Assalamualaikum,
Hello mommies. Hari ni aku nak lupakan kesedihan semalam dengan bercerita pasal cloth diapers (cd) yang berwarna warni ni :)
Terima kasih sangat-sangat pada semua yang tinggalkan comments. Kata-kata semangat, kata-kata nasihat, aku hargai sangat-sangat. Korang memang sangat membantu! :) ~ Berapa banyak sangat daaaa hehehe..
Insyaallah, aku akan ikut semua nasihat. Aku akan jaga pemakanan aku.. Hopefully next BSP result semua cun & baby pun takdela besar sangat. Doa-doakan la ye..
Okeh, tutup dulu cerita sedih.. Mari kita tengok cd ni pulak. Yeahhh....
Cd yang dibeli semasa masih bekerja. Aku beli masa kandungan baru 3 bulan kot.
Beli awal sebab nak beli guna duit sendiri. Bila dah tak keje takde duit sendiri lagi kan?
Aku beli package kebanyakannya. 5cds for RM100. So sekeping RM20 gitula..
Beli cd yang murah-murah dan ekonomi sahaja.
Kebanyakannya pocket cd.
Antara jenama cd yang aku beli, Babyland, Sun Baby, Sunny Baby, GG Babies, Rainbow BB, Cozy Babies.
Aku ada jugak beli cover and prefold Ecnobum, Flip with stay dry insert & Weegro Applique Diaper Cover.
Ini pocket cd..
Ada type velcro & snap button.
Pocket ni prewash sekali je. Ada jugak yang tak prewash, tapi better basuh la kan.
Buang dirt yang ada pada cd tu..
Pocket ni eloknye masukkan dalam laundry net sebelum humban dalam washing machine.
Tapi aku takde laundry net, so aku gunakan...
Sarung bantal hehehehe...
Masukkan je pocket cd dalam tu..then humban dalam washing machine
Buh sabun sikit je.. Dalam 1/4 penutup.
Oh aku guna sabun Pureen HAD.
Nak prewash atau wash cd, tak boleh guna sebarangan sabun.
Kena make sure sabun yang digunakan tu takde peluntur, takde pelembut, takde enzim..
Kalau ada, nanti cd tu kurang menyerap...
Sabun Pureen HAD ni memang takde so gunakan la yang ni..
Ada banyak lagi sabun yang bleh digunakan macam sabun murah FAB atau Trojan tu.. Tapi yang betul-betul takde peluntur, pelembut, takde enzim . Yang biasa je tu..
Sabun pun tak leh letak banyak, cukupla 1/4 je..
Yang ni velcro type cd..
Sebelum masukkan dalam wm, kena lekatkan dulu pada laundry tab kat belah dalam.
Takut nanti rosak pulak dia punye pelekat tu..
Ok.. yang ni microfiber insert. Insert ni dimasukkan dalam pocket cd.
Insert kena prewash sekurang-kurangnya 3 kali.
Kali pertama letak sabun sikit.
Kali kedua dan ketiga basuh dengan air je..
Sebab kenapa kena prewash banyak kali ialah supaya insert tu menyerap dengan baik apabila digunakan nanti. Orang kata macam towel la. Bila basuh banyak-banyak kali barula dia betul-betul menyerap.
Siap basuh, blehla spin dan jemur....
Pocket cd tu bila jemur kena terbalikkan. Biar yang bahagian dalam tu kena cahaya matahari.
Kalau kita tak terbalikkan, nanti luntur pulak kaler cd yang cantik-cantik tu kan..
Inserts tu pulak, bila dah kering, bolehla prewash lagi sekali dan jemur dan bila kering prewash lagi sekali.
Ulangla sampai 3 kali atau lebih kalo rajin :D
Ok, pocket cd ni normally, inner dia microfleece.
Macam yang kat atas yang aku jemur tu, microfleece sebab warna putih.
Tapi ada jugak cd inner dia dari bamboo macam dalam gambar atas ni.
Yang hitam or grey tu inner bamboo charcoal, sebelah dia pulak, bamboo terry.
Inner bamboo ni sesuai untuk baby yang berkulit sensitif.
Nak prewash dia pun kena asingkan dari cd yang inner microfleece tu.
Sebabnya bamboo ni dia ada minyak. So nak elakkan minyak tu kena pada inner microfleece, kenala asingkan.
Cara basuh sama je, letak sabun sikit...masukkan dalam laundry net (in my case sarung bantal) and then let the washing machine does the work! :D
Tapi tapi.. disebabkan aku ada 2 ketul je cd bamboo, aku hand wash je la hehehehe..
Masukkan dalam besen kecik, buh sabun sikittt je, then bilas-bilas sampaila takde kesan sabun.
Macam aku cakap awal-awal tadi aku ada yang cover jugak.
Inilah dia..
Dari kiri warna kuning tu Weegro Applique Cover, tengah Econobum dan paling kanan, Flip.
Weegro come with microfiber insert+sock, econobum ada 3 prefold & flip ada stay dry insert.
Cover ni tak payah prewash pun takpe, tapi aku nak gak basuh hehe..
Just bilas-bilas degan air..
Untuk prefold Econobum kena prewash dengan air panas.
Prewash sekurang-kurangnya 6-8 kali.
Material dia daripada cotton.
Bila basuh banyak-banyak kali, kain dia jadi lembut sangat.
Aku suka! ehehe
Prewash first time buh sabun sikit, the next one dengan air je..
Memang syok sangat basuh membasuh cd ni... Tapi kalo malas datang, memang bercinta jugakla ehehe.. Prewash memula je rasa leceh sebab kena buat banyak kali dan ada yang kena asing ape sume. Tapi bila dah pakai, tak leceh dah. Nak basuh pun boleh campur sekali. Pastu leh masuk washing machine je. Keje kita cuma kena bilas dulu.. Buang air kencing dan stool baby.. Buang la rasa jijik tu jauh-jauh ye ehehe...
Tak sabarnye la aihhh nak pakaikan cd kat baby!