Friday, November 4, 2011

Cloth Diapers In Hand :)

Assalamualaikum,

Yer, aku memang hantu cloth diaper :P Tapi rasanya ada mommies yang lebih banyak beli CD berbanding dengan newbie macam aku ni ehe.. But since baby belom keluar dan aku dah beli banyak CD rasa macam diri ni melampau la pulakkk...

Ok ok.. dah stop dah pun. Harini last beli CD. Nanti beli lagi after dah bersalin ehehehehe...

Atas, dari kiri: Happy Flute Minky, Rainbow Plain (Red & Green)
Bawah, dari kiri: Rainbow Bamboo (Zoo), Weegro Applique Cover (Owl)

Ini CD yang dibeli petang tadi. Selalu beli online je, tapi kali ni serbu rumah seller terus, hebat tak? hahaha..
Aku beli dengan QT Alami Shop. Korang boleh terjah blog dia untuk tengok cloth diaper yang dia jual. Harganya berpatutan. Kalo beli banyak, insyaallah dapatla harga istimewa. Owner dia ni pun baik hati jugak, kalo korang tanya dia soalan pasal CD, dia akan jawab sebaik mungkin, insyaallah. Ni blog dia, Happy Cloth Diapering. Macam-macam info pasal CD kat blog dia ni...

Erm overall, campur dengan 5 yang kat atas ni, aku dah ada 18 ketul CD...

Ni yang terawal beli.
Atas, dari kiri: Babyland Bamboo (Bubble), Babyland Bamboo (Jeans), SunBaby
Bawah dari kiri: Ketiga-tiganya brand SunBaby

Atas, dari kiri: 2 Sunny Baby
Bawah, dari kiri: GG Babies & SunBaby

Atas: Flip diaper cover with 1 stay dry insert
Bawah: Econobum cover with 3 prefold & 2 Snappi

Cozy Babies Army Minky
(This one is my fave cos hubby yang pilih ehehehehe)


Hmmm.. macam nak genapkan jadi 20 ketul je lalalalalalalalalalalalalala....


Aku beli awal sebabbbbb...... November onwards aku dah tak pegang duit sendiri. Sobsob. Nafkah daripada suami memang ada, tapi sangat berbeza okkay dengan duit sendiri ehe.. So sementara bergaji tu, aku belila sikit-sikit.. CD ni pulak aku beli affordable brand la. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Tengokla kalo lepas ni ada rezeki lebih bolehla beli. Yang second hand punye pon jadiklahh... Haa jangan tak tau, CD ni kalo lepas guna, pastu korang jual balik, sure ada orang beli... That's one of the good thing :) Ada resell value...

Then aku beli different brands sebab otai-otai CD parents cakap, for trial better try different brands. Setiap brand beli 2 ketul dulu ke. Tengok yang mana okay dengan anak. Aku macam dah terlebih banyak beli Sunbaby punye wuhuhu.. Hopefully my darling baby ok jela dengan brand ni nanti. Lagipon aku tengok cutting SunBaby kecik. Sesuai for newborn. Insyaallah....

Doakanla aku rajin nak pakaikan my darling baby CD ni nanti. My parents so far sokong. Especially my father. Dia yang bising cakap disposable diapers banyak chemicals, rosakkan alam sekitar cos pampers ni non degradable etc etc... Sekarang ni kena back to basics. Insyaallah, I will try pakaikan anak aku CD sepenuhnya. Kalau orang lain boleh buat, kenapa pulak aku tak boleh kan?? Yang penting niat dan kesungguhan tu ada :)

Sape nak try pakaikan CD pada anak-anak, boleh jenguk website ni:


It's a site with lotsa info on cloth diapering your baby :)

2 comments:

  1. apa beza diapers disposable ngan CD ni yer...leh citer sket tak

    ReplyDelete
  2. mimy hamid
    CD ni fungsi sama mcm kain lampin dulu2 tu.. boleh basuh and then pakai balik. so sangat jimatla. unlike, disposable diapers, lepas pakai kena buang. material nye pulak, cd ni from cloth, kain. takde chemical. dd pulak ada chemical.. memang cd banyak kelebihan berbanding dd..nanti saya buat satu entry pasal ni k :)

    ReplyDelete