Monday, December 12, 2011

Kaki Kejang Masa Tidur - Korang Dah Kena?

Assalamualaikum,



Pagi tadi masa syok syok tido tetiba kaki aku kejang! Adeiii....... Kaki kiri. Ditariknya urat bawah betis tuh. Keluar jugakla air mata menahan sakit.

Hubby dah pegi keje dah. Kalo ada dia boleh mintak dia urut-urutkan. Tapi tadi terpaksala urut sendiri. Itupun aku tak berani nak urut kuat-kuat sebab sakit. Kang makin tersalah urat pulak.

Setahu aku, cramp kaki ni normal pada ibu mengandung.. So far aku takdela selalu cramp. Last cramp masa awal-awal pregnant dulu. Itupun aku rasa sebab aku sejuk. Tu yang tetiba urat tarik...

Mari kita tengok tips nak merawat dan mencegah kaki kejang nih.. Aku amik dari

http://www.bengkungmoden.com/blog/penjagaan-semasa-hamil/merawat-kaki-kejang-sewaktu-hamil/


Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :
  • Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
  • Minum air secukupnya setiap hari
  • Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
  • Pakai seluar panjang sewaktu tidur
Bagi cara pencegahan pula :
  • Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
  • Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
  • Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.

6 comments:

  1. dah.. tp xselalu.. biase nye kene kalo hari tu banyak jalan.. cara2 utk prevent adelh bt senaman regangan kaki... insyaallah berkurangan...

    ReplyDelete
  2. xpenah lg.. xmau la kne cramp ni... cakettt..

    ReplyDelete
  3. selaluuuuuu kena! tapi dah masuk 3rd trimester nih dah kurengggg sikit.... hohohoho!

    ReplyDelete
  4. selalu kene kejang kaki.. sebab suker sangat sejuk2..huhu...lepas tu kejut asben laju2 pagi2 tolong urut..;p

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah...pernah sekali je kena pastu doktor gynae suh makan pil kalsium nama OBICAL...smpi skrang takde kekejangan..cuba la

    ReplyDelete
  6. kami
    kaki penat kot tu kan sebab tu dia cramp...

    cik pingu
    waaa bestnye tak penah kena.. follow tips pencegahan tu k. insyaallah tak kena :)

    mommy cha
    kaki pun dah penat dah nak cramp kot ehehe

    aty fared
    hehe nasib baik ada tukang urut

    mimy hamid
    yeke kak.. mesti bagus ubat tu.. saya so far baru sekali kena. harapnya takdela lagi pasni huhu

    ReplyDelete