Monday, January 12, 2015

Suri Shafina 2 bulan

Assalamualaikum,
Ehemm.. Testing update blog guna hand phone. Sambil sambil nyusu Shafina ni. Azam tahun ni nak rajin rajin update blog. We will see hangat hangat tahi ayam atau tak hehe
Harini bawak Shafina pegi klinik untuk checkup 2 bulan. Alhamdulillah dia sihat sihat je. Berat terkini 4.6kg. Sebulan haritu 4kg. Naik 0.6kg. Ok tak tu?
Kena cucuk kat peha kanan. Nangis kejap je. Nurse bagi ubat demam dan aku dah bagi dah petang tadi sebab badan dia panas sikit. Hopefully tak melarat.
Harini jugak Shafina kena sunat. Kesian dia dua kali sakit. Tapi takpelah. Mama nak settle cepat cepat. Kalau tak asyik tangguh je. Sekejap je prosedurnya. Mula-mula aku macam takut jugak nak tengok. Tapi cubala untuk beranikan diri. Sikit je dia kepit. Darah pun takla banyak sangat. Shafina pun nangis kejap je.
Shafina dah pandai senyum dah. Dah pandai nak bersembang dengan orang jugak. Time mood baik tu ternganga-nganga mulut nak bercakap.
Sangat kuat menyusu! Setakat ni aku masih breastfeeding dia. Alhamdulillah. Tapi tak fully. Dah campur dengan FM. Tapi aku bagi minum FM dua kali je sehari. Time dia mengamuk sebab tak cukup susu aku bagi la. Nantila aku cerita detail pasal susu ni kat entry lain.
Tu jela dulu cerita pasal shafina. Lenguh oi update ngan HP ni haha..


Saturday, January 10, 2015

SURI SHAFINA'S BIRTH STORY

Assalamualaikum readers! :)

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan anak kedua pada 14 November yang lepas. Dapat baby girl yang diberi nama Suri Shafina bt Shamsuddin :) Mehle iols story pengalaman melahirkan my darling daughter.

12 November 2014, 4.30am

Aku terjaga dari tidur. Bangun pegi kencing. Usap-usap perut tapi baby tak gerak pun. Biasanya time nak dekat subuh ni dia aktif. Actually siangnya lagi baby dah kurang gerak. Dekat pukul 8 malam baru cukup 10 kali gerakan. Aku risau sebenarnya sebab nurse kat KK selalu suruh aku alert dengan gerakan baby. Aku kan ada GDM. Salah satu perkara yang ditakuti bila ada GDM ni ialah baby meninggal secara tiba-tiba. Serius aku takut. Pukul 4.30 pagi tu aku usap perut, aku tepuk, aku minum air sejuk bergelas-gelas. Still, there was no movement. Berpeluh-peluh aku masa tu sebab takut. Macam-macam benda dok pikir. Terlintas nak kejutkan mak ayah, nak mintak bawa aku ke hospital. Tapi takut menyusahkan kalau sebenarnya takde pape pun, aku je yang lebih-lebih. Tapi, aku tetap tak sedap hati. So last last aku kejutkan jugak dorang. 

Dan dan tu jugakla ayah bawak aku pegi HUSM. Pergi kat labour room. Dia suruh masuk untuk check dulu. Ayah pulak pergi daftar. Macam-macamla doctor interview. Macamana aku kira gerakan, last sekali gerak pukul berapa etc etc. At the same time dorang pakaikan CTG kat perut untuk check jantung baby. Aku legaaa sangat bila dapat dengar bunyi heart beat baby tu. Macam nak nangis pun ada. Nurse pun cakap, "haa tu ada bunyi tu... jangan risau.." sambil senyum. Maybe dia pun tau betapa risaunya aku.. Sejam jugak dorang monitor dengan CTG tu. Keputusannya heartbeat baby normal. Tapi untuk make sure semuanya betul-betul ok, doktor scan pulak. 

Scan pun menunjukkan result yang positif. Doktor bagitau baby dah masuk laluan dan nak beranak dah ni haha.. Masa tu pun aku dah ada contraction 15 minit sekali cuma tak kuat je. Jalan baru bukak 1cm. Anggaran berat baby ialah 3.3kg. Aku lega sangat masa tu sebab aku risau baby terlalu besar. Selalu ingat baby 4kg sebab perut aku besar gila hehe.. Anyway, after dah scan tu walaupun result ok, aku kena admit ward jugak untuk monitor gerakan baby dalam masa 24 jam. Huu pasrah jela kena masuk wad.

