D :D

Monday, October 10, 2011

Saya Demam. Apa Ubatnya?

Assalamualaikum,

Semalam aku pergi MAEPS, Serdang. Pegi book sale Big Bad Wolf. Orang punyela raaaaaaamaaaaaaiiiiii..
Nasib baik dalam tu beraircond. Takdelah berpeluh menitik nitik sampai ke lantai. Tetapi kat luar sangat panas. Jadi apabila dah selesai membeli buku, keluar je, aku terus bersin hacumm hacumm.. Aih sensitif betul hidung ni. Then masuk pulak dalam kereta beraircond. Bertambahla kuat bersin. Dah pergi MAEPS, pergi pulak Jusco. Masuk tempat aircond dan orang ramai lagi. Maakin kuat bersin. Sampai naik bengong kepala aku. Berat je rasa. Mata, hidung dah keluar air.

Dan resultnye, saya demam selesema. Semalam tak boleh tido. Hidung ketat, tekak perit. Sah tonsil aku dah membengkak. Badan mula rasa lenguh dan sakit-sakit. Tertekan btul bila tak dapat tido sampaila ke subuh. Masa azan Subuh tu nak pulak tido. Setan nih memangle...

Harini pegi keje pun sangatla tak larat. Dok bersin lagi. Ofis dahla sangat sejuk membeku. Nak buat keje memang serba tak kena. At last aku pegi sick bay. Tido dari pukul 10 pagi sampai 12 noon. Hamik ko. Tanpa rasa sedar diri keje menimbun nimbun. Tahanla sikit bersin tu after dah tido. Tapi badan pulak panas. Kepala berat. Until now.

Balik keje tadi, aku terus panjat katil, Tarik selimut, amik tuala tutup muka. Kipas aku pasang 1 je. Paling perlahan. Nak suruh badan berpeluhla kononnya tapi tak berpeluh jugak. Apa ke degil sangat sweat gland aku nak keluarkan peluh.

Maghrib bangun, mandi mandi sket. Badan panas lagi ni. Kepala pun sakit. Selesema dah sedikit kurang.

Macamana ni? Aku malas nak pergi klinik sebab tahu doktor pun tak boleh nak bagi ubat sangat. Setakat panadol, aku pun boleh sendiri. Itupun aku penah dengar panadol ni tak elok sangat. By the way, panadol memang tak pernah memberi kesan pada aku..

Esok nak pergi cari vicks lah. Lega sket kalau dapat sapu kat belakang, dada and dekat hidung.

Kalau nak minum air 100Plus ok ke?

Apa korang buat kalau demam?

Sunday, October 9, 2011

Makan Vitamin Untuk Baby Yang Sihat!

Assalamualaikum,

Sekarang ni berazam nak buat satu hari satu entry. Tapi rasa macam tak tercapai dek akal kot haha.. Aku ni selalu hot hot chicken shit jek...

Erm takde ape pun nak cite tapi sebab nak memenuhi azam tu, aku citela sikt pasal vitamin yang aku tengah makan sekarang ni...

Banyak tak???
Sikit je ni kan.
Setiap vitamin kena makan sebijik, sekali, sehari.
Aku paling tak suka Vitamin B Complex! Baunye sangat busuk dan meloyakan.
Memula tak suka Iron Tablets tuh sebab bau busuk jugak.
Rupa-rupanya vitamin B laaagi busuk!
Busuk tak busuk kena telan jugakla ehhh..


Kenapa kena makan vitamin-vitamin ni semua?

IRON TABLETS
  • The amount of blood in your body increases during pregnancy until you have almost 50 percent more blood than usual, so you need more iron to make more hemoglobin.
  • You need extra iron for your growing baby and placenta, especially in the second and third trimesters.
  • Many women need more because they start their pregnancy with insufficient stores of iron.
  • Iron-deficiency anemia during pregnancy is associated with preterm delivery, low birth weight, and infant mortality.