Sambil menunggu turn masuk wad tu aku whatsapp husband. Terkejut dia bila aku cakap aku dah kat hospital. Terus dia apply cuti. Aku mulanya tak bagi dia cuti sebab masa tu aku tak rasa nak beranak lagi. Kang dia balik awal buat rugi je cuti. Tapi dia pulak yang konfiden aku akan beranak dalam masa terdekat. Aku malas nak cite panjang biar jela dia nak cuti. Ok jugak dia balik sebenarnya. At least boleh tengok-tengokkan Shaheem masa aku dalam wad. Oh cerita pasal Shaheem, aku sedih gile wehh.. Sedih sebab masa nak gi hospital tu aku tak cium dia pun. Sebab dia tengah sedap tido masa tu. Aku tak nak kacau dia. Risau dia terjaga nanti sibuk nak mengikut pulak. Bila doktor kata aku kena admit bertambah-tambah rasa sedih dan rindu pada Shaheem huhu...

Tengahari tu Shaheem datang melawat dengan mak, ayah dan adik aku, Dila.

Shaheem blur yang amat masa ni. Asyikla dok suruh aku bukak tag kat tangan. 
Dia sampai sampai,nampak aku terus naik atas katil dan peluk aku. Nak nangis je tengok dia masa tu.
Alhamdulillah sepanjang aku dalam wad dia tak nangis pun. Dia faham sebab aku dah banyak kali bagitau dia, nanti bila mama masuk hospital, Shaheem duduk rumah dengan mak tok.. Alhamdulillah Allah permudahkan. Takdela episod dia mengamuk-ngamuk cari aku. Cuma adala bila datang rasa rindu dia bagitau mak tok dia, Shaheem rindu mama.. huhu..


Malamnya di wad aku tak boleh nak tidur. Macam-macam peristiwa la jadi depan mata aku. Orang sebelah tiba-tiba tak sedarkan diri, orang depan meraung-raung kesakitan nak bersalin, dan macam-macam lagila. Pukul 2 pagi kot aku baru boleh tidur dengan lena. Serius tak selesa. Aku nekad pagi esok aku nak mintak discharge memandangkan gerakan baby dah ok dan aku pun takde rasa sakit sangat..

13 November 2014, 9am

Doktor datang round. Dia check check rekod aku. Tanya pasal gerakan etc. Aku baru je buka mulut nak bagitau dia aku nak balik, dia pun cakap, "Puan ada GDM ye dan puan sekarang dah 38 minggu 5 hari. Kalau ikut polisi hospital kita, ibu yang ada GDM perlu bersalin tak lebih dari 38 minggu 6 hari. Jadi saya tahan puan di wad hingga bersalin ye. Sekejap lagi kita check jalan.." Naaaahhhhh.... malang sungguh buatku! Huhuhu.. Punah harapan nak balik dulu. Terus perasaan cuak datang serta merta. Nak bersalin dah ke? huhuhu

Doktor tengah round



Nasi hospital. Sedap wehhh haha


Check jalan doc cakap still dalam 1-2cm. Yang sadisnya dia cakap, "saya tolong bukakan jalan.." Warghhh... Sakit oo.. Dan dan jalan buka 3cm. Selepas tu jugakla ada bloody show - lendir darah warna coklat coklat tu. Contraction pun mula terasa sikit-sikit. Still consistent 15 minit sekali. Aku masih boleh bergelak ketawa, masih boleh berchatting ngan kawan-kawan dalam wechat, dalam group gojes. Maklumla tak sakit sangat. Tak macam masa nak lahirkan Shaheem dulu. Kalini macam lebih relax. 

Petang, family datang melawat. Masa tu contraction dah kuat sikit dah tapi aku masih mampu senyum, ketawa, bersembang macam biasa. Oh husband pun dah ada dah masa tu.

Solat maghrib aku solat lewat sikit sebab nak terus solat Isyak. Masa tu contraction dah makin kerap. Dah tak mampu nak solat berdiri so aku solat duduk. Sambil tunggu isyak aku baca Yasin. Huh baca pun kejap kejap berhenti menahan sakit. 

Lebih kurang pukul 9 malam, doktor datang round. Bila tengok rekod aku dia terus bagitau doktor sorang lagi untuk masukkan aku dalam labour room sebab LR dah kosong dah masa tu. Hohoho cuak cuak. Aku pun call la husband suruh datang sebab kat HUSM ni once aku dibawa masuk ke LR husband pun boleh masuk jugak. Kesian hubs, dia baru nak tido masa tu sebab dia ingat tengah malam baru nak ke hospital. 

Tapi aku tak terus ke LR ponn.. Doktor pasang CTG dulu kat perut. Lama jugakla. Dari pukul 9 lebih sampai pukul 11 malam. Sampai habis kertas CTG tu. Aku rasa doktor sorang lagi tu tak nak aku masuk LR lagi sebab dia nak utamakan yang betul-betul dah nak beranak. Aku difahamkan (giteww difahamkan) LR kat HUSM ni ada 5 buah je. Jadi aku yang baru suam-suam panas sakit ni bolehla duduk di wad dulu. Kesian encik hubby. Datang awal ingat aku dah masuk LR, sekaliiiii... Hmm menunggu la dia kat luar. Dahla hujan lebat masa tu.

Aku pun redha jela terpaksa menahan sakit dalam wad sorang-sorang. Dalam tengah malam tu sakit aku kian memuncak. Orang lain sedap je tido. Aku kat atas katil mengerang sakit. Tapi aku mengerang slow slow jela. Sambil sambil tu dok berwhatsapp dengan husband. Husband sibuk suruh aku makan. Dia cakap tak nak jadi macam Shaheem dulu. Aku tak makan sampai muntah-muntah dalam LR. Kena makan untuk tenaga katanya. Aku gagahkan jugakla makan roti walaupun telan roti macam telan pasir. Dia suruh aku makan kurma banyak-banyak. Aku makan 4 biji katanya "tok ddebe 4 butir. Makan 10 butir baru ddebe!" Huwaaa seksa aku. Gagahkanla jugak makan 10 bijik kurma. Or lebih. Lupa dah. Ddebe tu maknanya ermm macam gangster la lebih kurang hehe..


14 November 2014, 2 pagi.

Aku dah sakit gile gile dah masa ni. Rasa macam tak boleh tahan dah. Aku gagahkan diri berjalan ke kaunter nurse. Bagitau dia aku nak masuk LR. Dah tak tahan. Dia suruh aku tunggu, dia nak call LR dulu. Tanya ada kosong tak. Dah call dia bagitau pukul 2.30 pagi LR suruh call balik sebab masa tu penuh. Haduiii aku pun balik semula ke katil aku. Whatsapp husband bagitau dah tak tahan. Dia pun takleh nak buat apa. 

2.30 pagi aku pegi semula ke kaunter, tanya dah boleh pegi ke. Dia cakap tunggu pukul 3 pagi pulak. Huwaaaaaa... Tension aku. Nak tunggu pukul 3 tu rasa macam laama gila. Masa tu aku dah macam pening pening pulak. Macam nak pitam pun ada. Gagah lagi makan kurma. Minum air banyak-banyak. Tepat pukul 3 pagi aku pegi lagi kat kaunter nurse tu. Agaknya dia tengok aku betul-betul dah tak tahan dia cepat-cepat amik wheel chair. Dia suruh aku amik baju baby dan kain batik aku sehelai. Aku dah prepare awal-awal dah. Kat HUSM ni dalam LR takleh bawak barang banyak-banyak. Cukup baju baby sehelai, pampers satu dan kain bedung. Untuk mak pulak kain batik je sehelai. HUSM takde uniform. Pakai baju sendiri je.

Masuk dalam LR aku dah start seram sejuk dah. Macam tak percaya jap lagi nak push push. Boleh dengar other mommy tengah mengerang kesakitan huhu.. Tak lama pastu husband datang. Fuh lega gila dapat pegang tangan dia. Katil dalam LR tu takde palang besi kat tepi. Memang tangan hubby la jadi mangsa aku genggam dan ramas kuat kuat sepanjang sakit dan masa push. Kat depan katil pulak ada cermin. Tapi nasib baik tak nampak tuttt hehe.. Aku tak rela wey nak tengok huhu.. 