FOLIC ACID
  • Folic acid helps prevent neural tube defects (NTDs) – serious birth defects of the spinal cord (such as spina bifida) and the brain (anencephaly)
  • Some research suggests that folic acid may help lower your baby's risk of other defects as well, such as cleft lip, cleft palate, and certain types of heart defects.
  • Your body needs folate to make normal red blood cells and prevent anemia.
  • Folate is essential for the production, repair, and functioning of DNA, our genetic map and a basic building block of cells. So getting enough folic acid is particularly important for the rapid cell growth of the placenta and your developing baby.
  • Some research suggests that taking a multivitamin with folic acid may reduce your risk of preeclampsia, a complex disorder that can affect your health and your baby's.
ASCORBIC ACID
  • Vitamin C, also known as ascorbic acid, is essential for tissue repair, wound healing, bone growth and repair, and healthy skin. 
  • Vitamin C also helps your body fight infection, and it acts as an antioxidant, protecting cells from damage.
  • Both you and your baby need this vitamin daily – it's necessary for the body to make collagen, a structural protein that's a component of cartilage, tendons, bones, and skin. 
  • Based on animal studies, some researchers believe that vitamin C deficiencies in newborn babies can impair mental development.
  • Vitamin C also helps your body absorb iron
VITAMIN B COMPLEX
  • Vitamin B6, also known as pyridoxine, helps your body metabolize protein, fats, and carbohydrates. 
  • It also helps form new red blood cells, antibodies, and neurotransmitters, and is vital to your baby's developing brain and nervous system.
  • Research shows that extra vitamin B6 may relieve nausea or vomiting for some women during pregnancy, though no one knows for sure why it works.

Banyak benefit vitamin vitamin ni. Especially on baby. Kalau kita nak baby dalam kandungan sihat walafiat keadaannya, rajin-rajinla makan. No matter how busuk the vitamin is!

Saturday, October 8, 2011

Baby's Development So Far

Assalamualaikum,

Tadi selongkar gambar-gambar dalam handphone. Tertengokla gambar scan baby yang aku snap sebab nak MMS to my husband.

Ada 3 keping gambar. Means that dah 3 kali scan baby ehe.. Tak memudaratkan pun scan scan ni kan, so takpela scan banyak-banyak kali pun. Kalau boleh, everytime after checkup dekat KKIA, aku nak pegi klinik swasta lain untuk scan sahaja. Tak kisahla nak keluarkan RM50. Asalkan dapat tengok baby dalam perut. Tengok dia gerak-gerak. Tengok dia tendang-tendang :) Oh, heaven!

Ini gambar pertama dapat. First scan masa first check. Masa ni berdebar gile rasa bila doktor letak alat dia tuh. Dok tertanya-tanya dalam hati, betul ke aku pregnant nih huhu..
Then, bila dengar doktor cakap, "yes, you are pregnant!" memang tak terkata happy. Terkejut pun ada sebab macam eh, cepatnye! hehe..

Gambar yang ni tak clear sangat. Tapi bleh nampak jugakla kepala tu kan. Nampak tak?? hehe..
Masa ni kepala lebih besar daripada badan. And baby sangat aktf berenang hihih... Tak dok diam dia.Tangan pun tak berhenti gerak. Sampai doktor nak capture pun susah. That's whyla dapat gambar yang tak berapa nak clear ni. Tapi takpela, at least ada la jugak hardcopy photo. 

 Ini latest pic. Taken during my visit to clinic sebab keluar darah haritu. Baby dah besar sikit. Dah hampir memenuhi ruang uterus. But uterus tu nanti akan makin mengembang kan? Doktor tu print 3 keping gambar. Tapi rasanya yang ni je yang nampak dari atas sampai bawah. Tapi kaki tak nampak.


Alhamdulillah. Gembira rasa hati bila dapat tengok my baby is growing well. Tiap kali scan aku mesti tanya doktor, heartbeat dia ok tak. Then bila doc tunjuk jantung dia yang tengah berdegup tu, huh, nak nangis pun ada. I have a baby living inside me! Unbelievable je rasa hehee.. 

Alhamdulillah, aku bersyukur atas kurniaan-Mu Ya Allah...


Friday, October 7, 2011

4th Months Bump *hiks*

Assalamualaikum!

Baby dah masuk minggu 18, bulan keempat. Alhamdulillah.

Kat ofis ramai tego, "perut dah nampak!" Confuse betul aku. Aku rasa macam belum nampak.Rasa macam yang buncit tu buncit angin. Tak reti lah nak beza perut buncit sebab angin dengan buncit ada baby ehehe.. Perut aku kan memang sedia ada buncit. So bila orang cakap perut dah nampak tu rasa macam tak bleh caye je ehe..

Bukan sorang dua yang cakap tu. Ramai jugakla. Bila aku cakap, "ni buncit anginlaa.." Dorang cakap, "bukan.. buncit angin lain, ni buncit baby. Perut ko bulat.."