Mula-mula doktor pasang line nak drip air tu. Yang pasang pulak doktor pelatih. Hadeii, sakit! Berdarah-darah dia buat. Tak reti lagi kot huhu.. Pastu sorang lagi doktor, yang ni dah terlatih hehe, check jalan. Baru 5cm katanya. Dia pecahkan ketuban. Ok yang ni pun dah cukup seram bagi aku. Sebab masa Shaheem dulu ketuban pecah sendiri. Dia amik satu kayu panjang dan jolok. Aku tak rasa apa pun. Tau tau sakit datang menggila. Huwargghhhh... 

Lepas je ketuban pecah tu jalan buka 6cm. Pastu doktor keluar gi mana tah. Nurse masuk. Dia pakaikan CTG dan suruh aku duduk mengiring belah kiri. Time tu memang sakit gila gila sampai satu tahap aku rasa macam nak meneran. Nurse suruh sedut gas tu. Aku try jugak sedut tapi macam lagi seksa je. Sekali je sedut pastu tak nak dah. Sampai gaduh-gaduh dengan nurse sebab aku dok ngadu sakit tapi tak nak sedut gas. Dah nak buat macamana memang aku tak nak. Tak selesa. Yang jadi mangsa husband la. Aku ramas-ramas tangan dia. Mulut ni tak henti-henti sebut Allah Allah. Nak baca ayat panjang panjang dah tak mampu dah.

Banyak kali jugak aku mintak nurse check jalan sebab banyak kali aku rasa macam nak 'berak.' Tiap kali check memang jalan buka 1cm 1cm. Kira cepat jugakla. Stress aku nak tunggu cukup 10cm huhu.. Nurse siap tanya aku ada minum air selusuh ke sebab jalan buka cepat. Aku manade minum air selusuh. Tak buat pun utk 2nd baby ni.. Dalam pukul 4 pagi doktor datang check jalan. 8cm kot masa tu. Dia kata dia akan kosongkan pundi kencing supaya jalan buka dengan lebih cepat. Lepas dah siap tu dia terus cakap, "ok puan boleh teran.." Aku terdiam kejap haha.. Masa tu takde contraction.. Selamba aku jawab, "jap jap tak sakit lagi ni." hehe..

Bila sakit datang aku terus push sepenuh hati. Start push dalam pukul 4.15 pagi kot. Push dalam 3,4 kali woooshhhh keluarla Suri Shafina. Alhamdulillah hilang semua rasa sakit. Magic! hehe.. Air ketuban banyak sangat keluar sampai ke belakang aku. Basah lencun baju. Mujur nurse baik hati bagi baju hospital sebab aku bawak kain batik je sehelai.

Lepas dah siap tu bermula la sesi tarik uri keluar dan sesijahit menjahit. Alhamdulillah sikit je tear, dalam 2 jahitan je. Mula-mula doktor kata intact tapi bila dia check check balik ada jugak sikit tear. Aku memang tak kena gunting ke ape, Shaheem dulu pun tak gunting, tapi koyak rabak haha.. Mujurlee yang ni sikit je. Tak sampai seminggu benang dah tetas. Yang keluarkan uri tu aku boleh rasa doktor tarik huhu.. Mengerikan je.. Doktor korek-korek keluar juga darah beku. 

Alhamdulillah Allah permudahkan proses melahirkan anak kedua ni. Our first daughter. More daughters to come haha.. Insyaallah.. Rasanya bersalinkan Shafina ni lagi sakit berbanding Shaheem dulu. Agaknya masa Shaheem dulu kurang sakit sebab aku amik pain killer yang inject kat punggung tu. Shafina ni memang natural habis, takde amik ape pain killer pun. 

Ni gambar fresh from oven. Berat masa lahir 3.57kg. Ringan 0.03kg je dari abang Shaheem hehe


Shafina dah nak masuk 2 bulan dah pun. Dah pandai mengagah, pandai senyum senyum dah. Nanti aku update cerita latest dia ya. Publish cerita basi ni dulu haha.. Sabor jela. Lama gile peram ni hehehe...


Thursday, November 6, 2014

Menghitung Hari

Assalamualaikum,

Ohoiii lamanye tak update blog. Ada yang rindu kat mak yong ni tak? ehe

Banyak betul kekangan nak update blog. Dan malas juga huhu. Tak taula kenapa tiba-tiba mood nak blogging kelaut. Blog yang satu lagi pun tak berupdate. Sekarang baru ada rasa rajin sikit-sikit.



Banyak benda dah aku tak cerita kat sini. BSP dah 3 kali buat since yang aku update last tu. So total dah 7 kali buat BSP. Dan alhamdulillah, at 37 weeks dah fully discharged daripada BSP. Doc cakap tak perlu buat lagi dah sebab result cun dan aku pun expected to give birth anytime soon. Insyaallah. But still kena jaga makan dan minumla. Sebab doc cakap sometimes dah hujung-hujung ni la gula boleh naik dengan mendadak. Jadi takleh makan sesuka hati. Aku sendiri pun risau nak makan banyak-banyak. Rasa macam adik baby dalam perut ni besar je huhu.. Even nurse pun cakap perut aku ketat sendat. Sampai dia pun tak boleh nak determine kepala baby kat atas ke bawah. Siap panggil sorang lagi nurse untuk rasa. Alhamdulillah, baby in cephalic position.



Masa week 34, time check perut dengan misi, bila test urine ada detect gula pulak. Aigooo.. Tak pernah pernah tauuu.. Selalu negatif je. Ni tiba-tiba ada tulisan merah +1 bawah petak urine-gula. Sadis betul. Aku down la kejap. Pastu cuba ingat-ingat balik apa aku makan. Rasanya sebab aku dok makan buah dokong. Banyak gile pulak tuh hahaha.. No wonder la kann.. Tobat takmo makan dah. Sekarang bila nampak buah dokong je cepat-cepat pejam mata hehe..

Minggu 35 mak yong dah basuh semua baju baby. Tak banyak pun. Tapi lenguh pinggang jugak sebab basuh tangan. Sayangla baju baru nak basuh dengan washing machine. Tengok baju comel-comel rasa tak sabar sangat nak beranak hehe.. Dah kemas siap-siap dalam drawer.

Beg baby dah siap packing sepenuhnya. Beg mama je belum complete lagi. Yang belum dimasukkan dalam beg tu benda-benda kecik macam toiletries. Yang tu by the time nak pegi hospital lah baru masukkan. Checklist barang yang perlu dibawa ke hospital boleh tengok kat sini

To be honest memang dah tak larat rasanya ni nak bawak perut. Abang Shaheem dulu lahir masa 39 minggu 3 hari. Adik baby ni macam lebih kurang je. Setakat ni belum ada rasa apa lagi. Dok tunggu-tunggu jugak signs macam bloody show ke ape. Tapi belum ada lagi. Braxton Hicks tu ada la jarang-jarang. Cuma sekarang kalau dia bergerak tu terasa sakit kat bahagian bawah sana. Takpela dik, mama tunggu je. Bila adik dah ready adik keluar la kan? Or adik tunggu abah cuti hehe? Hubs insyaallah akan cuti start 15hb ni. Aku due 22 Nov. Tapi sebab ada GDM ni tak boleh lebih dari edd. Makanya mungkin 21hb tu dah kena admit untuk induce. Huh seram sejuk memikirkan tentang induce ni. Orang kata sakitttt.. Masa Shaheem dulu induce jugak tapi drip kat tangan tu sebab jalan dah bukak cuma lambat je. Yang tu pun dah cukup buat badan aku menggeletar. Allahu, mohon yang baik-baik saja nanti.

Apa perasaan nak bersalin? Tak takut ke?? Of course perasaan takut, gentar tu sentiasa ada. Beranak ni ibarat kita serah nyawa dah.. Tapi walau apapun kena hadap jugakla kan. Yang penting kita selalu bermohon dan berdoa kepada Allah SWT semoga dipermudahkan semua urusan. Selamat mama dan baby. Semoga baby sihat sempurna lahir dan batin. Insyaallah.. Doakan aku ye! :)





Monday, September 29, 2014

Kesan Antibiotik Semasa Mengandung

Assalamualaikum,

Sharing daripada blog BIDADARI.MY

Klik gambar untuk baca dengan lebih jelas ye


Minggu lepas aku selsema. Aku ni kalau dah start selsema memang terukla. Berair mata, berair hidung. Bersin tak berhenti. Sangat-sangat tak selesa. Mula-mula memang tak nak pegi klinik. Nak biarkan macam tu je. Eh tapi tak bolehla. Aku nak tido pun tak selesa, duduk, bangun semua tak selesa. Lastly surrender jugak pegi klinik. 