Hahahaha ape ape jelah. Tapi, aku rasa la kan, dia dah campo dua-dua buncit ni...



MMS this pic to my lovely husband. Dengan ayat, "Abah! Tengok perut buncit mama. Anak abah dah besar ni. Dulu abah tengok kecik je lagi kannn... " Dia reply.. "sayangggg.. rindu baby ni.."

Cehss rindu baby je ke?? Buleh tak nak jeles hehehe.. Sian my husband. Last dia tengok baby masa scan was on 8th weeks. Masa tu kan memang very very small lagi. Masa tu dapat tengok heart beat baby. Itupun dah buat dia teruja. Kalaula dia dapat tengok baby pusing pusing dalam perut, sure dia happy. Tapi apa bleh buat dah duk jauh ni. Kalo pegi klinik, aku pegi sorang je. Takpe sayang, next month eh. Masa tu baby laagi besar :)

Tak sabar pulak rasanya nak tunggu perut membesar lagi ehehehe...

Have a nice weekend everybody!

Saturday, October 1, 2011

Kisah Keluar Darah

Hari Rabu, 28 September 2011.

Aku pegi keje macam biasa. Buat keje macam biasa. Tiada yang luar biasa. Takde rasa sakit atau ape-ape yang peliklah.

Pukul 11 lebih pergi toilet. Ni kali kedua pegi toilet. Asyik nak terkencing je huhu..

Dah kencing, macam biasala basuh kan ehe then wipe wipe dengan tisu. Sebelum pakai panties wajib kena lap kering-kering! Then tengok kat tisu ada darah. Hah sudah. Panik datang menerpa. Tapi aku relax dulu. Wipe lagi. Just to make sure. Ada lagi and this time banyak sikit.

Erkkkk.. cuak!

Keluar toilet, duduk kat tempat macam biasa. Cepat-cepat PM kawan sekeje aku kat sebelah.

"I ada keluar darah la. Klinik mana kat Cyber ni ada ultrasound scan?"

Kawan sekeje aku ni dah ada anak 2 orang. So dia memang ada experience pregnant la kan. Dia cakap dengan aku jangan panik. Normally keluar darah ni normal in early pregnancy. But still aku kena gi klinik jugak check. Then we looked for any clinics kat Cyber ni yang boleh buat scan. Sedihnye, 2 klinik yang famous kat Cyber ni dua-dua takde scan. Sabar jela aku. Terpaksala aku balik Putrajaya. Terus aku PM akak aku.. Masa tu baru pukul 12 noon so dia pun ada lagi dalam ofis.

12.30 tengahari lebih-lebih, aku pegi Klinik An-Nisa' yang dekat flat hijau Precint 9 tu. Kat situ biasanya doktor perempuan. Nak scan scan ni, aku selesa jumpa doc perempuan.

Tak lama pun menunggu. Nasib baik. Aku bagitau la doktor tu, aku pregnant, 16 weeks. Tadi kencing, masa kencing takde pun keluar darah. Tapi bila wipe ada pulak. Dekat panty liner takde pun stain. Doktor pun scan la.

I saw my baby!!!! Terus tanya doktor, baby sihat tak?? Ok tak?? Heartbeat dia ok? Aku cuak betul kalo nak scan huhuh... Alhamdulillah, baby is ok. Masa scan tu dia tido hehe.. Tangan atas dahi, sama macam abah dia tido. Alahai comel. And baby dah besar sikit. Kamu dah besar ye, but I wonder why I don't have the baby bump yet. Kulit perut mama tebal sangat kot eh hikhik.. Then baby sangat active! Pusing sana sini. Tak macam masa week 11 haritu. You were floating around! Sekarang dah besar sikit dah tak boleh swimming sangat kan. Baby pusing tunjuk bontot pastu tendang-tendang kaki. Marah mama kacau tido eh hehe.. Alhamdulillah, syukur sangat baby is ok :)

Doktor kata baby growing dengan baik. Dia ukur-ukur, abdomen, kepala, kaki je takleh ukur lagi.

Then she looked for placenta. Hmmm ni yang tak syok. Dia kata memang placenta aku a bit low.

Masa week 11 dulu pun doc cakap low tapi akan naik. Then why week 16 tak naik lagi ni? Plus got blood lagi. Haishh runsing. 