Doctor prescribed ubat selsema, antibiotik untuk tonsil aku yang bengkak dan ubat sakit tekak.

Dalam banyak-banyak ubat kat atas aku makan ubat selesema je sebijik. Lupa dah haih nama ubatnye. Tapi sebelum makan tu aku ada google la.. Katanya safe untuk pregnant mother cuma kalau dah masuk 32 minggu ke atas seeloknya jangan makan. Ubat ni mengantuk dan doktor cakap ubat selsema yang selamat untuk ibu mengandung memang mengantuk. Yang tak mengantuk tu bahaya.

Alhamdulillah lepas makan ubat tu selesema pun hilang. Tapi next time kalau selesema lagi aku nak try natural remedies jela. Tak elok jugak kan dok makan ubat time mengandung ni.. 

Antibiotik tu aku tak makan sebab aku memang ada rasa was-was. Antibiotik kan kalau dah makan kena habiskan. Tak boleh stop separuh jalan, tak boleh skip skip. Bila baca artikel dari blog Bidadari.my ni rasa lega sangat aku tak makan huhu.. 

Semoga artikel ni bermanfaat untuk semua. 

Cheers!

Thursday, September 25, 2014

REVIEW BSP ROUND 4 & CHECKUP WITH MO

Assalamualaikum,

Erm, lambat sikit update pasal BSP round keempat ni sebab..... aku down gile dengan result! Huwaa.. Sadis betul..



Aku baru tahu, bacaan normal untuk BSP ni ialah:

8am: 5
12pm: 6
5pm: 6
9pm: 7

Result aku tu normal tapi tak berapa comel. Especially yang pukul 8am 5.4. Sepatutnya tak boleh lebih 5. 9pm 6.4. Dah nak dekat dengan 7. So kena lebih berhati-hati.

Aku akui aku memang tak jaga makan. Last week balik umah parents in law. Uii makan macam-macam. Non stop. Umah PIL memang selalu hidang makanan. Pagi breakfast. Kul 10 kang hidang makanan lagi. Tengahari lunch. Petang minum petang. Malam dinner, lepas dinner ada hidang kopi lagi. Haa mana tak naik gula ni kan T__T Salah sendiri makanya tak bolehla sentap sentap kalau kena tegur.

BSP round 5, 7 Oktober ni. 8 Oktober review with MO. Doakanla result baik-baik saja. Aku dah start pantang gile-gile dah ni. No more air manis-manis. Makan 3 kali sehari saja. In between kalau lapar minum air masak je. Ataupun makan buah. Makan nasi sejemput je. Tak boleh tambah-tambah. Kesian kan. Dalam pikiran ni rasa nak makan macam-macam. Tapi apakan daya. Kita kena utamakan baby dulu..

Selain review BSP, doc review kandungan aku juga. Doc scan haritu. Alhamdulillah, dearest baby is doing well. Doc ukur-ukur dan dapatla estimated weight 2.1kg. Hohoho.. Here's another reason for me to diet kaw kaw. Besar tuuu 2.1kg! Remind you, I am only on my 31 weeks++. Kalau ikut due ada 9 minggu lagi. Baby bila dah 7 bulan lebih ni memang akan cepat membesar. Dengan aku yang ada GDM ni kalau tak control, baby boleh jadi sangat besar. Risau betul aku takut adik baby lebih besar daripada Shaheem. 

Err sori gambar blur..

Doc tak cakap ape-apepun. Tapi, tahla, aku risau sangat. Last aku scan 3D masa 27w++, doc estimate 1.1kg. Dalam masa sebulan naik 1kg. Aku ada lagi 2 bulan untuk sampai tarikh due. So, korang rasa??? Huii takmola cecah 4kg wey. Jenuhh nak meneran huhu.. Allah Allah, takleh bayang. Doakanla adik baby tak besar sangat huhu.. Aku mintak jugak aku bersalin awal i.e on 36/37w. Shaheem dulu 39w. So kira dah lewat jugakla. Itupun tak sangka berat dia masa lahir ialah 3.6kg. Sebab masa scan doc cakap estimated 3.4kg je. Huhu.. 

Doakan aku ye kawan-kawan!

Aku ada juga bagitau doc dua masalah yang aku hadapi sekarang. Satu, bleeding nose, dua, buasir.

Hidung berdarah tu doc cakap mungkin ada urat darah yang kembang. Jadi bila aku blow nose, urat darah tu pecah. Mungkinla. Dia suluh dalam hidung aku katanya takde ape yang luar biasa. Dia just advise supaya letakkan/press ais atas hidung kalau berdarah lagi. Nanti aku try google maklumat lanjut mengenai ni. 

Buasir tu pulak dia kata perkara biasa time hamil. Actually aku kena buasir ni lepas bersalinkan Shaheem. Kuat sangat meneran sampai terkeluar buasir tu haa.. Aku dah jolok masuk ke dalam. Tapi still tak selesa. Aku wat donno je lama-lama. Sampaila baru-baru ni aku cirit birit. Benda tu terkeluar balik. Sangatlah tak selesa. Doc bagi ubat untuk dimasukkan ke dalam anu. 1 biji bila perlu katanya. Aku baru buh sekali. Okla sikit banding biasa huhu.. Dugaan betul ngandung ni kan! Sabar jelaaa..

Other things sume ok, air ketuban ape sume mencukupi. Alhamdulillah.

Next appointment:

7 Oct - BSP
8 Oct - Review BSP with MO
12 Oct - Checkup with nurse

Sunday, September 21, 2014

Checkup Week 31

Assalamualaikum,

Harini pergi checkup untuk minggu ke 31. Checkup dengan nurse je. Review MO insyaallah esok sekali dengan review BSP round 4. 

Result semua alhamdulillah ok, cumanya berat aku naik 2kg. Hoho dah cecah 80kg beratku! Huarghhh.. Padanla rasa macam badan berat sangat sekarang. Nak jalan pun rasa tak larat. Dah rupa ikan paus celup tepung dah ni ahaha.. Perut pun macam besar je. Padahal baru 31 minggu. 

Takde ape pun nak cerita pasal checkup dengan nurse ni. Cuma tadi dia ada tanya, ada masalah ape-ape tak? Aku bagitaula aku sekarang ada 2 masalah. Satu, hidung kerap berdarah dan dua, buasir. Pastu boleh pulak dia tanya aku, "pastu awak nak jumpa doktor ke?" dengan muka serius yang amat. Dah aku confuse, nak jawab ape. Bukan ke patutnya dia yang refer kan aku pada doktor? Kalau ikutkan hati aku memangla aku nak jumpa doktor sebab aku yang tanggung masalah ni. Hmmm bila aku senyap je dia pun cakap, "awak bagitau kat doktor esokla ye.." Aku angguk jela. Feninnn hehe..

Alhamdulillah dah 31w gerakan baby pun makin kuat, makin jelas. Berombak-ombak perut mama kadang-kadang dibuatnya. Time aktif, sangatla aktif. Time dia slow, risau jugak mama. Selalu kena tepuk-tepuk perut. Sampai abang Shaheem tegur, "mama, jangan pok baby. Sian baby..." hehehe.. 

Aaa tu jela kot cerita week 31. Esok update lagi. Cerita pasal review dengan doc pulak. Plus review BSP. Sat lagi pukul 5.30 nak amik darah yang ke3. Moga-moga result cun seperti biasa hehe.. Daa~

Saturday, September 13, 2014

Shopping Barang Adik Baby

Assalamualaikum,

Aku dah start beli dah baju untuk adik. Hee semangat kan. Ala baru jugak membelinya. Masa dah masuk 7 bulan ni. Orang kata elok beli sekarang. Nanti dah 8, 9 bulan dah tak larat. 

Aku beli sikit-sikit je dulu. Buat masa sekarang baru beli baju dan beberapa pasang mittens dan bootees. Barang-barang lain belum.

Eh marila kutempek list barang baby yang perlu ada.