Doctor cakap dia takleh bagitau in details sebab dia tak cukup peralatan. Katanya kalu pegi hospital jumpa gynae, dorang bleh advice more. So she wrote a referral letter me. Aku kena pegi Hospital Putrajaya. Jumpa gynae kat sana. Oh doktor kat klinik An Nisa' ni print 3 keping gambar baby ehe.. Murah jugak, RM50 untuk 3 keping gambar. Kalau klinik lain, RM50 sekeping je gambar.

Then lepas tu, aku pun pegila kat labour room kat Hosp Putrajaya tu. Ada satu department kat situ yang amik kes ibu-ibu mengandung yang mempunyai complication. CAC namanye. Tak tahu pulak apa nama penuhnya.

Aku daftar lepas tu kena tunggu kejap. Kat situ ramai suami yang tengah tunggu isteri bersalin. Labour room kan ehehe.. Tengok ada yang sampai tertido-tido.. Tak lama menunggu aku pun dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan.

Doktor suruh baring. Then dia scan. Sambil-sambil tu dia interview aku. Aku cerita la from A to Z. Dia scan scan sambil cakap something dengan another doctor. Dia tulis-tulis something. Aku pun tak tau la ape benda yang dorang cakap tu. Then she showed my baby's heartbeat. Haihh precious precious. Dapat tengok tu banyak kali dalam masa sehari memang best!

Then lepas scan, dia suruh aku bukak panties. Erkkk.. ok, dia nak seluk ke ape weh??? Aku selalu baca ibu mengandung ni kena ready ready la nak kena seluk dengan doktor. Tapi selalunye dah nak bersalin baru doc seluk sebab nak check jalan kan. Aku baru 16 weeks ni nak seluk buat ape weh? wuwuwu..

Rupa-rupanya dia nak masukkan speculum... 
Lebih kurang macam ni la rupa speculum tu

Hokkay sakit *__* I have never had anything else (except for my hubby's tuutttt) inserted into my private part. Oi sakit. Aku rasa doc tu dah habis slow dah masukkan tapi entahle, aku yang tak ready kot. Malula kot kena kangkang depan doktor n nurse wuwuuwu.. Nasib semuanya perempuan. Aku dah tutup muka dah masa dorang sume dok intai-intai tengok aku punye tuh huhuh.. Malunye la haiiiii....

Kata doktor, my vagina is clean, no blood clot, no trace of blood whatsoever. Dia wipe pun memang takde. Maknanya darah yang keluar tu memang dalam kuantiti yang sikit sangat-sangat. Yang ada cumalah whitish discharge. Dia swipe amik sample. Nak check kot kot ada infection.

Dah siap tu dia suruh aku tunggu lagi. Dok kejap ada doktor panggil and interview aku lagi. Dia tanya ada jatuh tak sebelum ni? Jawapan aku takde. Ada angkat barang berat tak? Jawapan aku, err takde kot. Bila last bersama suami? 2 minggu lepas doktor sobsob *haha gedik*.. Tu jela dia tanya aku. Pastu dia suh aku pi kencing pulak. Nak buat urine test. Then tunggu lagi.

Laaaaaaaaama jugakla aku tunggu. Aku kat sana dari pukul 2 petang, pukul 5 pun tak siap-siap lagi result aku huhuhu.. Tapi menunggu dengan sabar sambil berdoa, berharap semuanya ok. 

Dalam pukul 5 lebih camtu barula doktor bagitau aku pasal checkup tadi. Katanya placenta aku memang low (sobsobsob).. Cuma dia tak tau it's in which stage sebab kandungan aku baru masuk 16 weeks. Baru habis 1st trimester. So dia pun tak tahu lagi. Lagipun bleeding sikit saja. So, dia buat appointment lagi sekali masa week 18 and week 28. Dia kata kalo by week 28 tu placenta aku still low dan menutupi cervix, memang dah takde harapanla. Kena operate jela time deliver nanti. Ermmm. air kencing sume ok, whitish discharge tu pun normal discharge. Takde infection.

My feeling after the checkup?

1 Happy that baby is fine. Alhamdulillah.

2 Sedikit risau dengan keadaan placenta aku tuh...

3 Hoping that by times it will move up and everything will be back to normal. Oh aku teringin sangat nak deliver secara normal!

4 Walau apa pun, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Yang penting, baby aku selamat!

Sehingga harini, takde darah keluar. Alhamdulillah. Aku cuba untuk banyakkan rehat. Jalan slow slow. Hopefully lepas ni takde lagi la... And hopefully jugak checkup masa week 18 nanti ada berita gembira untuk aku. Doakan ye! :)