Baby


1 Baju- Lengan Pendek  - 8 ~ Total dah beli: 6
2 Baju- Lengan Panjang  - 6 ~ Total dah beli: 3
3 Romper - 2 ~ Romper Shaheem punye dulu ada banyak aku bawak balik. Guna pakai yang tu dulu lah.
4 Seluar- Pendek - 5
5 Seluar- Panjang - 8
6 Sarung Tangan -10 psg Total dah beli: 6
7 Sarung kaki -  10 psg  Total dah beli: 6
8 Baby Bip - 2 ~ Belum beli lagi. Shaheem dulu aku pakai time dia dah start makan je. Sebelum tu memang tak pakai pun. So tak perlu beli dalam masa terdekat ni lah kot.
9 Sapu Tangan - 3
10 Barut - 10 ~ Dah order 5 helai barut bertali dengan Shaz Bedung & Barut Baby.  

11 Topi - 2 


Diapering


1 Napkin - 1 pek 
2 Lampin Pakai Buang - 2 pek  
3 Diaper Wipes - 2 pek 
4 Safety Pin 
5 Changing Mat 
6 Nappy Liner 
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi  



Baby Care & Grooming


1 Bedak Bayi 
2 Losyen Bayi 
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu 
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper) ~ Done. Yang abang Shaheem dulu ada lagi.
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)  
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls 



Nursering


1 Selimut ~ Dah ada 2 warisan daripada abang Shaheem hehe 
2 Bedding set ~ Err tak tau dah kat mana mak ayah simpan. Nanti baru nak cari huhu 
3 Play Pen / Katil Bayi ~ Done. Preloved, my colleague bagi :)
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu  ~ Pinjam dengan abang aku hehe
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)



Feeding


1 Botol saiz S -  2 
2 Puting Botol Susu - 2 
3 Bottle Sterilizer 
4 Berus Pembersih Botol 
5 Penyepit Botol 
6 Sterilising Tablet 
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable - 2
9 Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10 Breast Pump 
11 Nursing Pillow 

12 Nursing Bra ~ Dah order 2 pasang bra Autumnz dengan Shaz Bedung & Barut Baby.

13 Termos


Travel


1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier ~ Dah ada Patapum ssc.



Bathing


1 Tuala 
2 Besen Mandi ~ Pinjam dengan abang
3 Syampu 
4 Sabun Mandi 
5 Span
6 Gayung



Extra


1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat 
4 Baby Gym ~ Dah ada preloved ex-colleague bagi dulu. Cuma nak kena tambah mainan gantung2 je.
5 Stroller / Jogger ~ Done. Preloved. My colleague bagi :)
6 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7 Car seat ~ Dah ada tapi tinggal kat rumah Sabah
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear


Ok, tu list barang-barang yang perlu ada. Since aku akan beranak kat kampung macam ada banyak jugakla barang yang nak kena beli baru. Kelambu, besen mandi, changing mat tu, Shaheem punya masih ada sebenarnya. Good condition lagi tu. Tapi semuanya aku tinggal kat rumah di Sabah. Macamanala nak angkut naik kapal terbang ye dak. Changing mat tu patutnya boleh tapi tah kenapa aku lupa nak amik. Yang mana abang aku ada, aku pinjamla dengan dia. Takde kalu, terpaksala beli baru.. 

Yang aku strike through tu barang yang aku rasa aku tak perlu beli. Macam feeding banyak aku strike botol-botol tu. Sebabnyeee, aku nak breastfeeding adik baby. Jadi tak boleh ada unsur-unsur botol tu awal-awal ni huhu.. Doakan aku ye. Aku nak sangat sangat berjaya bf adik ni. 

Apa-apapun ada barang yang tak perlu rushing beli sekarang. Ada barang yang baby dah besar sikit baru pakai. So yang tu kita beli kemudianlah. Ikut kemampuan masing-masing :)

Mehla ku tunjuk baju yang aku dah beli. Excited uols, sume pink! kahkahkah.. Seronok tengok baju-baju untuk girls. Comel bangettt... Sabar jela. Kalau yang keluar sebaliknya, ermm redha jela. Mama pakaikan jugak pink pon haha.. Yang dress dress tu taklaa hehe.. Eh tapi dah kalo doc kata girl, insyaallah betulla tu :)


6 pasang baju lengan pendek

3 pasang baju lengan panjang

6 pasang mittens & bootees


Kalau tak silap total spend buat masa sekarang dah RM200++. Huhu tu baru sikit tu kan. Takpe dik, esok abah balik kita pow abah pulak hehehe...

Last but not least,

Abang Shaheem yang suka sinyumm depan kamera sekarang. 
:D